Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
vacuum cordless malaysia

15 Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik di Malaysia 2023

Seronok kemas rumah dengan vacuum cordless jadi ringan & cepat!

Jika bercakap soal membersih atau mengemas rumah, alatan utama yang perlu ada semestinya penyapu, mop, penyodok dan penyedut hampagas.

Tapi alangkah lebih mudah jika menggunakan wireless vacuum cleaner terbaik untuk proses pencucian secara menyeluruh. 

Anda perlulah memilih penyedut habuk yang sesuai dengan bajet dan mempunyai kuasa bateri yang kuat untuk memastikan habuk dapat disedut dengan baik.

Malangnya, ada yang masih keliru untuk memilih jenama vacuum terbaik menerusi online yang sesuai dengan bajet.

Jadi kami memudahkan anda dengan menyenaraikan jenama vacuum tanpa wayar terbaik untuk pencucian di rumah.


Promosi 9.9 Dyson x Zalora – Potongan Sehingga RM350!

- Zalora 9.9 Beaufest (Penjagaan rambut)

  • Gunakan kod promo: PNZAL300 untuk dapatkan potongan RM350.
  • Sah untuk rangakain barangan penjagaan rambut saja.
  • Kod promo sah dari 1 - 11 September 2023.
  • Tiada had pembelanjaan.

- Zalora 9.9 (Lantai dan purifier)

  • Gunakan kod promo: PNHOME350 untuk dapatkan potongan RM350.
  • Sah untuk rangakain barangan penjagaan lantai dan purifier saja.
  • Kod promo sah dari 4 - 11 September 2023.
  • Tiada had pembelanjaan.

DAPATKAN PROMO

Cara Guna Promo Kod

  1. Log masuk / Daftar di lama rasmi Zalora Malaysia.
  2. Masukkan produk Dyson ke dalam troli pembelian.
  3. Kemudian pergi ke butang check out.
  4. Masukkan kod promo mengikut jenis pembelian (PNZAL300 / PNHOME350).
  5. Potongan harga telah dilakukan dan anda boleh bayar.

Senarai 15 Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik 

Vacuum cordless terbaik 2023
Hericaine
Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Semak Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10 harga dibawah:
add_circle Mempunyai penapis HEPA
add_circle Kuasa sedutan 19000pa
add_circle Jaminan selama 5 tahun
remove_circle Penyedut dust mite dijual berasingan

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Lupakan vacuum cordless harga ribuan ringgit kerana dengan Hericaine Cordless Vacuum boleh mendapatkan pengalaman yang sama seperti vacuum mahal.  

Ciri-ciri;

Memiliki kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk membersih bahagian lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran. 

Rambut, bulu binatang peliharaan dan sisa makanan di lantai dapat disedut dengan mudah tanpa perlu disapu. 

Bahagian bukaan kepala penyedut yang lebar serta dilengkapi lampu LED mempercepatkan lagi proses pembersihan. 

Anda boleh meleret vacuum dicelahan hujung perabot yang gelap dan membersih dengan efisien. 

Ciri-ciri lain yang menambat hati ialah lengkap dengan penapis HEPA serta kemampuan bateri boleh tukar dan diguna selama 40 minit. 

Saiz vacuum cordless yang sederhana dan mempunyai berat 1.2kg memang menyenangkan apabila menggunakan.

Senang cerita kalau nak bawa balik kampung pun tiada masalah! 

Menariknya lagi, pembeli vacuum cordless Hericaine akan menerima warranty motor vacuum selama 5 tahun. Jangan risau, pusat servis vacuum ini juga ada di Malaysia. 

Ingin kami ingatkan, alat penyedut tambahan dustmite dan pemegang vacuum dijual secara berasingan. 

Review; 

“Vacuum ini memang setanding dengan vacuum mahal. Habuk kasar mahupun halus dapat disedut dengan baik. Lantai rumah terpelihara bersih dan sangat kagum bunyi motor vacuum tidak terlalu bising.”

Vacuum Cordless murah
Midea
Vacuum tanpa kabel murah
Semak Midea Cordless Vacuum Cleaner MVC-15P harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ruang kecil & sempit
add_circle 2-in-1 handheld
add_circle Boleh condong 90
add_circle Mempunyai lampu LED
add_circle Handheld
add_circle Ringan
remove_circle Boleh guna 20-30 minit

Vacuum cleaner jenama Midea murah ini boleh dijadikan alat pelengkap kebersihan untuk rumah atau ruang bilik yang kecil. 

Dengan saiz yang kecil dan papan penyedut boleh adjust 90 darjah, boleh menarik segala habuk atau sawang labah-labah dengan efektif walaupun di ruangan sempit. 

Menariknya, anda boleh menanggalkan bahagian muncung penyedut untuk kerja-kerja membersih dengan menggunakan tangan. 

Seperti membersih celahan sofa, tilam atau sekitar aksesori rumah.  

Sistem sedutan vacuum ini kuat dengan kadar 14.4v, jadi karpet dengan rambut gugur atau bulu binatang peliharaan dapat dibersihkan dengan serta-merta. 

Harga vacuum Midea cukup murah dengan bawah RM200.

Malah, disertakan dengan pelbagai aksesori tambahan seperti lampu LED, kepala berus kecil, berus 2 dalam 1 dan banyak lagi.

PHILIPS FC6721 01 Cordless Stick Vacuum Cleaner Speedpro 18V
Semak PHILIPS FC6721/01 Cordless Stick Vacuum Cleaner Speedpro 18V harga dibawah:
add_circle 2-in-1 vacuum handle
add_circle Muncung berus 180°
add_circle Maksima 800 l/perminit (putaran udara)
remove_circle Harga mahal
remove_circle Motor bising (80dB)

Vacuum cleaner cordless dari Philips merupakan jenama vacuum terbaik untuk menyedut segala habuk di permukaan karpet rumah anda. 

Bukan sekadar habuk, juga memberi jaminan untuk membersih karpet dari sebarang debunga dan spora yang mengakibat alahan. 

Kadar sedutan dan putaran dari teknologi Power Cyclone 7, keupayaan vacuum ini bukan lagi tandingan. 

Bukan sahaja dicipta untuk sedutan yang bertenaga tapi untuk penapisan vacuum tahan lasak dan bertahan lebih lama. 

Uniknya, vacuum Philips model FC6721 boleh diubahsuai menjadi vacuum handheld bagi anda boleh sehingga 90% habuk dan dapat membersih kawasan sempit dengan mudah.

Review pengguna menyakinkan lagi vacuum tanpa wayar Philips berkualiti tinggi dan daya sedutan amat kuat.

Vacuum mop cordless
Deerma
Semak Deerma VC01 Max 2 in 1 Vacuum & Mop harga dibawah:
add_circle Bebas wayar
add_circle Boleh digunakan 45 minit
add_circle Fleksibel
remove_circle Kurang sesuai membersih karpet

Vacuum cleaner keluaran Deerma lengkap bersama pembersih mop, satu idea untuk mempercepatkan proses membersih lantai rumah. 

Bercirikan vacuum bebas berus dimana meningkatkan kuasa sedutan sehingga 60% dan mampu menarik kotoran 40% lebih bersih dari model yang lain. 

Teknik mop vacuum Deerma VC01 pula cukup ringkas dengan isian air cucian 200ml. 

Vacuum ini akan membersih sisa sedutan vakum dengan leretan pada kain mop yang tangkas memerangkap kotoran. 

Rekaan kepala penyedut dan mop yang fleksibel serta nipis memudahkan kerja-kerja membersih terutamanya dibawah sofa, perabot atau sekitar celahan dinding rumah. 

Review dari pembeli Deerma cukup berpuas hati dan berbaloi dengan kaedah vacuum mop ini. 

Dyson Digital Slim™ Fluffy Extra Vacuum Cleaner
Semak Dyson Digital V8 Slim™ Fluffy Extra Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Mempunyai skrin paparan LCD
add_circle Lengkap dock pengecasan & penyimpanan
add_circle Ringan (1.9kg)
remove_circle Harga mahal

Jenama Dyson memang sudah jadi pujaan ramai tentang kelebihan teknologi alat pembersihan seperti vacuum cordless model Digital Slim™ Fluffy Extra ini. 

Vacuum ini 40% lebih ringan dari model asal dan boleh digunakan secara berterusan selama 40 minit tanpa pengecasan yang kerap. 

Lengkap dengan pelbagai kepala berus yang boleh diubahsuai mengikut sudut-sudut membersih dirumah anda. 

Kekuatan sedutan 100AW pada motor Dyson Hyperdymium sangat henat dalam menangkap partikel halus bawah saiz 0.3 microns.

Maksudnya, 100 kali ganda halus dari rambut manusia. 

Begitu juga dengan ciri berus utama vacuum yang lembut dan teguh mampu menyapu habuk dari karpet sehingga lantai kayu tanpa merosakkan permukaan lantai kayu atau mozek rumah. 

Menariknya lagi, mempunyai paparan LCD untuk akses saiz bateri, jenis power mod, peringatan servis penapis dan pelbagai laporan ralat dari vacuum. 

Jadi anda nak vacuum karpet, langsir, celah siling (sawang labah-labah) dan matress sekalipun boleh dengan vacuum cordless popular Dyson ini.

Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D
Semak Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu UV-C
add_circle Pemegang boleh pusing
add_circle Penapis HEPA
remove_circle Agak bising (75 dBa)
remove_circle Waktu mengecas lama (3-5 jam)

Alami gatal-gatal dan malas nak tukar cadar setiap minggu? Anda boleh bersihkan tilam dengan vacuum tanpa wayar dari Midea ini. 

Vacuum ini merupakan model khas untuk membersih tilam dari sebarang habuk dan hama yang tinggal di permukaan tilam. 

Penyedut tanpa wayar ini frekuensi denyutan tinggi iaitu 11000/per minit dan aliran cahaya UV yang kuat supaya dapat menarik kotoran seperti sisa rambut, tisu kulit mati dan membunuh habuk hama. 

Kuasa sedut pula 7500pa, dimana boleh dikategorikan sebagai kuasa sedutan yang sederhana. 

Habuk kotoran yang telah disedut akan terperangkap didalam penapis vacuum dan kemudian disimpan didalam dust box yang boleh ditanggalkan dan dicuci. 

Manakala pemegang atau handle vacuum boleh dipusing supaya anda tidak perlu mengangkat vacuum ketika membersihkan tilam. 

Tips dari kami untuk vacuum tilam, lakukan sekali seminggu dan pastikan anda memakai mask ketika vacuum untuk tidak terdedah dari habuk dan hama. 

Dari segi harga, Midea merupakan jenama yang berkualiti dan masih tetap memberikan harga yang berpatutan. 

Semak SwissThomas Cordless UV Sterilize Ray Dust Mite Vacuum Clean Xtreme Series WX77 (150W) 17000PA harga dibawah:
add_circle Kuasa sedutan 17000pa
add_circle Mempunyai lampu UV-C
add_circle Penapis HEPA
add_circle Jaminan 2 tahun
remove_circle Review banyak mengatakan vacuum bising

Sofa dan kusyen rumah bukan saja patut dijemur tapi perlu di vacuum untuk mengurangkan bau hapak serta mengekalkan kebersihan.

Anda boleh guna vacuum wireless jenis handheld dari SwissThomas yang cukup versatil dengan rekaan moden ini. 

Lengkap dengan lampu UV bagi menstril sebarang bakteria dan hama yang tinggal pada sofa, bantal dan kusyen rumah anda. Sebanyak 99.7% kotoran dapat dibersihkan dengan pantas dan mendalam. 

Istimewanya, vacuum tangan ini memiliki sifat pintar iaitu mematikan fungsi lampu UV secara automatik jika diangkat dari permukaan sofa. 

Begitu juga sistem dua kali penapisan yang memastikan habuk kasar dan halus sehingga 0.25nm dapat ditarik. 

Review dari pembeli di Shopee cukup berpuas hati dengan hasil habuk yang ditarik dari sofa dan kusyen mereka. 

Tapi, ada yang berpendapat bunyi motor vacuum agak mengganggu.

Samu Giken Wireless Rechargeable Portable Car Vacuum Cleaner Dry
Semak Samu Giken Wireless Rechargeable Portable Car Vacuum Cleaner Dry harga dibawah:
add_circle Ringan (0.52kg)
add_circle Berus penyedut jenis muncung
add_circle Sedutan kuat (3000pa)
remove_circle Masa mengecas lama (3 jam)

Simpan satu vacuum untuk kereta anda, supaya keadaan kereta sentiasa bersih dan meningkatkan kualiti udara dalam kereta anda. 

Vacuum portable dari Samu Giken direka khas untuk menyedut habuk-habuk degil celahan kusyen kereta anda. 

Dilengkapi dengan berus jenis muncung dan hose panjang bagi memudahkan anda mencapai sudut kereta yang sempit. 

Power suction vacuum kecil ini amat kuat iaitu 3000pa. Sebarang kotoran kasar mahupun duit syiling mampu ditarik. Hati-hati.

Malah, anda juga boleh gunakan vacuum untuk membersih sofa rumah, keyboard komputer dan banyak lagi sudut-sudut tersorok yang sukar dicapai. 

Harga vacuum portable Samu Giken cukup murah, memang sesuai untuk disimpan satu didalam kereta.

Easine M50 Handheld Vacuum Cordless
Semak Easine M50 Handheld Vacuum Cordless harga dibawah:
add_circle Sedutan kuat (15000pa)
add_circle Ringan (0.65kg)
add_circle Bateri tahan lama (32minit)
add_circle Rekaan ergonomik
remove_circle Agak bising (<75 dBa)
remove_circle Pencucuh USB Type-C sahaja

Rekaan moden dan futuristik vacuum handheld atau vacuum tangan ini sangat memberi keselesaan pada tangan pengguna. 

Walaupun kecil tetapi berkuasa dengan daya sedutan maksima 15000pa dan boleh digunakan tanpa henti selama 32 minit. 

Habuk kasar, halus dan sisa makanan yang melekat boleh dicapai dengan mudah. 

Vacuum handheld Easine sangat ideal untuk membersih ruang rumah yang tersorok kerana bukan sekadar ringan tapi mempunyai sokongan lampu LED.

Kalau orang bujang yang tinggal di bilik sewa, kami sarankan beli satu vacuum ini. 

Bukan sahaja boleh vacuum bilik tapi untuk kereta, keyboard laptop dan bantal serta tilam bujang anda.

Perry Smith Cordless Vacuum Cleaner Xtreme Pro Series XP5
Semak Perry Smith Cordless Vacuum Cleaner Xtreme Pro Series XP5 harga dibawah:
add_circle Sedutan kuat (20000pa)
add_circle Agak ringan (1.3kg)
add_circle 3 aksesori berus tambahan
add_circle Penapis HEPA
remove_circle Masa mengecas lama (4-5 jam)

Rimas dengan keadaan rumah yang penuh dengan bulu kucing dan serpihan pasir litter box?

Anda boleh menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan vacuum bebas wayar hebat Perry Smith model Xtreme Pro Series XP5. 

Vacuum ini diaktifkan dengan kuasa sedutan 20,000pa bersama penapis HEPA dimana mampu membersihkan semula lantai dan udara dari kotoran kecil 0.25microns. 

Jadi bulu-bulu halus kucing atau binatang peliharaan dirumah dapat dibersihkan dan sudah tentu memberi kualiti udara yang sihat. 

Lebih menarik lagi, perincian berus pada vacuum memastikan tiada rambut atau bulu berpintal pada berus. 

Ini menjadikan setiap tolakan vacuum berjalan dengan lancar.

Jika anda ingin kepuasan pembersihan berganda, boleh tambah berus terbaru Perry Smith Motorised Scrubbing Mop, iaitu berus yang boleh menyental dan mop lantai secara 360°. 

Bunyi motor mungkin sedikit bising (72 dB), jadi kami harap anda kurung dahulu kucing anda sebelum vakum.

Semak 4-in-1 A&S Batman Strong Suction Cordless Vacuum Cleaner with LED Backlight harga dibawah:
add_circle 2-in-1 Crevice Nozzle & Brush Head
add_circle Kekuatan sedutan 9,000Pa
add_circle 120W Output Power
add_circle 2,200mAh Detachable Battery
add_circle Masa penggunaan 40min
remove_circle Harga mahal

Jika anda mahukan vacuum cordless bertemakan superhero, 4-in-1 Batman Strong Suction Cordless Vacuum Cleaner with LED Backlight!

Selain rekaan Batman yang menarik, saiznya vacuum cordless ini tidak terlalu besar dan berat akan memudahkan anda mengendalikannya.

Detachable baterinya bersaiz 2,200mAh membolehkan anda guna vacuum ini selama 40 minit tau!

Menariknya vacuum cordless ini dilengkapi pengangkut dinding Batman bersama lampu LED. 

Anda juga akan dapat 2-in-1 crevice nozzle dan brush head, berus bulu haiwan dan berus untuk hama habuk.

Bagaimanapun, bekas habuk vacuum cordless ini sedikit kecil dan anda perlu membuangnya dengan kerap. 

K18 vacuum cordless
Semak Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 harga dibawah:
add_circle Ringan - 1.5kg
add_circle Sedutan kuat - 201AW(airwatt)
add_circle Ada filter anti- alergi
remove_circle Bateri cepat habis

Vacuum cordless mop jenama Corvan ini sangat ringan dan akan mudahkan anda menyedut habuk di dinding. 

Sedutan vacuum ini kuat, mampu menyedut habuk di atas lantai atau air yang tumpah dengan pantas membuatkanya sangat berbaloi dengan harga.

Untuk bahagian mop pula, vacuum ini menggunakan double microfibre pads untuk memastikan bahagian yang di mop lebih bersih.

Vacuum ini boleh di cas menggunakan charging dock, jadi anda tidak perlu menebuk lubang untuk cas.

Selain itu, penyedut hampagas tanpa wayar ini ada filter anti-alergi yang akan memerangkap 99.97% habuk dan microbes sekecil 0.3micron.

Anda boleh gunakan vacuum ini pada waktu malam atau tempat yang gelap kerana ada lampu LED di bahagian kepala vacuum.

Vacuum cordless almari/kabinet dapur
Airbot
Airbot Hypersonic Vacuum
Semak Airbot Hypersonics Pro Smart Cordless Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Ada sensor small dust
add_circle Kelajuan sedutan automatik
add_circle Skrin LED & touchscreen
add_circle Sedutan kuasa 27000Pa
remove_circle Bateri cepat habis

Jika anda mencari vacuum cordless tinggi untuk almari atau kabinet dapur, Airbot Hypersonics Pro Smart Cordless Vacuum Cleaner ini mungkin boleh jadi salah satu pilihan anda.

Vacuum ini mempunyai sensor Infra-red yang akan detect dan menyedut debu kecil bersaiz micro particles dan akan menukar kelajuan sedutan secara automatik apabila perlu untuk menyedut habuk yang tebal.

Turut mempunyai skrin LED yang akan menunjukkan kelajuan vacuum, level bateri dan berikan tanda amaran jika bateri perlu dicaj.

Selain touchscreen untuk menukar mod Auto atau Manual, ciri menarik lainnya juga mempunyai kuasa sedutan 27000Pa yang akan menyedut partikel kecil antara celahan dinding atau almari anda.

Anda tidak perlu risau kerana vacuum cordless ini ada lampu dibahagian depannya untuk membolehkan anda nampak lebih jelas sampah, habuk atau pasir kecil yang ada di lantai atau dinding.

Walaupun bateri cepat habis tapi bekas simpan habuknya bersaiz besar, 0.8L jadi anda boleh lakukan sedutan lebih banyak tanpa perlu mengosongkan dust cup dengan kerap.

Vacuum cordless 4 in 1
KADONIO
KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner
Semak KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 harga dibawah:
add_circle Kelajuan motor kuat
add_circle Sedutan maksimum 16000PA
add_circle Filter mudah ditukar
add_circle Ringan
remove_circle Bunyi sedutan kuat

Untuk anda yang mencari vacuum cordless 4 dalam 1, boleh dapatkan KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 untuk memudahkan kerja rumah anda.

Ciri 4 dalam 1 memberikan anda 4 pilihan kepala vacuum iaitu stick vacuum panjang biasa untuk lantai atau dinding, berus pendek untuk karpet, berus muncung pendek untuk celahan dinding dan flat hose untuk sedutan tempat kecil dan tirus.

Dengan kelajuan motor yang kuat dan sedutan maksimum motor 16000PA, anda boleh membersihkan lantai atau kawasan yang diperlukan dalam masa 10 saat sahaja!

Paling penting, vacuum cordless ini sangat ringan dan filter mudah ditukar jadi anda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya.

Walaupun bunyi sedutan vacuum ini sedikit kuat, pembeliannya akan berbaloi kerana kapasiti bateri 2000mAH ini membolehkan anda gunakannya dengan lebih lama!

70mai Car Vacuum
Semak 70mai Car Vacuum Wireless Portable Handheld Cleaner harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana saja
add_circle Mudah disimpan
add_circle Sedutan kuat
remove_circle Tidak sesuai kawasan luas

70mai Car Vacuum memang direka khas untuk membersihkan bahagian dalam kereta anda terutama bahagian ruangan sempit.

Ini kerana bahagian nozzle vacuum berbentuk muncung jadi memang mudah nak bersihkan seluruh bahagian dalaman kereta.

Sangat sesuai bagi kereta yang mempunyai baby car seat atau anak kecil sebab mudah untuk bersihkan sisa makanan si kecil.

Saiznya pula portable di mana mudah simpan di dalam car drawer. Tak perlu letak belakang bonet sampai makan ruang banyak.

Jangan risau, vacuum tangan ini menggunakan penapis HEPA yang mana penapisan 2x mengurangkan pencemaran udara dalam ekzos vacuum.

Maksudnya, vacuum ini tidak akan mengeluarkan udara tidak bersih ketika habuk atau kotoran yang anda cuba bersihkan.

Paling best, sedutan kuat dan rekaan vacuum tangan ini sangat ergonomik dimana reka bentuknya selesa ketika dipegang. 


Bagaimana Cara Pilih Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik? 

Vacuum tanpa wayar menjadi semakin popular, kerana ia membolehkan anda membersihkan rumah tanpa perlu bergantung pada soket elektrik. 

Tapi dengan begitu banyak jenis dan model vacuum cordless yang berbeza di pasaran, bagaimana nak tahu yang mana yang terbaik untuk rumah?

Berikut tips berguna untuk anda:

  • Jenis penggunaan

Adakah anda memerlukannya untuk membersihkan lantai, permaidani, sofa atau bahagian yang sukar dijangkau di rumah anda seperti celahan perabot?

Pastikan vacuum yang anda pilih mempunyai kepala yang sesuai untuk jenis penggunaan anda.

Apabila anda telah menentukan keperluan anda, anda boleh memilih model yang sesuai dengan keperluan tersebut.

  • Jenis bateri

Vacuum tanpa wayar bergantung pada bateri, jadi pastikan bateri yang anda gunakan mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menyelesaikan kerja membersihkan rumah anda dengan baik.

Bateri litium-ion adalah pilihan yang bagus kerana ia tahan lama dan menghasilkan kuasa yang konsisten.

Tambah lagi, periksa juga masa yang diambil untuk mengecas semula bateri vacuum cleaner sehingga ia penuh.

  • Berat vacuum

Vacuum tanpa wayar ialah pilihan yang terbaik kerana ia ringan dan mudah alih, tetapi pastikan vakum yang anda pilih tidak terlalu berat sehingga merumitkan kerja anda.

Sebaiknya, pilih vacuum dengan berat kurang dari 3kg.

  • Ruang penyimpanan

Pastikan vakum yang anda pilih mempunyai kapasiti storan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan anda.

Jangan pilih vacuum cleaner yang terlalu besar kerana ia akan menyukarkan anda menyimpannya di rumah.

  • Reka bentuk

Pastikan vacuum yang anda pilih mempunyai reka bentuk yang ergonomik dan mudah digunakan.

Reka bentuk terbaik membolehkan anda mengakses sudut yang sukar dicapai dengan mudah.


Apa Kekurangan Dan Kelebihan Vacuum Tanpa Wayar?

Tidak seperti penyedut hampagas konvensional yang lain, vacuum cordless ini dilengkapi dengan bateri pengecas dan boleh digunakan selama 30 minit tanpa henti.

Vacuum ini juga mampu menyedut habuk dengan kuat dan membersih secara maksima.

Dengan saiz yang ringan dan fleksibel, ia memudahkan anda untuk menyedut kotoran pada siling rumah atau habuk di celahan perabot. 

Selain itu, vakum ini mudah digunakan, mudah disimpan dan tanpa terikat dengan wayar atau kabel yang akan menganggu anda semasa membersihkan rumah.

Namun, kekurangan utama vacuum cordless ialah ia mempunyai masa operasi yang terhad.

Ini bermakna ia hanya boleh berfungsi selama beberapa minit sebelum bateri kehabisan. Jadi, ia kurang sesuai digunakan untuk membersihkan seluruh rumah.

Vacuum tanpa wayar juga lebih mahal daripada pembersih vakum yang mempunyai kabel.

Ini kerana ia mempunyai teknologi yang lebih baru dan komponen yang lebih mahal.


Berapa Kuasa Sedutan Vacuum Cleaner Terkini? 

Masih ramai lagi yang keliru tentang kuasa sedutan vacuum pembersih dan anda perlu tahu yang kuasa sedutan merupakan kriteria yang paling utama sebelum membuat pembelian.

Lagipun terdapat banyak jenis vacuum cuma kita perlu bijak memilih mana satu yang sesuai untuk kerja-kerja harian mengikut saiz rumah.

Power suction sesebuah vacuum bergantung kepada daya tujahan kuasa motor (rpm).

Berkait juga  dengan kadar watt, battery, kPa atau tapping frequency bagi memastikan kualiti sedut sesebuah vakum. 

Tidak kira sama ada vacuum jenis berwayar, tanpa wayar, vacuum robot, vacuum portable atau vacuum mop. 

Anda boleh lihat tiga vacuum utama dengan kuasa sedutan (Pa), bagi memberi kelancaran pembersihan dirumah anda; 

  1. Robot vacuum cleaners: 2000pa - 4000pa
  2. Cordless vacuum cleaners: 10000pa - 20000pa
  3. Cylinder vacuum cleaners: 13000pa - 25000pa

Anda juga boleh menonton video berikut untuk mengetahui butiran terperinci.

Bagi mengikut saiz atau parameter rumah atau bilik, anda boleh mengikut dari senarai ini;

  • Bilik kecil - 250-320W
  • Bilik saiz besar/satu rumah - 480 W

Jangan terpedaya dengan saiz watt vacuum yang besar sebab tidak semestinya memberi kesan sedutan yang baik. 

Mungkin hanya meningkatkan lagi kos elektrik anda.

Sebaiknya pilih watt vacuum bersesuaian dengan saiz rumah anda.

Begitu juga permukaan yang anda ingin dibersihkan, ia boleh mengubah faktor kekuatan sedutan vacuum

Untuk keberkesanan membersih yang baik ada beza vacuum untuk lantai dan karpet. 

  • Lantai jubin, papan parket, linoleum - 350 W 
  • Karpet, permaidani atau permukaan fabrik - 400 W
  • Tilam, sofa, bantal atau kusyen - 450 W 

Jika anda bijak memilih produk vacuum yang tepat dengan keperluan anda, pasti memberi pengalaman pembersihan yang memuaskan. 


Apa Tips Beli Vacuum Tanpa Wayar?

Tidak seperti vacuum cleaner silinder atau beg, vacuum tanpa wayar ada spesifikasi tersendiri yang perlu anda ketahui;

  • Cyclone

Kebiasaanya, vacuum cordless direka sebagai vacuum yang menggunakan teknologi cyclone iaitu vacuum yang mengisi habuk kotoran dalam bekas khas.

Cara ini membolehkan pengguna membersih bekas habuk dengan mudah dan paling penting tidak perlu membeli beg khas untuk vacuum

Namun begitu, vacuum tanpa wayar tidak dapat menyedut habuk yang banyak dan isi padu bekas habus biasanya tidak sampai 1 liter. 

  • Kuasa Sedutan Vacuum (PA)

Rujuk kuasa sedutan vacuum cordless mengikut kesesuaian penggunaan anda kerana saiz kuasa kPA sesebuah vacuum cordless bermula dari 10000pa hingga 20000pa.

Anda juga boleh melihat kelajuan motor (RPM) sehingga 125,000rpm seperti vacuum dari jenama Dyson.

  • Ketahanan Bateri

Bateri vacuum tanpa wayar tidaklah boleh digunakan terlalu lama kerana jangka hayat bergantung pada penggunaan normal atau turbo.

Pilih vacuum yang mempunyai jangka hayat penggunaan selama 40 minit dan hanya pengecasan sekurangnya 4 jam. Itu berbaloi! 

  • Saiz & Berat

Jangan lupa tentang vacuum cordless. Walaupun dalam gambar nampak senang dan mudah digunakan, tapi kalau silap pilih berat memang boleh lenguh tangan.

Kami sarankan anda pilih berat vacuum cordless yang tidak lebih dari berat 2 kilogram. 


Artikel Berkaitan

End of Article