Setiap rumah wajib memiliki mesin basuh tidak kira saiz atau jenama apa supaya dapat memudahkan tenaga lebih-lebih lagi mereka yang bekerja.
Tapi pening nak pilih sebab terdapat banyak mesin basuh terbaik dan paling tahan lasak terjual di pasaran.
Jadi, kami tampilkan senarai jenama mesin basuh terbaik beserta fungsi, harga mesin basuh dan saiz yang pelbagai. Pilih saja!
Cuma ingin diingatkan kepada pasangan yang baru berkahwin dan ingin mencari jenama mesin basuh terbaik, pastikan jaminan yang diberi agar dapat mengurangkan kos repair mesin basuh.
Jom lihat senarai mesin basuh automatik dan mesin basuh semi auto terbaik harian untuk rumah anda!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Mesin Basuh Terbaik
Sebab Menjadi Pilihan Utama:
Mesin basuh Khind ini dijual pada harga yang berpatutan untuk sebuah mesin basuh yang berkapasiti besar.
Malah merupakan sebuah mesin basuh jimat elektrik yang mendapat 4 star energy rating.
Ciri-ciri:
Mesin basuh Khind merupakan mesin basuh terbaik kerana jimat elektrik dengan rating 4 star.
Boleh memuatkan sehingga 12 kg muatan dan proses basuhan jenis automatik.
Bahagian penutup mesin basuh lengkap bersama soft lid dan kaca lutsinar bagi memudahkan anda melihat proses membasuh.
Bahagian keselamatan, anda tidak perlu risau kerana mempunyai sekuriti child lock.
Bagi isipadu air pula dari 25 liter hingga 88 liter dan mempunyai ruang mengisi sebuk cucian.
Apa yang paling menarik, mesin ini merupakan mesin jimat elektrik yang terbaik kerana telah mendapat 4 star energy rating dan kuasa putaran sebanyak 600 watt.
Review:
“Mesin basuh besar yang dijual pada harga yang cukup berpatutan sekali. Basuh toto pun muat dan selamat dalam mesin ini.”
Dengan adanya sistem pengeringan turbo, mesin basuh Samsung WA-70H4000SG mampu mengering pakaian cucian sehingga hampir kering.
Walaupun hanya dapat memuatkan 7kg pakaian tapi mesin basuh ini mampu menyingkirkan semua jenis kotoran, hama kecil dan habuk yang melekat pada pakaian.
Ini kerana mempunyai Magic Filter dan berteknologi Double Storm Pulsator.
Selain itu, mesin basuh ini menggunakan teknologi inovatif Wobble yang berfungsi untuk mengurangkan kedutan pakaian dan rengangan kain.
Menariknya lagi, bahagian penutup mesin basuh menggunakan cermin jadi memudahkan anda untuk melihat keadaan pakaian cucian di dalam mesin.
BMC Motor Protection merupakan salah satu teknologi motor yang diperkenalkan oleh LG untuk model kali ini.
Teknologi ini dapat mengurangkan bunyi dan getaran pusingan mesin basuh.
Teknik cucian mesin basuh LG dijamin lebih bersih dan dapat menyingkirkan kotoran pada pakaian dengan bagus.
Ini kerana terdapat sistem Punch+3 dimana aliran air keluar ketika mencuci dari empat bahagian; 1 main Pulsator dan 3 main Pulsator.
Sekaligus tidak meninggalkan kesan tidak selesa pada kulit.
Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, mesin basuh senyap model LG kali ini dilengkapi teknologi Smart Diagnosis.
Fungsi sistem ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah jika berlaku sebarang troubleshoot pada mesin ini.
Anda hanya perlu imbas logo Smart Diagnosis dan mengikut arahan seterusnya untuk bantuan khas dari pusat khidmat pelanggan LG.
Bukan sahaja mesin basuh yang bersaiz besar tetapi juga cekap dari segi operasi.
Mesin basuh dengan kuasa S-DD inverter ini beroperasi rendah bunyi, kurang penggunaan tenaga dan membersih pakaian dengan cepat.
Hanya dengan satu sentuhan pada skrin papar anda boleh memilih jenis cucian yang bersesuaian dengan pakaian anda.
Terdapat roller duo aktif pada mesin, dimana dapat meningkatkan aliran air agar mencuci pakaian anda dengan bersih dan kurang kedut.
Mesin bersaiz besar bukan sahaja mencuci pakaian anda tapi dapat mencuci cadar dan selimut di rumah.
Dengan teknologi Ultra Fine Bubble (UFB) pada mesin basuh dapat berfungsi untuk 'menghantar' detergen agar menyerap masuk ke dalam pakaian dan menghapuskan kotoran yang melekat padanya.
Teknik ini dilakukan agar proses basuhan anda menjadi lebih bersih dan sempurna.
Boleh dikatakan seperti smart washer machine kerana mesin Hitachi jenis SF-100XA berkapasiti 10kg.
Dilengkapi dengan sistem operasi fully-automatic seperti Auto Self Clean, Fuzzy Control, Auto Power Off, Fully Auto Restart dan banyak lagi.
Sistem automatik mesin ini mempunyai 4 butang kawalan yang dapat mengawal semua sistem.
Antaranya water power, shower plus, fine adjustment setting, power off/on dan setiap butang mempunyai ciri kawalan sendiri.
Uniknya mesin basuh ini, proses pencucian sedikit berbeza kerana menggunakan sistem Dynamic-Sream Wash dimana setiap 10 minit air diisi, mesin akan bergerak untuk membilas pakaian.
Setiap 10 minit, paras air berbeza dan akan berpusar untuk membilas kain; the lowest water level, the higher water level, the third water level dan the normal water level.
Sistem ini dapat menghilangkan kotoran dengan efisen tanpa merosakkan fabrik.
Ketika proses mengering, mesin Hitachi ini akan berpusar mengikut arah dan lawan jam untuk meleraikan pakaian dari berbelit.
Mesin basuh ini sesuai jika anda ingin membasuh menggunakan suhu air yang berbeza.
Misalnya anda mempunyai pakaian yang terlampau kotor ataupun berpeluh, digalakkan untuk membasuh menggunakan suhu tinggi untuk membasmi kuman.
Cuma mesin basuh ini mempunyai suhu daripada air sejuk sehingga ke 90 darjah celcius dan ciri rapid wash yang membenarkan basuhan siap dalam 15 minit sahaja.
Mesin basuh Midea ini merupakan jenama mesin basuh automatik terbaik dan dijual pada harga yang cukup murah.
Lengkap dengan kapasiti cucian pakaian 9kg hingga 9.5kg menjadikan sesuai untuk keluarga sederhana.
Isipadu air boleh memuatkan sebanyak 58 liter dan boleh mencuci semua jenis pakaian mengikut kuantiti yang telah dihadkan.
Walaupun program cucian disediakan ringkas tapi mesin basuh ini tetap mempunyai ciri-ciri moden yang lain.
Antaranya program cucian tube clean, sistem air drying automatik dan mempunyai sistem imbasan memori jika berlaku power cut-off ketika mengguna mesin.
Disebabkan badan mesin ini dari jenis plastik, amatlah tidak digalakkan mesin diletak diluar rumah atau di kawasan yang terdedah dengan air bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau pengaliran elektrik yang berbahaya.
Mesin basuh dari Panasonic 9.5kg siri top load washer NA-FD95X1BRT sangat berkualiti terutamanya untuk kegunaan harian yang memerlukan pembasuhan berat seperti cadar.
Menariknya lagi, pembasuhan untuk cucian yang mempunyai kotoran seperti tanah, minyak masakan atau kesan peluh dapat ditanggalkan dengan sempurna.
Ini kerana mesin ini mempunyai sistem Water Bazooka, Active Foam dan Stainmaster.
Malah saiz bukaan bahagian atas mesin ini direka untuk kegunaan harian serta memudahkan untuk mengisi muatan pakaian.
Mesin basuh model dari Sharp antara mesin basuh inverter yang berkualiti.
Tidak seperti mesin basuh yang lain, anda boleh pilih mesin basuh ini dari variasi kapasiti bermula 10 kilogram hingga 16 kilogram.
Jadi saiz apa pun mesin anda tetap dapat sistem yang sama untuk mengikut keperluan anda.
Nama pun mesin basuh inverter sudah pasti menjimatkan elektrik dengan mendapat jaminan 5 star energy saving.
Menarik lagi dengan mesin basuh inverter mesin ini akan memproses basuhan secara senyap dan memberi penjimatan dalam penggunaan elektrik.
Lengkap dengan 10 program cucian, jaminan keselamatan child lock serta rekaan yang menawan paparan butang program dari kaca.
Salah satu washer dryer terbaik keluaran Hisense yang dilengkapi dengan proses pencucian Pure Jet Wash.
Mesin ini bukan sahaja mengeringkan pakaian, malah boleh membuang 99.9% bakteria pada fabrik.
Tambah lagi, washer dryer ini lebih senyap kerana menggunakan motor inverter dan mempunyai teknologi khas untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan air.
Mesin ini boleh berhenti seketika dan anda boleh tambah pakaian kotor semasa mesin berputar.
Dapatkan mesin basuh semi auto jenama Midea ini untuk memudahkan urusan harian anda, harganya murah dan sesuai untuk rumah sewa.
Ia dilengkapi dengan 3 tombol kawalan termasuk pemilihan masa mencuci, membilas, dan mengering serta motor aluminium yang tahan lama.
Dengan kelajuan putaran maksimum 1250 RPM, pakaian akan kering lebih cepat.
Selain itu, mempunyai kapasiti 6.0kg, jadi anda boleh mencuci lebih banyak pakaian dalam satu kali cucian.
Sesuai untuk keluarga kecil dan pasangan baru berkahwin yang tinggal di rumah sewa.
Mesin basuh dari jenama Haier ini merupakan jenis front load dan juga inverter yang boleh menjimatkan tenaga elektrik anda.
Bukan sekadar inverter, tetapi mesin basuh ini menggunakan super inverter untuk basuhan yang lebih kuat dan jimat elektrik.
Dengan muatan sehingga 10kg, mesin basuh ini juga mempunyai fungsi hijab mode, yang pertama bagi sebuah mesin basuh bagi membasuh tudung-tudung anda dengan tidak kasar.
Mesin basuh ini juga mempunyai fungsi drum clean bagi membersihkan bahagian dalam mesin basuh agar basuhan baju seterusnya bebas dari sisa basuhan terdahulu.
Antara ciri lain mesin basuh ini adalah Dispenser Automatik, Kawalan Suhu Automatik, Dispenser Sabun, dan Dispenser Pelembut Kain.
Paling penting, mesin basuh ini tidak mengeluarkan bunyi bising semasa basuhan, jadi rumah anda tidak akan tercemar dengan bunyi yang kurang menyenangkan.
Mesin basuh ini diinspirasikan daripada pelukis dari negara Jepun, ‘The Great Wave off Kanagawa’ dimana inovatif teknologi yang digunakan diberikan nama ‘The Greatwaves’.
Teknologi ini berfungsi untuk memberi pencucian yang lebih efekif, tidak bising dan dapat melindungi pakaian daripada mengembang.
Bukan itu saja, mesin ini menggunakan motor jenis inverter iaitu sistem pintar untuk penjimatan elektrik.
Jadi, hasil pencucian pakaian akan lebih bersih dan tiada kesan kotoran degil.
Mesin basuh ini mempunyai rekaan yang ringkas dan dilengkapi penutup soft lid yang selamat.
Tabung isian sabun pencuci serbuk dan cecair pula memastikan tiada kesan sabun tertinggal.
Inginkan mesin basuh bersaiz besar yang boleh memuatkan karpet atau cadar? Samsung Top Load Washer Machine with Ecobubble™ adalah yang tepat kerana bersaiz 13kg.
Bukan saja bersaiz besar, mesin basuh ini juga dilengkapi Digital Inverter Technology dan Ecobubble™ yang membersihkan pakaian dengan lebih efektif, sekaligus dapat menjaga kualiti pakaian dan menggurangkan penggunaan air.
Pilihan Deep Softener juga memaksimumkan penggunaan pelembut pakaian dan wangian tahan lebih lama.
Selain itu, mesin basuh dari Samsung ini dapat menanggalkan segala jenis kotoran degil seperti solekan, tanah, makanan atau darah kerana mempunyai sistem Intensive Wash.
Penjagaan mesin juga mudah seperti Magic Filter dimana bahagian penapis boleh melindungi saliran daripada tersumbat dan Eco Tub Clean secara automatik akan memberitahu bila ia perlu dibersihkan.
Dengan smart check, pengguna juga boleh memeriksa kerosakan pada mesin dan kawalan belakang melindungi panel digital daripada terkena percikan air.
Gambar Model |
|
|
|
|
|
|
||||||||||
Model | Khind (WM120A) | Sharp Full Auto Top Load Washing Machine DD inverter | HAIER Semi-Auto Washing Machine HWM60-SX3 | Midea MFW-EC950 Washer Machine (9.5kg) | Panasonic Top Load Washer - NA-FD95X1BRT | Panasonic Front Load Washer MA-127XB1 (7kg) | Samsung WA-70H4000SG 7KG Washing Machine | Hitachi Fully Auto Washing Machine 10kg SF-100XA | Toshiba 15kg Inverter Nano Washing Machine AW-DG1600WM | LG Smart Inverter T2109VS2B | Hisense Washer Dryer 8.5KG/10.5KG | Midea 6.0kg Semi Auto Washing Machine MSW-6008P | Haier Front Load Inverter Series Washing Machine | Morgan Semi Auto Washing Machine 7KG |
Samsung 13kg Top Load Washer with Ecobubble™ WA13CG5745BV |
Toshiba 10.5KG Ultra Fine Bubble Fully Auto Top Load Washer AW-UK1150HM |
Keutamaan | Mesin basuh terbaik secara keseluruhan | Mesin basuh inverter terbaik | Mesin basuh semi-auto | Mesin basuh automatik | Mesin basuh Top Load | Mesin basuh front load | Mesin basuh terbaik dan murah | Menggunakan sistem Dynamic-Stream wash | Mesin basuh 15kg | Mesin basuh 9kg | Mesin basuh dan pengering terbaik | Mesin basuh baju terbaik untuk rumah sewa | Mesin basuh front load terbaik | Mesin basuh manual terbaik | Mesin basuh baju terbaik untuk rumah tangga | Mesin basuh automatik terbaik |
Berat | 12kg | 16kg | 6kg | 9kg | 9.5kg | 7kg | 7kg | 10kg | 15kg | 9kg | 8.5KG/10.5KG | 6.0kg | 10.0kg | 7kg | 13kg | 10.5kg |
Liter | 25L | n/a | 53L | 58L | n/a | 52L | n/a | 102L | 192L | n/a | n/a | n/a | n/a | n/a | n/a | n/a |
Kuasa | 600W | 140W | 350W | 400W | n/a | n/a | n/a | 1120W | 395W | 200W | n/a | 350/150W | n/a | 350W | n/a | 480W |
Rating star | 3 star | 5 star | n/a | 3 star | n/a | n/a | 2 star | n/a | n/a | n/a | 5 star | n/a | n/a | n/a | n/a | 3 star |
Warranty | 2 tahun | 1 tahun | 2 tahun | 2 tahun | 1 tahun | 1 tahun | 2 tahun | 1 tahun | 2 tahun | 1 tahun | 2 tahun | 1 tahun | 2 tahun | 1 tahun | 1 tahun | 2 tahun |
Link Produk |
Cara Pilih Mesin Basuh
Sebelum membeli mesin basuh, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Berikut adalah beberapa tips berguna untuk anda mencari mesin basuh terbaik.
-
Jenis mesin basuh
Pertama, anda perlu memilih mesin basuh yang sesuai untuk keperluan rumah anda.
Jenis mesin basuh utama yang tersedia di pasaran ialah mesin basuh front load dan mesin basuh top load.
Kebiasaanya, mesin basuh top load mempunyai kapasiti yang lebih besar, boleh mencuci kuantiti pakaian yang lebih banyak dalam satu basuhan dan lebih murah berbanding mesin basuh front load.
Tapi, mesin basuh front load lebih cekap dan boleh mengurangkan penggunaan air serta elektrik.
-
Saiz mesin basuh
Apabila memilih mesin basuh adalah penting untuk mengambil kira saiznya.
Kami syorkan anda untuk memilih saiz mesin yang sesuai dengan kuantiti cucian dan bilangan individu dalam isi rumah anda.
Jika keluarga anda lebih besar, dinasihatkan untuk memilih saiz mesin yang lebih besar untuk memudahkan proses pencucian.
-
Fungsi tambahan
Mesin basuh automatik dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan, termasuk pengering, penapis debu, mempunyai ciri keselamatan, jimat elektrik dan kurang bising.
Jika anda mempunyai ruang dan bajet yang mencukupi, mesin basuh automatik dengan fungsi tambahan ini boleh menjadi pilihan yang bagus.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Mesin Basuh?
Salah satu kelebihan mesin basuh ialah kecekapannya dalam membasuh pakaian, mampu membasuh jumlah pakaian yang lebih besar sekali gus berbanding dengan mencuci manual.
Dengan menggunakan mesin basuh, kita tidak perlu berada di sebelahnya untuk mencuci pakaian.
Sebaliknya, kita boleh melakukan aktiviti lain sehingga mesin selesai mencuci.
Jadi tugas mencuci pakaian lebih cepat dan mudah tanpa menyebabkan keletihan.
Tambahan pula, mesin basuh juga boleh menjimatkan masa, air dan elektrik.
Mesin basuh juga mampu menanggalkan kotoran yang sukar, menjadikan pakaian dibersihkan dengan lebih baik.
Tapi kekurangan utamanya ialah dari segi harga terutama jika anda memilih model dengan banyak ciri tambahan.
Malah, kita juga harus mengambil kira perbelanjaan operasi mesin basuh, seperti kos air dan elektrik.
Mesin basuh juga memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan berkala, yang boleh menelan kos perbelanjaan yang sedikit tinggi, terutamanya apabila terdapat kerosakan atau keperluan untuk penggantian komponen.
Bagaimana Cara Mencuci Mesin Basuh Dengan Betul?
Jangan ingat mesin basuh tidak kotor ya!
Sebenarnya setiap cucian yang diproses, mesin basuh akan kumpulkan segala kotoran terutamanya keladak daki dan debu.
Tapi macam mana nak tahu mesin basuh perlu dicuci?
Apabila mesin basuh mula meninggalkan bau hapak dan masam pada pakaian yang telah dibasuh, itu tandanya, mesin basuh sudah kotor dan perlu dicuci.
Terdapat dua cara untuk membersih mesin basuh. Caranya sangat mudah!
Cuci menggunakan campuran cuka dan soda bikarbonat.
- Tekan butang tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ pada mesin basuh.
- Biar mesin dipenuhi air terlebih dahulu.
- Kemudian tambah dua cawan cuka dan setengah cawan soda bikarbonat.
- Biarkan mesin basuh mencuci seperti biasa sehingga habis.
- Lap sekitar luar badan mesin basuh menggunakan produk pencuci yang sesuai.
Selalunya mengambil masa sehingga 2 jam jadi pastikan anda selesai membasuh pakaian yang tertinggal.
Beli tablet pencuci mesin basuh
Untuk langkah mudah, beli saja tablet cucian khas untuk mesin basuh. Masukkan sahaja kedalam mesin basuh dan tekan tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ dan siap!
Apa pun, jom lihat 5 langkah mudah menggunakan mesin basuh front load.
Tips Beli Mesin Basuh Terbaik
Memiliki sebuah mesin basuh amat menguntungkan kerana menjimatkan masa, membasuh pakaian dengan lebih bersih dan memudahkan urusan kerja rumah.
Malah, sudah tentu kita juga mahukan mesin basuh yang berkualiti dan tahan lama.
Bukan apa, tidaklah perlu menanggung kos-kos kerosakan.
Jadi, kami beri beberapa sorotan tips untuk anda yang mencari mesin basuh yang murah dan berkualiti.
-
Jenama
Sebaiknya pilih jenama mesin basuh sudah terjamin kualitinya seperti Midea, Toshiba, Sharp dan sebagainya.
Elakkan membeli mesin yang tidak mempunyai kilang keluaran sendiri atau senang kata jenama OEM.
Bukan apa, jika berlaku sebarang kerosakan teknikal atau sebagainya anda sendiri akan susah.
Tiada kendalian yang berhemah dari syarikat yang anda beli. Akhirnya anda yang rugi.
-
Fungsi auto-clean
Kalau mesin yang anda beli mempunyai fungsi auto-clean adalah satu bonus!
Ciri teknologi moden ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko kerosakan mesin akibat sisa kotoran.
Anda pun tidak perlu bersusah-payah membasuh mesin basuh secara manual.
Hanya tekan butang 'tub clean', mesin automatik membersih dalamannya.
-
Penjagaan yang rapi
Bukan sahaja bergantung kepada model mesin semata-mata, cara penjagaan oleh pengguna juga diambil kira.
Pilih tempat letak mesin basuh di sudut yang sesuai terhindar dari cuaca panas atau hujan.
Sentiasa pastikan paparan atau butang program mesin tidak terkena air, supaya tidak berlaku litar pintas.
Selain itu, pilih mesin basuh dengan kemasan wayar atau kabel yang terbaik dan terlindung dari gigitan binatang perosak seperti tikus.
-
Tawaran jaminan (warranty)
Jangan lupa tentang jaminan mesin basuh kerana sangat berguna untuk sebarang kerosakan pada unit dan motor mesin basuh.
Jangka hayat jaminan bergantung pada jenis model dan harga mesin basuh.
Kebiasaanya, syarikat elektronik akan menawarkan jaminan motor sekurangnya dari 5 tahun dan 1 hingga 2 tahun bagi jaminan am (unit).
Apa Beza Mesin Basuh Inverter vs Non Inverter?
Sebelum membuat keputusan untuk membeli mesin basuh jenis inverter atau non-inverter anda harus mempertimbangkan beberapa perkara.
Jom selidik dahulu kelebihan dan kekurangan bagi setiap mesin ini.
-
Mesin Basuh Inverter
Seperti kita tahu, penggunaan motor inverter dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Ini kerana motor inverter mampu memanipulasikan aliran elektrik dengan mengubah kelajuan motor dengan kadar optimum.
Sekaligus, menyebabkan mesin hanya menggunakan kuasa yang paling sedikit dan kelebihannya prestasi mesin lebih terjaga serta tahan lama.
Selain itu, ini adalah satu proses menjimatkan elektrik kerana aliran elektrik lebih stabil.
Bunyi getaran mesin ketika membasuh juga lebih senyap dan biasanya jaminan baik pulih motor inverter boleh dicapai sehingga 10 tahun bergantung pada syarikat pengeluar.
Namun begitu, mesin basuh inverter dijual dengan harga yang lebih tinggi dari mesin basuh non-inverter.
-
Mesin Basuh Non-Inverter
Mesin basuh no-inverter lebih popular dan mudah didapati di pasaran.
Walaupun kini dianggap pesaing mesin basuh inverter tapi tetap mempunyai kelebihan tersendiri.
Mesin basuh ini lebih mudah diselenggara dan dijual pada harga yang lebih rendah.
Perlu diingatkan, masih banyak lagi mesin basuh non-inverter diberi pengenalan sebagai ‘star energy rating’.
Malah, penggunaan mesin basuh bukanlah lama seperti peti sejuk atau penghawa dingin.
Jadi anda masih boleh lagi jimat elektrik walau dengan mesin basuh non-inverter.
Kesimpulannya, anda boleh lihat semula kepada bajet dan penggunaan harian anda dengan mesin basuh.
Mesin basuh inverter atau tidak, keduanya memberi hasil cucian yang baik dan paling penting pilih mesin basuh yang mendapat kelulusan SIRIM.
Artikel berkaitan
- 8 Mesin Basuh Automatik, Tidak Perlu Pantau Kitaran Setiap Waktu
- 10 Dari MesinBasuh Dari Panasonic, 'Setiap Hari Boleh Jadi Laundry Day'
- 9 Mesin Basuh Bawah RM500 Dengan Harga & Kualiti Yang Sepadan
- Washing Machine Front Load Terbaik
- 6 Mesin Basuh & Pengering (Washer Dryer) Terbaik Malaysia 2024
- Mesin Basuh Toshiba Terbaik
- Mesin Basuh Semi Auto Terbaik Malaysia