Product in this article

Lebih dikenali sebagai moisturizer, pelembap wajah selalunya bertekstur krim yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Walaupun rawatan kulit ini sering digunakan oleh wanita tetapi disebabkan cuaca di Malaysia tidak menentu, para lelaki juga amat digalakkan untuk menggunakannya.

Pasti anda mempunyai pilihan pelembap kesukaan anda samada dari jenama ataupun mengikut gaya selebriti selain mementingkan fungsi khas yang bersesuaian dengan kulit masing-masing. Tahukah anda kepentingan pelembap ini sebenarnya? Krim pelembap amat penting dalam rutin penjagaan kulit harian agar kulit kekal lembap dan segar, terlindung dari sinaran UV serta kekal berkhasiat dengan nutrisi. Ia juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan rekahan kulit. 

Berikut adalah beberapa krim pelembap yang disyorkan oleh kami:


12 Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik di Malaysia

1. GARNIER Sakura White Day Cream (50ml)

Terbaik untuk memutihkan wajah sambil memberi lembapan

Harga mulai RM22.55

shopping_cart Watsons Malaysia RM28.19 shopping_cart Shopee Malaysia RM22.55

Garnier sememangnya jenama yang dikenali ramai dengan kepantasan krim pelembap yang berkesan untuk memutihkan kulit. Dalam hanya 4 minggu, krim ini dapat membantu kulit anda kelihatan 60% lebih cerah kemerah-merahan seperti bunga sakura.

Kulit anda akan terasa lebih licin dan lembut bak kulit bayi dengan ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu dalam memberikan kecerahan pada kulit dari hari ke hari. Krim pelembap ini juga sesuai untuk kulit yang sensitif.

Baca juga: 7 Pelembap Muka Korea untuk Kelihatan Seperti K-Star Kegemaran Anda

2. The Body Shop Aloe Soothing Day Cream

Sesuai untuk kulit sensitif, pelembap ini bebas alkohol

Harga mulai RM66.00

shopping_cart The Body Shop Malaysia RM66.00 shopping_cart Zalora Malaysia RM66.00

Terbukti secara klinikal, lidah buaya sesuai untuk kulit sensitif, kulit yang terdedah pada alahan, gatal atau kemerah-merahan. Ia juga bagus untuk melegakan ketidakselesaan serta bantu menyejukkan kulit.

Oleh itu, Body Shop telah mengeluarkan Aloe Soothing Day Cream, pelembap lembut  untuk menenangkan kulit sensitif dan kering. Produk ini dirumus tanpa wangian, warna, pengawet dan alkohol, menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk kulit sensitif.

Baca juga: Apakah Jenis Kulit Anda? Cuba Kuiz Ini Untuk Mengenal Pasti Jenis Kulit!

3. OLAY Regenerist Revitalising Hydration Cream SPF15 (50g)

Pelembap yang mengandungi SPF terbaik

Harga mulai RM35.66

Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang membahayakan kulit dengan SPF 15. Formula yang tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.

Secara beransur, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda. Ini moisturizer terbaik untuk anda yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih remaja dan bebas dari tanda-tanda penuaan.

4. HIMALAYA HERBALS Nourishing Skin Cream (150ml)

Moisturizer terbaik dari drugstore Watsons

Harga mulai RM31.50

shopping_cart Hermo Malaysia RM33.50 shopping_cart Shopee Malaysia RM31.50

Krim Nourishing Himalaya adalah produk terbaik dari drugstore terkenal di Malaysia iaitu Watsons. Tekstur krimnya ringan, tidak melekit dan sesuai untuk penggunaan harian  yang menyediakan pelembap, berkhasiat serta perlindungan sepanjang hari.

Krim ini diadun dengan ekstrak lidah buaya, Cherry - membantu pertumbuhan sel kulit, pokok Kino India - tonik kulit untuk kembalikan keremajaan kulit wajah dan Pennywort India - melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering. Kulit anda akan kekal lembap dan tidak lagi kering dengan produk ini.

5. NATURE REPUBLIC Soothing and Moisture 92% Aloe Vera (300ml)

Moisturizer diperkaya dengan Aloe Vera, sesuai untuk semua jenis kulit

Harga mulai RM18.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM24.50 shopping_cart Shopee Malaysia RM18.90

Nature Republic Soothing and Moisture mengandungi 92%  lidah buaya semulajadi, sesuai untuk melembapkan bahagian tubuh seperti muka, lengan, kaki dan rambut. Formula yang ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan, produk ini dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal.

Lidah buaya sememangnya kaya dengan khasiat yang dapat merawat kulit yang bermasalah tidak kira alahan, sensitif dan juga kulit berjerawat.

Baca juga: 6 Syampu Aloe Vera Ini akan Memastikan Rambut Anda Sentiasa Berkilau

6. Garnier Men Turbolight Oil Control Shine Moist

Pelembap terbaik untuk kegunaan pada kulit wajah lelaki

Harga mulai RM19.95

shopping_cart Hermo Malaysia RM25.30 shopping_cart Shopee Malaysia RM19.95

Krim pencerah semua dalam satu ini dirumus dengan formula bebas gris dan dimuatkan dengan volcanic mineralite serta ekstrak pemutih lemon yang membantu untuk melawan masalah kulit anda dalam satu sapuan.

Krim ini berfungsi untuk mengawal minyak yang berlebihan dan menutup liang pori agar kulit kekal dalam pH yang diperlukan. Lebih lagi, ia juga membantu mengekalkan kelembapan agar wajah anda sentiasa cerah.

7. SAFI Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna

Moisturizer water-based, terbaik untuk remaja

Harga mulai RM17.85

shopping_cart Watsons Malaysia RM17.85 shopping_cart Shopee Malaysia RM17.85

Jenama Safi Balqis terkenal di kalangan pengguna wanita Malaysia yang inginkan penjagaan kulit wajah sempurna dengan harganya mampu milik. Tekstur gel krim Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah water-based, sesuai untuk remaja yang memiliki kulit berminyak.

Dengan kandungan asid Hyaluronik, Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi, krim pelembap ini berkesan untuk mencerahkan kulit kusam serta kulit anda kekal segar sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi sekata.

8. ORGANIC AID Vitamin E Moisturizing Cream (1oz)

Moisturizer dengan bahan organik terbaik untuk kulit kering

Harga mulai RM16.90

Krim pelembap Vitamin E adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, ia juga menyegarkan kulit kering serta melindunginya daripada matahari. Dengan tekstur krim yang tidak berminyak dan cepat diserap, ia sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit dapat dipertingkatkan.

Baca juga: Hidratkan Kulit Anda dengan 9 Moisturizer Terbaik untuk Kulit Kering

9. A’PIEU Waterful Cucumber Soothing Gel

Moisturizer gel dari timun – murah dan bagus

Harga mulai RM59.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM59.00

A’Pieu, satu jenama tidak asing lagi di Korea, kini mengeluarkan rangkaian penjagaan terbaik untuk melembap dan menyegarkan kulit wajah yang diperbuat daripada bahan asasnya, timun. Dengan mengandungi air timun sebanyak 50%, ekstrak timun Loofah dan asid Hyaluronik, pelembap ini mampu untuk menenang, melicin serta menyejukkan kulit wajah.

Untuk kulit yang terdedah pada sinar matahari, krim pelembap ini sesuai untuk anda kerana ianya mengembalikan keseimbangan kulit agar kekal terhidrat.  Selamat mencuba!

10. NEUTROGENA Oil-Free Moisture Combination Skin (118ml)

Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi – bebas minyak

Harga mulai RM33.50

shopping_cart Watsons Malaysia RM33.50 shopping_cart Shopee Malaysia RM33.50

Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu anda adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.

Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit anda tampil lembut dan bersinar sepanjang hari.

11. NRC Magic Elixir Moisturiser & Makeup Primer

Moisturizer (primer) – asas solekan terbaik

Harga mulai RM80.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM80.00

Apa itu Primer? Primer adalah moisturizer untuk solekan sebelum anda memakai foundation. Berfungsi sebagai lapisan pelindung kulit agar tidak langsung bersentuhan dengan layer solekan anda. Pengunaan primer tidak semestinya menjadi satu kewajipan semasa memakai asas solekan, tetapi manfaatnya berbeza dengan pelembap biasa.

Primer dari NRC ini diperkaya dengan Vitamin C dan Honey Bee Venom, moisturizer ini memberi hidrasi dan membaikpulih keadaan kulit rosak. Mengandungi SPF15 untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya bebas alkohol.

12. KIEHL’S Ultra Facial Oil-Free Gel Cream

Terbaik untuk kulit berminyak dan melawan jerawat

Harga mulai RM127.90

shopping_cart Kiehl's Malaysia RM132.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM127.90

Kulit wajah anda berminyak? Dalam pada masa yang sama berjerawat? Moisturizer ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak cenderung berjerawat. Teksturnya yang tidak berminyak dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit dan membuatkan wajah anda tampak berseri.

Dengan ekstrak Imperata Cylindrica Root, Antarcticine dan Timun, moisturizer ini dapat melembapkan dan melindungi kulit anda daripada pencemaran udara. Bahan kandungan krim yang bebas minyak, paraben, pewangi dan pewarna dapat meresap masuk ke dalam lapisan kulit dengan sempurna.


Cara Memilih Moisturizer Sesuai Untuk Jenis Kulit Tertentu

Bagi wanita bekerjaya, anda sudah tentu seringkali keluar berjumpa klien atau melakukan aktiviti di luar. Penampilan haruslah dijaga dengan baik supaya kulit anda tidak kelihatan kusam dan kering semasa bertemu janji. Jadikan satu kebiasaan menggunakan pelembap setiap kali selepas mandi atau mencuci muka. Pilihlah moisturizer yang tepat untuk mengikut jenis-jenisnya;

  • Normal : Kulit wajah ini tidak langsung mempunyai masalah yang teruk. Jadi pilihan moisturizer water-based dengan bahan semulajadi sesuai untuk anda. Ini kerana teksturnya lebih ringan serta tidak melekit pada kulit dan tidak akan membuatkan kulit anda terasa berminyak.  
  • Kering : Anda haruslah memilih produk yang berkesan dengan kuasa intensif untuk melembapkan kulit. Sesuai jika anda memilih oil-based moisturizer kerana ianya lebih efektif untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit secara berperingkat. Kulit anda tidak lagi tampak kering dan merekah.
  • Berminyak : Penghasilan minyak berlebihan seringkali terjadi semasa anda berjemur di tengah panas atau berada dalam keadaan cuaca yang tidak menentu juga kulit jenis ini cenderung jerawat. Gunakan oil-free moisturizer dan mengandungi Salicylic Acid untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan dari timbulnya jerawat.
  • Sensitif : Kulit jenis ini haruslah diingatkan bahawa jika anda hendak membeli apa-apa jenis skincare terutama sekali moisturizer, jauhi produk yang mengandungi bahan kimia. Paling penting, bebas paraben dan alkohol.

Tatacara Pemakaian Facial Moisturizer Dengan Betul

Rutin penjagaan kulit wajah yang sempurna, cucilah wajah anda 2 kali sehari bagi kulit berminyak serta sehari sekali untuk yang kulit kering dan sensitif bagi mengelakkan kulit menjadi tambah iritasi. Langkah-langkah yang betul untuk memakai moisturizer;

Selepas mencuci wajah, biarkan wajah anda sedikit lembap sebelum memakai moisturizer. Jangan keringkan wajah! Picitkan ke atas telapak tangan dalam jumlah yang secukupnya untuk wajah anda. Oleskan sedikit pada titik-titik tertentu seperti dagu, dahi, hidung dan pipi.

Dengan menggunakan 2 jari, mula dari dahi dahulu. Oleskan secara putaran ke luar dan ke atas supaya pelembap wajah meresap ke dalam lapisan kulit, lakukan cara yang sama untuk pipi dan hidung. Hasilnya, kulit wajah anda akan tampil halus dan kekal mulus.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!