Walaupun serum merupakan skincare tambahan untuk penjagaan kulit wajah tapi sangat penting kerana dapat memberi banyak kesan.
Antaranya mengekal keremajaan, mencerahkan, melembabkan dan memperbaiki tekstur kulit, menghalang pembentukan jerawat dan banyak lagi.
Ini kerana tekstur serum itu sendiri yang dapat menyerap ke dalam kulit paling dalam dengan mudah kerana bersifat ringan.
Bagi anda yang memiliki kulit yang berminyak, tak menjadi masalah sebab kami ada senarai serum untuk kulit berminyak.
Penyunting
Table of Contents
Bagaimana Cara Pilih Serum Untuk Kulit Berminyak?
Serum boleh membantu mengimbangi paras minyak dalam kulit anda, mengurangkan tanda-tanda penuaan awal, dan memberikan kelembapan yang diperlukan kulit anda.
Jadi, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat semasa memilih serum untuk kulit berminyak.
-
Bahan-bahan
Kulit berminyak cenderung melekit dan berminyak, jadi pastikan serum yang anda pilih adalah ringan dan tidak melekit.
Serum yang berat dan melekit boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan lebih banyak pengeluaran minyak.
Cari serum yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik, niacinamide, dan ekstrak teh hijau yang membantu melembapkan kulit anda tanpa menjadikannya melekit.
Asid hyaluronik adalah bahan yang sangat baik untuk melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak dan membantu memperbaiki tekstur kulit dan memperbaiki kulit kasar.
-
Hindari serum mengandungi minyak
Jika anda mempunyai kulit berminyak, pastikan serum yang anda pilih bebas minyak.
Serum mengandungi minyak boleh menjadikan kulit anda lebih berminyak dan lebih mudah berjerawat.
Cari serum yang mengandungi bahan seperti asid salisilik dan retinol untuk membantu membersihkan liang dan mengurangkan pengeluaran minyak.
-
Sesuai dengan masalah kulit
Jika anda mempunyai masalah kulit lain, pastikan serum yang anda pilih mengandungi bahan yang sesuai untuk mengatasinya.
Cari serum yang mengandungi bahan-bahan seperti niacinamide untuk mengurangkan jerawat atau retinol untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan.
-
Mengandungi antioksida
Kulit berminyak boleh mendapat manfaat daripada serum yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C, E, dan ekstrak teh hijau.
Antioksidan membantu melindungi kulit anda daripada radikal bebas dan kerosakan kulit.
Vitamin C juga membantu mengurangkan kekusaman dan membuatkan kulit menjadi lebih berseri.
-
Uji serum terlebih dahulu
Sebelum membeli serum baru, pastikan untuk menguji serum pada bahagian kecil kulit anda untuk melihat sama ada ia sesuai untuk kulit anda.
Jika kulit anda meradang atau gatal selepas menggunakan serum, hentikan penggunaannya dan cari serum lain yang sesuai dengan kulit anda.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Serum Untuk Kulit Berminyak?
Serum adalah produk yang sangat ringan dan akan cepat menyerap ke dalam kulit.
Ini bermakna ia tidak akan meninggalkan lapisan minyak yang berlebihan pada kulit anda.
Selain itu, serum mengandungi bahan aktif yang sangat pekat, seperti asid glikolik dan retinol, yang boleh membantu mengurangkan pembentukan minyak berlebihan pada kulit anda.
Serum juga boleh membantu mengurangkan keadaan kulit berminyak yang sering disebabkan oleh faktor hormon dan gaya hidup.
Sesetengah serum mengandungi bahan-bahan seperti niacinamide dan minyak pokok teh yang boleh membantu mengimbangi paras minyak dalam kulit anda dan membantu mengurangkan kemerahan dan jerawat.
Namun, seperti produk penjagaan kulit yang lain, serum juga mempunyai kelemahan untuk kulit berminyak.
Kepekatan bahan aktif yang berlebihan yang terdapat dalam serum boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering dan menyebabkan kulit terasa tegang.
Jadi, pastikan anda memilih serum yang sesuai dengan jenis kulit anda dan mengandungi bahan-bahan yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit.
Selain itu, pastikan anda menggunakan produk yang sesuai untuk jenis kulit anda dan gunakannya dengan berhati-hati.
Terlalu banyak produk boleh menyebabkan bahan aktif berlebihan pada kulit dan membahayakan kulit anda.
Senarai 11 Serum Untuk Kulit Berminyak
Sebab menjadi pilihan utama:
Serum ini dijual dengan harga yang murah tapi bahan yang terkandung sangat memberi efektif pada kulit.
Ciri-ciri:
Formula bebas minyak berasaskan Vitamin C ini sudah semestinya sesuai untuk kulit berminyak.
Ini kerana rumusan produk ini mampu mengawal penghasilan minyak wajah dan mengekalkan kecerahan.
Bukan itu sahaja, formula ini diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera dan Biosaccharide mampu untuk membantu melindungi kulit daripada radikal bebas.
Malah dapat memberi ketegangan pada kulit, memperbaiki struktur kulit dan memberi kelembapan kulit.
Untuk pengetahuan, radikal bebas merupakan punca utama yang menyebabkan liang pori tersumbat dan menghasilkan minyak berlebihan kemudian berjerawat.
Review:
“Penyerapan yang pantas dan tidak membuatkan kulit melekit, sangat disarankan untuk pakai bila waktu malam.”
Serum ini mempunyai tekstur ringan dan nipis dan sangat sesuai bagi yang mempunyai masalah minyak yang terlampau.
Diformulasi dengan Tea Tree oil semulajadi dimana dapat membersih, melicin dan melegakan keradangan kulit.
Selain itu, mampu mengurangkan cela dan memperbaiki struktur kulit secara menyeluruh.
Paling penting dapat menghalang penghasilan minyak dan sebum berlebihan yang boleh menyebabkan jerawat.
Tekstur serum ini ringan menjadikan lebih cepat menyerap pada lapisan dalam kulit.
Dengan bahan 10x dari advanced Niacinamide dalam setiap titik serum, memberikan kesan kulit menjadi lebih cerah.
Bukan itu sahaja, parut jerawat juga akan berkurang dan dapat melindungi kulit wajah dari exposure blue light.
Sekaligus dapat menjadikan kulit lebih lembab, berseri dari hasil penggunaan pertama.
Antara kebaikan lain lagi adalah, mengandungi bahan Niacinamide yang membantu meratakan tona kulit dan menghapuskan dark spot.
Serum ini bertindak efektif semasa anda tidur jadi sebaiknya oles sebelum tidur supaya serum ini dapat melakukan ‘kerjanya’.
Apa yang serum ini lakukan adalah membuang sel kulit mati atau exfoliator untuk memberi kulit anda lebih berseri.
Tindak balas dari serum terbaik ini dapat mendedahkan lapisan baru yang lebih cerah, anjal dan licin pada keesokan paginya.
Selain itu, dapat mengurangkan penampaka garis halus, bintik hitam dan jeragat pada wajah.
Ini kerana mengandungi bahan formula yang tidak sensitif, bebas minyak, ekstrak timun dan lidah buaya.
Kandungan vitamin A, C dan E pula berfungsi untuk anti-penuaan pada wajah
Aiken merupakan jenama bagus untuk kulit bermasalah jerawat dan berminyak.
Jika anda inginkan kulit yang bersih, sihat dan licin inilah serum yang patut anda cuba kerana ramuan natural prebiotic dari France.
Rice water dari Korea ini menjadikan kulit tampak lebih plump dan memberikan kelembapan sehingga lapisan yang dalam.
Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, tak perlu risau nak gunakan serum Aiken, kerana bebas alkohol dan pewangi.
Walaupun produk ini mengandungi 5% ascorbic acid asli yang akan memedihkan kulit muka sensitif tapi formula serum ini telah diolah dengan teknologi terkini.
Ini kerana untuk memastikan semua jenis kulit dapat merasai kebaikan serum Vitamin C tidak kira kulit wajah mengalami masalah jerawat atau tidak.
Selain itu, kandungan L-ascorbic acid pula mampu melindungi kulit dari rosak akibat sinaran UV serta meratakan tona kulit wajah.
Manakala vitamin C dapat menghalang pertumbuhan jerawat serta mengecutkan parut jerawat supaya kering dan tidak mengakibatkan iritasi.
Tidak hairanlah kenapa jenama The Ordinary kini melonjak naik kerana produk-produknya yang amat berkesan dengan harga mampu untuk dimiliki.
The Ordinary menawarkan rawatan produk yang berkesan dan kuat dengan harga yang kecil bagi menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kulit berminyak ini cenderung mempunyai jerawat, dan ianya membantu merawat jerawat dengan rumusan Salicylic Acid.
Formulanya sangat ringan dan cair senang menembusi liang kulit untuk mengurangkan liang pori tersumbat dan memberikan tekstur licin pada kulit.
Serum ini akan memberikan pH yang normal pada kulit wajah, dan dapat mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan, penyebab utama kulit berminyak.
Produk ini dikatakan ajaib dan wajib dijadikan rutin pada waktu malam untuk membaiki kulit.
Ini kerana mengandungi teknologi eksklusif ChronoluxCB dimana dapat menegangkan kulit sekaligus mengelakkan dari penuaan.
Diperkaya dengan asid Hyaluronik untuk mengunci lembapan dalam kulit tanpa memberikan kesan minyak pada wajah.
Bukan itu sahaja fungsinya, asid Hyaluronik mampu mengurangkan kesan kedutan dan garis halus pada wajah.
Innisfree merupakan jenama dari Korea dan dirumus khas untuk melawan jerawat pada kulit wajah.
Menggunakan bahan 100% dari sumber Green Tea yang menjadikan kulit lebih segar dan melembabkan kulit.
Dengan kandungan Amino Acid dalam Green Tea yang kaya dengan mineral dapat mengawal pengeluaran minyak dan sebum.
Malah kandungan Dual Moisture-Rising Technology di ambil dari green tea seed oil dapat mengekalkan kulit hidrasi untuk tempoh lama.
Teksturnya yang ringan dan mudah menyerap ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit berminyak.
Serum multi-fungsi ini dapat melembap, mengawal pengeluaran minyak wajah berlelihan serta mengurangkan bintik hitam.
Selain itu, serum ini bertindak untuk mengurangkan pigmentasi, parut jerawat dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.
Kemampuan serum ini disebabkan bahannya dirumus dengan ekstrak buah lemon dan asid Salicylic sekaligus dapat beri tekstur lebih ringan dan senang menyerap ke dalam kulit.
Menariknya, produk ini juga mempunyai pelindung UVA dan UVB menjadikan sesuai untuk yang sering mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat dan kering.
Estrak dari buah-buah yang menyumbang kebaikkan tersendiri terdiri dari lemon, aloe vera dan tea tree ini menghasilkan gabungan yang terbaik.
Dimana tekstur water base serum ini mampu mengawal penghasilan sebum yang berlebihan yang menyebabkan kulit berminyak.
Bukan itu sahaja, bagi anda yang mengadapi masalah kulit berjerawat, ada blackheads dan whiteheads.
Ini merupakan serum terbaik yang wajib anda cuba, kerana rumusan buah-buahan tersebut akan mengawal kesemua masalah yang dihadapi.
Hasilnya paling best, liang pori bersih, mengembalikan kelembapan pada wajah. Kulit tidak lagi berminyak dan masalah jerawat berkurang!
Apakah Yang Diperlukan Dalam Serum Untuk Kulit Berminyak?
Tak dapat dinafikan serum bagus untuk semua jenis kulit sebagai pelembap tanpa perlu menambah pelembap lagi.
Jadi, dengan menggunakan serum, rawatan spesifik dapat dilakukan misalnya, blackhead, menyingkirkan sel kulit mati, mengawal pembentukan minyak dan banyak lagi.
Tapi anda perlu lihat jenis kulit terlebih dahulu sebelum memilih serum. Bukan apa, munkin rumusannya tidak sesuai untuk jenis kulit anda.
Jadi bagi yang mempunyai jenis kulit berminyak, jom kita ketahui apakah yang diperlukan dalam serum untuk kulit berminyak.
- Dimethicone
Tekstur bahan ini seakan minyak tetapi tidak menjadikan kulit anda berminyak tapi dapat memberi keadaan kulit sihat dan segar.
- Glycolic acid
Bahan ini disarankan oleh doktor bagi anda yang mempunyai masalah jerawat dan kulit berminyak.
Ini kerana dapat berfungsi membersih liang pori yang tersumbat yang menyebabkan wujud masalah jerawat.
- Hyaluronic acid
Produk ini mempunyai oil base free hyaluronic acid yang mempunyai tekstur ringan seperti gel air.
- Niacinamide
Ini adalah antara rumusan yang terbukti menyerap dan mengurangkan sebum yang berlebihan (penghasilan minyak) pada wajah.
- Retinol:
Didalamnya mengandungi Vitamin C yang mampu mengecilkan liang pori.
Untuk mengetahui serum muka terbaik mengikut jenis kulit, jom tonton video berikut.
Artikel Berkaitan
- 10 Serum Rambut Terbaik di Malaysia 2024
- 7 Serum Berkualiti Tinggi untuk Membaikpulih Kulit Sensitif
- 10 Body Serum Agar Kulit Tidak Tampil Berkedut
- Serum Untuk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik Malaysia