Kecantikan

20 Serum Untuk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik Malaysia 2026

Anda boleh guna serum menghilangkan bekas jerawat. Ini senarai serum untuk parut jerawat terbaik yang anda boleh guna untuk sihatkan kulit!


Editor · Updated 14 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

20 Serum Untuk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik Malaysia 2026

Tidak mudah untuk menjaga kulit wajah memandangkan kita tinggal di negara yang bercuaca panas dan lembap.

Masalah jerawat ini terjadi apabila keadaan kulit mengalami masalah liang pori tersumbat dan penghasilan minyak dan sebum berlebihan. 

Kandungan

Ada pelbagai jenis skincare hilangkan parut jerawat dan serum menghilangkan bekas jerawat untuk setiap jenis kulit wajah tapi anda perlulah cari yang sesuai bagi memastikan keberkesanannya bagus.

Nak pilih product hilangkan parut jerawat pun perlu ikut jenis kulit anda, sebab tak semua serum terbaik tu sesuai dengan anda walaupun ramai yang cakap ia serum muka terbaik.

Jom lihat senarai serum untuk parut jerawat dan ada juga beberapa produk hilang parut jerawat terbaik yang anda boleh dapatkan.


Senarai 20 Serum Untuk Parut Jerawat

Beauty Of Joseon Glow Serum
Serum terbaik jerawat secara keseluruhan 1 daripada 20
Beauty Of Joseon Glow Serum: Propolis + Niacinamide (30ml)
Beauty of joseon
Dari RM50.70
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mengurangkan liang pori
Melawan jerawat
Harga sedikit mahal
2 lagi
Melembapkan
Kulit lebih glowing

Sebab menjadi pilihan utama:

Serum yang sesuai untuk anda yang mempunyai masalah seperti kusam, makeup cakey, pori-pori besar, kulit meradang, parut jerawat, kulit rasa kering dan kasar.

Ciri-ciri:

Mempunyai tekstur lembut seperti madu tanpa rasa melekit, serum ini membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Antara kandungan utama dalam serum ini termasuk;

  • Ekstrak biji Lotus corniculatus: membantu melembapkan dan melegakan kulit.
  • Minyak tamanu: mengurangkan parut jerawat, kerengsaan dan memperbaiki kulit yang rosak serta berparut.
  • 2% niacinamide: mengurangkan pori-pori besar, mengawal pengeluaran sebum, mengekalkan keseimbangan minyak dan kelembapan kulit
  • 60% ekstrak propolis: anti-radang, menghidrat kulit, mengurangkan jerawat serta mencerahkan kulit kusam dan bintik-bintik gelap
  • 0.5% BHA: membantu menghilangkan sebum dan sisa yang terkumpul di liang pori

Jangan ragu-ragu kerana serum ini selamat dan dihasilkan oleh pengeluar dengan sijil GMP serta kawalan kualiti yang ketat.

Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak yang mudah jerawat.

Review:

"Salah satu produk favorite saya, dah repeat lebih 4 botol. Serum ini membantu mencerahkan kulit dan kandungan Niacinamide just nice tidak terlalu pekat. Sangat-sangat recommended."

Serum untuk muka bruntusan 2 daripada 20
HADA LABO Premium Hydrating Lotion (170ml)
Hada Labo
Dari RM56.25
Lihat harga di Lazada Malaysia
pH seimbang
Lembut pada kulit
Boleh sebabkan tiny bump untuk sesetengah kulit
2 lagi
Menghidratkan dan menganjalkan kulit
Mengurangkan penampilan garis halus

Hada Labo Premium Hydrating Lotion mengandungi 7 jenis Hyaluronic Acid untuk menghidratkan kulit dengan lebih mendalam. 

Bahan-bahan lain dalam losyen ini termasuk kolagen terhidrolisis, peptida aktif dan bahan aktif pekat lain yang boleh menegangkan kulit dan memperbaiki kontur wajah untuk kulit yang lebih bouncy dan glowing.

Kolagen terhidrolisis boleh meningkatkan keanjalan kulit dan memastikan kulit kelihatan lebih lebih tegang dan muda.

Peptida aktif pula membantu mengurangkan penampilan garis halus dan memperbaiki kontur wajah.

Selesa digunakan dalam tekstur esen dan sesuai untuk kulit kering, normal serta dehydrated. Sangat melembapkan dan memberikan penghidratan yang berpanjangan.

Guna 2 kali sehari selepas bersihkan muka untuk kulit lebih cerah berseri, anjal, licin dan lembut.

Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml)
Serum untuk jerawat di drugstore 3 daripada 20
Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml)
Nano White
Dari RM52.06
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit kombinasi
Meresap dengan pantas
Harga mahal
3 lagi
Untuk kulit berminyak dan berjerawat
Tidak melekit
Mempunyai Arbutin dan Niacinamide

Rumusan bahan dari Nano White Serum diperkaya dengan Niacinamide yang akan membantu anda mengurangkan bintik hitam.

Selain itu, serum ini juga mampu memudarkan kesan parut jerawat dan akan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Dengan gabungan Arbutin pula, dapat membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk penyerapan bahan aktif. 

Hanya dalam masa 4 hari, kulit anda akan bebas tompokan gelap dan kulit wajah akan nampak lebih berseri.

Tambah pula keberkesanan 70% dijamin dapat  mengecilkan pori-pori dan secara tidak langsung memberi tekstur kulit yang halus serta lembut. 

Serum NanoWhite sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit jenis berminyak, kombinasi dan berjerawat.  

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum
Serum untuk kulit jerawat dan berminyak 4 daripada 20
Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)
Naruko
Dari RM39.20
Lihat harga di Shopee Malaysia
Membantu memudarkan parut jerawat
Dapat mengawal minyak wajah
Bukan untuk ekzema
2 lagi
Sesuai untuk semua jenis kulit
Mengecilkan liang pori

Cuaca di Malaysia yang tidak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan ini akan menyebabkan kulit kita mudah berminyak.

Oleh itu, serum Tea Tree Shine Control dari Naruko ini akan menjadi penyelamat hebat untuk anda yang menghadapi masalah kulit berminyak.

Serum istimewa 4-dalam-1 ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Serenoa Serrulata dan 1% asid Salicylic.

Bahan ini berfungsi untuk menghalang dan mengawal rembesan minyak serta mengetatkan liang pori.

Selain itu, serum ini mampu memberi kecerahan pada kulit dengan melawan tompokan gelap dan bekas parut jerawat. 

Kini kulit anda akan bebas minyak, jerawat dan cela jadi akan bantu keyakinan diri untuk bertambah. 

The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution (30ml)
Serum untuk jerawat pasir 5 daripada 20
The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution (30ml)
The Ordinary
Dari RM40
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mempunyai Salicylic Acid
Mengurangkan parut jerawat
Bukan untuk semua jenis kulit
1 lagi
Mengawal penghasilan minyak

Tidak hairanlah kenapa jenama The Ordinary kini melonjak naik kerana produk yang memberi kesan yang baik dengan harganya mampu milik. 

The Ordinary menawarkan rawatan produk yang berkesan dan kuat untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak. 

Kulit berminyak ini cenderung mempunyai jerawat, dan serum ini membantu merawat jerawat dengan rumusan Salicylic Acid.

Formulanya sangat ringan dan cair jadi mudah untuk menembusi liang kulit untuk mengurangkan liang pori tersumbat dan memberikan tekstur licin pada kulit. 

Serum ini akan memberikan pH yang normal pada kulit wajah dan dapat mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan, penyebab utama kulit berminyak.

Serum untuk jerawat dan parut 6 daripada 20
Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum (5ml)
Garden of Eden
Dari RM35.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Bahan semulajadi
Sesuai juga untuk kulit sensitif
Tekstur sedikit berminyak
1 lagi
Tiada kesan iritasi pada kulit

Dari ekstrak Australian Tea Tree Oil yang tulen, Rosa T Acne Serum direka khusus untuk melawan jerawat muka tanpa merosakkan permukaan kulit anda.

Selain membunuh bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat, serum ini juga mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan.

Serum yang mudah didapati dari drugstore ini, kaya dengan Vitamin E yang membantu melegakan parut jerawat serta meningkatkan kesihatan kulit wajah anda.

Anda juga boleh gunakannya untuk menutupi cela jelas di kulit wajah dengan hanya sapukan 2 titik minyak pada kawasan bermasalah. 

Serum untuk kulit jerawat dan kusam 7 daripada 20
Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)
Eucerin
Dari RM62.99
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mengatasi masalah jerawat dalam 2 minggu
Menggunakan teknologi 'super serum'
Harga mahal
2 lagi
Tidak mengeringkan kulit
Sesuai untuk kulit berminyak & sensitif

Eucerin merupakan jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi. 

Ini kerana serum ini mampu mengekalkan dan mengembalikan kesihatan kulit sekaligus memberi keyakinan kepada anda untuk dapatkan kulit yang lebih berseri.

Dengan kandungan 100% Natural Acid, serum ini dapat mengurangkan jerawat dalam lapisan kulit wajah dengan baik.

Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut menjadikannya sangat sesuai digunakan pada kulit yang mudah rosak seperti kulit sensitif. 

Turut menggunakan teknologi Super Serum yang akan bantu anda mengatasi masalah jerawat dalam masa 2 minggu sahaja!

Serum untuk kulit jerawat dan sensitif 8 daripada 20
Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate
Nutox
Dari RM71.02
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mengandungi ekstrak sarang burung
Menggunakan kolagen semula jadi
Harga mahal
2 lagi
Kuasa makro alga
Ekstrak gentian India, Actigenic +

Nutox Advanced Serum Concentrate mengandungi Actigenic + dan B'Nest Collagen yang akan memberikan kesan ketara untuk buatkan kulit tampak lebih muda dan berseri.

Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic + di mana berfungsi untuk sistem pertumbuhan semula epidermis pada kulit wajah. 

Jadi, anda boleh gunakan secara konsisten untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut dan kekusaman.

Cara ini akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja. 

cosmoderm oil control serum
Serum untuk jerawat murah 9 daripada 20
Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml)
Cosmoderm
Dari RM28.01
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai kulit kombinasi kering dan berminyak
Kurangkan jerawat & blackhead
Tidak mempunyai logo halal
1 lagi
Serap minyak dan sebum pada kulit

Serum ini mengandungi ekstrak Lemon, Aloe Vera, buah-buahan dan minyak Tea Tree yang mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dengan bertindak membersih pori terbuka.

Selepas toner, serum boleh disapu pada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus.

Produk ini juga sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka.

Serum ini boleh menyerap minyak dan sebum yang dihasilkan secara berlebihan pada kulit wajah tanpa membuatkan kulit anda menjadi kering atau iritasi.

Dengan bahan berasaskan air, serum ini sesuai untuk anda yang mempunyai 2 jenis kulit iaitu kombinasi kering dan berminyak jadi tekstur kulit wajah anda jadi lebih seimbang.

Serum untuk muka bopeng (berbintik) 10 daripada 20
COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml)
COSRX
Dari RM45
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tanpa alkohol
Memperbaiki tekstur kulit
Mengandungi pewangi
2 lagi
Dapat memberi kelembapan wajah
Mengurangkan kemerahan

COSRX Snail Mucin 96 mempunyai tekstur ringan sedikit cair dan cepat menyerap ke dalam kulit serta memberi kesan glow semula jadi dari dalam.

Mengandungi ekstrak lendir siput, betaine dan panthenol yang membantu memulihkan kulit. 

Selain itu, lendir siput membantu membaiki dan melegakan kulit sensitif serta kemerahan akibat jerawat dengan menambah kelembapan serta meningkatkan keanjalan kulit.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan bebas paraben, sulfat, phthalates dan alkohol. Sapukan produk ini selepas bersihkan muka dan toner sebelum pelembap. 

Selepas seminggu pakai, anda akan nampak perubahan termasuk jerawat jarang naik, parut jerawat makin pudar, kulit makin glowing dan lebih hidrat.

Azanis Scar Serum
Serum Vitamin C untuk jerawat 11 daripada 20
Azanis Scar Serum
Azanis
Dari RM79
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mampu melindungi kulit dari kotoran
Keberkesanan selama sebulan
Sedikit melekit
1 lagi
Dapat melebapkan kulit

Serum ini bukan sahaja menghilangkan parut jerawat tetapi mampu menghilang parut demam campak dan parut luka. 

Kandungan antioksidan yang tinggi akan membantu anda mempercepatkan memudarkan parut pada kulit anda. 

Selain itu, bahan Vitamin E juga berfungsi sebagai anti keradangan secara semula jadi. 

Dengan bahan yang berkualiti, kulit akan kelihatan lebih cerah dan menjadikan kulit lebih lembapan tanpa mengeringkan lapisan kulit anda. 

Cocoa oil pula akan melindungi kulit dari kotoran luar yang boleh menyebabkan kerosakan pada tisu. 

some by mi yuja niacin
Serum korea untuk parut jerawat 12 daripada 20
Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum (50ml)
Some By Mi
Dari RM39.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mudah menyerap ke dalam kulit
Sesuai untuk kulit sensitif
Harga mahal
1 lagi
Tiada bahan pewangi

Serum dari jenama Korea Selatan semakin mendapat tempat dihati peminat skincare tempatan.

Mengandungi 82% ekstrak buah Goheung Yuja, memberi nutrisi menyeluruh pada kulit dan dapat melembapkan serta menyerikan kulit dari sebarang cela jerawat. 

Serum ini juga mengandungi gabungan Niacinamide, Glutathione, Arbutin dan 12 vitamin penting untuk kulit muka.

Bahan-bahan ini sangat bagus untuk mencerahkan, menyihatkan dan mengurangkan iritasi kulit wajah akibat jerawat. 

Tekstur serum ini lembut, ringan dan cepat meresap ke dalam kulit menjadikannya sesuai dipakai bersama skincare lain atau solekan.  

Kalau anda ada kulit sensitif, jangan risau produk ini sesuai untuk kulit sensitif kerana tidak mengandungi sebarang pewangi tambahan. 

Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum (30ml)
Serum jerawat untuk ibu hamil 13 daripada 20
Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum (30ml)
Safi
Dari RM29.48
Lihat harga di Lazada Malaysia
Harga murah
Sesuai untuk kulit kering
Keberkesanan tidak ketara
2 lagi
Tiada bahan pewangi
Tekstur ringan & mudah menyerap

Bagi anda yang mengalami masalah bekas jerawat pada kulit kering, serum dari Safi ini boleh membantu mengurangkannya. 

Tekstur serum ini ringan dan dapat meresap jauh kedalam kulit supaya dapat melembapkan kulit dan menjaga kelembutan kulit dari hari ke hari. 

Dengan teknologi Ultra White iaitu komponen ekstrak Nano BioWhite dan Kakadu Plum untuk mencerahkan kulit yang kusam dan tona tidak sekata. 

Kalau anda pakai secara konsisten, satu botol cukup untuk 2 bulan setengah jadi ini sangat menjimatkan sambil mengekalkan kulit kekal cantik.  

serum wardah murah
Serum untuk muka glowing 14 daripada 20
Wardah Lightening Serum Ampoule Niacinamide (30ml)
Wardah
Dari RM25.11
Lihat harga di Lazada Malaysia
Untuk semua jenis kulit
Mencerahkan bintik hitam
Muncul jerawat kecil pada sesetengah orang
1 lagi
Ada 10X Advanced Niacinamide

Serum dari Wardah ini berkesan untuk mengatasi masalah kulit kusam dan mengurangkan kesan parut jerawat kerana mengandungi 10 kali ganda Niacinamide berbanding jenama lain. 

Tekstur serum ini ringan dan ini menjadikan lebih cepat menyerap pada lapisan dalam kulit.

Dengan bahan 10x dari Advanced Niacinamide dalam setiap titik serum akan memberikan kesan kulit menjadi lebih cerah.

Bukan itu sahaja, parut jerawat juga akan berkurang dan anda dapat melindungi kulit wajah dari pendedahan sinaran blue light

Penggunaan secara konsisten akan menjadikan kulit anda lebih lembap dan berseri dari hasil penggunaan pertama.

Menarik lagi, serum ini juga mengandungi bahan Niacinamide yang membantu meratakan tona kulit dan menghapuskan dark spot. 

Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C
Serum Vitamin C untuk parut jerawat 15 daripada 20
Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C
Garnier
Dari RM47.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Terdapat 30X vitamin C
Boleh mencerahkan kulit
Harga mahal
3 lagi
Ada ekstrak lemon Yuzu segar
Sesuai juga dengan kulit sensitif
Tekstur ringan & cepat menyerap

Masih ramai tidak menggunakan Vitamin C sebagai satu asas dalam set penjagaan muka.

Tahukah anda bahawa penggunaan Vitamin C secara konsisten pada wajah akan menjadikan kulit tidak kusam? 

Ya, ini fakta! Terutama sekali jika wajah yang mempunyai jeragat, kandungan Niacinamide akan bertindak melindungi kulit agar tidak berlaku sunburn.

Kandungan Phenylethyl Resorcinol pula membantu untuk mencerahkan kulit wajah,dan meneutralkan kesan kerosakan akibat radikal bebas. 

Anda boleh gunakan serum ini pada waktu pagi dan malam untuk dapatkan hasil maksimum! 

Post-Acne Spot Lightening Serum
Serum anti penuaan 16 daripada 20
Derma Angel Post-Acne Spot Lightening Serum
Derma Angel
Dari RM34.65
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Menghalang pigmentasi
Dapat mencerahkan kulit
Harga mahal
2 lagi
Meratakan warna tona kulit
Mampu mencerahkan parut jerawat

Post-Acne Spot Lightening Serum mengandungi Oat extract OSILIFT® yang dapat mengawal kelembapan, menenangkan kulit serta melicinkan kulit.

Serum ini dapat membentuk satu lapisan iaitu water-retention untuk memperbaiki permukaan kulit yang rosak akibat jerawat.

Selain itu, ekstrak ini dapat memperbaharui kolagen untuk menganjalkan kulit sekaligus memperbaiki masalah parut jerawat.

Dengan kandungan tea tree oil dan ekstrak tumbuhan semula jadi yang lain, serum ini juga dapat mengawal pertumbuhan jerawat dan mengecilkan lubang pori yang besar.

Secara tidak langsung serum ini dapat memperbaiki kulit anda semula dengan pantas.

Tekstur serum ini pula tidak melekit serta mudah menyerap ke dalam kulit untuk pemulihan dan penjanaan kulit semula.

Jangan risau, kandungan bahan dalam serum ini sesuai untuk kulit sensitif kerana tidak mengandungi alkohol, minyak mineral dan bebas pati rempah.

SKINTIFIC 2% Salicylic Acid Anti Acne Serum
Serum anti jerawat mengandungi Niacinamide 17 daripada 20
SKINTIFIC 2% Salicylic Acid Anti Acne Serum
SKINTIFIC
Dari RM46
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mempunyai Niacinamide dan Salicylic acid
Mudah menyerap pada kulit
Harga mahal
2 lagi
Membantu penyembuhan luka kulit
Tekstur tidak berminyak

Jenama dari SKINTIFIC ini sudah mula menjadi bualan kerana harganya yang mampu milik serta tahap keberkesanannya tinggi. 

Sama seperti serum untuk jerawat ini, rata-rata ulasan pengguna memberikan reaksi positif dan berpuas hati dengan serum yang mampu mengurangkan jerawat pada kulit. 

Turut mengandungi Salicylic Acid yang membantu membunuh bakteri penyebab utama jerawat mudah tumbuh pada kulit. 

Bukan itu sahaja, serum ini juga mengandungi Niacinimide yang akan mencerahkan kulit dan memberikan kesan glowing pada wajah anda. 

Kebiasaanya tekstur serum sedikit pekat tapi serum jerawat ini mengandungi Hyaluronic acid yang mudah menyerap pada kulit dan tidak akan menyebabkan kulit berminyak. 

Menarik lagi, kandungan bahan Centella pula akan mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat jerawat jadi anda akan dapat kulit yang licin dalam masa yang singkat!

aiken vit c
Serum untuk jerawat dan mencerahkan 18 daripada 20
AIKEN Vita-C Brightening Serum 30ML
AIKEN
Dari RM27.12
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tidak melekit
Mengurangkan jeragat
Sedikit cair
3 lagi
Mencerahkan tona kulit
Mencegah pembentukan jerawat baru
Selamat untuk kulit sensitif

AIKEN Vita-C Bright mengandungi formula bebas minyak, ringan dan tidak melekit serta cepat meresap ke dalam kulit.

Diperkaya dengan 65X Vitamin C yang berfungsi tiga kali ganda untuk mencerahkan tona kulit dalam masa 5 hari, bertindak sebagai antioksidan dan mencerahkan parut jerawat.

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan jerawat dalam hanya 3 hari dan mencegah pembentukan jerawat baru.

Diformulasikan dengan Vitamin C terbaik dari Jepun dan Tea Tree Oil dari Australia, ia membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat dan parut jerawat, serta membantu membunuh bakteria penyebab jerawat secara semulajadi dan efektif.

Hasilnya, kulit bebas daripada jerawat, sihat dan lebih berseri!

Jangan risau tentang bahan berbahaya kerana produk ini tidak mengandungi paraben, minyak mineral, alkohol, pewangi, Propylene Glycol, Imidazolidinyl Urea, atau Triethanolamine.

axis y dark spot serum
Serum untuk kulit jerawat dan berlubang 19 daripada 20
Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
Axis Y
Dari RM65
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tekstur gel
Sesuai untuk kulit sensitif & kusam
Kurang melembapkan
3 lagi
Menghaluskan dan mencerahkan kulit
Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
Mengurangkan pigmentasi, bintik gelap, dan parut jerawat

Serum Axis-Y ini dirumus dengan bahan-bahan yang anda pasti suka iaitu 5% Niacinamide dan Squalane

Ini kerana niacinamide membantu memudarkan bintik-bintik gelap, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, masalah kulit kusam atau berlubang dan mengurangkan keradangan daripada jerawat serta rosacea.

Ditambah lagi dengan squalane, serum ini melindungi kulit dari radikal bebas, mengekalkan kelembapan dan menggalakkan pembentukan kolagen untuk kulit yang lebih tegang dan gebu.

Selain itu, mengandungi bahan lain seperti gliserin, sodium hyaluronate, ekstrak betik dan sea buckthorn yang mampu mencerahkan kulit.

Cukup sapukan 2-3 pam serum Axis-Y ke seluruh muka atau kawasan yang bermasalah. Sesuai digunakan sebagai sleeping mask.

Jangan risau, serum untuk jerawat ini mudah menyerap, bebas alkohol, minyak mineral, paraben dan pewangi. 

Bila pakai waktu malam esok pagi kulit anda akan rasa lembut dan sedikit glowing.

torriden dive in serum
Serum untuk kulit jerawat dan kering 20 daripada 20
Torriden Dive In Low Molecular Hyaluronic Acid Serum
Torriden
Dari RM55
Lihat harga di Lazada Malaysia
Ringan
Melembap & menenangkan
Harga sedikit mahal
2 lagi
Melegakan kulit yang tegang
Menambah penghidratan

Serum Torriden memberikan kelembapan mendalam pada kulit anda dengan 5D Hyaluronic Acid Complex iaitu 5 jenis asid hyaluronik berbeza saiz molekul untuk meningkatkan penyerapan dan menambah penghidratan sepenuhnya bermula dari dalam kulit.

Dengan tekstur yang ringan dan formula tidak melekit, serum ini cepat menyerap tanpa meninggalkan rasa berat. 

Turut mengandungi Panthenol dan Allantoin yang membantu menghidrat dan menenangkan kulit serta melegakan kekeringan pada kulit dan kesan melembapkan yang tahan lama. 

Ia juga telah lulus ujian keselamatan untuk kulit sensitif dan mendapat pengiktirafan Vegan oleh agensi korea serta menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk Olive Young Awards 2022.

Sapukan serum ini pada wajah selepas toner dan tambah lapisan tambahan jika perlu untuk lebih penghidratan terutamanya semasa cuaca panas dan kering. 

Penggunaan harian dapat melembutkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit serta kulit nampak lagi sihat.


Tips Pilih Serum Jerawat

Serum merupakan salah satu penjagaan insentif dalam regim kecantikan jadi penggunaannya tidak diwajibkan.

Tapi untuk kesan kulit mulus yang lebih cepat dari sekadar mencuci, menyegar dan melembap kulit anda boleh gunakan serum.

Produk kecantikan ini boleh dipilih mengikut kesesuaian atau masalah yang dihadapi oleh kulit anda seperti masalah kulit kering, jerawat, sensitif dan sebagainya. 

Bagi anda yang mengalami kulit berjerawat atau berminyak, dinasihatkan untuk menggunakan serum yang mampu beri kesan matte, tidak berminyak dan tidak menyumbatkan pori-pori.

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam serum terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah adalah Vitamin C, Glutathione, Hyaluronic Acid dan Salicylic Acid.

Manakala serum yang mengandungi Niacinamide juga bagus untuk memudarkan bekas parut jerawat, sekaligus membaiki tisu kulit yang alami kerosakan. 

Sebaiknya anda pilih serum yang bebas pewangi, paraben dan bukan dari oil-based.

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui cara pemilihan serum mengikut jenis kulit.


Apakah Fungsi Umum Serum Jerawat?

Secara umumnya serum berfungsi untuk membekalkan nutrisi, melambatkan penuaan dan kelebihan lain mengikut bahan yang terkandung. 

Sama seperti serum khas untuk merawat jerawat, bahan yang digunakan sememangnya untuk kulit berjerawat. 

Bahan-bahan tersebut akan merawat dengan membunuh bakteria, mengurangkan parut, mengawal penghasilan sebum serta mengecilkan liang pori.

Faktor-faktor di atas semuanya berpunca daripada jerawat pada kulit wajah, jadi dengan pemilihan serum jerawat yang berkesan, masalah jerawat dapat diselesaikan.

Anda boleh lihat video di bawah, kesalahan menggunakan serum. Selamat mencuba dan tampil yakin dengan kulit yang lebih sihat.


Berapa Kali Sehari Atau Seminggu Serum Ini Harus Digunakan?

Sebelum anda tentukan berapa kali sehari atau seminggu anda boleh pakai serum, anda perlu tahu tujuan pemakaian dan juga pertimbangkan beberapa faktor dahulu.

Pertama, anda perlu tahu isi kandungan serum dan tujuan anda memakainya kerana sesetengah serum direka untuk dipakai beberapa kali dalam seminggu sahaja.

Yang penting anda baca arahan pada label atau panduan penggunaan, sama ada serum tersebut boleh dipakai setiap hari atau untuk beberapa kali seminggu sahaja. 

Kedua, anda perlu tahu jenis kulit anda sebab kulit yang sensitif mungkin tidak sesuai untuk penggunaan harian dan memerlukan serum yang tidak begitu kuat bahannya.

Mulakan dengan penggunaan yang jarang dan sedikit pada kulit muka sekiranya anda memiliki kulit yang sensitif.

Seterusnya, anda juga perlu tahu keperluan kulit, sama ada untuk merawat masalah kulit tertentu seperti jerawat, penuaan, atau hidrasi.

Akhir sekali, jika tidak pasti, anda boleh terus dapatkan nasihat pakar dermatologi yang sah supaya anda tidak tersilap langkah dan tidak membazir duit beli produk yang tidak sesuai.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation