Lindungi Wajah Dari Sinaran UV Dengan 12 Sunblock Muka Ini

Lakukan aktiviti luar tanpa rasa was-was dengan memakai sunblock muka sebetulnya

Product in this article

Sunblock muka sememangnya produk penjagaan kulit yang harus diutamakan kerana ia melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin dan kolagen. Anda wajib menggunakannya sekirannya anda sering terdedah dengan aktiviti luar.

Sunblock datang dalam pelbagai tekstur gel, krim dan jenis air. Antara kepentingan memakai sunblock adalah jumlah SPF yang terdapat di dalamnya, semakin tinggi nombor semakin lama ia mampu untuk melindungi kulit kita. Berikut beberapa jenis sunblock untuk panduan anda.

NIVEA Sun Protect & Moisture SPF50 (75ml)

RM 16.74
Sunblock muka SPF 50 yang sesuai untuk ke pantai
Nivea
1. NIVEA Sun Protect & Moisture SPF50 (75ml)
Sunblock muka SPF 50 yang sesuai untuk ke pantai

Lakukan aktiviti di luar dengan bebas tanpa rasa takut kulit terbakar dengan memakai losyen pelindung ini. Ia memberikan pelindungan dari UVA dan UVB kepada kulit, sambil menghidrasikan kulit anda dari kerosakan matahari dengan formula panthenol dan vitamin E yang melindungi kulit dari kesan pengeringan matahari. Kini anda bebas melakukan apa jua aktiviti di luar.

L'Oreal Dermo Expertise Uv Perfect Advanced Porcelain 30ml

RM 24.14
Terbaik untuk kulit kering
L'oreal Paris
2. L'Oreal Dermo Expertise Uv Perfect Advanced Porcelain 30ml
Sunblock terbaik untuk kulit wajah kering – mengandungi bahan anti-penuaan

Lindungi kulit anda dengan losyen pelindung ini yang mampu melindungi kulit selama 12 jam. Ia diperkaya dengan penapis mexoryl dan diformulasi dengan Activa Cell® untuk memberikan pelindungan kepada kulit muka agar bebas dari radikal merbahaya. Dengan mengandungi bahan perlindungan yang sesuai untuk menghalang anti-penuaan. 

Jika kulit wajah anda sering terdedah kepada sinaran UV, sunblock ini berkesan untuk menutupi cela dan menghapus garis halus. Sempurna untuk anda yang menginginkan pelindungan sepanjang hari agar kekal berseri.

Laneige Watery Sun Cream SPF50+ PA++++ 50ml

RM 77
Sunblock muka terbaik yang waterproof (tahan air) – sesuai untuk berenang
Laneige
3. Laneige Watery Sun Cream SPF50+ PA++++ 50ml
Sunblock muka jenis waterproof (tahan air) dan sesuai untuk berenang

Krim pelindung yang mempunyai tekstur jenis waterproof  ini menyediakan pelindungan UV yang menakjubkan di samping mengekalkan kulit lembap walaupun di bawah persekitaran yang kering. Ia memberikan rasa yang menyegarkan dengan bahan seperti Birch Sap.

Sangat selesa dipakai pada kulit wajah dan dapat bertahan lama serta sesuai digunakan semasa anda ingin melakukan aktiviti air seperti berenang. Yang paling penting kalis air walaupun ketika anda berpeluh. Krim yang memberi lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada pelbagai persekitaran luaran.

Hada Labo Air UV Moist SPF50 PA+++

RM 49.41
Hada Labo
4. Hada Labo Air UV Moist SPF50 PA+++
Terbaik untuk remaja agar kulit anda sentiasa kekal anjal

Sunblock jenis tekstur berkrim ini memiliki 5 sistem pertahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya terhadap cahaya matahari. Ia bukan sahaja melindungi kulit malah mengandungi bahan anti penuaan untuk menjaga kulit agar kekal muda dan bebas dari garis halus serta kedutan. 

Dengan penghidratan yang mendalam, ia dapat menenangkan kulit kering yang disebabkan oleh pendedahan matahari. Kulit remaja seringkali terdedah kepada matahari akibat kerap melakukan aktiviti luar. Sunblock ini sesuai untuk memberikan perlindungan sepenuhnya.

Shiseido SENKA Perfect UV Gel SPF50 PA+++

RM 29.9
Shiseido
5. Shiseido SENKA Perfect UV Gel SPF50 PA+++
Sunblock muka bertekstur gel – untuk kulit wajah cenderung jerawat

Sunblock ini jenis ringan dan tidak membuatkan kulit wajah anda terasa melekit selepas memakainya. Diformulasi dengan tekstur silk semulajadi dan asid Hyaluronik yang memberikan perlindungan tahan lama untuk kulit sesuai pada muka dan badan anda. 

Sangat mudah untuk dibersihkan, anda hanya perlu mencuci dengan sabun dan ia memberikan sensasi segar berpanjangan. Losyen pelindung yang sesuai untuk kegunaan harian anda dan menghalang kadar pertumbuhan jerawat dengan cepat.

Biore UV Perfect Face Milk 30ml

RM 28.8
Sunblock muka murah dan untuk kulit berminyak
Biore
6. Biore UV Perfect Face Milk 30ml
Dengan harga mesra poket – sesuai untuk lelaki yang memiliki kulit berminyak

Kini, kaum lelaki juga seringkali kelihatan menjaga penampilan agar kekal berseri sepanjang masa. Nah, sunblock muka daripada Biore ini, dirumus khas untuk menghalang kulit daripada berminyak dan terasa melekit semasa anda memakainya. Ia memberi perlindungan tahan lama terhadap sinar matahari UVA & UVB yang berbahaya. 

Sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak kerana ianya tidak menyumbat liang pori dan teksturnya licin apabila dikenakan pada muka. Anda akan terasa seperti tidak memakai sebarang krim perlindungan di wajah.

NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen (88ml)

RM 32.1
Neutrogena
7. NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen (88ml)
Sunscreen terbaik untuk membaikpulih kulit wajah yang sensitif

Kulit yang sensitif memerlukan penjagaan yang sebetulnya bagi mengelakkan iritasi menjadi lebih serius. Dengan krim pelindung ini, ia dapat menjaga kulit anda dari sinar UV yang merbahaya dan juga memperbaiki masalah seperti sensitif atau kering. Yang penting, gunakan produk bebas bahan kimia seperti paraben dan alkohol. 

Neutrogena menawarkan sistem penjagaan kulit dengan teknologi  yang terbukti secara klinikal dan dijamin hypoallergenic serta non-comedogenic. Dengan mengandungi zink oksida semulajadi, ianya sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif kerana teksturnya lembut serta bebas minyak.

Clinelle UV Defense SPF50 PA+++ (30ml)

RM 38.32
Sunblock muka terbaik non comedogenic
Clinelle
8. Clinelle UV Defense SPF50 PA+++ (30ml)
Sunblock muka terbaik, dijamin non-comedogenic

Krim pelindung ini diperkaya dengan spektrum yang menghalang kulit dari penyerapan bahan yang merbahaya. Ia juga dirumuskan dengan peptida mutiara hidrolisis berkhasiat dalam melembap dan memulih penstrukturan kulit disamping melindunginya dari sinaran UV yang berbahaya. 

Dengan mengandungi ekstrak Licorice, ianya juga bertindak sebagai pencerah kulit. Krim pelindung yang bagus kerana ia tidak akan menyumbat liang pori anda dan sesuai dipakai untuk semua jenis kulit. Boleh juga digunakan sebagai asas solekan anda.

Banana Boat Ultra Protect Sunblock Spray SPF50

RM 49.9
Banana Boat
9. Banana Boat Ultra Protect Sunblock Spray SPF50
Sunscreen muka jenis spray – sesuai untuk kulit berminyak

Tidak perlu lagi menyapu krim pelindung ke wajah. Hanya gunakan sahaja sunscreen jenis spray ini, kulit wajah anda akan dilindungi dengan sempurna daripada sinaran UVA dan UVB. Sesuai digunakan untuk ke pantai atau semasa melakukan aktiviti air seperti berenang kerana ianya kalis air dan dapat bertahan sehingga 80 minit. 

Sunscreen ini tidak melekit dan membuatkan kulit wajah anda terasa ringan seperti tidak memakai apa-apa langsung. Buat anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, sunscreen ini sesuai digunakan.   

Sendayu Tinggi UV Defense Tinted Sunscreen SPF50 PA++

RM 39
Sendayu Tinggi
10. Sendayu Tinggi UV Defense Tinted Sunscreen SPF50 PA++
Sunscreen dari jenama lokal – Halal dan sesuai untuk kulit wajah berjeragat

Sendayu Tinggi terkenal di kalangan penggemar barangan kosmetik kerana ianya merupakan salah satu jenama lokal yang terlama berada di pasaran Malaysia. Diformulasi dengan pelembap yang tinggi dan mengandungi SPF50, ianya mampu untuk melindungi kulit wajah anda daripada terdedah kepada sinaran UV. Rumusan khas dari bahan botanikal semulajadi serta Luminosity Complex, sunscreen ini mampu untuk mencerahkan kulit wajah anda.

Bertekstur ringan dan tidak melekit, sesuai untuk semua jenis kulit seperti kombinasi, kering dan sensitif. Ianya juga dapat mengawal kemunculan jeragat dan anti-penuaan.

MISSHA All Around Safe Block Aqua Sun Gel SPF50+ PA+++ (50ml)

RM 41.53
MISSHA
11. MISSHA All Around Safe Block Aqua Sun Gel SPF50+ PA+++ (50ml)
Sunblock terbaik untuk kulit kering dan kombinasi

Produk terkenal dari Korea ini mampu untuk melindungi kulit wajah anda daripada sinaran UV dengan lapisan perlindungan 2 kali ganda daripada sunblock yang lain. Mengandungi Glacial Water dan ekstrak Ice Plant, sunblock ini bertekstur lebih ringan dengan gel-based yang mampu memberi lembapan serta sensasi penyejukkan berpanjangan.

Manakala esktrak Thanaka dan Antozone-Rose pula bertindak sebagai agen pelindung kulit daripada tidak bermaya akibat kesan stres. Gunakannya dengan konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Naruko Tea Tree Anti-Acne Sunscreen SPF50 (30ml)

RM 44.55
Naruko
12. Naruko Tea Tree Anti-Acne Sunscreen SPF50 (30ml)
Baik untuk anda yang mempunyai kulit normal dan jerawat

Sunscreen dari produk Naruko ini berfungsi untuk melindungi kulit wajah anda dari kerosakan akibat sunburn, melanin dan menghalang kemunculan garis halus. Dengan mengandungi bahan semulajadi seperti asid Salicylic, minyak Tea Tree, asam jawa dan Menthol, ianya mampu mengekalkan lembapan pada kulit anda dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. 

Usah risau! Sunscreen ini tidak akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi iritasi kerana ianya bebas paraben atau sebarang bahan pengawet tiruan serta memberi sensasi penyejukkan. 

Ekstra: Lindungi Kulit Anda Dari Sinaran UV Dengan 10 Sunblock Ini


Perbezaan Antara Sunblock Dan Sunscreen

Side View Photo of Woman With Her Eyes Closed Holding Her Her As Sunlight Shines on Her Face

Krim pelindung kebiasaannya dipakai ketika kita ingin ke pantai atau melakukan aktiviti air. Ianya juga boleh digunakan sebagai krim asas untuk solekan agar kulit wajah anda sentiasa dilindungi daripada terdedah kepada sinaran UV. Tetapi tahukah anda ada perbezaannya antara sunblock dan sunscreen?

SUNBLOCK –  berfungsi untuk memantulkan kembali sinaran UV dan menghalang cahaya daripada menembus masuk ke dalam kulit wajah. Maka, sunblock memberi perlindungan ekstra buat kulit anda. Mengandungi campuran seperti titanium dan zink oksida, ianya menghasilkan kulit anda satu tona lebih cerah. Tidak akan menyebabkan iritasi dan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi kulit yang bermasalah seperti kering dan sensitif.

SUNSCREEN –  Kandungan bahan kimianya akan menyerap sinaran UV sebelum sampai ke lapisan kulit paling luar. Bertindak sebagai satu lapisan tambahan, ianya mengurangkan penyerapan cahaya matahari kepada kulit anda. Saranan pakar kulit agar anda memilih sunscreen yang mempunyai label ‘broad-spectrum’ kerana ianya mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. 

Yang penting :  pilihan sunblock / sunscreen harus bertepatan dengan jenis kulit anda agar tidak menyebabkan masalah di kemudian hari. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!