Perkakas Rumah

10 Vacuum Cleaner Murah Bawah RM500 di Malaysia 2026

Ini senarai vacuum cleaner murah dan bagus jenis kecil, tangan, robot, dan tanpa wayar yang harga bawah RM500 dari jenama terkenal yang anda patut beli.


Editor · Updated 26 Jul 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Vacuum Cleaner Murah Bawah RM500 di Malaysia 2026

Percaya atau tidak, vakum rumah terbaik dan murah mampu membersihkan rumah 99% lebih efisien berbanding penyapu biasa.

Lagipun dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan di rumah cuma anda pandai memilih vacuum wet and dry terbaik untuk pembelian berbaloi.

Kandungan

Jadi kami sediakan senarai lengkap pelbagai jenis harga vacuum cleaner murah dan bagus dengan harga bawah RM500. 


Senarai 10 Vacuum Terbaik Dan Murah Bawah RM500

Vacuum tanpa kabel murah
Vacuum tangan dan kecil murah 1 daripada 10
Midea Cordless Vacuum Cleaner MVC-15P
Partnership with Midea
Dari RM269
Sesuai untuk ruang kecil & sempit
2-in-1 handheld
Boleh guna 20-30 minit
2 lagi
Boleh condong 90
Mempunyai lampu LED

Vacuum cleaner jenama Midea ini boleh dijadikan alat pelengkap kebersihan untuk rumah atau ruang bilik yang kecil. 

Dengan saiz yang kecil dan papan penyedut boleh adjust 90 darjah ini mampu menarik segala habuk atau sawang labah-labah dengan efektif walaupun di ruangan sempit. 

Menariknya, anda boleh menanggalkan bahagian muncung penyedut untuk kerja-kerja membersih dengan menggunakan tangan. 

Misalnya, membersih celahan sofa, tilam atau sekitar aksesori rumah.  

Sistem sedutan vacuum ini juga kuat, karpet dengan rambut gugur atau bulu binatang peliharaan dapat dibersihkan dengan serta-merta.

Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Vacuum cordless/tanpa wayar murah 2 daripada 10
Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Partnership with Hericaine
Dari RM809
Mempunyai penapis HEPA
Kuasa sedutan 19000pa
Penyedut dust mite dijual berasingan
1 lagi
Jaminan selama 5 tahun

Lupakan vacuum cordless harga ribuan ringgit kerana dengan Hericaine Cordless Vacuum ternyata anda boleh mendapatkan pengalaman yang sama.  

Kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk menjamin kebersihan lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran.

Malah bukaan kepala penyedut yang lebar serta dilengkapi lampu LED mempercepatkan lagi proses pembersihan.

Ciri-ciri lain yang menambat hati tentang vacuum ini ialah lengkap dengan penapis HEPA, bateri yang boleh tukar dan boleh diguna selama 40 minit. 

Walaubagaimanapun, untuk alat penyedut tambahan dustmite dan pemegang vacuum dijual secara berasingan.

Xiaomi Robot Vacuum-Mop Essential
Vacuum robot murah 3 daripada 10
Xiaomi Robot Vacuum-Mop Essential
Partnership with Xiaomi
Dari RM535
Mempunyai mop
Boleh digunakan 80 - 90 minit

Mi Malaysia tidak ketinggalan dengan memberi pilihan vacuum robot Xiaomi Robot Vacuum-Mop Essential untuk kepada peminat jenama ini.   

Sistem vacuum robot ini cukup mengagumkan dengan 16 sistem terbaik seperti boleh dikawal dari telefon pintar.

Selain itu juga boleh membuat tetapan peta pembersihan, 3 kali penapisan habuk dan sistem infrared/sensor bagi mengenalpasti kawasan berisiko jatuh. 

Reka bentuk yang kecil dan langsing menjadikan vacuum ini mudah membersih kawasan tersorok dan lebar bukaan penyedut dengan kuasa 2500pa.

Memang sangat bagus dalam menarik kekotoran dilantai mahupun karpet. 

Tidak lupa juga dengan fungsi mop yang dapat menyental lantai tanpa sebarang kebocoran.

Tangki air mop 200ml dirembes dengan aturan yang sistematik bagi memastikan setiap sudut rumah dimop dengan rapi. 

Anda juga tidak perlu khuatir dengan pengecasan, vacuum robot ini bijak mengecas sendiri dan kembali menyambung kerja setelah bateri siap 80%.

Vacuum wet & dry murah 4 daripada 10
Karcher WD1 Home Multi-purpose Wet&Dry Vacuum Cleaner
Partnership with Karcher
Dari RM360
Mudah dikendalikan
Kapasiti kotoran 15L
Bunyi kuat
2 lagi
Mampu sedut kotoran cecair
Berat

Jenama Karcher tidak asing lagi dengan pelbagai model vacuum multipurposes. 

Rata-rata review dari Shopee dan Lazada amat berpuas hati dengan vakum siri WD1 Wet & Dry Vacuum.

Vacuum murah terbaik ini sesuai untuk kerja-kerja membersih kotoran cecair seperti minuman tertumpah atau lopak air. 

Malah boleh bekerja sebagai blower, membersih halaman rumah dari daun gugur dan rumput. 

Kekuatan sedutan vacuum sehingga 180AW amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

Vacuum ini mampu membersih segala kotoran dengan baik serta memberikan pengalaman penggunaan yang selesa dengan rekaan ergonomik. 

Vacuum murah untuk kereta 5 daripada 10
SHIMONO Pro Cyclone Corded Car Vacuum SVC1020C
Partnership with
Dari RM129
Boleh guna sehingga dua jam
Penapis stainless steel
Bukan cordless

Kerja-kerja membersih kereta lebih mudah dan cekap dengan vacuum kecil dan murah dari Shimono ini.  

Ia menggunakan penapis besi kalis karat dan bukan kertas bagi memastikan anda boleh mencuci sampah dan kotoran dalam vakum dengan air. 

Reka bentuk yang kecil, disamping muncung penyedut yang ideal untuk membersihkan bahagian tersorok atau celahan kerusi dan tepi pintu kereta anda.

Kuasa sedutan 3500pa dapat menarik pelbagai kotoran habuk, bulu binatang peliharaan, pasir atau kulat didalam kereta. 

Simpan satu vacuum ini untuk kebersihan kereta anda!

Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini
Vacuum portable murah 6 daripada 10
Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini
Partnership with Xiaomi
Dari RM199
Sedutan kuat
Kecil dan ringan
Vacuum cepat panas
2 lagi
Mudah dibersihkan
Masa pengecasan yang lama

Xiaomi sekali lagi berjaya mendamba hati peminat mereka dengan vacuum saiz mini yang berkuasa tinggi.

Ia sangat sesuai untuk kerja-kerja membersih minima seperti kotoran makanan, habuk pensil atau pasir pada kasut. 

Sedutan 13000pa amat berbaloi dengan saiz vacuum yang kecil ini dan dua pilihan kepala penyedut bagi kelancaran proses vakum. 

Rekaan yang unik tanpa pemegang, iaitu idea untuk anda berasa lebih selesa dan beratnya yang hanya 500 gram sudah tentu boleh juga digunakan oleh kanak-kanak. 

Jangka hayat bateri yang bertahan sehingga 30 minit sudah pasti dapat menjimatkan elektrik daripada pengecasan yang kerap. 

Deerma DX700S Handheld Vacuum Cleaner
Vacuum mop terbaik 7 daripada 10
Deerma DX700S Handheld Vacuum Cleaner
Partnership with Deerma
Dari RM129
Bebas wayar
Boleh digunakan 45 minit
Kurang sesuai membersih karpet
1 lagi
Fleksibel

Vacuum cleaner keluaran Deerma lengkap bersama pembersih mop, satu idea untuk mempercepatkan proses membersih lantai rumah. 

Ia bercirikan vacuum bebas berus dimana meningkatkan kuasa sedutan sehingga 60%, manakala menarik kotoran 40% lebih bersih dari model yang lain. 

Teknik mop vacuum Deerma VC01 pula cukup ringkas dengan isian air cucian 200ml. Ia akan membersih sisa sedutan vakum dengan leretan pada kain mop yang tangkas memerangkap kotoran. 

Rekaan kepala penyedut dan mop yang fleksibel serta nipis memudahkan kerja-kerja membersih terutamanya dibawah sofa, perabot atau sekitar celahan dinding rumah. 

Review dari pembeli Deerma cukup berpuas hati dan berbaloi dengan kaedah vacuum mop ini. 

Airbot iRoom Cyclone Cordless Portable Vacuum
Pembersih vacuum paling kuat dan murah 8 daripada 10
Airbot iRoom Cyclone Cordless Portable Vacuum
Partnership with Airbot iRoom
Dari RM239
Ringan
Kuasa sedutan 19000pa
Aksesori tambahan dijual berasingan
2 lagi
Boleh digunakan sehingga 45 minit
Senyap

Tercari-cari pembersih vacuum yang kuat dan harga murah? Jenama Airbot iRoom boleh beri penyelesaian buat anda.

Ia vacuum mudah alih dan bebas wayar dengan kuasa sedutan 19000pa menyedut apa jua kotoran dari segenap ruang rumah anda. 

Rekaan ergonomik yang mudah dipegang, ringan 1.3kg dan bunyi motor yang senyap antara ciri yang berbaloi pada sebuah vacuum. 

Namun begitu, untuk alat penyedut tambahan dustmite, penyedut tiub fleksibel dan pemegang vacuum dijual secara berasingan.

RIINO Evolution V8 Super Cyclone Vacuum Handheld RO-585F
Vacuum murah untuk bulu kucing 9 daripada 10
RIINO Evolution V8 Super Cyclone Vacuum Handheld RO-585F
Partnership with
Dari RM399
Panjang vakum boleh laras
Bateri tahan selama 30 minit
Berwayar
2 lagi
Mempunyai penapis HEPA
Berat

Geram bila nampak bulu binatang peliharaan melekat pada karpet dan sofa, sekeliling rumah nampak tidak bersih pula. Lebih merbahaya jika ada penghuni rumah yang alah dengan bulu kucing.

Kerja-kerja membersih bulu binatang peliharaan anda lebih mudah dan cepat dengan vacuum cleaner dari Riino ini.

Model Evolution V8 ini dikuasakan sedutan 15000pa bersama ketahanan bateri tanpa had. 

Kepala penyedut utama yang besar dapat merangkap bulu dan kotoran dengan sempurna. Serta ia lengkap dengan sistem penapis HEPA untuk menapis bakteria, kuman atau partikel halus. 

Rekaan ergonomik yang selesa, panjang wayar sehingga 5 meter sudah pasti menjanjikan tugasan vacuum lebih efisien.

Perysmith Multi-Function Cleaner CleanPro Series M4
Vacuum murah untuk karpet 10 daripada 10
Perysmith Multi-Function Cleaner CleanPro Series M4
Partnership with Perysmith
Dari RM671.47
Tambahan fungsi cucian air
Tangki isian air 2.1 liter
Berwayar
1 lagi
Terbaik untuk cucian karpet rumah

Rumah yang berkarpet lebih berisiko tinggi mempunyai kadar debu atau habuk yang terperangkap. Ia boleh menjejaskan kesihatan penghuni terutamanya yang menghidap alergi atau penyakit asma.

Sebaiknya anda perlu membersih karpet dengan kerap. Kini dengan mesin vacuum pembersih karpet serbaguna dari Perry Smith dapatkan menjimatkan kos membersih anda. 

Vakum model Series M4 dikhaskan untuk berus penyedut kotoran sekaligus membersih karpet dengan cucian air bersih. Kelajuan 1000rpm membantu vacuum memberus serta mencuci karpet, lantai atau apa jua alas pada lantai anda. 

Ia juga sesuai untuk membersih tilam, sofa, langsir mahupun sejadah anda. 

Walaupun bersaiz motor yang besar 800W, ia tetap memberi pengalaman vacuum yang senyap dan menyenangkan. 

Dengan vacuum ini anda tak perlu lagi menghubungi pencuci karpet professional kerana dah boleh buat sendiri dirumah.


Tips Membeli Vacuum Cleaner 

Ciri-ciri utama yang perlu anda lihat ketika membuat pembelian vacuum adalah:

  • Kadar Penggunaan

Pertama sekali lihat pada saiz rumah atau tempat yang anda ingin bersihkan dengan vacuum cleaner. Ini supaya tidak membebankan vacuum kerana aspek utama dalam sebuah vacuum ialah kapasiti sedutan. 

Jika anda gunakan vacuum kapasiti kecil tapi dengan kerja yang berat, boleh memendekkan jangka hayat vacuum. 

  • Kenali Jenis Vacuum

Terdapat pelbagai dua jenis asas vacuum cleaner yang perlu kita kenali sebelum membeli.

Pertamanya jenis cyclone, iaitu vacuum yang mengisi habuk kotoran dalam bekas khas. Pengguna biasanya boleh mencuci bekas tersebut setelah selesai vacuum. Kini terdapat banyak vacuum cyclone diperkenalkan di Malaysia, terutamanya dalam rekaan stick vacuum. 

Kedua, vacuum dust bag iaitu vacuum tipikal yang biasa kita lihat untuk kerja-kerja industri. Ia mengumpul sisa kotoran didalam beg pakai buang. Vacuum jenis ini lebih menyenangkan kerana debu dan habuk tidak akan berterbangan.

  • Kuasa Sedutan Vacuum (PA)

Ramai yang tertipu rekaan vacuum dengan tidak melihat daya kerja sedutan vacuum tersebut. 

  1. Robot vacuum cleaners: 2000pa - 4000pa
  2. Cordless vacuum cleaners: 10000pa - 20000pa
  3. Cylinder vacuum cleaners: 13000pa - 25000pa

Senarai diatas adalah rujukan untuk mengetahui kadar sedutan vacuum yang sesuai untuk setiap jenis model.

  • Jenis-jenis aksesori

Pastikan vacuum pilihan anda mempunyai pelbagai aksesori tambahan untuk memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan.

Apa yang patut ada dan bagaimana nak guna aksesori vacuum anda? Tonton video dibawah: 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation