Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
serum anti aging

11 Serum Anti-Penuaan (Anti-Aging) Terbaik di Malaysia 2024

Rahsia kekal awet muda sentiasa.

Tidak hanya tertumpu kepada yang berusia sahaja kerana produk serum anti aging bersifat anti-penuaan yang harus diambil seawal usia 20an lagi. 

Ini kerana, kulit kita semua sering terdedah pada sinaran UV serta persekitaran dan pencemaran yang tidak sihat. 

Jadi, memilih produk anti aging terbaik  dapat membaikpulih keadaan kulit yang telah rosak. 

Jom lihat serum anti penuaan terbaik untuk jenis kulit anda.


Senarai 11 Anti Aging Serum

Serum anti aging terbaik secara keseluruhan
Garnier
Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C
mulai
RM32.83
Semak Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C harga dibawah:
add_circle Terdapat 30X vitamin C
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Ada ekstrak lemon Yuzu segar
add_circle Sesuai juga dengan kulit sensitif
add_circle Tekstur ringan & cepat menyerap
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Ciri-ciri:

Serum multi-fungsi ini dapat melembap, mengawal pengeluaran minyak wajah berlelihan serta mengurangkan bintik hitam.

Selain itu, serum ini bertindak untuk mengurangkan  pigmentasi, parut jerawat dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. 

Kemampuan serum ini disebabkan bahannya dirumus dengan ekstrak buah lemon dan asid Salicylic sekaligus dapat beri tekstur lebih ringan dan senang menyerap ke dalam kulit.

Menariknya, produk ini juga mempunyai pelindung UVA dan UVB menjadikan sesuai untuk yang sering mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat dan kering. 

Review:

“Selepas menggunakan serum ini, kulit kusam kelihatan berkurangkan dan kulit makin berseri.’

Serum anti aging terbaik untuk usia 20 an
Wardah Renew You Anti Aging Intensive Serum
mulai
RM19.20
Semak Wardah Renew You Anti Aging Intensive Serum harga dibawah:
add_circle Dapat melindungi sel-sel kulit muka
add_circle Bantu penghasilan sel kulit baru
add_circle Melawan tanda penuaan
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan kan set lengkap

Serum terbaik untuk masalah penuaan adalah serum yang mempunyai bahan untuk melawan masalah penuaan.

Seperti serum Wardah ini, mempunyai 10 bahan aktif yang melawan tanda penuaan pada kulit wajah anda. 

Dengan Ekstrak stem cell Malus Domestica yang memberi perlindungan pada sel agar tidak terkesan dari bahan luar. 

Bila ada masalah kulit dan tanda penuaan, proses pengelupasan kulit perlu bagi menghasilkan sel-sel baru.

Jadi serum ini diperkaya dengan 5 Botanical untuk proses pengelupasan serta menghasilkan sel baru agar kulit lebih sihat, glowing dan bersih. 

Bukan susahkan nak atasi masalah penuaan, perlu rajin pakai dekat uka hari-hari untuk dapatkan hasil terbaik.

Hexa Peptide Serum Original Repair Collagen Essence Lifting Firming Skin Care
mulai
RM9.00
Semak Hexa Peptide Serum Original Repair Collagen Essence Lifting Firming Skin Care harga dibawah:
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Mengurangkan tanda penuaan
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak

Serum Hexa mempunyai peptide bagi membekalkan collagen serta memberikan keanjalan pada wajah.

Jadi bila ada tanda penuaan seperti garis halus, tahap keanjalan yang dibekalkan dalam serum Heza mampu menjadikan kulit anda kelihatan awet muda. 

Bukan itu sahaja, kulit yang sihat dan berseri perlu diberikan vitamin C, serum Hexa mempunyai vitamin C yang baik untuk tekstur wajah anda.

Bahkan, masalah liang pori juga dapat dikurangkan hanya dengan pemakaian serum ini. 

Serum anti aging terbaik untuk usia 30 tahun
Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion
mulai
RM31.73
Semak Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion harga dibawah:
add_circle Bebas minyak
add_circle Diperkaya dengan bahan anti aging
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set penjagaan lengkap

Safi jenama gah yang semamangnya menjadi pilihan rata-rata wanita diluar sana, tapi bagi rangkaian Safi Youth Gold pulak lebih utama pada wanita berumur.

Yela bila masuk umur 30 an, tanda penuaan boleh dilihat dari garis halus, kedutan, tompok hitam, kulit kusam. 

Serum yang berasaskan dari air dan bebas minyak ini sangat sesuai dipakai untuk semua jenis kulit terutama jenis kulit yang berminyak.

Diperkaya juga dengan vitamin B3, anti aging dan Peptides bagi mempercepatkan pembentukan kulit wajah agar lebih sihat dan berseri. 

Hasilnya, kulit kekal lembap, tanda kedutan juga berkurangan, kulit lebih anjal, lembut dari biasa. 

Hasil ini semua terbukti secara ujian klinikal dari bahan yang berkualiti, jadi anda tidak perlu risau dengan kandungan bahannya ye. 

Serum anti aging terbaik untuk usia 40 tahun
Olay
Olay Regenerist Advanced Anti Aging Series
mulai
RM69.90
Semak Olay Regenerist Advanced Anti Aging Series harga dibawah:
add_circle Mengandungi bahan Peptides
add_circle Mampu mencerahkan wajah
add_circle Membekalkan hidras
remove_circle Harga mahal

Serum Olay Regenerist Advanced Anti Aging ini khas untuk mengatasi masalah penuaan yang terjadi pada kulit wajah. 

Jadi dengan kandungan Peptides, rumusan yang dapat mengatasi penuaan dengan menggalakkan penghasilan kolegen untuk nutrisi kulit wajah.

Jadi, bila pakai serum ini kedutan halus pada wajah akan berkurang, kulit makin anjal dan lebih tegang seperti kulti remaja. 

Bukan itu sahaja, terdapat kandungan Niacinamide yang dapat membantu mengurangkan tompok hitam, masalah kulit kusam pada wajah. 

Anda juga tidak perlu risau, tanpa mengeringkan kulit anda malah serum ini memberikan hidrasi sehingga 24jam tau!

Serum anti aging retinol serum
Pond’s
Pond’s Age Miracle Youthful Glow Double Action Serum
mulai
RM59.00
Semak Pond’s Age Miracle Youthful Glow Double Action Serum harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Mampu memghasilkan kolagen
add_circle Next Generation of anti aging Technology
remove_circle Mungkin menyebabkan iritasi bergantung pada jenis kulit

Serum ini menggunakan technology anti aging untuk mengurangkan kesan penuaan yang terdapat pada kulit wajah. 

Manakala bahan seperti Retinol-C Complex ini membantu dalam pengelupasan dan menghasilkan kolagen baru untuk wajah. 

Maksudnya, Retinol ini bahan yang wajib ada jika anda ingin atasi masalah penuaan kedutan dan garis halus pada wajah. 

Bukan itu sahaja, kulit terasa lebih anjal sihat dan berseri. Jadi wajah juga kelihatan lebih muda dari sebelumnya. 

Kulit anda juga tampak lebih cerah dengan bahan Hexylresorcinol yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan masalah kusam dan tompok hitam pada wajah. 

Serum anti aging untuk kulit berjerawat
Cosmoderm
cosmoderm oil control serum
mulai
RM28.01
Semak Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai kulit kombinasi kering dan berminyak
add_circle Kurangkan jerawat & blackhead
add_circle Serap minyak dan sebum pada kulit
remove_circle Tidak mempunyai logo halal

Buat anda yang mempunyai kulit berminyak, serum ini membantu mengimbangi dan mengawal rembesan minyak yang tersumbat dalam liang pori.

Selain itu, dapat menghalang bakteria serta meningkatkan tahap kelembapan pada kulit wajah agar lebih berseri. 

Produk ini juga bebas dari bahan tambahan terlarang yang dapat merosakkan kulit dan menyebabkan terbentuknya kesan kedutan.

Kaya dengan ekstrak organik seperti lemon dan lidah buaya, serum Cosmoderm Tea bagi melembabkan kulit wajah.

Tree Oil ini akan membantu anda mencapai kulit yang tampak lebih segar dan bersih. 

Serum anti aging vitamin c
Wardah
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
mulai
RM28.71
Semak Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi vitamin C dan Aloe Vera
add_circle Melindungi kulit wajah dari radikal bebas
add_circle Menyerap masuk ke dalam kulit lebih pantas
remove_circle Melekit
remove_circle Kulit wajah berminyak

Bertindak sebagai anti radang kerana serum dari Wardah C Defense ini mengandungi Vitamin C yang tinggi.

Bahan ini memiliki keupayaan penembusan tinggi ke dalam lapisan kulit dan memberikan kesan terbaik pada kulit anda.

Malah dapat berfungsi dalam 5 langkah sinergi untuk membentuk kulit yang lebih cerah, awet muda dan sihat.

Selain itu dapat membantu merangsang sintesis kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.

Jangan risau, sesuai untuk semua peringkat usia terutamanya remaja. Cuba okay?

Serum anti aging untuk kulit kombinasi
The Ordinary
Serum untuk kulit jerawat dengan Vitamin C
mulai
RM30.00
Semak The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti L-Ascorbic
add_circle Vitamin C untuk mengurangkan kulit kusam
add_circle Hyaluronic acid untuk mengurangkan tanda penuaan
remove_circle Perlu guna penjagaan set muka yang lengkap

Serum muka dari The Ordinary ini mengandungi sumber Vitamin C dan dikenali sebagai L-Ascorbic Acid. 

Malah, dapat meningkatkan pengeluaran kolagen serta mempunyai sifat antioksidan yang penting untuk menjaga kulit dari penuaan serta tona tidak sekata. 

Sistem ini disokong dengan penambahan sfera dehidrasi HA bermaksud Hyaluronic Acid, yang berupaya menarik 1,000 kali berat ke dalam air.

Semestinya akan membantu mengembalikan lembapan dan kekal hidrasi pada kulit anda sepanjang hari.

Serum anti aging terbaik di watson
Nutox
mulai
RM52.02
Semak Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak sarang burung
add_circle Menggunakan kolagen semula jadi
add_circle Kuasa makro alga
add_circle Ekstrak gentian India, Actigenic +
remove_circle Harga mahal

Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic + dan B'Nest Collagen. 

Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic +, sistem pertumbuhan semula epidermis dapat dilakukan.

Dengan proses pertumbuhan lapisan kulit bahagian epidermis ini dapat menimbulkan kesan ketara untuk kulit tampak lebih muda dan berseri.

Guna secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman. 

Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja. 

Serum anti aging untuk kulit sensitif
Eucerin
mulai
RM62.99
Semak Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Mengatasi masalah jerawat dalam 2 minggu
add_circle Menggunakan teknologi 'super serum'
add_circle Tidak mengeringkan kulit
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak & sensitif
remove_circle Harga mahal

Eucerin merupakan jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi. 

Serum ini berfungsi mengekalkan dan mengembalikan kesihatan kulit sekaligus memberi keyakinan kepada anda dengan kulit yang lebih berseri.

Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid, mengurangkan jerawat dalam lapisan kulit wajah. 

Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif. 


Apakah Fungsi Utama Serum Anti-Penuaan?

Dalam produk penjagaan wajah, serum dianggap penting kerana kandungan bahan aktifnya tinggi. 

Bahan yang wajib ada adalah peptides dan retinol dimana dua bahan ini berfungsi untuk mengurangkan masalh penuaan. 

Membantu proses pengelupasan sel la dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru serta membekalkan kolagen pada kulit wajah.

Oleh itu, memakai serum berasaskan anti-penuaan, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dapat memerangi garis penuaan, kedutan, jeragat serta pigmentasi yang tidak diingini. 

Namun, rangkaian serum mana yang paling sesuai buat anda?  

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui jawapan.


Artikel Berkaitan

End of Article