Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ipad keyboard

6 Keyboard iPad Terbaik di Malaysia 2024

Tambah keyboard pada iPad kamu untuk kerja lebih pantas dan cekap

Kalau lihat sekarang memang sudah ramai memiliki iPad sebagai gajet tambahan untuk aktiviti harian dalam kehidupan. 

Iyalah dengan layar nipis ini anda boleh membaca e-book, menghantar email, bermain game dan banyak lagi.

Tambahan pula dikepilkan bersama keyboard, dari iPad terus boleh menjadi ‘mini’ komputer riba. 

Si pemilik iPad tak rugi kalau tambah 6 pilihan keyboard dibawah.


Isi Kandungan


6 Keyboard iPad Terbaik di Malaysia

Keyboard iPad dengan tetikus
Set Keyboard iPad with Mouse
Semak Set Keyboard iPad with Mouse harga dibawah:
add_circle Mempunyai tetikus
add_circle Harga murah
add_circle Wireless
remove_circle Tak boleh detach pada iPad

Dijual pada harga yang cukup murah! Keyboard iPad dilengkapi bersama tetikus yang boleh digunakan bersama. 

Menggunakan sambungan Bluetooth, jadi ia compatible untuk semua jenis iPad malah telefon pintar, laptop, tablet dan komputer. Bagi sistem wireless 2.4 juga sesuai untuk sambungan pada komputer dan laptop. 

Bateri keyboard ini dapat bertahan sehingga 100 jam (200mAh) dan mengambil masa 3 hingga 4 jam pengecasan. 

Anda boleh menggunakan keyboard ini dari jarak 10 meter dan ia mudah dibawa dengan bersaiz diameter 10 inci. 

Kalau bajet kecil tapi nak set yang lengkap. Boleh dapatkan set keyboard + tetikus mini ini.

Keyboard iPad dengan penutup
Touchpad Keyboard For Apple iPad Case
Semak Touchpad Keyboard For Apple iPad Case harga dibawah:
add_circle Mempunyai case cover
add_circle Mempunyai sambungan USB-C
add_circle Nipis
remove_circle Tiada port usb

Buat yang mencari keyboard yang lengkap dengan penutup, boleh cuba dari model ini.

Keyboard iPad ini dipasang siap dengan case cover bagi memudahkan penyimpanan dan anda boleh melaras iPad seperti komputer riba. 

Sama seperti keyboard biasa, ia lengkap bersama trackpad, sambungan wireless Bluetooth dan mempunyai ruang letak pen.

Menariknya lagi, magnet pada keyboard membolehkan anda menanggal dan melaras keyboard dengan mudah. 

Jangka hayat bateri juga lama dengan saiz 480mAh dan key life yang bertahan sehingga 3 tahun. 

Namun begitu, model ini hanya dijual pada siri iPad bersaiz 9.7’ (5th gen) sehingga iPad Pro 11’ . Jadi hati-hati sebelum membuat pembelian, semak dahulu siri dan saiz iPad anda.

Keyboard iPad untuk gaming
Logitech
Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard
Semak Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard harga dibawah:
add_circle Mempunyai sistem Bluetooth
add_circle Papan kekunci yang selesa
add_circle Ringan
remove_circle Tidak mempunyai RGB backlighting
remove_circle Tidak mempunyai macro keys

Secara teknikalnya, keyboard Logitech K380 Wireless ini bukanlah keyboard gaming kerana tidak mempunyai RGB backlighting dan macro keys yang dapat membuatkan keselesaan ketika bermain game. Namun tetap boleh berfungsi sebagai keyboard gaming tapi untuk permainan game yang kasual saja. Apa yang menjadikan keyboard model ini menarik, ia boleh disambungkan dengan alat pintar hanya menggunakan sistem Bluetooth.  Maknanya, anda bukan sahaja boleh guna keyboard untuk bermain game tapi boleh membalas teks mesej menerusi telefon pintar.  Malah, rekaan bentuk kekunci yang direka berbentuk bulat dapat memberi keselesaan pada jari ketika mengetik keyboard berjam lamanya. 

Keyboard iPad dengan port USB
Apple Magic Keyboard Folio iPad Pro 11’
Semak Apple Magic Keyboard Folio iPad Pro 11’ harga dibawah:
add_circle Sistem view yang canggih
add_circle Mempunyai trackpad
remove_circle Hanya sesuai untuk iPad Pro 11’ (1st, 2nd, 3rd)
remove_circle Hanya sesuai untuk iPad Air (4th)

Salah satu aksesori terbaru dari Apple yang bakal menjadi keyboard iPad terbaik. 

Dengan mekanisma kekunci yang nipis 1mm ia menjadi bunyi menaip lebih senyap, rileks dan cekap. Sudut pandangan iPad juga boleh dilaras mengikut keselesaan.

Ciri sambungan port USB-C boleh mengecas aksesori Apple yang lain seperti AirPod sebagai contoh. 

Keyboard ini juga lengkap dengan case-cover sebagai perlindungan tahan lama untuk iPad dan keyboard anda.

Keyboard iPad dengan trackpad
Logitech Combo Touch for iPad Pro 12.9’
Semak Logitech Combo Touch for iPad Pro 12.9’ harga dibawah:
add_circle Mempunyai trackpad
add_circle Mudah ditanggalkan
add_circle Mempunyai 4 mode laras
remove_circle Harga mahal

Impikan keyboard premium untuk iPad kesayangan anda? Model keyboard iPad Pro untuk saiz skrin 12.9 inci sangat sesuai pada mereka yang sukakan rasa mewah.

Ia ringan, bersaiz sederhana, rekaan sleek dan boleh dijadikan multi-purpose. Anda boleh tukarkan keyboard dalam 4 handle-mode iaitu mod menaip, melakar, membaca dan menonton. 

Trackpad pada keyboard ini juga cekap, tinggi responsif dan ianya trackpad paling besar dalam model keyboard iPad!

Selain itu, kerja-kerja menaip pada waktu malam atau gelap dibantu dengan pencahayaan yang boleh laras sehingga 16 kali ganda. Shortkeys cut dibahagian atas boleh diubah suai mengikut keterangan yang anda mahu. 

Kalau anda peminat produk Apple, wajib tambah satu keyboard ini khususnya untuk pengguna iPad iPad Pro 12.9-inch (5th gen) dan iPad Pro 11-inch (1st, 2nd, 3rd gen) serta iPad Air (4th gen).

Keyboard iPad dengan function keys
Logitech K480 Bluetooth Multi-Device Keyboard
Semak Logitech K480 Bluetooth Multi-Device Keyboard harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan pada telefon pintar dan tablet lain
add_circle Suis mudah alih Bluetooth
add_circle Layout keyboard universal
remove_circle Nipis, mudah patah

Buat anda yang menyiapkan projek atau tugasan dalam multi-devices, keyboard terbaru Logitech ini ada jawapannya. 

Ia boleh berkongsi sambungan pada iPad, telefon pintar dan tablet. Sistem pintar ini membolehkan anda melaras sambungan Bluetooth hanya satu suis dengan liputan 10 meter. 

Ruangan kosong bersaiz 10.5 mm lebar dan 10 inci panjang dibahagian atas sesuai untuk anda meletakkan smartphone atau iPad. Jadi senang nak letak iPad tak perlu sandar pada dinding atau sebagainya. 

Pengguna Apple dengan sistem operasi Mac OS X dan keatas boleh dapatkan keyboard ini. Menariknya boleh kongsi juga dengan pengguna Windows, Android dan Chrome OS! 


Cara Setting Keyboard iPad 

Tak susah pun nak buat tetapan keyboard baru pada iPad. 

Pastikan fungsi keyboard anda bersesuaian dengan iOS iPad. Kemudian ikuti langkah dibawah;

  1. Pergi pada bahagian > Settings > General > Keyboard
  2. Pada bahagian Keyboard, anda pilih Add a keyboard.
  3. Kemudian cari nama keyboard, dan klik untuk sambungan. 

Jika anda mahu buang atau tambah keyboard, hanya perlu pergi ke bahagian Edit. Ulangi langkah yang sama. 


Artikel Berkaitan

End of Article