Tidak kira anda mempunyai apa jenis kulit sekali pun, pemakaian pelembap muka untuk setiap individu sememangnya sangat penting bagi melindungi kulit anda dan juga mengatasi masalah yang dihadapi. Cubalah produk bebas minyak dan bahan yang mengawal dari pembentukan minyak yang berlebihan. Gunakan produk yang berlabel non-comedogenic dan non-acnegenic kerana ia mengandungi bahan yang tidak akan menyebabkan jerawat akibat dari kulit yang berminyak. 

Anda juga boleh mencuba pelembap jenis tekstur gel kerana biasanya terasa lebih ringan dan tak terlalu berminyak. Selain itu, anda juga boleh cuba untuk tidak membasuh muka dengan span yang tidak terlalu kasar dan cuci dengan air bersuhu bilik. Cuba lihat beberapa jenis pelembap yang munkin dapat mengatasi masalah anda ini.

1. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer

Moisturizer murah mampu melawan kesan jerawat

Harga mulai RM11.81

shopping_cart Watsons Malaysia RM12.67 shopping_cart Shopee Malaysia RM11.81

Pelembap ini memberi bauan dari minyak pokok teh dan mudah meresap ke dalam kulit anda. Ia membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka anda dalam pH yang sepatutnya dan yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit. Selepas beberapa kali penggunaan, anda akan merasakan kulit terasa lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.

2. EVERLY Soothing & Moisture 99% Aloe Vera Gel

Moisturizer organik untuk kulit berminyak tetapi sensitif

Harga mulai RM14.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM14.90 shopping_cart Hermo Malaysia RM15.00

Pelembap yang diterbangkan khas dari Korea ini mengandungi 99% ekstrak Aloe Vera dari Kepulauan Jeju di dalam gelnya untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Ianya dapat memberi kelegaan dan selesa sepanjang hari buat kulit anda. Pelembap ini juga dapat mengekalkan lembapan dan hidrasi tanpa membuatkan kulit anda bertambah kering. 

Diperkaya dengan 7 bahan semulajadi seperti ekstrak Barley Grass dan Deep Sea Water, kulit anda akan kelihatan bersinar dan bermaya. Walaupun bertekstur gel, pelembap ini jenis tidak melekit.

3. SAFI BALQIS Oxywhite Krim Pelembap Siang SPF20

Moisturizer terbaik untuk kegunaan remaja

Harga mulai RM17.85

shopping_cart Watsons Malaysia RM17.85 shopping_cart Shopee Malaysia RM17.85

Krim pelembap yang mengandungi perlindungan UV tambahan iaitu SPF20, berkesan dalam melindungi kulit daripada cahaya yang merbahaya. Ia turut membantu memberi kesempurnaan kepada kulit wajah yang mempunyai masalah seperti garis penuaan, kulit berminyak, kusam dan tidak sekata. Tekstur yang ringan dan lembut apabila diratakan pada kulit wajah anda dan kesan seawal 3 minggu dapat dirasai sendiri. 

Ianya juga dapat mencerahkan kulit wajah anda dan memberi lembapan agar kulit bersinar dan tampil bermaya sepanjang hari.

4. Garnier Men Turbolight Oil Control Shine Moist

Terbaik untuk lelaki – kawalan minyak dengan berkesan

Harga mulai RM15.18

shopping_cart Hermo Malaysia RM25.30 shopping_cart Shopee Malaysia RM15.18

All-in-1 krim pencerah pelembap ini dengan formula bebas gris ini, diperbuat daripada Volcanic Mineralite dan ekstrak pemutih lemon yang akan membantu melawan masalah kulit anda dalam 1 sapuan. Mengawal minyak yang berlebihan dan menutup pori-pori besar agar kulit kekal dalam tahap pH yang diperlukan. Bukan sahaja itu, ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dan mengekalkan kelembapan pada kulit agar ia bebas minyak.

Sesuai untuk kegunaan lelaki, tidak kira apa jua jenis kulit sekalipun. Kulit anda tidak akan mudah merengsa dan pedih.

5. Himalaya Oil Free Radiance Gel Cream

Moisturizer alcohol-free, selamat untuk kulit wajah anda

Harga mulai RM25.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM31.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM25.00

Himalaya Herbals Oil-Free Radiance Gel Krim adalah krim gel ringan dan tidak berminyak, ia sesuai untuk digunakan setiap hari agar kulit kekal licin. Diperkaya dengan ramuan istimewa yang memberi tiga manfaat penting iaitu menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit, menghidrat serta membuatkan kulit bertambah licin dan sempurna.

Bahan utama gel pelembap ini adalah Barbary Fig yang mengandungi Polysaccharides untuk kelembapan dan Winter Melon, kaya dengan sifat antioksidan untuk menjaga kulit. Krim yang telah diuji secara dermatologi ini, bukan jenis komedogenik, bebas minyak mineral dan paraben.

6. OLAY Regenerist Revitalising Hydration Cream SPF15 (50g)

Moisturizer dengan SPF – untuk melindungi kulit dari sinaran UV

Harga mulai RM40.00

Pelembap yang menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya dengan SPF15. Ia membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan agar kulit tampil lebih muda. Formulanya tidak berminyak supaya kulit kekal terkawal dari penghasilan minyak berlebihan. Selain itu, membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan sempurna.

7. Hada Labo Whitening Perfect Gel

Moisturizer sesuai untuk kulit berminyak dan mencerahkan

Harga mulai RM79.90

Pelembap dengan tekstur gel memberikan penghidratan yang tahan lama untuk wajah anada. Mengandungi arbutin yang membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap bagi memberikan kulit yang lebih licin. Tambahan dengan Vitamin C untuk memulihkan kembali penampilan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV. 

Krim ini mampu mengembalikan pH kulit menjadi seimbang dan jangan risau kerana ia bebas dari wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.

8. Laneige Water Bank Moisture Cream 50ml

Moisturizer yang diperbuat dari bahan dasar air

Harga mulai RM108.30

shopping_cart Lazada Malaysia RM155.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM108.30

Produk dari Laneige ini dengan mengandungi faktor pelembap semula jadi di dalam kulit dan menjadikan kulit lembap sepanjang hari melalui bahan dasar airnya. Diformulasi dengan asid Hyaluronik yang memberi lembapan dengan kadar segera. Ia juga turut membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan agar anda kekal selesa dan kulit tidak berminyak serta bermasalah. 

Pelembap ini dijamin terbaik dan telah diuji secara klinikal, selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!