Runsing dengan kecacatan kulit anda? Ya, parut memang tak dapat dielakkan kerana kulit seringkali terdedah dengan pelbagai sebab seperti persekitaran yang mampu memberi kesan tindak balas pada kulit. Parut seperti kemalangan, pembedahan, keregangan kulit, gigitan serangga, jerawat dan sebagainya pasti akan berlaku kepada kita semua. Namun, untuk menyingkirkan kesan parut bukanlah satu perkara yang mudah dan ia memerlukan jangka masa yang agak lama bergantung kepada kedalaman dan saiz kesan luka.

Walaupun dengan lambakan lotion, krim dan minyak yang semuanya dikatakan mampu untuk menghapus kesan parut boleh menjadi sukar kerana terlalu banyak pilihan. Nah! Dibawah ini adalah senarai krim untuk meminimumkan kesan parut terbaik yang mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

1. DERMATIX Advanced Scar Formula

Khas dari drugstore untuk kegunaan pada parut di kaki serta kesan terkena air panas

Harga mulai RM39.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM39.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM54.00

Krim parut untuk luka ini dengan formula canggih yang terbukti berkesan dalam merawat kesan parut. Ia mengandungi teknologi CX5 yang  inovatif untuk memberi hasil lebih baik dalam rawatan kesan parut dan melembutkan kulit.  Ia juga mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberikan faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit. 

Selamat digunakan untuk semua peringkat umur dan disyorkan oleh pakar bedah plastik. Boleh digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun seperti pembedahan, luka atau kesan terbakar kecuali luka terbakar tahap ketiga.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. ROSKEN Skin Repair High Potency Vitamin E Cream

Krim untuk menutup kesan parut akibat chicken pox

Harga mulai RM22.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM22.50 shopping_cart Hermo Malaysia RM24.90

Krim parut dari jenama Rosken ini menggalakkan pertumbuhan semula sel untuk parut, tanda regangan dan kecacatan kulit. Krim pelembap dan penyembuhan parut ini kaya dengan emolien yang dirumuskan dengan Vitamin E berkualiti tinggi serta diperkaya dengan Butter Cocoa dan Shea Butter. Ianya dapat membantu melindungi daripada tanda-tanda penuaan dan penyembuhan kulit kering serta rosak. 

Diperkaya dengan antioksidan semulajadi, krim ini dapat menentang radikal bebas, melindungi membran sel dan meningkatkan keanjalan kulit. Ianya juga mempromosikan regenerasi sel dalam tisu kulit yang disebabkan oleh selaran matahari serta meminimumkan penampilan parut dan kerosakan sel.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. SHISEIDO White Lucent Multibright Night Cream (50ml)

Hilangkan parut di muka seperti kesan kehitaman dan jerawat dengan krim ini

Harga mulai RM172.20

shopping_cart Shopee Malaysia RM172.20 shopping_cart Sephora Malaysia RM305.00

Krim malam multifungsi ini yang membantu mengurangkan penampilan bintik atau parut hitam dan kesan jerawat. Penemuan krim malam dan pencerahan ini dapat memberi tumpuan kepada kitaran kulit pada waktu malam. Diuji melalui teknologi SAKURA Resist dengan formulasi dari ekstrak bunga sakura yang membantu meminimumkan kesan parut serta kemunculan bintik-bintik gelap di masa hadapan. 

Formula mencerahkan yang sangat berkesan tetapi lembut boleh digunakan setiap hari sebagai krim malam untuk mencerahkan secara intensif atau sebagai topeng malam untuk rawatan anti-parut dan kelembapan.

4. SKINLABS Vitamin E Cream (200ml)

Sesuai untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk dan melegakan kegatalan

Harga mulai RM28.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM28.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM36.00

SkinLabs Concentrated Vitamin E Cream adalah krim parut yang mengandungi pelembap melicinkan dan kaya dengan anti-oksidan. Ia mengandungi 10,000 i.u Vitamin E pekat yang menyediakan perlindungan kulit secara komprehensif dan terapi kulit amat berkesan. Ia dirumus khas untuk mengekalkan kesihatan kulit anda. 

Krim dari jenama ini juga dapat membantu mengurangkan kesan parut luka, mengurangkan tanda regangan, mencegah kulit kering, retak dan rosak serta penuaan awal kulit yang berkaitan dengan pendedahan kepada sinaran UV matahari. Krim ini juga mampu meminimumkan kesan parut akibat kegatalan akibat gigitan nyamuk.

5. MEDERMA Mederma Proactive Gel

Berkesan untuk menghilangkan parut keloid

Harga mulai RM27.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM46.67 shopping_cart Shopee Malaysia RM27.00

Krim parut tekstur gel ini berfungsi untuk mengurangkan parut pada seluruh badan anda. Gel ini merawat bekas parut dan terbukti secara klinikal serta disyorkan oleh doktor kerana ianya selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit. Formula gel proaktif mengandungi gabungan khas bahan aktif Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera untuk mempromosikan proses penyembuhan kulit dan memperbaiki kulit. 

Ia juga menggalakkan proses penyembuhan kulit dengan berkesan mengurangkan kemerahan dan menjadikan kulit lebih lembut, licin dan lebih elastik. Dengan penggunaan harian secara konsisten, kesan parut akan pudar dan hampir tidak kelihatan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. PALMER'S Palmer'S Cocoa Butter Stretch Mark Lotion

Terbaik untuk menghilangkan kesan parut dan selulit selepas bersalin

Harga mulai RM36.14

shopping_cart Watsons Malaysia RM36.14 shopping_cart Shopee Malaysia RM36.14

Krim parut dalam bentuk losyen ini sesuai untuk menghilangkan kesan parut dan selulit selepas bersalin. Diformulasikan dengan Cocoa Butter Palmer yang dapat membantu meningkatkan keanjalan dan mengurangkan penampilan kesan regangan pada kulit. Diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang dapat mengekalkan lembapan dan melembutkannya sehingga membolehkan kulit mengembang dengan lebih mudah. 

Losyen bebas minyak ini sesuai untuk kegunaan pada seluruh badan sebagai gantian pelembap kulit. Krim ini berasaskan hypoallergenic, bebas minyak mineral, paraben, phthalate serta disyorkan oleh ahli Dermatologi, selamat untuk kulit anda.

7. COSMODERM Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil

Krim untuk memperbaiki kesan parut luka

Harga mulai RM14.63

shopping_cart Shopee Malaysia RM16.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM14.63

Cosmoderm Vitamin E Cream adalah krim wajah yang menyuburkan, merevitalisasi dan melembap jauh ke dalam kulit wajah untuk mencegah kesan penuaan pramatang. Krim ini juga dapat memudarkan kedut, garis halus dan bekas luka sambil menegangkan kulit. 

Dengan ramuan khas campuran minyak vitamin E yang mampu untuk merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat lebih cepat. Krim ini terbaik untuk kulit kombinasi, biasa dan berminyak.

10 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang E_Emeyra

The best of me is yet to come.. <3

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!