Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Body Serum Agar Kulit Tidak Tampil Berkedut

Dapatkan kulit sihat dan selembut sutera.

Sebilangan besar daripada kita sudahpun mengenali serum wajah dan serum mata tetapi tahukah anda bahawa itu baru permulaan berkaitan dengan serum! Kita biasanya menghabiskan lebih banyak masa untuk merawat kulit wajah tetapi bukan itu saja, kulit di seluruh badan juga amat penting. 

Benar bahawa wajah kita lebih terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan udara, namun harus diingatkan bahawa kulit badan kita pun memerlukan TLC. Serum badan adalah produk penjagaan badan yang lebih advanced, dan melangkaui kebaikan pelembap asas losyen dan krim badan. Dengan pilihan bahan aktif yang tepat, serum badan dapat mengatasi masalah banyak jenis kulit.

Apakah kegunaan serum badan?

Dengan penggunaan yang betul serum badan dapat mengatasi banyak masalah kulit dan boleh diklasifikasi mengikut pelbagai jenis kulit. Fungsi yang ditawarkan serum badan bergantung pada jenis kulit dan isu tertentu yang ingin diatasi, contohnya:

  • Digunakan sebagai pelembap / anti-kering.
  • Menenangkan kulit sensitif.
  • Sebagai antioksidan.
  • Anti penuaan.
  • Membaiki lapisan kulit.
  • Melindungi kulit dari radikal bebas.
  • Memperbaharui sel kulit.

Kini serum badan boleh didapati dengan mudah sama ada melalui atas talian mahupun dikedai-kedai menjual barangan penjagaan diri. Bagi membantu anda membuat pembelian bijak, apa kata ikuti senarai dibawah. 

10 Serum Badan Terbaik Boleh Digunakan Setiap Hari

Serum badan terbaik untuk mencerahkan kulit dengan harga mesra poket
Nivea
mulai
RM17.20
Semak Nivea Extra White Smooth & Firm Serum harga dibawah:

Cerahkan kulit badan dengan serum badan dari Nivea ini. Harganya mampu milik, serum badan ini mempunyai formula ringan dan sangat berkesan dengan Q10. Ianya membantu menyuburkan dan mengembalikan keanjalan kulit. Dengan mengandungi Essence White Deep, serum badan dari jenama Nivea ini memberi khasiat untuk kulit yang lebih cerah, licin dan berseri dari dalam.

Serum badan diperkaya dengan Vitamin E pilihan terbaik
Cosmoderm
mulai
RM14.40
Semak Cosmoderm Vitamin E Body Serum harga dibawah:

Serum badan lembut dan sehalus sutera ini mempunyai wangian lembut yang tahan lama dan diperkaya dengan madu dan Vitamin E. Ianya tidak berminyak dan mudah meresap untuk memberi kulit licin dan sihat. Selain Vitamin E, serum ini mengandungi minyak bunga matahari, minyak Rosehip dan Shea Butter menjadikan kulit anda lebih glowing.

Serum badan terbaik untuk kulit sensitif dengan konsistensi minyak
Rosken
mulai
RM27.97
Semak Rosken Skin Repair Bio Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Ada vitamin A untuk rawat jerawat
add_circle Mengurangkan kesan ‘stretch mark’
add_circle Ratakan tona kulit yang tak sekata
remove_circle Tidak boleh digunakan pada kulit yang rosak

Serum badan ini bertekstur minyak yang akan memberi kulit rawatan intensif apabila digunakan secara berkala bagi membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit. Ianya dapat membaikpulih penampilan daripada stretch mark, parut, warna kulit yang tidak rata, kulit yang sangat kering dan kulit menua. 

Rosken Skin Repair Bio Serum diformulasi dengan menggunakan gabungan antioksidan Vitamin A dan E serta minyak Chamomile yang menenangkan, Lavender, Rosemary dan Calendula. Buat anda dengan kulit sensitif, ini pilihan tepat!

Serum badan terbaik untuk kulit kusam – tona lebih sekata
mulai
RM31.00
Semak Serene Whitening Body Serum harga dibawah:

Dapatkan tona kulit idaman dengan serum badan Serene ini. Ianya mengandungi Vitamin E dan C, alpha arbutin, kolagen dan L-glutathione untuk memberi kulit yang lebih sihat dan cerah. Serum badan dengan tekstur gel ini mudah untuk disapu dan meresap ke dalam kulit tanpa rasa melekit. Katakan bye-bye pada kulit kusam!

Serum badan terbaik untuk kulit kering – lebih penghidratan
Biore
mulai
RM29.00
Semak Biore UV Anti-Pollution Body Care Serum Extra Moist SPF 50+ PA+++ harga dibawah:

Kekalkan lembapan serta lindungi kulit anda setiap hari dari pencemaran dan sinaran UV dengan serum yang diformulasi dengan teknologi Jepun ini. Ianya memberi perlindungan UV Superior & Hi-Impact dengan SPF50+ PA +++ bagi mencegah penuaan kulit pramatang. Perisai anti-pencemaran yang membentuk pelindung menguatkan kulit daripada bahan pencemar. 

Ianya juga diperkaya dengan Vitamin E, air mineral Jepun & asid Hyaluronik untuk pelembapan intensif.

Serum badan dengan minyak Argan, juga ideal untuk rambut
mulai
RM38.21
Semak Argan Deluxe Argan Oil Hair & Body Serum harga dibawah:

Selain serum badan, serum ini juga ideal untuk digunakan pada rambut. Ianya mengandungi minyak Argan yang kaya dengan omega 6. Bukan sekadar hanya untuk memperbaiki kulit, minyak Argan juga menguatkan kulit agar tidak mudah iritasi. Memadai dengan penggunaan 2 hingga 3 kali seminggu, serum badan ini membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Serum badan terbaik untuk menghilangkan stretchmark
mulai
RM79.00
Semak Deildaz Serum Stretchmark harga dibawah:

Buat anda yang tercari-cari cara menghilangkan stretch mark, ini jawapannya. Serum berasaskan air ini meresap pantas serta mempunyai efek sejuk setelah disapu di badan. Ianya mengandungi ekstrak bunga hibiscus, minyak rosehip, minyak zaitun, buah grapefruit, biji kapas dan minyak pati oren. Serum badan ini terbukti secara klinikal boleh memudarkan stretchmark dalam hanya 19 hari!

Serum badan pelembap – ideal untuk kegunaan pada kulit wajah
Drunk Elephant
mulai
RM207.00
Semak Drunk Elephant B-Hydra™ Intensive Hydration Serum harga dibawah:

Kini anda tidak perlu membeli serum berbeza untuk wajah. Serum ini boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Ianya membantu menangani isu kulit kering, kusam, berkedut dan tona tidak sekata. Serum dengan AHA ini bebas pewangi, paraben dan sulfat yang merbahaya.

Serum badan terbaik dengan elemen anti-penuaan
L'Occitane
mulai
RM212.26
Semak L'occitane Almond Velvet Serum harga dibawah:

Serum badan yang ringan namun pekat ini diperkaya dengan ekstrak almond dan Vitamin C, untuk membantu bertindak pada tanda-tanda penuaan badan dan mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh sinar matahari. Ianya bertindak pada 5 tanda utama penuaan badan: kekeringan, kulit kendur, perubahan tona, garis-garis halus dan ketidaksekataan kulit. Anda pasti jatuh hati dengan aroma almond yang harum.

Kulit badan kekal anjal, tampil awet muda
Murad
mulai
RM358.00
Semak Murad Firm and Tone Serum harga dibawah:

Serum badan ini dapat membaikpulih kerosakan pada kulit sambil memberi keanjalan agar tampil awet muda dan tidak kelihatan kedutan atau selulit akibat obesiti. Ianya juga dapat mengurangkan penampilan stretch marks terutamanya buat wanita selepas bersalin. Kembalikan keserian pada kulit badan anda dengan serum dari Murad ini.

Artikel Berkaitan

End of Article