Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
syampu kelemumur terbaik

10 Syampu Terbaik Untuk Kelemumur & Rambut Gugur 2024

Hilangkan kegatalan kelemumur dan rambut gugur serta-merta!

Pasti rimas dengan rambut gugur, rambut kering dan gatal akibat kelemumur dan tambah merimaskan lagi apabila kepingan kelemumur jatuh pada bahu. 

Jalan penyelesaian adalah dengan menggunakan syampu sesuai untuk rambut gugur dan kelemumur atau shampoo untuk rambut gugur.

Kebiasaannya, kesan kelemumur akan menyebabkan rambut mudah rosak dan mengalami keguguran jadi anda perlulah pakai syampu anti kelemumur atau shampoo untuk kulit kepala gatal.

Tidak susah pun nak cari syampu yang bagus untuk kelemumur di pasaran dan kalau nak lagi mudah, buat carian online syampu hilangkan kelemumur di Shopee atau Lazada. 

Jom kita lihat senarai ubat kelemumur paling berkesan dan syampu paling berkesan untuk kelemumur terbaik.


Senarai 10 Jenis Syampu Kelemumur & Rambut Gugur

Syampu terbaik secara keseluruhan
Head & Shoulders
headshoulders
Semak Head & Shoulders Anti-Hairfall Anti-Dandruff Shampoo (720ml) harga dibawah:
add_circle Rambut lebih kuat pada akar umbi
add_circle Beri kelembapan pada kulit kepala
add_circle Mengurangkan masalah kulit rambut berminyak
remove_circle Mengandungi alkohol
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama yang sangat mudah untuk dapat dalam pasaran dan sangat berkesan menyelesaikan masalah kelemumur.

Ciri-ciri:

Syampu 2 dalam 1 ini mampu mengelakkan masalah gugur walaupun disikat berulang kali.

Malah, dapat memberi kekuatan pada akar hingga hujung rambut agar lebih kuat dan lebat.

Selain itu, 3 Action-Formula berfungsi memberi kesegaran dan kelembapan pada kulit kepala. 

Menarik lagi, masalah kulit kepala yang berminyak makin berkurang jika anda menggunakan syampu ini secara konsisten.

Ini supaya mengelakkan kulit kepala tidak kembali kering dari sebarang pertumbuhan kelemumur.  

Review:

‘Bila ada masalah kelemumur, memang pakai syampu ni. Bila pakai kulit kepala kurang berminyak, kelemumur makin berkurang dan bau wangi. Masalah rambut gugur pun dah kurang’.

Syampu kelemumur untuk tumbuh rambut cepat
L'oreal Paris
Semak L'oreal Paris Elseve Fall Resist 3X Anti-Dandruff Shampoo harga dibawah:
add_circle Menghalang masalah kelemumur & rambut putus
add_circle Menguatkan folikel & akar rambut
add_circle Melembapkan rambut
remove_circle Tidak sesuai untuk rambut berwarna

Syampu ini menawarkan rawatan triple-action iaitu rawatan yang menyuburkan akar dan folikel rambut, memperkuatkan serta menggalakkan pertumbuhan rambut secara semula jadi.

Arginine adalah Asid Amino semula jadi, yang dihasilkan oleh tubuh manusia dan berfungsi untuk meningkatkan bekalan darah ke kulit kepala dan folikel rambut.

Dengan fungsi ZnPT pula akan membantu membuang kelemumur dari kulit kepala anda dan mengekalkan keselesaan sepanjang hari. 

Baunya wangi dan tahan lama, kini anda lebih berkeyakinan untuk membelai rambut. 

Syampu kelemumur untuk berhijab
Sunsilk
sunsilk kelemumur hijab recharge
Semak Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo (320ml) harga dibawah:
add_circle Haruman bertahan sehingga 48 jam
add_circle Buatkan rambut tidak mudah putus / gugur

Syampu ini mampu melembutkan dan menghapus masalah ‘flakey’ pada kulit kepala terutamanya kepada mereka yang memakai tudung.

Syampu ini bukan sahaja menjaga luaran rambut malah sehingga ke akar umbi agar rambut tidak mudah putus atau gugur.

Mengandungi ekstrak Lime serta diperkaya dengan vitamin dan mineral yang menyegarkan kulit kepala anda sepanjang hari walaupun berhijab sepanjang hari. 

Diformula Zinc Pyrithine (ZPT) yang akan bantu kulit kepala anda melawan kemunculan kelemumur.

Paling penting, anda kena rajin dan gunakan syampu ini secara konsisten untuk menghilangkan masalah kelemumur.  

Syampu untuk kelemumur lelaki
Head & Shoulders
Semak Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo harga dibawah:
add_circle Membuatkan rambut dan kulit kepala segar
add_circle Mengandungi Deep Sea Mineral
add_circle Mempunyai Ginseng
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Syampu ini mengandungi Deep Sea Mineral yang berkesan untuk menghalang rambut mudah gugur dan kulit kepala yang berkelemumur.

Kulit kepala lelaki mudah menghasilkan sebum berlebihan akibat peluh, jadi memerlukan penyelesaian yang lebih terperinci untuk merawat kulit kepala mudah berpeluh serta berminyak. 

Formulasi Ginseng dalam syampu ini membantu membersih, mengawal sebum serta mengurangkan kegatalan kulit kepala. 

Jika anda seorang lelaki yang aktif dan kulit kepala mudah berpeluh, syampu ini terbaik untuk anda.

Syampu untuk rambut gugur dan kelemumur
Clear
Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo (650ml)
Semak Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo (650ml) harga dibawah:
add_circle Haruman berpanjangan
add_circle Mengurangkan kelemumur
add_circle Galakkan pertumbuhan rambut baru
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Stok terhad

Ini antara syampu terbaik untuk keguguran rambut kerana mengandungi Ginger Root untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

Diperkaya dengan 10 nutrien dan aktif botani untuk mengaktifkan lapisan perlindungan semulajadi kulit kepala, menjadikan anda bebas dari kelemumur. 

Dengan formulasi tindakan berganda untuk menghalang  dari kewujudan kelemumur dengan kesan jangka panjang. 

Masalah ini membuatkan anda kurang yakin, tapi kini bauan yang wangi dan kulit kepala anda bebas dari kelemumur.

Bau wangi dari bunga berseri Freeshia, mawar dan melati dengan aprikot pada rambut anda.

Syampu untuk kelemumur teruk
Nunature
Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml)
Semak Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml) harga dibawah:
add_circle Bebas SLES/SLS, paraben & pewarna tiruan
add_circle Berkesan selepas 2 minggu
add_circle Tiada masalah kulit kepala gatal
add_circle Dari bahan semula jadi
remove_circle Syampu banyak buih

Syampu anti kelemumur dari Nunature ini mampu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala, melegakan iritasi.

Bukan itu sahaja, syampu ini juga mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan, mengurangkan kemerahan dan menghapus flakey dengan berkesan.

Ianya juga menyeimbangkan kembali penghasilan sebum yang tidak tidak berlebihan supaya mengelakkan terjadinya kelemumur dan rambut mudah gugur.

Menarik lagi, rambut anda akan menjadi lebih kuat selepas menggunakan syampu ini. 

Tiada lagi masalah kegatalan kulit kepala, anda boleh melangkah keluar dari rumah dengan penuh keyakinan! 

Syampu untuk rambut kering dan kelemumur
EcoHerbs
Semak EcoHerbs Herbal Shampoo (150ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi bahan semulajadi
add_circle Sesuai untuk kulit kepala bermasalah; kering & sensitif
add_circle Sensasi penyejukkan buat kulit kepala
remove_circle Harga mahal

Syampu yang dirumuskan daripada kombinasi enzim buah, tumbuhan tropika semulajadi dan tumbuh-tumbuhan.

Anda boleh merasakan perbezaan kerana ianya memberi rasa sensasi dingin semasa menggunakannya. 

Hasil dari gabungan mikro organisma untuk menguatkan akar rambut anda.

Bukan hanya baik untuk masalah kelemumur, rambut gugur tapi juga bagus untuk anda yang ada masalah kulit kepala gatal, berminyak dan ada kutu.

Syampu ini memberi kesuburan pada rambut anda supaya nampak sihat, segar dan menyihatkan kulit kepala.

Syampu kelemumur yang melembabkan kulit kepala
Pantene
pantene kelemumur
Semak Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo (750ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi pelembab khas
add_circle Rambut tampak bersinar
remove_circle Mengandungi SLS

Syampu ini mampu membersih kotoran yang melekat pada rambut dengan hanya sekali basuhan sambil merawat kulit kepala akibat kelemumur.

Malah turut mengandungi pelembap untuk memberi sinaran pada rambut agar tidak kelihatan kering selepas mencuci. 

Hasilnya rambut anda akan tampil segar dan bermaya sepanjang hari. 

Dengan kandungannya mengandungi ZPT, kulit kepala anda tidak akan alami masalah kelemumur untuk jangka masa yang panjang. 

Kini kulit kepala kembali sihat dan kekal wangi bebas kelemumur! 

Syampu untuk kelemumur berkuping
Olivia
olivia shampoo kelemumur
Semak Olivia Sebocorrector Scalp Wash (250ml) harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kegatalan kulit kepala
add_circle Melembapkan kulit kepala
add_circle Selamat untuk ibu mengandung
remove_circle Harga mahal

Masalah kulit kepala gatal dan berkerak akibat kelemumur memang merungsingkan. 

Shampoo dari Olivia ini dapat menyelesaiakan dua masalah tersebut dengan baik. 

Turut diperkaya dengan Algae yang akan membasmi sebarang pembentukan kelemumur atau fungal akibat kulit kepala terasa gatal-gatal.

Nutrisi dari kacang soya dan Climbazole Aset utama menyihatkan rambut serta menguatkan protein rambut supaya rambut tidak mudah gugur. 

Syampu ini antara syampu menjadi viral dikalangan rakyat Malaysia tentang keberkesanannya.  

Produk syampu rambut kelemumur dan gugur Tiktok viral
Bodyaid
Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss Growth Shampoo Refreshing Oil-Removing Anti-Break Shampoo Hair Care
Semak Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss harga dibawah:
add_circle Tekstur pekat
add_circle Tidak berminyak
add_circle Sesuai untuk rambut kelemumur
add_circle Sesuai untuk wanita mengandung
remove_circle Bau halia kuat
remove_circle Rambut mudah kering

Anda dah cuba syampu viral di TikTok jenama BodyAid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss?

Syampu ini telah mendapat banyak ulasan yang baik daripada penggunanya dan ada yang menyatakan tekstur syampu pekat dan tidak berminyak.

Walaupun bau halia sedikit kuat, tapi ini akan bantu rambut anda kekal segar dan syampu ini juga sesuai untuk kurangkan rambut gugur, bantu anda rawat masalah kelemumur serta menguatkan akar rambut anda tau!

Selepas penggunaan, anda akan rasa sensasi cooling pada kulit kepala kerana mengandungi bahan Gingerol iaitu halia tua tanah tinggi. 

Bahan ini akan membuka pori-pori kulit kepala anda untuk memberikan kesan yang lebih baik supaya kulit kepala lebih bersih dan keluarkan anak rambut yang lebih sihat. 

Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk pakai conditioner tambahan untuk elakkan rambut kering selepas menggunakan syampu ini.


Apakah Punca Rambut Kelemumur & Gugur?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut berkelemumur dan gugur antaranya seperti;

  • Memakai produk rambut yang berlebihan dan produk yang tidak serasi dengan kulit kepala
  • Menutup kepala dalam tempoh yang lama (bagi yang berhijab)
  • Tidak mengeringkan rambut dengan betul selepas membasuh
  • Kerap mewarna atau menggayakan rambut dengan bahan kimia
  • Kekurangan vitamin menyebabkan folikel rambut lemah

Bagaimana Cara Hilangkan Kelemumur?

Ada pelbagai petua tradisional yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan kelemumur dengan menggunakan bahan semulajadi;

1. Garam Himalaya - Tekstur garam yang kasar akan menanggalkan lebihan sel kulit mati dan juga menanggalkan kepingan-kepingan kelemumur yang degil supaya kulit kepala akan lebih bersih dan bebas kulit kering. 

2. Minyak Kelapa - Membekalkan lembapan kepada kulit kepala dan rambut kering, minyak kelapa juga akan mengunci hidrasi supaya kulit tidak akan mudah mengering lalu mengelupas dan akhirnya akan menyebabkan kelemumur. 

3. Aloe Vera - Sifatnya yang anti-radang yang akan menenangkan kulit kepala yang sensitif dan iritasi seperti eczema dan psoriasis, aloe vera juga dapat membantu melembabkan kulit kepala yang kering dan serta dapat menanggalkan kepingan kelemumur dengan baik.

4. Tea Tree Oil - Ia bersifat anti-micorbial dan anti-radang, dua kelebihan ini berkesan untuk mengurangkan sifat kulit kepala yang berminyak punca kelemumur. Malah ia mampu melawan fungus untuk mengelakkan kelemumur daripada merebak dan menjadi lebih teruk. 


Artikel Berkaitan

End of Article