Foundation merupakan sejenis base make up untuk wajah, sering digunakan bagi menaikkan lagi seri pada wajah atau menutup cela.
Bukan itu sahaja, fungsi foundation menutup liang pori, jerawat, bekas jerawat dan jeragat yang ada pada wajah
Tapi sebelum nak pakai foundation, ketahui dulu jenis foundation yang bagus sama ada sesuai atau tidak dengan jenis kulit anda.
Ramai juga sebenarnya yang membeli barang makeup di Watsons sebab di situ adalah pelbagai jenama makeup, dan ia ibarat one-stop-center untuk beli barangan kecantikan.
Jadi, untuk memudahkan anda, kami senaraikan foundation terbaik di Watsons mengikut jenis kulit dan kegunaan.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
8 Foundation Terbaik di Watsons
Sebab menjadi pilihan utama:
Mudah untuk dapatkan stok, merupakan foundation spf 50 di Watsons, harga juga mampu milik dan paling penting bebas paraben.
Ciri-ciri:
Silkygirl foundation bercirikan matte all day serum foundation yang mempunyai tekstur ringan pada kulit wajah.
Oleskan sahaja pada wajah dan foundation ini akan menutup segala cela pada wajah.
Jangan risau, kulit wajah anda tidak akan terasa berminyak kerana kesan dari finishing matte yang mengekakan kelembapan wajah.
Terdapat juga bahan hyluronic acid dan Vitamin E yang bagus untuk menjaga hidrasi wajah.
Manakala bahan buddleja officinalis flower extract melindungi kulit dari sinaran UV yang membahayakan kulit wajah.
Mempunyai spf 50 yang cukup untuk melindungi kulit. Pakai foundation je, jimat duit dah ada spf sekali tau!
Review:
“Menggunakan foundation yang ringan dan mempunyai full coverage sangatlah best. Ada pula bahan active lain seperti serum didalamnya menjadikan kulit lebih glow. Kulit terasa lembut dan licin.”
Bagi yang mempunyai kulit jenis berminyak, foundation jenis matte adalah pilihan tepat kerana diformulasi dengan aqua (air) dan bebas minyak.
Foundation jenis ini mampu menyerap lebihan minyak pada muka dan menghasilkan kemasan yang rata serta lembut dengan efek ‘blur’.
Diperkaya dengan micro-powders yang mengawal penghasilan minyak serta mengecilkan liang pori akan memberi hasil kulit tampak flawless dan tahan lama.
Oleskan pada wajah hanya menggunakan jari untuk efek natural.
Manakala gunakan berus ataupun blending sponge untuk solekan full face dan glamour.
Bagi anda yang berkulit kombinasi atau berminyak, foundation ini amat sesuai untuk anda.
Rumusan yang ringkas dan ringan tidak akan membuat kulit bercapuk serta anti-noda yang tidak akan menyebabkan tompokkan pada kulit.
Dengan teknologi ‘time release’, khusus untuk kulit kombinasi atau berminyak bagi mengawal penyerapan minyak.
Penampilan kulit anda akan sentiasa sempurna dan flawless sepanjang hari.
Untuk hasil yang lebih sempurna, gunakan Revlon Moisturiser, Primer dan Mineral Finishing Powder bersama foundation ini.
Foundation ini merupakan jenama yang sukar didapati dan mempunyai kualiti yang bagus.
Memberikan kesan full coverage pada bahagian kulit wajah.
Ujian bagi foundation ini telah dilakukan dibawah 7 jenis cahaya dan kesemuanya memberikan hasil yang positif!
Bahasa mudahnya, kulit wajah anda tetap cantik walaupun dalam cahaya yang berbeza.
Dirumus dengan bahan titanium oxide bagi melindungi kulit dari sinaran UV yang mengakibatkan terjadinya jeragat.
Walaupun dah pakai foundation, kulit kekal kelihatan lembab dan segar kerana bahan dari butylene glycol yang mengunci kelembapan wajah.
Foundation dari L’Oreal ini memberikan full coverage dan bertahan sehingga 24 jam pada wajah.
Dengan kandungan bahan oxygen technology dapat memberikan kesan pada tekstur foundation dengan lebih ringan dan breathable pada kulit.
Foundation ini juga mempunyai non-comedogenic yang tidak menyebabkan liang pori tersumbat.
Liquid matte foundation dari Wadah memberikan kesan full coverage.
Bagi yang mempunyai kulit sensitif, foundation ini mempunyai ujian dermatologist yang selamat untuk digunakan.
Dirumus khas dengan anti bakteria yang menjadi punca utama jerawat pada kulit wajah.
Skin match technology pulak direka khas untuk memudahkan foundation ini untuk blend in dengan kulit asal agar nampak lebih natural.
Selain itu, mempunyai bahan seperti matte micro powder yang akan mengawal minyak yang terhasil pada kulit wajah.
BNB barenbliss True Beauty Inside Cushion Foundation memberikan anda liputan tinggi, dapat menutupi cela-cela pada wajah.
Diperkaya dengan Miracle Bloom™, ia memberikan kemasan matte yang sempurna sehingga 24 jam.
Selain itu, ia menampilkan Bare Essentials seperti Organic Miracle Powder, efek tahan lama, Miracle Bloom™, dan SPF 45 PA+++ untuk melindungi daripada kerosakan radikal bebas sambil memastikan kulit anda sihat dan sempurna.
Foundation ini direka untuk menjaga kesihatan kulit anda dan ia juga bebas bahan berbahaya untuk kulit sensitif seperti talc, paraben, alkohol, dan BHA/BHT.
Catrice HD Liquid Coverage Foundation ini memberikan kulit yang licin dengan kemasan definisi tinggi yang menyerupai rupa kulit sempurna.
Wajah anda akan kelihatan lebih licin dan bersih, ibarat mendapat rawatan kulit baru.
Selain itu, tekstur cecair ultra-ringan memastikan keselesaan sepanjang hari, manakala aplikator pipet memudahkan aplikasi yang tepat.
Foundation ini berkesan menutup ketidaksempurnaan dan memberikan kemasan matte semula jadi yang tahan sehingga 24 jam.
Sama ada anda menginginkan penampilan solekan semula jadi atau solekan yang kelihatan glamor, foundation ini cukup untuk memenuhi keperluan kecantikan anda, memberikan kemasan yang lancar dan tahan lama, dan memastikan kulit anda kelihatan sempurna sepanjang hari.
Apakah Maksud ‘Foundation Finish’ Atau Kemasan Foundation?
Antara kemasan yang popular adalah matte finish iaitu kemasan tanpa kilau dan agak kering yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi.
Ini kerana foundation akan membantu menutup liang pori dan menutup ketidaksempurnaan kulit dengan sempurna.
Namun bagi yang berkulit kering atau matang, kemasan yang lebih dewy dan natural adalah lebih sesuai.
Terdapat pelbagai foundation ‘drugstore’ yang bagus setaraf jenama popular yang dapat memberikan hasil yang sama. Kini anda tidak perlu lagi khuatir tentang perbelanjaan anda.
Apa pun jom tonton video berikut untuk kenali lebih lanjut jenis-jenis foundation.
Berapa Harga Foundation Di Watsons
Jika anda merupakan seorang yang gemarkan barangan yang dijual di drugstore, jadi untuk mencari foundation Watsons bukanlah perkara yang sukar.
Ini kerana jenama dan harga foundation yang boleh didapati sangat berpatutan dan tidak akan mencecah ratusan ringgit.
Mempunyai lebih dari 5 jenis pilihan jenama dari harga yang berpatutan dan keatas anda masih mampu memilikinya.
Bahasa mudahnya, harga dari serendah RM20 sehingga bawah RM100.
Semuanya bergantung pada penerimaan kulit wajah terhadap foundation.
Tapi apa yang penting kebanyakannya berkualiti, jimat dan banyak pilihan.
Kenapa perlu beli yang mahal jika yang boleh dapat dengan berpatutan dan kualiti terbaik?
Apa Yang Dimaksudkan Dengan "Foundation Oxidize"?
"Foundation oxidize" merujuk kepada proses di mana foundation berubah warna atau menjadi lebih gelap setelah diaplikasikan pada kulit.
Proses ini berlaku apabila komponen dalam foundation bertindak balas dengan oksigen atau sebum (minyak semula jadi) pada kulit.
Akibatnya, warna foundation mungkin kelihatan berbeza daripada warna asalnya selepas beberapa jam diaplikasikan.
Untuk fahamkan lebih lanjut, berikut adalah sebab kenapa terjadinya foundation oxidize ini:
1. Komposisi Kimia:
- Beberapa bahan dalam foundation, seperti pigmen dan bahan pengawet, boleh bertindak balas dengan oksigen di udara.
2. Jenis Kulit:
- Kulit yang berminyak cenderung menyebabkan foundation oksidasi lebih cepat kerana interaksi antara minyak semula jadi pada kulit dan bahan kimia dalam foundation.
3. Suhu dan Kelembapan:
- Keadaan cuaca yang panas dan lembap boleh mempercepatkan proses oksidasi.
4. pH Kulit:
- pH semula jadi kulit juga boleh mempengaruhi bagaimana foundation bertindak balas dan berubah warna.
Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh menghindari daripada terjadinya foundation oksidasi ini dengan menggunakan:
1. Primer:
- Gunakan primer yang sesuai untuk jenis kulit anda bagi membantu membentuk lapisan pelindung antara kulit dan foundation.
2. Foundation Berkualiti:
- Pilih foundation dengan formula yang lebih stabil dan kurang cenderung untuk oksidasi.
3. Setting Powder:
- Gunakan setting powder untuk mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang boleh menyebabkan foundation oksidasi.
4. Blotting Paper:
- Gunakan blotting paper untuk mengawal minyak pada kulit sepanjang hari tanpa perlu menambah lapisan foundation yang boleh menyebabkan lebih banyak oksidasi.
Dengan memahami proses oksidasi dan langkah-langkah untuk mencegahnya, anda boleh mengekalkan penampilan foundation yang lebih konsisten dan tahan lama sepanjang hari. Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan
- 12 Foundation Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Paling Bagus
- 14 Foundation Terbaik untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2024
- 8 Bedak Compact & Tabur untuk Kulit Berminyak (Tahan Lama)
- Setting Spray Terbaik di Watson Malaysia 2024 (Tahan Lama)
- Makeup Primer Terbaik di Malaysia
- BB Cushion Terbaik Di Malaysia
- Foundation Terbaik untuk Kulit Sensitif di Malaysia 2024