Perkakas Rumah

9 Mesin Jahit Portable Terbaik di Malaysia 2026 (Dari RM4.55)

9 mesin jahit portable terbaik di Malaysia, bermula RM4.55, disemak 5 November 2026. Pilihan utama: SwissThomas Stitch Xpert, RM198 di Shopee Malaysia.


Editor · Updated 5 Nov 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Mesin Jahit Portable Terbaik di Malaysia 2026 (Dari RM4.55)
Terbaik keseluruhanSwissThomas Sewing Machine Stitch Xpert
RM198Lihat harga di Shopee

Mesin jahit portable terbaik secara keseluruhan di Malaysia ialah SwissThomas Stitch Xpert, RM198 di Shopee Malaysia (harga disemak 5 November 2026): boleh guna bateri atau adaptor, ada pedal kaki dan jaminan 2 tahun, dan penyenaraian rasmi jenama ini sudah terjual 184 unit dengan rating 4.9 bintang. Kalau bajet anda bawah RM100, pilih FHSM 505A Pro pada RM69.99 (167 unit terjual). Kalau nak jenama dengan jaminan tempatan, Singer 1409 Promise pada RM625 dijual terus oleh Singer Malaysia. Mesin mini di sini kurang sesuai untuk kain tebal atau jeans (Riino dan FHSM 505A Pro sendiri tidak sesuai untuk kain tebal); untuk itu lihat Juki HZL-180SZ pada RM789.

Mesin jahit lama berat dan biasanya hanya sesuai di rumah, manakala mesin portable ringan, jimat ruang dan senang dibawa balik kampung, sesuai untuk pemula dan suri rumah.

Kandungan

Kami menyemak penyenaraian hidup di Shopee Malaysia pada 5 November 2026: sembilan pilihan di bawah masing-masing ada penyenaraian aktif. Dua pilihan lama, Mesin Jahit Sulam Butterfly dan Singer M1005 Portable Mini Deluxe, kami keluarkan kerana tiada penyenaraian aktif ditemui. Panduan ini mengandungi pautan affiliate; jika anda membeli melalui pautan kami, ProductNation mungkin memperoleh komisen tanpa kos tambahan kepada anda.

Terbaik Keseluruhan: SwissThomas Sewing Machine Stitch Xpert

SwissThomas Sewing Machine Stitch Xpert
Terbaik keseluruhan 1 daripada 9
SwissThomas Sewing Machine Stitch Xpert
Dari RM198
Boleh putar semula benang dengan automatik
Fungsi jahitan kedepan & kebelakang
Mesin mini, kurang sesuai untuk kain tebal
3 lagi
Pressor foot boleh ditukar
Berat hanya 1 kg
Mudah dikendalikan dan sesuai untuk beginner

Sebab menjadi pilihan:

Apa yang terbaik tentang mesin jahit SwissThomas ini adalah anda boleh pilih untuk menggunakannya sama ada menggunakan bateri atau sambungan adapter. 

Ciri-ciri:

Bahagian benangnya juga tak mudah putus dan boleh digunakan untuk jahit lubang butang baju kerana dilengkapi dengan 12 corak jahitan. 

Mempunyai 2 mod kelajuan iaitu tinggi dan perlahan dan turut lengkap dengan lampu LED, tempoh jaminan 2 tahun, pedal kaki serta pemotong benang. 

Mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang begitu bising, jadi tidak akan mengganggu ahli keluarga anda yang lain ketika sedang digunakan. 

Review:

"Kecil dan ringan mesin jahit ni. Jahitan smooth dan cantik. Mesin sampai ada kain kecil dah siap jahit, seller dah test siap awal untuk pastikan mesin berfungsi. Mudah dibawa ke mana saja."

Price
RM198

Terbaik untuk Jaminan Rasmi: Mesin jahit Singer 1409 PROMISE

Mesin jahit Singer
Terbaik untuk jaminan rasmi 2 daripada 9
Mesin jahit Singer 1409 PROMISE
Dari RM625
Jaminan 2 tahun
Kaki tekan snap-on
Mahal
3 lagi
Bingkai logam berat
9 jahitan automatik
Ciri sulaman dan masuk zip

Mesin jahit ini sesuai untuk pemula dengan arahan mudah ikut, reka bentuk mudah alih ringan dan disertakan tempat penyimpanan aksesori.

Dilengkapi 9 jahitan terbina dalam termasuk 6 jahitan asas, 2 jahitan hiasan dan lubang butang 4 langkah.

Tambahan lagi, boleh jahit fabrik tebal seperti langsir dan rujuk je tutorial Youtube untuk tip menjahit fabrik tebal.

Ciri-ciri lain termasuk 800 jahitan seminit, ketegangan boleh laras, penggulungan gelendong automatik, sulaman, pasang zip, petunjuk corak jahitan dan kawalan panjang jahitan.

Price
RM625

Terbaik untuk Pensijilan SIRIM: Riino Tiffany Dual Speed Sewing Machine and Extension Board SEW05

riino sewing machine portable
Terbaik untuk pensijilan SIRIM 3 daripada 9
Riino Tiffany Dual Speed Sewing Machine and Extension Board SEW05
Dari RM189
Disahkan SIRIM & Suruhanjaya Tenaga
Jaminan 2 tahun
Tak sesuai untuk kain jeans
3 lagi
Bunyi tidak terlalu kuat
Ringan
Jahitan kemas

Mesin Jahit Riino hadir dalam dalam warna biru Tiffany yang cantik dan rekaan mesin jahit nampak kukuh.

Menawarkan 12 corak jahitan berbeza dan boleh jahit ke hadapan atau ke belakang.

Dilengkapi pemegang, lampu jahitan terbina dalam, pembaris terbina dalam, pita pengukur terbina dalam, pelaras ketegangan terbina dalam dan penggulung benang automatik.

Pilih je kelajuan tinggi atau rendah dan laci juga disertakan bersama-sama alatan menjahit lain.

Menggunakan kuasa DC6V 1200mA, boleh mula jahit dengan tangan atau pedal kaki.

Senang je nak handle walaupun anda baru belajar menjahit dan bunyinya juga rendah.

Sangat bagus untuk mak-mak yang nak jahit seluar baju anak-anak!

Price
RM189

Terbaik untuk Ciri Tambahan: MAX + Miller Portable Handheld Sewing Machine Aurora SA20

MAX + Miller Aurora SA20 Dual Speed 12 Stitch Patterns Sewing Machine
Terbaik untuk ciri tambahan 4 daripada 9
MAX + Miller Portable Handheld Sewing Machine Aurora SA20
Dari RM299
Ada built-in pita pengukur
Mudah dibawa
Perlu berhenti guna lepas 30-45 minit agar tidak overheating
5 lagi
Ada lampu jahit terbina dalam
Kelajuan boleh laras rendah ke tinggi
12 corak jahitan
Mempunyai gulung semula benang automatik
Tidak sesuai untuk jahitan tebal

Mesin jahit cantik nampak exclusive dengan design ergonomik, mempunyai pemegang pembawa terbina dalam, manual pengguna pun senang faham dan mudah nak guna serta sesuai untuk beginner atau amatur.

Menawarkan kunci untuk jahitan benang atas dan bawah serta kelajuan mesin jahit boleh dilaras.

Dengan dua belas corak jahitan yang sedia ada, anda boleh memilih jahitan asas atau mana-mana corak yang sesuai untuk pakaian. 

Terdapat dua jenis jahitan iaitu ke hadapan dan belakang, sangat sesuai untuk menjahit bukaan sempit pada pakaian seperti lengan baju sequent.

Gunakan sama ada suis tangan atau pedal kaki untuk memulakan proses menjahit.

Anda boleh menggunakan adaptor 6V 1200mA AC/DC atau empat bateri "AA".

Smooth je bila menjahit dan bila test mesin bunyi pun tak bising!

Price
RM299

Terbaik untuk Bajet Ketat: Mesin Jahit Portable Mini

Mesin Jahit Portable Mini
Terbaik untuk bajet ketat 5 daripada 9
Mesin Jahit Portable Mini
Dari RM26.87
Ada butang manual
Ringan
Tidak boleh menjahit lengan baju
1 lagi
Dua kawalan kelajuan

Mesin jahit mini yang ringan dan simple untuk kegunaan di rumah.

Dilengkapi dengan dua kawalan kelajuan, double line, lampu LED dan fungsi penggulungan automatik.

Boleh menggunakan butang manual atau pedal kaki untuk mengawal mesin jahit dengan mudah.

Paling penting, boleh gunakan bateri atau adaptor untuk mengerakkan mesin jahit.

Harga mesin jahit yang sangat murah sememangnya berbaloi untuk berikan mesin jahit ini kepada ibu, isteri atau untuk kegunaan sendiri.

Price
RM26.87

Terbaik untuk Jahit Tudung: Sewing Machine FHSM 505A Pro

Sewing Machine FHSM 505A Pro
Terbaik untuk jahit tudung 6 daripada 9
Sewing Machine FHSM 505A Pro
Dari RM69.99
12 fungsi jahitan
Jahitan kemas tiada bergumpal atau tersimpul
Tidak sesuai untuk fabrik tebal
1 lagi
Dua kelajuan

Mesin jahit ini menampilkan 12 corak jahitan terbina dalam dan kelajuan dua kali lebih cepat dengan dua benang.

Benang juga boleh digulung semula secara automatik dan boleh jahit lengan baju, dan juga hijab.

Ciri-ciri lainnya termasuk lampu LED terbina dalam, laci tersembunyi untuk penyimpanan, mempunyai pemotong benang, maximun ketebalan jahit 2.5 mm dan dua kelajuan (tinggi & rendah) untuk dipilih.

Sesuai untuk jahit pakaian koyak, tudung, nametag, lencana sekolah, kain batik atau jahitan simple.

Jangan risau, mesin jahit ini boleh jahit ke hadapan dan terbalik. Gunakan suis tangan atau pedal kaki untuk mulakan. 

Pilih sahaja untuk menggunakan kuasa DC 6V 1200mA atau bateri 4xAA.

Price
RM69.99

Terbaik untuk Baiki Pantas: SayYes Portable Mini Manual Sewing Machine Handheld

SayYes Portable Mini Manual Sewing Machine Handheld
Terbaik untuk baiki pantas 7 daripada 9
SayYes Portable Mini Manual Sewing Machine Handheld
Dari RM4.55
Kecil
Murah
Jahitan tunggal sahaja
1 lagi
Boleh simpan dalam beg

Mesin jahit tangan yang bagus untuk menjahit baju yang koyak dengan cepat atau tidak dapat dikendalikan oleh mesin jahit biasa.

Saiz kecil, mudah dibawa, harga mesin jahit yang murah dan boleh memperbaiki poket seluar yang koyak tanpa perlu menanggalkan seluar anda.

Boleh digunakan untuk jahitan yang kecil, membuat sapu tangan, apron, sarung tangan, dan mencantum kain nipis.

Namun, benang mudah terbuka sendiri jika anda tidak menjahit dengan baik kerana hanya boleh menjahit bahagian atas fabrik.

Price
RM4.55

Terbaik untuk Kain Tebal: Juki Sewing Machine HZL-180SZ + Extension Table

Juki Sewing Machine HZL-180SZ + Extension Table
Terbaik untuk kain tebal 8 daripada 9
Juki Sewing Machine HZL-180SZ + Extension Table
Dari RM789
7 corak jahitan
750 jahitan seminit
Tiada pilihan untuk pattern lurus
4 lagi
Pengangkat kaki penekan lebih tinggi
Boleh jahit ke belakang
Mempunyai ruang penyimpanan aksesori
Tiada pedal kawalan kaki

Mesin jahit Juki sesuai untuk beginner dan juga mereka yang pro dalam menjahit.

Menawarkan 7 corak jahitan terbina dalam yang sesuai untuk kraf, hiasan rumah, buat baju dan banyak lagi. 

Ciri auto needle threader memudahkan anda memasukkan benang ke dalam jarum tanpa menegangkan mata dan menjahit lebih cepat pada 750 jahitan seminit berbanding mesin jahit standard.

Boleh buat lubang butang yang cantik secara automatik dalam 4 langkah mudah dan free arm untuk menjahit bahagian dari pakaian yang sukar seperti hujung seluar, kolar dan lengan baju.

Dengan reka bentuk snap-on, kaki penekan mudah diletakkan pada fabrik dan pengangkat kaki penekan lebih tinggi untuk fabrik tebal.

Jika ingin menjahit fabrik nipis atau tebal, laraskan sahaja tekanan pada kaki penekan mesin jahit.

Sesuaikan lebar jahitan hiasan dan satin dengan lebar jahitan hingga 5mm.

Kedudukan jarum boleh diubah untuk tugas seperti memasukkan zip, cording atau jahitan atas.

Malah, boleh jahit ke belakang dan menguatkan jahitan serta panjang jahitan juga boleh dilaras.

Price
RM789

Terbaik untuk Serba Guna: Brother JA1450NT Sewing Machine

Brother JA1450NT Sewing Machine
Terbaik untuk serba guna 9 daripada 9
Brother JA1450NT Sewing Machine
Dari RM899
Threader jarum automatik
Boleh jahit cuff dan lengan baju
Tidak boleh jahit tepi
3 lagi
Ada lampu led
Bunyi rendah
Mempunyai jahit jarum berkembar

Mesin jahit Brother memang bagus kerana salah seorang ibu pengguna adalah tukang jahit dan telah menggunakan jenama ini sejak berpuluh tahun.

Mudah digunakan walaupun pertama kali menjahit dan paling suka sebab tak perlu cucuk benang dengan threader jarum yang automatik.

Selain itu, boleh menjahit apa sahaja dengan 14 jenis jahitan dan ciri free arm yang membolehkan anda menjahit cuff serta lengan baju.

Turut dilengkapi 4-step buttonhole, bobbin set pantas, lebar jahitan maksimum 5mm dan lampu LED untuk melihat jahitan dengan lebih terang.

Banyak dapat barang jahitan tambahan seperti gunting, benang, table extender, set sekoci, set jarum, pemutar skru, kit jahit, kaki zip " i ", kaki lubang butang " A ", dan lain-lain.

Jadi, anda boleh jahit kain baju sendiri tanpa perlu habiskan duit beli peralatan jahit yang berasingan. 

Siap disertakan DVD untuk kenal dan belajar cara guna mesin jahit.

Price
RM899

Jadual Perbandingan Mesin Jahit Portable di Malaysia

Harga Shopee Malaysia, disemak 5 November 2026.

ProdukHargaTerbaik untukKekurangan utama
SwissThomas Stitch XpertRM198KeseluruhanMesin mini, kurang sesuai untuk kain tebal
Singer 1409 PromiseRM625Jaminan rasmiMahal
Riino Tiffany SEW05RM189Pensijilan sirimTak sesuai untuk kain jeans
MAX + Miller Aurora SA20RM299Ciri tambahanPerlu berhenti guna lepas 30-45 minit agar tidak overheating
Mesin Jahit Portable MiniRM26.87Bajet ketatTidak boleh menjahit lengan baju
FHSM 505A ProRM69.99Jahit tudungTidak sesuai untuk fabrik tebal
SayYes Mini ManualRM4.55Baiki pantasJahitan tunggal sahaja
Juki HZL-180SZRM789Kain tebalTiada pilihan untuk pattern lurus
Brother JA1450NTRM899Serba gunaTidak boleh jahit tepi

Bagaimana Kami Memilih (Metodologi)

Kami menyemak penyenaraian di Shopee Malaysia pada 5 November 2026 melalui data affiliate Shopee: setiap pilihan mesti ada penyenaraian aktif yang sepadan dengan modelnya, harga dalam ringgit, dan kami utamakan kedai rasmi jenama atau kedai dengan jualan dan rating terbaik. Singer 1409 Promise, Riino Tiffany dan SwissThomas dipilih daripada kedai jenama sendiri; FHSM 505A Pro daripada kedai dengan 167 jualan. Dua model lama tidak ditemui di Shopee Malaysia lalu dikeluarkan. Kami tidak membeli atau menguji mesin ini secara fizikal; maklumat ciri datang daripada penyenaraian penjual dan ulasan pembeli, jadi anggap ia semakan penyenaraian, bukan ujian makmal.

Tips Memilih Mesin Jahit

Membeli mesin jahit buat pertama kali bunyinya agak mencabar. Ini kerana terdapat begitu banyak jenama dan jenis mesin jahit.

Sebagai contoh, mesin jahit brother, mesin jahit sulam, mesin jahit juki, mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, mesin jahit industri, mesin jahit Singer dan banyak lagi.

Jangan risau, ikuti sahaja tips memilih mesin jahit dari kami:

1. Keperluan dan tahap kemahiran

Kenal pasti tujuan anda memerlukan mesin jahit dan kekerapan anda akan menjahit.

Adakah untuk menjahit sulaman, quilting, membaiki jeans, kain batik atau kegunaan mudah?

Pemula boleh memilih jenis mesin jahit dengan fungsi asas dan arahan yang jelas. Anda boleh menaik taraf ke mesin yang lebih baik selepas anda mahir menjahit.

2. Saiz dan berat

Pertimbangkan tempat untuk menyimpan mesin apabila ia tidak digunakan. 

Walaupun mesin jahit portable lebih ideal, lebih baik untuk mengangkatnya sebelum membelinya, atau sekurang-kurangnya untuk menyemak berat yang disenaraikan di laman web.

Belilah mesin jahit dengan komponen logam dan bukannya plastik untuk tahan lebih lama.

3. Fungsi dan ciri-ciri pada mesin jahit

Tentukan sama ada anda memerlukan mesin jahit portable, mini atau mesin jahit automatik.

Carilah mesin jahit dengan ciri-ciri berguna seperti free arm. Ciri ini berguna untuk menjahit lengan baju, kaki seluar, dan bahagian sempit lain.

Selain itu, dapatkan mesin jahit dengan kawalan kelajuan yang boleh berubah-ubah dan threader jarum automatik.

4. Bajet

Mesin jahit berkualiti lebih mahal tetapi tahan lebih lama dan lebih serba boleh. 

Cuba sebelum anda beli dengan bawa sampel fabrik dan uji beberapa mesin pada pelbagai fabrik dan tetapan untuk memastikan ia dijahit secara sekata dan mudah digunakan.

Cara Guna Mesin Jahit Mini

Pastikan anda mengetahui komponen mesin jahit mini terlebih dahulu. 

Selain itu, untuk mulakan menjahit anda perlu meletakkan benang dan tentukan sama ada mesin jahit anda mempunyai satu atau dua thread spindle.

Cara letak benang pada mesin jahit:

  1. Matikan enjin mesin jahit dan turn off dari plug elektrik.
  2. Naikkan jarum ke posisi paling tinggi.
  3. Angkat kaki penekan mesin jahit, di mana yang terletak di bahagian meletakkan kain.
  4. Pasangkan gulungan benang jahit pada tiang gulungan benang (thread spindle) ada yang jenis vertical atau horizontal mengikut mesin jahit.
  5. Tarik benang ke arah pemandu benang yang pertama dan pemandu benang yang kedua.
  6. Kaitkan benang pada pengatur tegangan benang (tension dial) dan masukkan benang pada lubang di tuas pengangkat benang (take up lever).
  7. Pasangkan benang pada pengait benang yang ada di atas jarum.
  8. Kemudian, pasanglah benang pada jarum mesin. 

Cara untuk mulakan menjahit:

  1. Tarik hujung benang keluar dari jarum mesin dalam anggaran 14 cm dan turunkan jarum masuk ke dalam bobbins area.
  2. Putarkan roda atas (handwheel) secara perlahan-lahan untuk menaikkan kembali jarum sehingga ke posisi paling tinggi.
  3. Pegang hujung benang yang keluar dan benang dari bobbins compartment supaya ikut naik bersama dengan benang jarum.
  4. Rapikan benang dengan cara tarik benang atas menghala ke arah anda dan benang dari bobbin area keluar dari bekasnya. 

Soalan Lazim

Berapa harga mesin jahit portable di Malaysia?

Mesin tangan paling asas seperti SayYes bermula RM4.55. Mesin mini elektrik berharga RM26.87 (Mesin Jahit Portable Mini) hingga RM299 (MAX + Miller), dengan FHSM 505A Pro RM69.99, Riino Tiffany RM189 dan SwissThomas RM198 di tengah. Jenama dengan jaminan tempatan yang lebih berat ialah Singer 1409 Promise RM625, Juki HZL-180SZ RM789 dan Brother JA1450NT RM899. Semua harga Shopee Malaysia, disemak 5 November 2026.

Mesin jahit portable mana paling sesuai untuk pemula?

SwissThomas Stitch Xpert pada RM198 ialah pilihan kami untuk pemula: mudah dikendalikan, boleh guna bateri atau adaptor dan ada jaminan 2 tahun. Riino Tiffany SEW05 pada RM189 juga mesra pemula, bunyinya perlahan dan disahkan SIRIM serta Suruhanjaya Tenaga.

Boleh ke mesin jahit mini jahit kain tebal atau jeans?

Kebanyakannya tidak. Riino Tiffany dan FHSM 505A Pro kedua-duanya dinyatakan tidak sesuai untuk kain tebal, dan mesin tangan seperti SayYes hanya jahit jahitan tunggal. Untuk kain tebal, Juki HZL-180SZ (RM789) ada pengangkat kaki penekan yang lebih tinggi untuk fabrik tebal.

Berbaloi ke beli mesin jahit tangan murah RM5?

Untuk baiki cepat seperti poket koyak atau kelim kecil, ya. Tetapi ia hanya jahit jahitan tunggal dan benang mudah terbuka sendiri jika tidak dijahit kemas, jadi bukan pengganti mesin jahit sebenar.

5 November 2026: kesemua sembilan pilihan disemak semula di Shopee Malaysia, harga dikemas kini, pilihan Mesin Jahit Sulam Butterfly dan Singer M1005 dikeluarkan kerana tiada penyenaraian aktif, dan pautan Lazada yang salah atau tidak dapat disahkan dibuang.

Lagi daripada ProductNation