Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Lagi Bau Mulut Yang Kuat Dengan 10 Ubat Gigi Ini

Untuk perlindungan gigi yang lebih sempurna

Sebut sahaja ubat gigi, pasti anda tahu akan kegunaannya iaitu membersihkan gigi, gusi dan lidah semasa di waktu pagi, selepas makan atau sebelum tidur. Ianya dapat menangani masalah oral anda seperti gigi kuning atau kotor, kerosakan gusi dan nafas berbau. Tahukah anda ubat gigi sebenarnya ada kegunaan lain yang boleh digunakan untuk rutin harian? Contohnya seperti membuang kotoran pada barang kemas atau mengelap lampu hadapan kereta. Jika anak anda suka menconteng dinding, gunakan sahaja ubat gigi untuk membuang kotoran tersebut.

Ada artikel menulis bahawa ubat gigi juga boleh digunakan untuk mengecutkan jerawat. Tetapi anda haruslah berhati-hati. Takut tidak sesuai pula dengan kulit wajah. Nanti bertambah sensitif lagi. Pastikan gigi anda bersih dari segala kotoran dengan seleksi ubat gigi dibawah ini;

Ubat gigi multifungsi terbaik dari bahan arang
COLGATE Total Charcoal Deep Clean Toothpaste
Colgate
From
RM11.84
Check COLGATE Total Charcoal Deep Clean Toothpaste price below:

Arang yang digunakan didalam produk kecantikan, kebersihan dan suplemen ubatan tidak sama dengan arang yang digunakan semasa memasak. Ianya adalah arang dari bahan aktif atau ‘activated charcoal’ yang dipanaskan dengan gas sehingga kembang dan terhasil pori-pori untuk menyerap toksin dalam mulut anda. 

Ubat gigi Colgate Charcoal Deep Clean ini diperkaya dengna kebaikan pudina dan bahan arang yang diaktifkan untuk membersih keseluruhan kawasan mulut anda dengan mendalam. Kembalikan senyuman manis anda dengan ubat gigi keluaran Colgate ini. 

Ubat gigi terbaik untuk gusi, lebih kuat
SYSTEMA Extra Gum Protection Toothpaste
From
RM8.79
Check SYSTEMA Extra Gum Protection Toothpaste price below:

9 dari 10 dewasa menderita penyakit gusi yang membuatkan gigi lebih sensitif dari biasa dan gusi sering berdarah. Atasinya dengan produk ini yang menembusi biofilm plak untuk membunuh P.Gingivalis yang menyebabkan penyakit gusi. 

Terbukti secara klinikal, ubat gigi ini mampu membunuh 99.9% bakteria dan melindungi gusi selama 24 jam dalam setiap pemberusan. Elakkan masalah mulut berbau dengan Systema! 

Diperbuat dari garam buluh untuk gigi yang sihat
MARINE ESSENCE Bamboo Salt Toothpaste
From
RM20.70
Check MARINE ESSENCE Bamboo Salt Toothpaste price below:

Produk natural ini sesuai untuk pengguna sentiasa mengalami luka kecil, gusi berdarah dan ulser mulut kerana ramuan garam buluh yang digunakan mampu menyembuh luka kecil didalam mulut. Bukan itu sahaja, produk ini diperkaya dengan ramuan botani Xylitol dan Rheno-SFETM untuk gigi lebih bersih, gusi sihat dan nafas yang menyegarkan setiap hari. 

Xylitol diekstrak daripada batang pokok ‘birch’, membantu menguatkan enamel gigi dan mencegah serta memperbaiki kerosakan gigi. Ekstrak teh Pu-erh pula, menghapuskan radikal bebas yang dapat merosakkan sel-sel gigi dan gusi. 

Terbaik untuk penjagaan sempurna gigi dan gusi bayi
SPLAT Natural Toothpaste for Babies (40ml)
From
RM21.51
Check SPLAT Natural Toothpaste for Babies (40ml) price below:

Splat Baby adalah 99.3% ubat gigi efektif dan selamat untuk digunakan oleh bayi. Produk ini menguatkan enamel, melindungi gusi dan mengurangkan kesan gigi sensitif ketika proses pertumbuhannya. Diperkaya dengan luctatol, ekstrak herba Chamomile, Calendula, Cranberry, Aloe Vera dan L-Arginine yang melindungi gigi bayi dari kaviti dan plak dengan memberikan kesan menenangkan ketika proses pembersihan. 

Bebas daripada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk bayi seperti ekstrak pudina, fluoride, parabens, alkohol, pewarna sintetik dan bahan kimia yang terlalu agresif. Selamat untuk penggunaan si kecil.

Baik untuk kanak-kanak, tidak mengandungi bahan membahayakan gigi
DARLIE JOLLY JUNIOR Vanilla Milk Toothpaste
From
RM6.13
Check DARLIE JOLLY JUNIOR Vanilla Milk Toothpaste price below:

Enamel gigi susu untuk kanak-kanak yang berumur 10 tahun kebawah adalah sangat nipis dan boleh menyebabkan kaviti gigi dengan mudah. Oleh itu, ianya sangat penting untuk kanak-kanak mula menjaga gigi yang dapat menentang kaviti dan bakteria. 

Diperkaya dengan kebaikan ekstrak bahan dari gred makanan yang selamat ditelan, tiada gula tambahan. Juga mengandungi Xylitol iaitu bahan natural untuk membersih gigi dan keseluruhan kawasan mulut dengan selamat tanpa bahan kimia. 

Ubat gigi terbaik untuk si pemakai pendakap gigi (braces)
GLISTER Multi-Action Fluoride Toothpaste
From
RM24.00
Check GLISTER Multi-Action Fluoride Toothpaste price below:

Senyumanlah dengan yakin semasa memakai pendakap gigi. Kandungan ubat gigi ini dengan bahan aktif yang terbukti secara saintifik untuk melawan kerosakan plak gigi. Produk ini menggunakan teknologi maju seperti Sylodent iaitu ejen pengilap yang lembut dan tidak melelas ke enamel untuk membersih gigi anda dan menghilangkan kesan kotoran pada celahan besi pendakap. 

Dirumus dengan Remina yang membantu mineral penting kembali kedalam enamel dan memutihkan gigi tanpa. Dengan perisa pudina sejuk bukan sahaja menyegarkan nafas anda, malah mengembalikan senyuman keyakinan anda. 

Sesuai untuk perokok tegar, tiada lagi nafas berbau
ZACT SMOKERS’ Toothpaste
From
RM6.95
Check ZACT SMOKERS’ Toothpaste price below:

Jika anda mencari ubat gigi yang boleh menghilangkan kesan dan bau rokok pada mulut, produk ini adalah yang terbaik buat anda. Diformulasi untuk perokok, ubat gigi ini membantu menghilangkan kesan kotoran tembakau pada gigi sambil menyegarkan nafas anda. Rasa daun pudina yang sejuk dan unik, menenangkan rongga mulut anda selepas mencucinya. 

Ekstrak fluorida menghalang kerosakan gigi dan pembentukan plak kerana ianya mempunyai 60% lebih banyak kuasa penyingkiran kotoran gigi. Dirumus khas untuk menghapuskan kesan tembakau dengan berkesan serta menghilangkan kotoran minuman seperti kopi. 

Ubat gigi terbaik untuk melegakan kesakitan pada gigi
SENSODYNE Rapid Relief Toothpaste
From
RM7.43
Check SENSODYNE Rapid Relief Toothpaste price below:

Produk ini disyorkan oleh pakar gigi di Malaysia yang terbukti secara klinikal untuk gigi sensitif. Ia berfungsi dalam masa 60 saat untuk melegakan kesakitan pada gigi sensitif. Sensodyne Rapid Relief telah diformulasi untuk mencipta lapisan fizikal bertindak terhadap kesakitan pada gigi atau gusi dengan memberikan kelegaan yang terbukti dalam masa 3 hari dengan membersih 2 kali sehari. 

Perlindungan tahan lama dari kesakitan, menjaga pencetus sensitiviti daripada mencapai saraf anda, menyediakan perlindungan kaviti, menyegarkan nafas dan membantu memutihkan enamel gigi.

Gunakan ubat gigi ini yang bertindak sebagai pemutih gigi
CREST 3D White Radiant Mint Whitening Toothpaste
From
RM38.00
Check CREST 3D White Radiant Mint Whitening Toothpaste price below:

Penuhi potensi senyuman anda apabila menggunakan produk ini untuk pemutihan gigi yang lebih sesuai dengan keperluan oral. Diformulasi untuk mengeluarkan sehingga 80% kotoran pada permukaan gigi dengan bahan pemutihan enamel yang selamat. 

Formula uniknya menghasilkan tindakan berbuih untuk membersih, melindungi dan memutihkan gigi dengan sensasi penyejukan dari daun pudina yang menyegarkan.Ianya juga menguatkan enemal gigi anda dan membantu melindungi daripada kaviti. 

Ubat gigi yang mengandungi xylitol - perkembangan kalsium gigi sempurna
GRANTS Xylitol with Wild Mint Toothpaste
From
RM18.90
Check GRANTS Xylitol with Wild Mint Toothpaste price below:

Ubat gigi semula jadi ini daripada bahan semula jadi yang bebas kimia dan dalam masa yang sama mempunyai keberkesanan ke atas gigi dengan lebih sempurna. Dengan mengandungi xylitol, iaitu bahan semulajadi yang berasal daripada kulit kayu ‘birch’, yang menghalang pertumbuhan bakteria dan memelihara gigi daripada pembentukan kaviti. 

Diperkaya dengan esktrak minyak pati semulajadi daun pudina, Eucalyptus, Cardamom, Celery, Caraway, daun ketumbar, Dill, Thyme, Rosemary dan Sage, ianya tidak melalui ujian ke atas haiwan serta mesra pengguna. Bukan itu sahaja, produk ini juga tidak mengandungi ramuan yang diubahsuai secara genetik. 

Artikel Berkaitan

End of Article