Perkakas Rumah

15 Aircond Inverter Terbaik di Malaysia 2026 (Jimat Elektrik)

Aircond inverter terbaik di Malaysia: Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP) RM3,489, harga disemak 16 Sept. Bandingkan 15 model dari 5 jenama terkemuka.


Editor · Updated 16 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Aircond Inverter Terbaik di Malaysia 2026 (Jimat Elektrik)

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan (terbaik keseluruhan) untuk aircond inverter di Malaysia ialah Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP), RM3,489 di Shopee Malaysia (harga disemak 16 September 2026), dengan teknologi nanoe™X untuk membersihkan udara sambil jimat elektrik. Jika bajet lebih penting, Haier HSU-09VNR18 (1.0HP) bermula RM926 adalah pilihan paling jimat.

Boleh dikatakan hampir kebanyakan rumah di Malaysia akan dilengkapi dengan kemudahan brand aircond terbaiklebih lagi apabila cuaca kita panas dan lembap.

Kandungan

Terdapat banyak jenis aircond atau penyaman udara di pasaran dan ia mungkin buat ramai masih keliru yang mana satu jenama aircond inverter terbaik di Malaysia? 

Tidak dinafikan harga aircond inverter agak mahal dan kita semestinya mahu membeli jenis aircond paling bagus serta sesuai dengan ruang rumah atau ruang bilik.

Jadi perlulah berbelanja lebih sikit untuk dapatkan aircond yang terbaik dan perlu buat pilihan tepat dari pelbagai jenis-jenis aircond yang ada di pasaran.

Pening tengok pilihan jenama aircond terbaik di pasaran sampai rambang mata nak buat pilihan aircond terbaik?

Jom lihat senarai aircond terbaik, termasuk beberapa model aircond dan jenama aircond inverter terbaik.


Bagaimana Kami Memilih Aircond Inverter Ini

Kami semak harga sebenar setiap model di Shopee Malaysia pada 16 September 2026, bandingkan kapasiti (HP), penarafan bintang tenaga Suruhanjaya Tenaga, dan ciri tambahan (auto-clean, kawalan WiFi/smartphone, pilihan sewa berbanding beli) sebelum menyenaraikan setiap satu di bawah. Aircond yang tiada pautan pembelian sah tidak kami senaraikan.

Senarai 15 Aircond Inverter Terbaik

Terbaik untuk Ketahanan Jangka Panjang: Acson Inverter 5 star REINO Air Conditioner

Panasonic CS-XU13XKH-1
Aircond inverter terbaik secara keseluruhan 1 daripada 15
Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP)
Panasonic
Dari RM3,489
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ruangan cepat sejuk
Mempunyai nanoe™ X yang efektif
Harga mahal
1 lagi
Dapat mengurangkan habuk

Sebab menjadi pilihan utama:

Mempunyai teknologi nanoe™ X yang efektif menghalang penyebaran korona virus, atau sebarang perkumpulan bakteria di dalam bilik, mengurangkan risiko mendapat jangkitan penyakit.

Ciri-ciri:

Aircond inverter jenama Panasonic mempunyai teknologi nanoe™ X dimana dapat memberi perlindungan daripada udara yang tercemar serta dapat menghilangkan bau. 

Dengan adanya teknologi ini, peralihan udara di dalam rumah menjadi lebih bersih dan berkesan untuk menghalang penyebaran korona virus.

Selain itu, aircond ini bercirikan kawalan pusat yang mudah dan anda hanya memerlukan peranti mudah alih yang mempunyai aplikasi Comfort Cloud.

Maksudnya, anda boleh mengawal semua ciri penyaman udara dari jauh, memantau penggunaan tenaga secara komprehensif serta mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.

Menariknya lagi, teknologi Eco mode dengan kawalan A.I memberikan penjimatan tenaga sehingga 20%.

Manakala, teknologi iAUTO-X pula memberikan 25% penyejukan pantas dengan penggunaan Panasonic Thermal Enhancement Technology (P-TECh).

Teknologi ini membolehkan compressor mencapai frekuensi dengan pantas daripada permulaan sekaligus memberikan penyejukan serta merta walaupun hari yang panas terik.

Review:

“Barang diterima dan dipasang dengan keadaan yang baik. Pemasang sangat mudah untuk berbincang. Sangat berterima kasih untuk pemasangan yang cepat!”

Terbaik untuk Keselesaan Tanpa Angin Terus: Samsung Aircond R32 Inverter Wind-Free Series

Haier R32 Smart DC Inverter Clean Air Conditioner (1.0hp) HSU-09VNR18
Aircond 1hp inverter 2 daripada 15
Haier R32 Smart DC Inverter Clean Air Conditioner (1.0hp) HSU-09VNR18
Haier
Dari RM926
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jaminan kompressor maksimum 10 tahun
Mudah untuk dipasang
Tidak sesuai untuk ruang sempit
3 lagi
Aliran udara yang kuat
Menapis habuk dengan baik
Melawan dan menghapus sehingga 99% bakteria

Aircond Haier model HSU-09VNR18 dilengkapi dengan ciri asas seperti Energy Saving untuk menjimatkan penggunaan elektrik rumah anda. 

Istimewa tentang aircond ini, mempunyai teknologi Smart Cleaning yang memberi udara bersih secara automatik di ruang rumah anda. 

Malah sistem PID Inverter Control pula dapat memantau suhu bilik supaya aircond tidak menggunakan tenaga elektrik yang berlebihan. 

Ini merupakan jenis aircond rumah yang terbaik untuk dipasang lama.  

Fungsi Turbo Airflow akan memberi aliran udara lebih kuat daripada aircond konvensional lain. 

Selain itu, aircond ini sangat sesuai diletakkan di ruang yang agak luas seperti ruang tamu atau master bedroom. 

Walaupun hanya 1.0HP, tapi tetap menyejukkan bilik dalam masa beberapa minit sahaja dengan ciri Turbo Mode.

Terbaik Harga Murah: Hitachi New Standard Series R32 1.0HP Air Conditioner RAS-EH10CKM

Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
Aircond WiFi 3 daripada 15
Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
Daikin
Dari RM2,049
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai penapis
Gas R32
Harga mahal
3 lagi
5 Star Energy Saving
Mempunyai sambungan Wifi
Jenis inverter

Penghawa dingin Daikin ini antara yang terbaik untuk sebuah aircond bersaiz 2.0 HP.

Aircond jenis inverter yang canggih dengan sistem sambungan WiFi yang menggunakan sistem Smart Control dimana anda tidak perlu lagi menggunakan alat kawalan jauh. 

Anda boleh mengawal suhu, kelajuan dan mode kipas dari telefon pintar sahaja.

Selain itu, model aircond SMARTOR Premium Inverter memperkenalkan fungsi aircond yang boleh berfungsi sebagai air purifier

Malah memberi udara yang nyaman dan bersih dengan tiga penapisan terbaik iaitu Gin-Ion Blue Filter, PM2.5 Filter dan Streamer Discharge Unit

Kelebihan kuasa 2.0 HP aircond ini memberi aliran udara sejuk yang sekata.

Sangat sesuai untuk ruang yang luas seperti bilik mesyuarat, surau, master bedroom dan kedai atau butik pakaian. 

Walaupun aircond ini memiliki saiz yang besar tapi kadar penggunaan tenaga masih lagi rendah dengan kadar 420 watt hingga 2,200 watt untuk penyejukan 19,000 (Btu/h). 

Terbaik Jimat Elektrik (5 Bintang): SHARP J-Tech Inverter Aircond

Hisense Standard Inverter Air Conditioner (1.5HP) R32 AI13KAGS
Aircond 1.5hp inverter terbaik 4 daripada 15
Hisense Standard Inverter Air Conditioner (1.5HP) R32 AI13KAGS
Hisense
Dari RM1,119
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai ionizer filter
3 pilihan kelajuan
Saiz kecil
3 lagi
Paparan LED
Jaminan kompressor 7 tahun
Sangat senyap (19 dBa)

Model aircond Hisense ini dilengkapi bilah kipas yang panjang dan lebar serta sistem ‘I Feel’ membuatkannya bijak mengatur suhu yang terbaik untuk memberi suhu bilik yang terbaik secara automatik.

Jadi tiada lagi masalah aircond terlalu sejuk atau aircond lambat sejuk.

Terdapat juga fungsi ‘Sleep’ yang mempunyai 4 pilihan mod yang berbeza untuk memastikan tidur anda tidak terganggu kerana aircond ini beroperasi secara senyap! 

Jika anda suka membersih aircond secara sendiri, bahagian panel aircond dan penapis boleh ditanggalkan dan dicuci dengan mudah.

Tapi jangan risau aircond ini tak akan cepat kotor sebab mempunyai tiga lapisan penapisan iaitu high density filter, active carbon filter dan ionizer filter

Paling penting, semua penapis mampu perangkap kotoran termasuklah bulu haiwan peliharaan, gas-gas berbahaya (formaldehyde dan ammonia) serta habuk-habuk halus seperti abu rokok dan debu. 

Rekaan aircond yang moden ini sesuai untuk dipasang di bilik atau ruang tamu akan membuatkan dekorasi rumah nampak eksklusif. 

Bahagian dalamannya pula dilengkapi dengan material tahan lasak iaitu 100% tembaga, gelung besi Bluefin dan dua saluran pengering bagi menjamin ketahanan aircond.

Terbaik untuk Ruang Tamu Besar: Midea Inverter Aircond R32 Xtreme Series 2.5HP - MSXS-CRDN8

LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 2.0HP S3-Q18KL3WA
Aircond paling jimat elektrik 5 daripada 15
LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 2.0HP S3-Q18KL3WA
LG
Dari RM4,669
Lihat harga di Shopee Malaysia
Jaminan kompressor 10 tahun
Sistem senyap (32-45 dBa)
Harga mahal
1 lagi
70% jimat elektrik

Jika anda suka on aircond setiap masa, anda boleh pilih aircond jimat elektrik dari LG ini. 

Model khas ini mampu menjimatkan 70% elektrik dan 40% lebih pantas menyejukkan ruang utama. 

Sesuai dengan kapasiti 2.0HP yang kuat tapi tetap dengan kawalan tenaga elektrik sekadar 220 - 240 voltan. 

Dicirikan motor inverter, model ini menjanjikan bunyi aircond senyap, cepat sejuk dan tahan lasak. 

Malah diberi lagi 10 tahun jaminan kompresor untuk memastikan setiap pengguna aircond LG merasai kualiti hebat ini. 

Anda juga boleh memilih 4 pilihan ayunan kipas supaya setiap sudut bilik dan ruang rumah kekal dengan udara yang nyaman serta bersih. 

Terbaik Kapasiti Fleksibel: Carrier Inverter 1.0hp-1.5hp R32 High Wall Mounted Air Conditioner

Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF
Aircond 2.5hp terbaik 6 daripada 15
Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF
Mitsubishi
Dari RM2,038
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ruangan cepat sejuk
Beroperasi secara senyap
Harga mahal

Aircond inverter jenama Mitsubishi ini sesuai untuk digunakan pada ruangan ruang tamu yang besar kerana memiliki 2.5 HP.

Dengan 2.5 HP ini, penggunaan elektrik sebanyak 2.0 kW dan boleh dikatakan jimat elektrik.

Seperti jenama aircond inverter terbaik yang lain, aircond Mitsubishi model ini beroperasi secara senyap dengan jumlah bunyi 18dB.

Ciri lain yang terdapat pada aircond ini adalah teknologi sleep mode dan fast cooling.

Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk ruangan yang menjadi sejuk.

Paling penting, memiliki rawatan anti karat.

Maksudnya, komponen yang terdedah dengan hakisan bahan kimia dan mudah karat dapat dilindungi.

Disebabkan mempunyai rawatan anti karat, jenama Mitsubishi model ini jangka hayatnya tahan lebih lama.

Jangan risau, aircond ini mempunyai warranty selama 7 tahun untuk bahagian compressor dan 2 tahun untuk bahagian am.

Terbaik Kawalan Dari Smartphone: Gree Queen Series R32 Inverter Air Conditioner 1HP, 1.5HP, 2.0HP & 2.5HP

Midea Inverter Aircond R32 Xtreme Series 2.5HP - MSXS-CRDN8
Sesuai ruang tamu besar 7 daripada 15
Midea Inverter Aircond R32 Xtreme Series 2.5HP - MSXS-CRDN8
Midea
Dari RM1,099
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jenis inverter
Jimat elektrik
Harga mahal
2 lagi
Kapasiti keluasan 10,910Btu
Mempunyai ionizer

Horse power aircond Midea ini cukup besar iaitu 2.5hp di mana amat sesuai untuk diletakkan di ruang tamu yang luas. 

Biarpun horse power yang besar tapi anda boleh jimat elektrik sehingga 60% kerana dibantu motor inverter, gas R32 mesra alam dan operasi tenaga voltan rendah. 

Model penghawa dingin ini juga menjanjikan bunyi operasi yang senyap, cepat sejuk dan unit luar yang tahan lama serta lasak. 

Menariknya lagi, anda boleh mengawal suhu dan tetapan masa aircond dari telefon pintar kerana dilengkapi WiFi dan aplikasi khas dari Midea.

Terbaik Sewa Tanpa Repot: Coway Penyaman Udara Jimat Elektrik 5 Filter Inverter

SHARP 1HP 1.5HP 2HP 2.5HP J-Tech Inverter Aircond (AHX9VED2) 1HP Air Conditioner Powerful
Aircond inverter jimat elektrik 8 daripada 15
SHARP J-Tech Inverter Aircond
SHARP
Dari RM1,269
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Teknologi J-Tech Inverter
Eco mode
Tiada casing wayar disediakan
2 lagi
Teknologi super jet mode
Pengagihan udara sekata

Penghawa dingin ini mempunyai penyejukan yang terbaik dengan penggunaan kuasa yang sangat menjimatkan dan mempunyai rating 5 bintang untuk penggunaan tenaga elektrik.

Selain itu, penghawa dingin ini dilengkapi beberapa teknologi inovatif untuk meningkatkan keselesaan pengguna.

Antaranya teknologi super jet mode yang membolehkan anda menikmati hembusan udara sejuk dalam masa 5 minit sahaja dan menurunkan suhu ruangan sehingga 5 darjah dalam masa yang sama.

Bukan itu sahaja, aircond ini juga mempunyai penyejukan yang cukup untuk cuaca yang sangat panas dengan suhu paling rendah sebanyak 14 darjah.

Terbaik Sewa Bajet Rendah: Cuckoo X Fujiaire Aircond Vita-S Inverter

CARRIER aircond
Aircond inverter untuk rumah 9 daripada 15
Carrier Inverter 1.0hp-1.5hp R32 High Wall Mounted Air Conditioner
Dari RM1,200
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cepat menyejukkan bilik
Sleep mode
Harga sedikit mahal
3 lagi
Fungsi auto restart
Penapis berketumpatan tinggi
Mudah dipasang

Penghawa dingin dengan 4 bintang ini mempunyai dua pilihan kapasiti penyejukan iaitu 1.0 HP dan 1.5 HP.

Mudah dipasang di dinding rumah dan mempunyai gas penyejuk R32 dengan beberapa penapis berketumpatan tinggi untuk pembersihan udara.

Mempunyai fungsi penapisan terbaik seperti penapis bio, penapis ion perak, penapis kompaun dan penapis Vitamin C.

Model aircond ini juga mempunyai ciri ‘follow me’ yang membuatkan pengguna sentiasa selesa kerana penghawa dingin ini boleh mengesan suhu sekeliling dan menyesuaikan suhu mengikut kedudukan anda berada.

Selain itu, mempunyai fungsi self-cleaning untuk mengurangkan pertumbuhan kulat, sleep mode, fungsi auto restart dan aircond boleh dikawal melalui sambungan WiFi atau alat kawalan jauh.

Terdapat juga jaminan 5 tahun untuk compressor dan 2 tahun untuk bahagian am.

Terbaik Unit 1HP Jimat: Haier R32 Smart DC Inverter Clean Air Conditioner (1.0hp) HSU-09VNR18

aircond_gree
Aircond boleh mengawal dari smartphone 10 daripada 15
Gree Queen Series R32 Inverter Air Conditioner 1HP, 1.5HP, 2.0HP & 2.5HP
Dari RM1,689
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kawalan arah udara
Pembersihan auto
Pemasangan di Lembah Klang sahaja
2 lagi
Dehumidifier
Penyejukan cepat

Perlukan aircond untuk bilik tidur saiz sederhana besar terutamanya untuk mengatasi kepanasan atau berpeluh? Beli je aircond jenama Gree ni.

Aircond Gree Queen Series menawarkan empat pilihan model dengan inverter 1 HP, 1.5 HP, 2 HP dan 2.5 HP.

Mempunyai reka bentuk melengkung dan dilengkapi cold plasma yang boleh menghapus kulat, virus, bakteria di udara dan bau busuk untuk udara yang lebih segar.

Selain itu, boleh menghasilkan ion aktif yang boleh menghilangkan 90% bakteria, virus dan habuk.

Teknologi aliran udara 3D pula dapat mengalirkan angin dalam beberapa sudut dan mempunyai compressor sirip emas untuk mengelakkan karat

Ciri-ciri lainnya termasuk mempunyai paparan LED, timer, penyejukan cepat, intelligent defrosting, mesra alam, fungsi auto clean dan turbo.

Tidur malam juga tidak akan terganggu kerana aircond ini senyap dan memberikan suasana nyaman untuk tidur lebih selesa.

Kawal suhu dengan mudah dari applikasi Gree+.

Terbaik Sensor Suhu Pintar: Hisense Standard Inverter Air Conditioner (1.5HP) R32 AI13KAGS

Coway Penyaman Udara Jimat Elektrik 5 Filter Inverter
Jenama aircond 5 bintang 11 daripada 15
Coway Penyaman Udara Jimat Elektrik 5 Filter Inverter
Dari RM130
Lihat harga di Shopee Malaysia
Penapisan 5 langkah
Jimat elektrik
Pakej bayaran bulanan
2 lagi
Bunyi rendah
Mod auto clean

Nak cari aircond rumah tanpa perlu service sendiri? Tak perlu lagi susah-susah panjat tangga atau hadap habuk kerana pihak Coway akan uruskan semuanya.

Menawarkan 7 langkah service yang membolehkan anda merasai udara sejuk yang bersih dan menjimatkan elektrik dengan bermodalkan serendah RM100 sebulan sahaja.

Dengan 5-step filtration dan fungsi self-cleaning, aircond Coway boleh menghapuskan bakteria dengan cara heat sterilisation.

Bukan itu sahaja, terdapat juga ciri auto mode, eco mode, sleep mode, 4-way auto swing, ‘I feel’, dan banyak lagi.

Alami aliran udara semula jadi yang lembut, selesa dan menyejukkan dengan mod gentle wind.

Walaupun perlu membayar secara bulanan, tapi jimat elektrik dan berbaloi.

Terbaik Kawalan WiFi: Daikin SMARTO Premium R32 Inverter

aircond inverter cuckoo
Aircond auto clean 12 daripada 15
Cuckoo X Fujiaire Aircond Vita-S Inverter
Dari RM98
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Smart control
Mempunyai penapis Vitamin C
Pakej bayaran bulanan
1 lagi
Penyejukan cepat

Harga penghawa dingin kebanyakannya RM 1,000 ke atas, tapi dengan menyewa penyaman udara Cuckoo ini anda bukan sahaja menjimatkan tenaga untuk service aircond, malah mengurangkan bil elektrik.

Aircond cuckoo ini menawarkan dua pilihan inverter iaitu 1 HP dan 1.5 HP. Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan saiz ruang tamu rumah anda.

Dilengkapi penapis silver ion untuk antibakteria, penapis Vitamin C untuk antioksida, penggunaan golden hydrophilic fin, anti-rust cabinet, mod auto clean dan gas penyejuk R32 untuk mempercepatkan proses penyejukan.

Paling penting, percuma servis setiap 6 bulan selama 60 bulan, kawalan melalui telefon dan mempunyai kotak kawalan kalis api 5VA.

Pemasangan juga percuma dan dapat lagi jaminan 5 tahun untuk aircond serta compressor.

Terbaik Paling Jimat Elektrik: LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 2.0HP S3-Q18KL3WA

Hitachi New Standard Series R32 1.0HP Air Conditioner RAS-EH10CKM
Aircond inverter murah 13 daripada 15
Hitachi New Standard Series R32 1.0HP Air Conditioner RAS-EH10CKM
Hitachi
Dari RM939
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Dilengkapi ciri dehumidifier
Tidak sesuai ruang besar
1 lagi
Tetapan silent mode

Aircond inverter dari Hitachi ini menggabungkan teknologi terkini dengan ciri-ciri penjimatan tenaga untuk menyediakan keselesaan optimum sambil mengurangkan penggunaan tenaga.

Dengan kapasiti penyejukan sebanyak 2.65 kW (9,040 BTU/h), penghawa dingin ini sesuai untuk bilik-bilik kecil hingga sederhana, memastikan penyejukan yang cepat walaupun semasa hari panas.

Ia hadir dengan 3 Rating Bintang Tenaga dan COP sebanyak 3.32, menunjukkan kecekapan tinggi dalam penggunaan tenaga.

Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri kunci untuk meningkatkan pengalaman keselesaan anda. 

Antara ciri-ciri tersebut termasuk Air Sleep Timer, Powerful Mode, Silent Mode untuk pengurangan bunyi semasa operasi, dan Up-Down Auto Swing untuk pengedaran udara yang sekata di seluruh bilik.

Dengan timer 12 jam dan fungsi auto restart, anda boleh menetapkan masa operasi penghawa dingin mengikut keutamaan anda dengan mudah.

Terbaik untuk Bilik Besar 2.5HP: Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF

Samsung Aircond R32 Inverter Wind-Free Series
Aircond inverter Samsung 14 daripada 15
Samsung Aircond R32 Inverter Wind-Free Series
Samsung
Dari RM1,909
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dilengkapi fungsi auto cleaning
Jaminan sehingga 10 tahun
Harga mahal untuk HP besar
1 lagi
Jimat bil elektrik

Anda boleh rasakan sendiri keselesaan terbaik sepanjang berada di rumah dengan Siri Samsung Aircond R32 Inverter Wind-Free. 

Dengan teknologi inovatif WindFree™ Cooling, penghawa dingin ini memastikan anda kekal selesa di rumah.

Selain itu, bersama keserasian SmartThings, anda boleh mengawal penghawa dingin anda dengan mudah dari jauh menggunakan telefon pintar anda. 

Sama ada anda di rumah atau sedang dalam perjalanan, anda mempunyai kawalan penuh terhadap aircond rumah anda.

Ciri AI Auto Cooling menambah kebolehan aircond ini menyesuaikan suhu secara automatik mengikut cara penggunaan harian anda.

Ucapkan selamat tinggal kepada kotoran dan habuk dengan fungsi Freeze Wash

Dengan hanya satu tekanan butang, penghawa dingin akan membersihkan kotoran dan habuk dari dalam, menjaga unit agar kekal bersih dan cekap tenaga.

Terbaik Keseluruhan: Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP)

Acson Inverter 5 star REINO Air Conditioner
Aircond inverter tahan lama 15 daripada 15
Acson Inverter 5 star REINO Air Conditioner
Acson
Dari RM1,900
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jaminan sehingga 5 tahun
Mempunyai teknologi anti-virus
Harga sedikit mahal

Aircond jenis inverter dari Acson ini dikuasakan oleh refrigeran R32 Greenery yang mampu berikan penyejukan pantas tanpa meninggalkan jejak karbon yang mencemarkan alam sekitar.

Dengan ciri Fast Cooling yang inovatif, ia memastikan penyejukan yang pantas walaupun semasa cuaca panas.

Tambahan pula, dengan Teknologi Anti Virus FILTRONZ+, nikmati udara yang lebih bersih dan lebih sihat serta bebas dari virus dan bakteria yang berbahaya.

Dengan pembelian aircond ini, anda akan menerima jaminan selama 5 tahun kompresor dan jaminan 1 tahun untuk bahagian am.

Paling bagus, ia mempunyai kecekapan tenaga yang luar biasa dengan penarafan penjimatan tenaga 5 bintang, mengurangkan penggunaan tenaga anda sambil mengekalkan keselesaan di rumah atau bilik.


Apa Itu Aircond Inverter?

Aircond inverter adalah penyaman udara yang mempunyai teknologi penjimatan elektrik.

Jadi tak hairanlah jika harganya jauh lebih mahal dari aircond biasa.

Lagipun, ia mempuyai teknologi yang dapat menjimatkan elektirk tapi juga terdapat teknologi lain.

Misalnya dapat menapis bakteria dan habuk dengan lebih efektif, produk tahan lama dan memberi kesejukkan lebih cepat.


Beza Aircond Inverter & Non-Inverter

Kenali dahulu perbezaan antara inverter dan non-inverter.

  • Aircond inverter

Berupaya mengatur kelajuan motor agar dapat mengedarkan udara dengan sekata.

Setelah ruangan yang diletakkan aircond ini menjadi sejuk, secara automatiknya pendingin hawa inverter ini akan memperlahankan kelajuan motor bagi menjimatkan tenaga.

  • Aircond non-inverter

Berfungsi kepada kelajuan penuh atau berhenti serta-merta. 

Motor aircond ini akan berjalan pada tahap kelajuan paling tinggi dan kemudian berhenti setelah ruangan menjadi sejuk. 

Sistem operasinya lebih bising dan ini akan menyebabkan penggunaan elektrik yang ekstra.

Jadi, kesimpulannya aircond inverter dijual dengan harga yang agak mahal kerana mempunyai sistem penjimatan elektrik berbanding aircond non-inverter. 

Untuk dapatkan butiran lebih terperinci, jom dengarkan penjelasan dari video berikut.

Bagaimanapun, anda boleh mendapatkan aircond inverter yang murah dengan memilih saiz HP yang rendah antara 1.0hp atau 1.5hp. 

Ataupun, pilih aircond non-inverter yang bercirikan Energy Saving dan dilengkapi operasi senyap.

Mudah kata, anda perlu rajin lihat spesifikasi sesebuah aircond dan pastikan setiap pembelian kena dengan bajet anda.

Barulah jadi pengguna yang bijak!  


Apa Perbezaan 1.0HP dan 1.5HP?

Pertama sekali, anda mesti mengetahui apa itu HP yang tertera pada spesifikasi aircond anda.

HP bermaksud horsepower atau dalam Bahasa Malaysia, kuasa kuda.

Jadi nak pilih 1hp atau 1.5hp bergantung kepada saiz atau ruang yang ingin anda pasang aircond tersebut. 

Aircond saiz 1hp sudah cukup untuk ruang seperti bilik tidur atau ruang tamu dan sebagainya. 

Manakala aircond 1.5hp sesuai untuk saiz keluasan seperti dewan kecil, bilik darjah atau surau. 

1.0 HP - 18 to 22 sq. m

1.5 HP - 23 to 27 sq. m


Panduan Memilih Aircond Inverter: Cara Pilih

Kalau kita lihat, sebenarnya ada banyak jenama dan produk yang dilengkapi dengan spesifikasi berbeza.

Jangan risau, kami kongsikan dengan anda cara pilih aircond inverter supaya anda dapat membuat pembelian aircond paling bagus.

  • Mengetahui kesesuaian saiz ruang

Pastikan saiz ruang sesuai dengan unit horsepower (HP) supaya angin dingin dapat memenuhi ruang.

Bagaimana nak tahu? Anda boleh rujuk jadual berikut:

12 x 12 14 x 14 1.0 = 1.5 HP
14 x 16 = 1.5 HP
15 x 16 1.5 = 2.0 HP
18 x 18 2.0 = 2.5 HP
21 x 21 2.5 = 3.0 HP

  • Semak Star Rating

Anda biasa nampak pelekat 'Energy Star Rating' warna merah kuning pada alatan elektrik?

Sebenarnya, fungsi pelekat tersebut dapat menunjukkan tahap penjimatan elektrik.

Maksudnya, makin banyak bintang yang ditunjukkan maka aircond itu adalah lebih cekap.

Maksimum adalah 6 bintang sahaja dan yang paling rendah sekurang-kurangnya 2 bintang.

  • Spesifikasi

Kadang-kala tak semestinya jenama aircond paling bagus memiliki spesifikasi yang tepat untuk keperluan anda.

Jadi, pastikan anda mengetahui spesifikasi aircond tersebut sama ada memenuhi kriteria ruangan rumah anda atau tidak.

Paling penting pastikan penggunaan elektrik jimat supaya pembelian yang berbaloi.

  • Harga

Tak ada masalah jika anda mempunyai bajet kurang cuma pastikan harganya bersesuaian bagi mendapatkan kualiti sama seperti yang mahal.

Kebiasaannya harga aircond bergantung kepada HP sesebuah aircond tersebut.

Maksudnya, lebih tinggi HP, maka harga juga menjadi lebih mahal.

  • Jenama

Untuk pengetahuan anda, jenama aircond inverter terbaik top 10 adalah Daikin, York, Panasonic, Sharp, Acson, Midea, Hisense, Samsung, Mitsubishi dan LG.

Sebelum membuat pembelian, pastikan anda telah melakukan survery terlebih dahulu untuk mengetahui yang mana sesuai untuk memenuhi keperluan anda.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Aircond Inverter?

Apa yang anda tahu tentang aircond inverter? Apa sebenarnya kelebihan dan kekurangan aircond inverter?

Satu kelebihan yang paling ketara ialah penggunaan tenaga yang lebih jimat sehingga 30 % berbanding dengan aircond konvensional.

Ini kerana sistem inverter membolehkan penggunaan tenaga yang lebih bijak dan berkesan.

Selain itu, aircond inverter juga dapat mengekalkan suhu bilik secara lebih konsisten dan menjimatkan tenaga pada masa yang sama.

Aircond inverter juga lebih senyap berbanding dengan aircond biasa, jadi sesuai untuk digunakan di ruang tamu atau bilik tidur.

Tambah lagi, aircond inverter juga lebih tahan lama berbanding dengan aircond biasa.

Ini kerana kekurangnya aliran kuasa yang berterusan apabila aircond beroperasi membantu mengurangkan kerosakan pada unit aircond anda dan menjadikannya lebih tahan lama.

Namun, kekurangan utama aircond inverter ialah kosnya lebih tinggi daripada aircond biasa.

Walaupun penggunaan aircond jenis ini menjimatkan lebih banyak tenaga dalam jangka masa panjang, kos awal untuk membeli dan memasang pendingin hawa inverter agak tinggi.

Ianya juga memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang lebih kerap daripada aircond biasa.


Tips Mudah Selenggara Aircond

Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh membantu anda selenggara aircond dengan lebih efektif:

  • Bersihkan filter aircond anda secara berkala

Filter atau penapis yang kotor boleh menyebabkan aliran udara terhad dan memaksa unit aircond bekerja lebih keras untuk menyejukkan bilik.

Oleh itu, disyorkan untuk membersihkan filter aircond anda sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.

  • Periksa kabel dan bekalan kuasa

Pastikan kabel dan bekalan kuasa aircond anda dalam keadaan baik dan tidak rosak.

Kerosakan pada kabel dan bekalan kuasa boleh menyebabkan aircond berfungsi tidak baik atau malah boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk pada unit aircond.

  • Pastikan unit aircond anda mempunyai penapis debu yang bersih

Penapis debu yang bersih memainkan peranan penting dalam menjaga unit aircond anda bebas dari kotoran dan debu yang boleh merosakkan komponen dalaman.

Pastikan penapis debu anda diganti secara berkala.

  • Jangan biarkan aircond anda terlalu lama beroperasi

Jangan biarkan aircond anda beroperasi terlalu lama kerana ini boleh mengakibatkan kerosakan pada unit aircond anda.

Disyorkan untuk mematikan unit aircond anda selepas menggunakan selama 8 jam berturut-turut.

  • Berikan ruang yang mencukupi

Pastikan unit aircond anda mempunyai ruang yang mencukupi di sekelilingnya supaya aliran udara tidak terhalang.

Ruang yang mencukupi akan membantu memastikan unit aircond anda berfungsi dengan lebih efektif dan cekap.


Cara Cuci Aircond Rumah

Bila kita ada aircond, kita perlu kerap melakukan penyelenggaraan pendingin hawa untuk aircond tahan lama dan mengeluarkan udara bersih. 

Berikut adalah cara cuci aircond rumah yang anda boleh ikuti.

  1. Buka penutup luar aircond untuk mengeluarkan kipas dan paip yang terdapat di dalamnya dan bersihkan kipas dengan teliti menggunakan kain atau berus lembut untuk menghilangkan kotoran dan habuk.
  2. Keluarkan filter aircond dan bersihkan dengan menggunakan air sabun dan berus lembut serta pastikan filter kering sebelum memasang semula.
  3. Cuci condenser dengan menggunakan sabun pencuci atau pencuci aircond yang dikhaskan dan pastikan anda membersihkan setiap bahagian dengan teliti dan menyeluruh.
  4. Selepas proses pembersihan selesai, pastikan semua bahagian aircond kering sebelum memasang semula terutama bahagian kipas dan grill.
  5. Ingin diingatkan grill perlulah dipasang dengan betul sebelum switch on aircond anda.

Mungkin juga ada yang tanya berapa kerap kita perlu cuci aircond atau servis aircond kita? Kebiasaannya aircond perlu diselenggara setiap 6 bulan sekali.

Jadi anda boleh kira dalam setahun aircond perlu diselenggara sebanyak 2 kali bagi menjamin fungsi yang optimum dan untuk menjaga jangka hayat aircond.


Berapa Kerap Perlu Bersihkan Aircond?

Untuk memastikan prestasi optimum dan kualiti udara yang bersih, anda dinasihatkan untuk membersihkan penghawa dingin secara berkala.

Berikut adalah beberapa panduan am yang boleh anda ikut:

  • Penapis Udara

Bersihkan atau ganti penapis udara setiap 1-2 bulan, atau mengikut keperluan, terutamanya semasa penggunaan yang banyak atau jika anda perasan pengaliran udara menjadi terhad.

Penapis yang tersumbat boleh menghalang pengaliran udara dan mengurangkan kecekapan.

  • Koil (coil)

Anda perlu bersihkan koil penyejuk dan kondenser setiap tahun atau dua kali setahun, bergantung kepada penggunaan dan faktor-faktor persekitaran.

Koil yang kotor boleh mengurangkan kecekapan penyejukan dan menyebabkan aircond bekerja lebih banyak, menyebabkan penggunaan tenaga yang tinggi.

  • Sistem Saliran

Periksa dan bersihkan paip saliran condensate secara berkala untuk elak ia tersumbat atau rosak.

Pertumbuhan alga dan kulat boleh paip saliran tersumbat, menyebabkan kebocoran air dan masalah kelembapan dalam bilik.

  • Unit Luar

Pastikan unit luar bebas daripada serpihan, daun, dan tumbuh-tumbuhan untuk memastikan pengaliran udara yang betul dan mengelakkan pemanasan berlebihan.

Potong tumbuh-tumbuhan di sekitar unit dan bersihkan permukaan luar mengikut keperluan.

  • Penyelenggaraan Secara Profesional

Pertimbangkan untuk mendapatkan penyelenggaraan profesional secara tahunan oleh juruteknik HVAC yang berkelayakan. 

Mereka dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh, pembersihan, dan tetapan tertentu untuk menjaga penghawa dingin anda agar ia berfungsi dengan lancar dan cekap.

Dengan mengikuti panduan penyelenggaraan ini, anda dapat memanjangkan jangka hayat penghawa dingin anda, meningkatkan kualiti udara dalaman, dan memastikan aircond dapat beroperasi dengan baik sepanjang tahun.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation