Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Jenis Termometer Suhu Terbaik di Malaysia 2024

Persoalannya, apakah perbezaan termometer antara jenama yang lain?

Sejak pandemik COVID-19 melanda dan walaupun ia telah reda, amat penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk memiliki alat pengesan suhu di rumah.

Lagipun kegunaan termometer sangat banyak antaranya mengukur suhu badan seseorang, suhu air, makanan atau suhu suatu ruangan.

Jadi bacaan suhu termometer untuk kegunaan badan sebaiknya pilih jenis termometer suhu digital kerana penggunaannya sangat mudah.

Letak sahaja pada bahagian ketiak, dahi atau telinga. Anda dah boleh lihat bacaan suhu yang dipamerkan pada skrin termometer.

Bagi memudahkan anda mencari termometer yang sesuai dengan kegunaan di rumah dengan harga termometer yang berpatutan, kami bantu anda senaraikan.

Lepas ni tidak perlu susah-susah lagi untuk lihat harga termometer di farmasi, anda boleh semak harga di sini bersama kami!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 15 Jenis Termometer Terbaik

Termometer terbaik secara keseluruhan
Digital Infrared Forehead Thermometer Gun
From
RM14.60
Check Digital Infrared Forehead Thermometer Gun price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Ukuran lebih tepat
add_circle Menggunakan sensor inframerah
remove_circle Memerlukan bateri

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan termometer ini, pengukuran suhu menjadi lebih tepat, mudah dan tidak mengganggu anak kecil ketika lena tidur.

Ciri-ciri:

Termometer terbaik ini adalah pilihan yang bijak untuk memantau kesihatan bagi anda dan keluarga. 

Reka bentuknya juga ergonomik dan mudah digunakan kerana boleh mengukur suhu tanpa perlu sentuhan fizikal.

Ini kerana mempunyai sistem sensor inframerah sekaligus dapat membaca bacaan suhu yang lebih tepat. 

Selain itu, anda boleh menukar antara pengukuran suhu badan kepada suhu objek hanya dengan sekali tekan butang. 

Maknanya anda boleh guna termometer ini 2 dalam 1 untuk check suhu badan dan objek.

Kemampuan untuk mengubah unit suhu dan fungsi automatik mati selepas 10 saat tanpa operasi turut membantu menjimatkan bateri.

Review:

“Termometer scanner berfungsi dengan baik. Dah test dekat tempat panas macam lampu memang naik suhu dan suhu turun bila scan dekat aircond atau fridge, so memang bacaan suhu yang betul. Suhu cek dekat badan yang normal pun okay.”

Termometer untuk dewasa
Infrared Multifunction Non-Contact Digital Thermometer
Infrared Multifunction Non-Contact Digital Thermometer
From
RM12.80
Check Infrared Multifunction Non-Contact Digital Thermometer price below:
add_circle Mempunyai bunyi pengera
add_circle Boleh ambil bacaan dari jarak jauh
remove_circle Tidak sesuai untuk digunakan pada kanak-kanak atau bayi

Elakkan daripada terkena jangkitan wabak penyakit pada musim COVID-19 ini dengan menggunakan termometer yang tidak memerlukan sentuhan secara fizikal. 

Anda boleh merekod sehingga 32 bacaan sebelumnya untuk memantau keadaan kesihatan agar kekal sihat. 

Skrin LCD termometer ini sangat jelas, membolehkan boleh mengukur suhu untuk semua peringkat umur. 

Termometer ini lengkap dengan fungsi penggera bahawa badan berada dalam keadaan demam, anda boleh segera melakukan proses pencegahan.

Mampu mengukur suhu sejauh 14mm
Fluke 59Max Infrared Thermometer
From
RM352.00
Check Fluke 59Max Infrared Thermometer price below:
add_circle Tahan lasak
add_circle Jaminan setahun
add_circle Reka bentuk yang kecil dan ringan
add_circle Paparan LCD berlampu belakang yang besar
remove_circle Harga mahal

Walaupun harganya mahal berbanding termometer yang lain tapi kualiti termometer ini dijamin terbaik. 

Ini kerana sudah Fluke telah mengeluarkan rangkaian termometer melebih 65 tahun di dalam industri pembuatan alatan untuk ujikaji.

Antara ciri yang unik adalah alat ini boleh membaca suhu dengan jarak 1m tanpa menyentuh mana-mana bahagian.

Malah, alat ini tahan lasak di mana mampu jatuh dari ketinggian 1 meter dan mempunyai ciri mudah dibawa ke mana sahaja serta menjimatkan ruang penyimpanan.

Bahagian skrin digital direka dengan luas memudahkan bacaan suhu dibaca dengan lebih jelas. 

Termometer telinga
Omron Ear Thermometer TH-839S
Omron
omron thermometer
From
RM191.00
Check Omron Ear Thermometer TH-839S price below:
add_circle Amaran demam yang berbunyi
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
add_circle Pengukuran pantas
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Probe covers perlu beli asing

Termometer jenama Omron, pilihan ideal untuk mengukur suhu bayi dan kanak-kanak dengan lembut. 

Ia mempunyai pilihan untuk menunjukkan suhu dalam darjah Celsius atau Fahrenheit, serta mengambil pengukuran dalam sekelip mata.

Selain itu, termometer ini dilengkapi alarm deman yang disertai bunyi beep, 9 set memori, dan reka bentuk ergonomik yang memudahkan penggunaan dan lebih selesa.

Walaupun harganya lebih mahal berbanding dengan termometer lain dalam senarai, ia dijamin mempunyai kualiti terbaik dan tahan lama.

Termometer digital
Cofoe 3 in 1 Ear & Forehead Infrared Thermometer
Cofoe 3 in 1 Ear & Forehead Infrared Thermometer
From
RM33.90
Check Cofoe 3 in 1 Ear & Forehead Infrared Thermometer price below:
add_circle Memori sehingga 50 bacaan
add_circle Boleh mengukur dahi & telinga
add_circle Mati automatik selepas 30 saat
add_circle Pengukuran suhu pantas
remove_circle Harga mahal

Cofoe Termometer Digital merupakan termometer 3 dalam 1 yang mana anda boleh guna dengan pelbagai cara dan dapat mengukur suhu dengan tepat. 

Kenapa 3 dalam 1? Ini kerana dapat membaca suhu pada bahagian telinga, dahi dan suhu objek dengan bacaan yang cepat dan pantas.

Bahagian muncung termometer untuk menyemak suhu bahagian telinga, anda boleh lap dengan tisu basah selepas penggunaan.

Malah terdapat penunjuk lampu belakang tiga warna iaitu hijau, kuning dan merah.

Sudah semestinya merah tanda demam, kuning suhu amaran dan hijau suhu badan normal.

Termometer ini juga mempunyai memori sehingga 50 bacaan jadi anda boleh semak semula suhu badan sebelum tanpa perlu anda ingat sendiri.

Termometer merkuri
Cofoe 5pcs Home Mercury Glass Thermometer
Cofoe 5pcs Home Mercury Glass Thermometer
From
RM12.44
Check Cofoe 5pcs Home Mercury Glass Thermometer price below:
add_circle Sesuai untuk semua
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Tanpa pengecasan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak dapat mengesan suhu sejuk

Termometer kaca merkuri merupakan alat yang mudah digunakan oleh semua orang daripada usia bayi sehingga warga emas.

Cara penggunaan termometer ini hanya letak terus pada bawah ketiak dan suhu terus boleh dibaca.

Jangan risau, alat ini tidak perlu dicas dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Termometer ini dilengkapi dengan bekas simpanan khas jadi tidak akan mudah rosak walaupun anda bawa semasa travel.

Jadi alat ini selamat, tidak mudah pecah dan boleh dibawa ke mana sahaja anda pergi.

Termometer bayi infrared
Biocare Infrared Non-contact Forehead Thermometer
Biocare Infrared Non-contact Forehead Thermometer
From
RM47.90
Check Biocare Infrared Non-contact Forehead Thermometer price below:
add_circle Skrin LCD besar
add_circle Bateri mudah ditukar
add_circle Dilengkapi penggera amaran demam
add_circle Nilai pengukuran terakhir disimpan automatik
add_circle Boleh guna unit Celsius & Fahrenheit
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya sesuai digunakan pada dahi
remove_circle Tidak disertakan bateri sekali

Termometer Biocare ini menggunakan sensor infrared yang berketepatan tinggi, di mana suhu dapat diukur dengan cepat walaupun tanpa menyentuh anggota badan secara direct.  

Jadi bacaan suhu tubuh si manja anda dijamin tepat dan tidak mengganggu si manja terutamanya ketika tidur. 

Paling penting, skrin LCD pada termometer ini cukup besar dan sangat jelas untuk di baca selepas anda selesai menggunakannya.

Direka dengan ciri Triple Backlight di mana lampu skrin akan bertukar oren jika suhu agak tinggi (37.6°C-37.9°C), manakala akan menjadi merah jika suhu 38°C ke atas. 

Untuk suhu sekitar 32°C-37.5°C pula, skrin akan bertukar warna hijau yang menandakan suhu badan adalah normal. 

Jangan lupa pegang termometer ini pada sudut 45° untuk dapatkan bacaan tepat.

Termometer terbaik untuk bayi
Autumnz Blessed Bee Baby Digital Thermometer (FDT4320)
Autumnz Baby Digital Thermometer
From
RM4.80
Check Autumnz Blessed Bee Baby Digital Thermometer (FDT4320) price below:
add_circle Sesuai untuk semua
add_circle Mempunyai penggera deman
add_circle Kalis air & mudah dibersihkan
add_circle Mudah menukar bateri
add_circle Mudah dibaca
remove_circle Perlu lap selepas guna

Termometer bayi ini sangat praktikal dan membantu ibu bapa mengawasi suhu bayi dengan mudah dan selesa.

Mungkin ada baby yang ingin mencapai jika anda guna penembak suhu tapi dengan termometer ini tidak lagi sebab boleh digunakan di bawah ketiak dan dalam mulut bayi.

Cuma selepas menggunakannya, anda perlu lap pada bahagian hujung termometer, dan jangan risau, termometer ini mempunyai ciri kalis air.

Kemudian, dilengkapi dengan indikator demam berwarna yang berbeza untuk mengambarkan keadaan suhu badan yang berbeza. 

Malah, dapat memberi bacaan suhu yang cepat dalam masa 10-15 saat dengan bunyi selepas pengukuran selesai dan mempunyai fungsi automatik mati selepas 10 minit.

Termometer untuk mulut
LCD Digital Thermometer Waterproof Oral Armpit
LCD Digital Thermometer Waterproof Oral Armpit
From
RM1.90
Check LCD Digital Thermometer Waterproof Oral Armpit price below:
add_circle Kalis air
add_circle Tutup secara automatik
add_circle Kecil & mudah disimpan

Termometer digital LCD yang kalis air ini sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. 

Bacaan termometer ini sangat tepat dengan ketepatan sehingga ±0.5 ℃ dan boleh digunakan di mulut atau ketiak. 

Selepas pengukuran, anda boleh membilasnya dengan air atau disinfeksi dengan alkohol secara berkala.

Dilengkapi dengan skrin LCD yang jelas, tidak mengandungi merkuri, dan mempunyai fungsi beeper serta memori.

Termometer ini juga akan mati secara automatik jika tidak digunakan selepas 8 minit. 

Termometer makmal
Thermometer Mercury / Alcohol In Glass For Lab
Thermometer Mercury : Alcohol In Glass For Lab
From
RM7.00
Check Thermometer Mercury / Alcohol In Glass For Lab price below:
add_circle Julat suhu yang luas
add_circle Bacaan lebih tepat
add_circle Tahan calar
add_circle Murah
remove_circle Tidak sesuai untuk suhu badan

Seterusnya, kita perkenalkan pula termometer makmal. Anda boleh memilih sama ada yang menggunakan merkuri atau alkohol.

Termometer ini sesuai digunakan dalam pelbagai situasi, termasuk pengajaran di sekolah dan aktiviti luar.

Jika anda memilih termometer merkuri, biasanya lebih tepat dan boleh digunakan dalam julat suhu yang lebih luas tapi, sukar dibaca dan berbahaya jika pecah. 

Di sisi lain, termometer alkohol boleh diwarnakan untuk mudah dibaca, lebih selamat untuk pengendalian, dan lebih mesra alam. 

Termometer suhu badan terbaik
GP-100 Digital Infrared Forehead Thermometer
GP-100 Digital Infrared Forehead Thermometer
From
RM22.95
Check GP-100 Digital Infrared Forehead Thermometer price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Boleh baca suhu objek
add_circle Mudah dibawa kemana saja
remove_circle Memerlukan bateri

Termometer dahi ini dilengkapi dengan teknologi inframerah perubatan terkini dan sensor berkualiti tinggi yang memberikan pembacaan yang tepat dalam hanya 1 saat.

Dengan skrin LCD besar yang bercahaya dan mod senyap, anda boleh mendapatkan hasil pengukuran dengan jelas dalam gelap tanpa mengganggu tidur bayi anda.

Malah, termometer ini dapat menyimpan hingga 35 bacaan suhu dan mempunyai ciri amaran demam.

Sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk dewasa, bayi, dan warga emas.

Termometer klinik
AIQUE High-Precision Digital Infrared Thermometer
AIQUE High-Precision Digital Infrared Thermometer
From
RM5.90
Check AIQUE High-Precision Digital Infrared Thermometer price below:
add_circle Skrin digital LED
add_circle Mempunyai penggera demam
add_circle Bacaan suhu 1 saat
remove_circle Memerlukan bateri

Adakah anda mencari termometer yang digunakan untuk klinik? Boleh dapatkan Termometer AIQUE High-Precision Digital Infrared ini.

Termometer ini mempunyai ciri skrin digital LED, dilengkapi dengan 32 set memori, dan reka bentuk yang ringkas.

Apa yang menarik, termometer ini mampu membuat bacaan suhu sepantas satu saat dengan hanya halakan pada dahi sahaja.

Tambahan lagi, alat ini dilengkapi amaran demam (tiga warna untuk amaran) memudahkan untuk mengetahui jika anda mempunyai demam.

Fungsi blacklight display juga memberikan cahaya yang terang untuk pembacaan jika berada dalam keadaan gelap.

Termometer inframerah
GM320 Infrared Thermometer Laser LCD Digital
GM320 Infrared Thermometer Laser LCD Digital
From
RM38.90
Check GM320 Infrared Thermometer Laser LCD Digital price below:
add_circle Auto power shut off
add_circle Selamat digunakan
add_circle Penunjuk sasaran laser
add_circle Pilihan lampu latar on/off
add_circle Boleh mengukur suhu sehingga 380 °C
remove_circle Tidak sesuai untuk manusia

Termometer inframerah GM320 Laser LCD Digital adalah alat yang selamat dan mudah digunakan.

Sesuai untuk mengukur suhu objek panas, berbahaya, atau sukar dijangkau tanpa perlu menyentuh. 

Ciri-ciri termometer inframerah GM320 termasuk pemilihan ℃/℉, fungsi Data Hold, pemilihan laser target pointer on/off, pemilihan backlight on/off, serta auto power shut off dalam masa 7 saat.

Selain itu, dilengkapi dengan nisbah jarak ke titik 12:1 yang membolehkan pengukuran dari jarak yang selamat.

Alat ini digunakan untuk mengukur suhu permukaan objek tanpa perlu menyentuhnya, sesuai untuk objek panas, berbahaya, atau sukar dijangkau tanpa sentuhan.

Bagi mereka yang mempunyai restoran sendiri atau suka melakukan aktiviti BBQ di rumah, boleh dapatkan satu untuk dapur anda.

Termometer digital Xiaomi
Xiaomi Mijia iHealth Contactless Infrared Multifunction Forehead Thermometer
Xiaomi
Xiaomi Mijia iHealth Contactless Infrared Multifunction Forehead Thermometer
From
RM59.00
Check Xiaomi Mijia iHealth Contactless Infrared Multifunction Forehead Thermometer price below:
add_circle Sesuai untuk semua umur
add_circle Medical grade
add_circle Warranty 1 tahun
add_circle Bacaan suhu 1 saat
remove_circle Harga mahal

Pada jarak 1 inci pun anda sudah boleh scan suhu badan anda dan hanya memerlukan masa 1 saat sahaja, semua ini boleh dilakukan dengan termometer digital dari Xiaomi ini.

Termometer ini menggunakan sensor canggih German Heimann untuk memastikan anda sentiasa dapat bacaan yang tepat, jadi tidak perlu ragu dengan bacaan suhu pada termometer ini.

Dengan paparan digital LED, anda akan dapat melihat bacaan suhu dengan jelas, dan termometer ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.

Pada bahagian bateri pula, ia menggunakan bateri saiz AAA, jadi mudah untuk anda mencari bateri ini di kedai dan menukarnya sendiri.

Termometer suhu terbaik
Ouson Care Contactless Infrared Multifunction Forehead Thermometer
Ousan
Ouson Care Contactless Infrared Multifunction Forehead Thermometer
From
RM59.00
Check Ouson Care Contactless Infrared Multifunction Forehead Thermometer price below:
add_circle Jaminan sehingga 2 tahun
add_circle Paparan LCD
add_circle Ada automatic power off
remove_circle Harga sedikit mahal

Termometer dari jenama Ouson ini tidak memerlukan anda untuk meletakkannya dekat pada dahi untuk check suhu badan, cukup pada jarak 3cm sahaja.

Selain suhu badan, termometer ini juga mampu untuk membaca suhu pada permukaan objek, dan boleh membaca sehingga bacaan 95 darjah celcius pada permukaan objek.

Bukan sekadar sesuai untuk orang dewasa, bayi dan juga kanak-kanak sesuai menggunakan termometer ini dan ia dijamin selamat serta menghindari penyebaran bersilang.

Untuk menjimatkan bateri, termometer ini turut mempunyai ciri automatic power off setelah tidak digunakan bagi tempoh 30 saat.

Harganya mungkin sedikit mahal, tetapi ia satu pembelian yang berbaloi kerana anda akan dapat warranty selama 2 tahun untuk termometer ini.


Apa Fungsi Termometer?

Termometer adalah alat yang berguna untuk mengukur suhu. 

Terdapat banyak fungsi termometer yang dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari. 

Berikut adalah fungsi termometer yang penting:

  • Fungsi utama termometer adalah untuk mengukur suhu badan. Ini boleh digunakan untuk menentukan sama ada seseorang mengalami demam atau mengalami tanda-tanda penyakit lain.
  • Penggunaan termometer boleh membantu doktor atau pakar perubatan menentukan diagnosis penyakit atau keadaan kesihatan seseorang. Suhu badan yang tinggi atau rendah boleh menjadi tanda penyakit atau keadaan kesihatan yang tidak normal.
  • Termometer juga berguna untuk mengawal suhu dalam proses penyediaan makanan. Memastikan makanan itu selamat untuk dimakan dan tidak akan menyebabkan sakit perut atau masalah kesihatan lain.
  • Termometer boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. Ini boleh membantu penyelidik mengumpul data yang tepat tentang suhu. Data ini boleh digunakan dalam kajian atau penyelidikan yang lebih luas.
  • Kita boleh mengukur suhu di dalam dan di luar bilik untuk melihat sama ada ia selesa atau tidak. Jika suhu di dalam bilik terlalu panas, kita boleh gunakan penghawa dingin atau kipas untuk menyejukkannya.

Dengan banyaknya fungsi termometer, dapat disimpulkan bahwa alat ini sangat berguna dalam kehidupan sehari-hari.

Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara mengukur suhu badan dengan mudah.


Perbezaan Termometer Klinik Dan Rektal

Terdapat beberapa perbezaan penting antara termometer klinik dan rektal yang perlu diketahui oleh pengguna. 

Pertama, termometer klinik biasanya digunakan untuk mengukur suhu badan dari mulut, dahi, atau telinga.

Manakala termometer rektal pula digunakan untuk mengukur suhu badan dari rektum.

Kedua-dua jenis termometer ini boleh memberikan bacaan yang tepat tapi termometer rektal boleh menimbulkan rasa tidak selesa apabila digunakan.

Termometer klinik biasanya lebih sesuai untuk digunakan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar.

Tapi termometer rektal lebih sesuai untuk digunakan pada bayi yang baru lahir atau kanak-kanak kecil.

Selain itu, termometer klinik biasanya lebih lebih sesuai untuk penggunaan di rumah dan mudah dibawa ke mana-mana.

Berbeza dengan termometer rektal yang perlu digunakan oleh pakar perubatan atau orang yang berpengalaman. 

Walau bagaimanapun, kedua-duanya merupakan alat yang berguna dan boleh dipercayai untuk mengukur suhu badan. 

Anda harus memilih jenis termometer yang sesuai dengan keperluan.


Artikel Berkaitan

End of Article