Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Tablet Murah Terbaik dan Berkualiti di Malaysia 2024

Tablet mampu milik sesuai untuk kegunaan harian anda!

Tablet kini sudah menjadi salah satu gadget penting yang digunakan bagi tujuan kerja, perniagaan, mahupun belajar.

Semakin ramai golongan profesional yang mencari tablet terbaik untuk kerja, dan untuk yang masih belajar mencari tablet murah terbaik dan berkualiti.

Kelebihan memiliki tablet adalah anda tidak perlu membawa laptop yang berat untuk melakukan kerja kerana tablet lebih ringan untuk dibawa.

Jadi tidak hairanlah kenapa sekarang banyak jenis tablet di pasaran yang ditawarkan, dari tablet yang mahal sehinggalah tab murah terbaik.

Walaupun harga tablet murah, namun kualiti yang ditawarkan tetap dijamin dan anda pasti tidak terasa seperti sedang menggunakan tablet murah.

Jangan risau, hari ini kami akan kongsikan jenama tab terbaik yang sesuai serta juga tab murah dan berkualiti yang diyakini. 

Jom lihat senarai harga tablet di Malaysia yang terbaik dan berkualiti yang boleh anda pertimbangkan untuk membuat pembelian.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Tablet Murah & Berkualiti

Tablet murah terbaik secara keseluruhan
Xiaomi Redmi Pad SE
Xiaomi
Xiaomi Redmi Pad SE
From
RM799.00
Check Xiaomi Redmi Pad SE price below:
add_circle Menyokong microSD
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Dilengkapi headphone jack
remove_circle Tiada fingerprint sensor
  • Chipset: Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G (6 nm)
  • OS: Android 13, MIUI Pad 14
  • Storage: 256GB
  • Skrin: 11-inch
  • Berat: 478 g

Sebab menjadi pilihan utama:

Xiaomi Redmi Pad SE dikuasakan dengan pemproses Snapdragon® 680 Mobile Platform dengan Teknologi Proses 6nm yang mampu berikan prestasi lancar berkelajuan hingga 2.4GHz.

Segala jenis game dan multitask dapat dijalankan tanpa ada masalah lagging, memang ia sebuah tab yang bagus.

Ciri-ciri:

Dengan RAM 8GB yang mengagumkan dan ROM eMMC 5.1 256GB yang boleh diperluaskan hingga 1TB, anda tidak akan kehabisan ruang untuk sebarang aplikasi, game, gambar dan juga video.

Selain itu, reka bentuk badan daripada aloi aluminium yang licin dan dengan ketebalan hanya 7.36mm menampilkan satu design yang nampak mahal serta berketahanan tinggi.

Untuk kualiti paparan skrin, ia dilengkapi paparan FHD+ 11" dengan resolusi 1920 x 1200 dan kadar penyegaran sehingga 90Hz. 

Bahagian kamera pula, anda akan dapat kamera 8MP pada bahagian belakang untuk mengambil gambar yang jelas dan 5MP untuk gambar swafoto yang cantik.

Tambahan lagi, kedua-dua kamera ini mampu merekod dalam 1080P pada 30fps. 

Akhir sekali, bateri besar 8000mAh memastikan penggunaan yang tahan lama, disokong oleh pengecasan 10W melalui USB Type-C.

Review:

"Saya dah gunakan tablet ni seminggu, dan setakat ni tak ada lagging. Rasa smooth je dengan RAM 8GB dan refresh rate 90Hz. Saiz storage pun besar. Paling penting ada Dolby Atmos, jadi seronok bila tengok Netflix atau YouTube."

Tablet terbaik untuk kerja
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
Lenovo
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
From
RM789.00
Check Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus price below:
add_circle Skrin Full HD yang cantik
add_circle Reka bentuk yang selesa untuk dipegang
remove_circle Saiz RAM yang kecil
  • Chipset: Qualcomm® Snapdragon™ 730G Processor
  • OS: Android 8.1 Oreo
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 10.1-inch
  • Bateri: 4850mAh

Tablet yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo ini dijamin memberi keselesaan kepada pengguna dalam segi mengemas kini aplikasi yang diingini.

Berbekalkan processor daripada Snapdragon 730G serta RAM sebanyak 3GB, pengguna semestinya akan berpuas hati memiliki tablet entry-level ini.

Ruang simpanan sebanyak 32GB yang terdapat dalam tablet ini kedengaran kecil namun pengguna boleh menambah baik sehingga 1TB mengikut keperluan.

Skrin seluas 10.1” serta beresolusi tinggi ini memberikan pengguna pengalaman yang lebih baik berbanding tablet lain.

Ini kerana bukan sahaja besar, malah tablet ini mempunyai reka bentuk yang cantik.

Tablet murah untuk gaming
Realme Pad
Realme
Realme Pad
From
RM1,099.00
Check Realme Pad price below:
add_circle Sesuai untuk mesyuarat dan kelas online
add_circle Kapasiti bateri yang besar
add_circle Kamera HD
remove_circle Tidak menyokong pen stylus
  • Chipset: Mediatek Helio G80
  • OS: Android 11
  • Skrin: 10.4-inch
  • Kamera: 8MP (belakang) 8MP (depan, ultra-lebar)
  • Bateri: 7100 mAh

Realme Pad merupakan tablet murah dan mudah untuk digunakan bagi kegunaan seperti melayari laman web atau media sosial, menonton video and movie, serta melakukan tugas pejabat.

Tablet ini juga boleh dijadikan tablet gaming dengan CPU yang digunakan.

Dengan ketebalan tablet 6.9mm dan berat sebanyak 440 gram, tablet ini juga agak ringan dipegang. 

Untuk paparan skrin pula, saiz 10.4 inch tentunya cukup besar untuk kegunaan harian.

Selain itu, paparan skrin turut boleh diubah kepada mod gelap, mod membaca yang disesuaikan dengan kandungan yang anda lihat.

Kapasiti bateri sebanyak 7100 mAh pula mampu memberi ketahanan terbaik penggunaan tablet sehingga 10-12 jam bagi sekali caj. Memang cukup lama.

Bagi kaki movie atau K-Drama, pasti puas dengan kualiti bunyi pada tablet ini yang menggunakan speaker Dolby Atmos Quad.

Tablet bawah RM1000
Lenovo Tab M10
Lenovo
Lenovo Tab M10
From
RM639.00
Check Lenovo Tab M10 price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Menyokong microSD
add_circle Menyokong Android 11 & 12
remove_circle Prestasi kelas pertengahan
  • CPU: Unisoc T610 (12 nm)
  • OS: Android 11, boleh naik taraf ke Android 12
  • Skrin: 10-inch
  • Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
  • Bateri: 5100 mAh

Lenovo Tab M10 merupakan sebuah tablet mampu milik dengan saiz skrin yang memadai untuk kegunaan harian anda.

Tablet ini juga menyokong sistem operasi Android 11 dan boleh dinaik taraf ke Android 12, jadi masih lagi relevan pada tahun ini. 

Dari segi kamera pula, anda akan dapat saiz megapiksel sebanyak 5MP bagi kamera depan dan 8MP untuk kamera belakang. 

Jika anda sekadar mahu menangkap gambar yang biasa, kamera Lenovo Tab M10 mampu menghasilkan gambar yang jelas. 

Untuk kegunaan internet biasa, tablet ini menyokong sambungan ke rangkaian 4G. 

Sesuai bagi kegunaan harian seperti melayari internet atau bermain media sosial, jadi jika bajet anda RM1,000 ke bawah inilah tablet yang sesuai untuk anda.

Tablet untuk pelajar
Samsung Galaxy Tab A8
Samsung
Samsung Galaxy Tab A8
From
RM599.00
Check Samsung Galaxy Tab A8 price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Hadir dengan 4 speaker
add_circle Pengecasan pantas
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming
  • Chipset: Unisoc Tiger T618
  • OS: Android 11, One UI 3
  • Skrin: 10.5-inch
  • Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
  • Bateri: 7040 mAh

Samsung Galaxy Tab A8 mempunyai saiz skrin bersaiz 10.5 inci menjadikan mudah untuk para guru yang mahu menggunakan tablet bagi sesi PDPR. 

Dari segi kuasa pemprosesannya, cipset Unisoc Tiger T618 standard mampu untuk menjalankan tugasan multitasking dengan lancar dan tepat.

Mungkin tidak mempunyai kuasa pemprosesan yang luar biasa, tapi tablet bajet ini memadai untuk melakukan tugas harian.

Sistem operasi One UI 3 berasaskan Android 11 juga mampu berfungsi dengan lancar dalam menjalankan tugas harian.

Malah, turut menawarkan feature yang sesuai dengan cara penggunaan anda.

Hadir dengan tawaran RAM 3GB dan 4GB, dan juga saiz storan dalaman 32GB dan 128GB, anda boleh memilih saiz yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Tablet murah dengan pen
OPPO Pad Air
OPPO
OPPO Pad Air
From
RM1,045.00
Check OPPO Pad Air price below:
add_circle Menggunakan Dolby Atmos
add_circle Boleh menggunakan pen stylus
add_circle Fungsi 2 dalam 1
remove_circle Pen dan papan kekunci tidak disediakan
  • Chipset: Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G (6 nm)
  • OS: Android 12, ColorOS 12
  • Storage: 64GB 4GB RAM, 128GB 4GB RAM, 128GB 6GB RAM
  • Skrin: 10.36-inch
  • Berat: 440 g

Saiz dan berat OPPO Pad Air sangat fleksibel untuk semua orang dan semua kegunaan.

Tidak kira siapa anda, jika anda memerlukan tablet, OPPO Pad Air adalah sesuai untuk anda.

Bahagian speaker menggunakan teknologi Dolby Atmos menjadikan sangat best jika memasang apa-apa video atau mendengar lagu.

Terdapat juga pen yang boleh diberi secara berasingan untuk kegunaan melakar pada skrin tablet jika anda seorang pereka grafik atau pelajar yang memerlukan kerja melukis.

Tablet ini juga boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.

Paling menarik, tablet ini boleh dikawal dari jauh menggunakan telefon Android anda tau.

Maksudnya, jika anak anda terlalu lama bermain game dengan tablet, dari jauh anda boleh hentikan WiFi untuk mereka berhenti bermain.

Tablet untuk pelajar universiti
HUAWEI MatePad SE
HUAWEI
tablet murah
From
RM999.00
Check HUAWEI MatePad SE price below:
add_circle Ada fungsi perlindungan mata
add_circle Pembesar suara teknologi HUAWEI Histen 8.
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal
  • Chipset: Qualcomm® Snapdragon™ 680
  • OS: HarmonyOS 3
  • Storage: 64GB
  • Skrin: 10.4-inch
  • Berat: 450 g

Dengan sistem pembesar suara yang lebih advance, tablet ini boleh meluaskan bunyi sekeliling dan mempertingkatkan suara audio, jadi boleh mendengar panggilan, movie serta pengajaran secara online dengan lebih jelas.

Mempunyai skrin 2K yang direka khas dengan persijilan TUV Rheiland Low Blue Light dan Flicker Free untuk melindungi mata daripada cahaya biru dan berkedip serta menyesuaikan mereka dengan tahap kecerahan mengikut masa nyata.

Tambah lagi, tablet ini boleh menetapkan masa, pengurusan aplikasi, tahap kecerahan dan isyarat untuk membantu pembelanjaran dengan lebih seronok dan selamat.

Tablet ini sangat ringan, tahan lasak dan selesa untuk digenggam sepanjang masa.

    Tablet murah untuk kanak-kanak
    Teclast P80T
    Teclast
    Teclast P80T
    From
    RM355.00
    Check Teclast P80T price below:
    add_circle Harga murah
    add_circle Warna menarik
    add_circle Mempunyai sistem Wifi dan Bluetooth
    remove_circle Memori kecil

    Chipset: Allwinner A133
    OS:
    Android 12
    Memori:
    3GB RAM
    Storan:
    32GB ROM
    Skrin: 8-inch
    Kamera:
    2MP (Depan), 0.3MP (Belakang)
    Bateri:
    8720mAh
    Network:
    2.4G + 5G

    Tab Teclast P80T sesuai bagi anak sekolah rendah atau tadika untuk dijadikan pembelajaran di rumah atau buat tugasan sekolah.

    Walaupun murah tapi segala spesifikasi lengkap seperti tab mahal kerana boleh disambungkan dengan WiFi dan ada Bluetooth.

    Malah anda boleh buat video call, panggilan biasa, tangkap gambar dan merakam video menggunakan Teclast P80T ini.

    Saiz skrin tablet ini sebesar 8-Inch IPS 6mm Bezel, memang smooth apabila jari menyentuh papan skrin.

    iPad murah
    Apple iPad 10.2-inch 9th Gen Wi-Fi
    Apple
    Apple iPad 10.2-inch 9th Gen Wi-Fi (2021)
    From
    RM1,599.00
    Check Apple iPad 10.2-inch 9th Gen Wi-Fi price below:
    add_circle Paparan terbaik dengan True Tone
    add_circle Menyokong Apple Pencil
    add_circle Dilengkapi headphone jack
    add_circle Pemprosesan pantas dengan A13 Bionic
    remove_circle Reka bentuk kelihatan lama
    remove_circle Tiada Face ID
    remove_circle Tiada USB-C
    • Chipset: Apple A13 Bionic (7 nm+)
    • OS: iPadOS 15, boleh naik taraf ke iPadOS 17.4
    • Storage: 64GB, 256GB
    • Skrin: 10.2-inch
    • Bateri: 8557mAh

    Mungkin anda sebenarnya dah lama teringin memiliki tablet daripada Apple tetapi tidak mempunyai bajet yang mencukupi.

    Jangan risau, anda boleh dapatkan iPad murah dari Apple, pilih je Apple iPad 10.2-inch 9th Gen Wi-Fi ni dengan harga tidak sampai RM1,500!

    Cukup murah dan anda akan dapat sebuah iPad yang dilengkapi dengan cipset A13 Bionic yang mampu meningkatkan pengalaman anda menggunakan iPad buat pertama kali.

    Tidak lagging dan lancar dalam setiap tugasan dan juga lancar melakukan multitask.

    Selain itu, anda akan dapat menggunakan kamera untuk mengambil gambar swafoto yang cantik dengan kamera 12MP ultra-lebar, manakala kamera hadapan 8MP juga boleh mengambil gambar pemandangan yang cantik.

    Kualiti paparan pula menggunakan ciri True Tone yang membolehkan sebarang paparan kelihatan lebih vibrant dan jelas.

    Jika anda mahukan lebih kreativiti, boleh dapatkan Apple Pencil untuk melakar lukisan anda pada iPad ini, jadi boleh serlahkan lagi bakat anda!

    Jangan tunggu lagi, inilah iPad paling murah yang ada di pasaran sekarang.

    Tablet Samsung murah
    Samsung Galaxy Tab A9 LTE
    Samsung
    Samsung Galaxy Tab A9 LTE
    From
    RM688.00
    Check Samsung Galaxy Tab A9 LTE price below:
    add_circle Reka bentuk padat dan ringan
    add_circle Paparan skrin yang cerah
    add_circle Prestasi memuaskan
    remove_circle Pengecasan perlahan
    remove_circle Kamera kurang memuaskan
    • Chipset: Mediatek Helio G99 (6nm)
    • OS: Android 13, One UI 5.1
    • Storage: 64GB
    • Skrin: 8.7-inch
    • Bateri: 5100mAh

    Samsung Galaxy Tab A9 LTE hadir dengan kualiti paparan skrin terbaik dengan kadar penyegaran 60Hz pada skrin bersaiz 8.7 inci.

    Dikuasakan dengan Android 13 dan dilengkapi dengan pemproses Mediatek Helio G99 yang kukuh, dipadankan dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman bagi memastikan segala multitask dapat dijalankan dengan lancar.

    Jika anda memerlukan storan tambahan, anda boleh tambah storan hingga 1TB melalui kad mikroSD.

    Untuk kamera, tablet ini dilengkapi dengan kamera 8MP di bahagian belakang dan 2MP kamera hadapan yang sesuai untuk swafoto dan panggilan video. 

    Sementara itu, dengan bateri 5100mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W, anda tidak perlu risau dengan isu bateri cepat habis.


    Bagaimana Cara Pilih Tablet Terbaik?

    Tablet semakin popular di kalangan masyarakat kita dan ianya sudah menjadi satu keperluan untuk setiap isi rumah.

    Dengan tablet, kita boleh menikmati pelbagai aktiviti secara maya seperti menonton filem, bermain permainan video, membaca buku elektronik dan banyak lagi!

    Namun, dengan begitu banyak pilihan di pasaran, bagaimanakah anda memilih tablet yang terbaik, murah dan berbaloi?

    Berikut antara tips untuk pilih tablet.

    • Sistem operasi

    Terdapat banyak jenis sistem pengendalian dan antara yang paling popular ialah Android dan iOS.

    Jika anda tak biasa menggunakan produk iOS, kami cadangkan anda memilih tablet yang menggunakan Android kerana ia lebih mesra pengguna.

    • Celular atau WiFi

    Terdapat kebaikan dan keburukan bagi setiap jenis sambungan internet untuk tablet.

    Bagi mereka yang ingin menjimatkan wang, pilihan yang baik adalah menggunakan WiFi di rumah yang tersedia.

    Tapi anda juga perlukan internet cellular semasa travelling atau meninggalkan rumah.

    Sambungan internet cellular juga lebih pantas berbanding sambungan WiFi dan ia tak memerlukan lokasi tetap.

    • Bateri & penyimpanan

    Pastikan anda memilih tablet dengan bateri yang tahan lama dan kapasiti penyimpanan yang mencukupi untuk simpan fail anda.

    Jika anda memerlukan lebih banyak storage, anda mungkin perlu membeli tablet dengan kapasiti storan yang lebih besar.

    • Kualiti kamera & skrin

    Jika anda ingin menggunakan tablet untuk menonton video atau bermain permainan online, pastikan skrin tablet mempunyai resolusi yang baik dan kualiti imej yang tajam.

    Kualiti kamera juga penting bagi pengguna yang suka mengambil gambar dan merakam video.

    Tapi, jika anda tidak memerlukan fungsi kamera, anda boleh memilih tablet tanpa kamera untuk menjimatkan wang.


    Apakah Kelebihan Dan Keburukan Tablet Murah?

    Tablet murah menjadi semakin popular di kalangan masyarakat hari ini.

    Walaupun harganya lebih rendah daripada tablet mewah yang mahal, tapi masih terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang perlu anda diketahui.

    Kelebihan tablet murah: 

    • Harga murah

    Salah satu faedah yang paling ketara ialah harga yang murah kerana kebanyakan tablet yang murah berharga antara RM200 hingga RM500.

    Ini menjadikan mereka pilihan terbaik untuk pengguna yang kurang mampu membeli tablet mahal.

    • Mudah dibawa

    Tablet juga sangat mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan.

    Jadi mereka yang memerlukan peranti untuk menyimpan maklumat kerja boleh menggunakan tablet dan anda boleh membawanya ke kelas, ke tempat kerja atau semasa melancong.

    • Sesuai untuk tugas ringan

    Tablet juga sesuai untuk tugas ringan seperti membaca e-buku, menonton video, melayari google dan menyemak emel.

    Ia juga boleh digunakan untuk bermain beberapa permainan dan aplikasi mudah.

    • Sistem operasi mudah digunakan

    Tablet juga mempunyai sistem pengendalian yang mudah digunakan, jadi sangat mudah untuk pengguna yang kurang celik teknologi menggunakannya.

    Kekurangan tablet murah:

    • Tahap prestasi rendah

    Tablet murah biasanya tidak mempunyai spesifikasi tinggi, jadi ia mungkin tidak sesuai untuk pengguna yang memerlukan prestasi pantas dan berkuasa.

    Ia agak perlahan apabila menjalankan aplikasi atau melakukan tugas yang lebih berat.


    Tablet Atau Komputer Lebih Baik?

    Persoalan ini mungkin sering menjadi tanda tanya pada anda yang mahu membeli peranti berasaskan komputer yang baru.

    Antara tablet atau komputer, mana yang lebih baik?

    Jawapan bagi persoalan ini terletak pada keperluan dan cara penggunaan anda.

    Tablet kebiasaannya bersaiz kecil, compact dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

    Jika diperhatikan, tablet jarang melebihi 600-800g dan model kecil pula seberat 300-450g.

    Dibandingkan pula dengan komputer riba berskrin kecil, beratnya adalah 1 kg ke atas.

    Jika komputer desktop anda hanya boleh gunakannya di rumah saja sukar untuk dibawa ke mana-mana.

    Tempoh operasi peranti juga agak berbeza bagi kedua-duanya.

    Tablet kebiasaanya mampu untuk bertahan sehingga 10-12 jam bagi sekali cas.

    Bagi komputer desktop, selagi ia disambungkan pada tenaga elektrik, selagi itu anda boleh menggunakannya.

    Jika komputer riba, kebiasannya mampu bertahan 4-5 jam bagi sekali cas. 

    Jika anda mahukan sesuatu yang pantas untuk diakses, tentunya anda akan memilih tablet kerana ianya sama juga seperti smartphone yang sentiasa dalam mod standby.

    Bagi komputer pula, anda perlu untuk membukanya terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya. 

    Namun, sekiranya anda mahu melakukan pelbagai tugas yang kompleks seperti menggunakan Microsoft Excel atau graphic design, tentunya anda mahu mendapatkan sebuah komputer yang berkualiti yang mampu melakukan tugas ini.

    Biarpun tablet kini hadir dengan kelengkapan seperti papan kekunci bagi menggantikan tugas komputer, cara ia beroperasi tak sama dengan cara sebuah komputer beroperasi. 

    Jadi, pastikan anda tahu tujuan anda membeli tablet ataupun komputer dan pastikan beli peranti yang berkualiti.


    Artikel Berkaitan

    End of Article