Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pasir tofu

10 Pasir Kucing Tofu Terbaik Di Malaysia 2024

Pasir tofu ni memang paling sesuai untuk pencinta kucing.

Bagi pemilik kucing, pasti kebersihan dan penjagaan kucing amat penting sekali agar kediaman bebas penyakit dan kucing sentiasa bersih.

Jadi, pemilihan jenis pasir kucing amatlah penting, lebih-lebih lagi kalau anda tinggal di kediaman kondominium, apartment atau pangsapuri.

Antara jenis pasir kucing yang menjadi pilihan adalah pasir kucing tofu kerana ianya mudah didapati dan merupakan jenis pasir kucing tidak berbau.

Memang ramai yang mencari pasir kucing jenis tofu, dan kini dengan pelbagai jenis bau, ia juga boleh menjadi pasir kucing wangi di rumah anda.

Tanpa perlu bercerita panjang lebar, kami berikan anda senarai jenama pasir tofu untuk kucing kesayangan anda dan juga harga pasir kucing tofu di pasaran sekarang.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Pasir Kucing Tofu Terbaik

Pasir kucing tofu terbaik secara keseluruhan
Premium Super Clumping Cat Litter Tofu Sand
Premium Super Clumping Cat Litter Tofu San
From
RM8.99
Check Premium Super Clumping Cat Litter Tofu Sand price below:
add_circle Harga murah
add_circle Penyerapan tinggi
add_circle Boleh kawal bau
remove_circle Hanya saiz 7 liter sahaja

Sebab menjadi pilihan utama:

Premium Super Clumping Cat Litter Tofu Sand diperbuat daripada sisa tofu semula jadi, jadi ianya mesra alam dan bebas dari bahan kimia tambahan.

Ciri-ciri:

Kalau kucing anda termakan pasir tofu ni, dijamin tidak akan memberikan apa-apa kesan sampingan pun. 

Pasir ini menyediakan penggumpalan dan penyerapan yang luar biasa, menjadikan pembersihan mudah dan efisien, serta menyerap hingga lima kali beratnya.

Selain itu, ia juga mempunyai sifat penyahbau dan antibakteria yang sangat bagus, mengekalkan persekitaran yang kering dan berbau segar, serta bebas dari pembiakan bakteria. Komposisi serat tumbuhan tulennya menjadikannya mudah terurai dan boleh dibuang di dalam jamban rumah anda, menawarkan kaedah pembuangan yang mudah dan mesra alam.

Tambahan lagi, ia juga bebas habuk dan tidak mudah berselerak, jadi rumah anda boleh kekal bersih dan kucing anda juga turut gembira.

Review:

“Bagus sangat guna tofu, senang nak kutip tahi dan tak melekat dekat bekas. Selain tu tak ada habuk dan harga pun murah je. Apa-apa pun, recommended sangat!” 

Pasir kucing tofu organik
POODEE Premium Super Clumping Natural Cat Litter Tofu (6L / 2.3KG)
Pawtnership flushable and aromatic tofu cat litter
POODEE Premium Super Clumping Natural Cat Litter Tofu (6L  2.3KG)
From
RM9.94
Check POODEE Premium Super Clumping Natural Cat Litter Tofu (6L / 2.3KG) price below:
add_circle Bahan semulajadi dan selamat
add_circle Boleh buang (flush) di dalam tandas
remove_circle Perlu kerap menukar pasir

Pasir kucing jenis tofu diperbuat dari bahan semula jadi tanpa apa-apa bahan kimia tambahan. 

Jadi kalau anak kucing anda termakan, memang tiada masalah.

Apa yang menariknya, tofu ini menyerap air najis dan membentuk gumpalan yang boleh dipam di tandas rumah anda. 

Tidak mempunyai habuk seperti pasir kucing yang lain dan sangat selesa untuk kucing kerana sangat ringan.

Cuma anda perlu kerap menukar pasir jenis tofu ini agar tidak berlaku jangkitan bakteria pada kucing anda.

Pasir kucing tofu green tea
KAWAN Tofu Cat Litter 7L (2.8kg)
KAWAN
KAWAN Tofu Cat Litter
From
RM17.10
Check KAWAN Tofu Cat Litter 7L (2.8kg) price below:
add_circle Kurang habuk & debu
add_circle Boleh flush
add_circle Selamat dan boleh dimakan kucing
remove_circle Perlu tukar kerap

Nak beli pasir kucing mestilah anda mahukan yang mudah digunakan seperti mudah larut dalam air dan boleh dibuang dalam mangkuk tandas sahaja.

Pasir kucing jenama Kawan ini sangat mesra alam dan mudah digunakan kerana ia jenis yang boleh larut dalam air dan boleh flush dalam mangkuk tandas terus dengan selamat.

Selain itu, ia diperbuat daripada bahan serat organik yang selamat untuk kucing anda sekiranya kucing anda memakan pasir ini.

Pasir kucing ini juga jenis kurang habuk dan debu, jadi persekitaran rumah anda akan sentiasa bersih dan tidak berselerak selepas kucing menggunakannya.

Dengan jumlah 7 liter, mungkin pembelian 1 beg tidak mencukupi jika anda ada kucing yang banyak kerana pasir kucing ini perlu ditukar dengan agak kerap, jadi perlu beli lebih daripada 1 beg untuk tahan seminggu.

Pasir kucing tofu lavender
Cindy & Friends Soya / Tofu Cat Litter 7L (2.8kg)
Cindy & Friends
Cindy & Friends Soya / Tofu Cat Litter 7 Litter (2.8kg)
From
RM16.50
Check Cindy & Friends Soya / Tofu Cat Litter 7L (2.8kg) price below:
add_circle Mempunyai pelbagai pilihan aroma
add_circle Diperbuat dari bahan semula jadi
remove_circle Beli lebih 1 kalau kucing banyak

Mesti anda bosan bila beli pasir kucing yang tidak mempunyai bau apa-apa, dan hanya sekadar menghilangkan bau yang kurang menyenangkan selepas kucing kecing atau berak.

Kalau anda mahukan pasir kucing yang lain daripada lain, anda boleh dapatkan pasir kucing dari jenama Cindy & Friends ini kerana ia mempunyai aroma yang subtle.

Antara aroma pilihan yang boleh anda pilih adalah strawberi, teh hijau, lemon, lavender dan butterstoch pada harga yang murah dan berbaloi.

Diperbuat daripada ampas soya, iaitu bahan semula jadi yang selamat untuk kucing anda sekiranya kucing anda termakan pasir kucing ini.

Pasir kucing tofu 6L
Nurture Pro Pasir Tofu Kucing Soya Tofu Cat Litter
Nurture Pro Pasir Tofu Kucing Soya Tofu Cat Litter
From
RM24.65
Check Nurture Pro Pasir Tofu Kucing Soya Tofu Cat Litter price below:
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle 99% bebas habuk
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Cepat meresap air
remove_circle Tiada pilihan bau wangi

Nurture Pro Pasir Tofu Kucing ini diperbuat daripada 100% bahan boleh terbiodegradasi dan boleh dilerai dengan mudah dalam air.

Pasir kucing tofu soya ini menawarkan alternatif mesra alam, berbeza dengan pasir tanah liat dan silika tradisional.

Bila dah guna pasir ni, anda tidak perlu lagi risau tong sampah penuh dengan pasir kucing sebab anda boleh buangkannya di dalam jamban dan flush dengan mudah.

Selain itu, pasir tofu ini juga mempunyai penyerapan dan kawalan bau yang luar biasa, memastikan persekitaran rumah yang segar dan bersih untuk kucing kesayangan anda. 

Formula semula jadi pasir tofu ini bebas daripada bahan tambahan sintetik, bahan kimia, tanah liat, dan pewangi, menjadikannya selamat dan sihat untuk kucing anda. 

Paling penting, ia 99% bebas habuk bagi mengurangkan risiko masalah pernafasan untuk kucing dan juga manusia.

Pasir kucing tofu murah
PEIEN Cat Tofu Premium Super Clumping Natural Litter
PEIEN Cat Tofu Premium Super Clumping Natural Litter
From
RM8.90
Check PEIEN Cat Tofu Premium Super Clumping Natural Litter price below:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Mempunyai sifat anti bakteria
add_circle Tidak mengandungi bahan kimia
remove_circle Jumlah pasir sikit untuk 1 beg

PEIEN Cat Tofu Premium Super Clumping Natural Litter ini merupakan jenis pasir kucing yang selamat, boleh dimakan, dan mempunyai gred makanan, memastikan persekitaran bebas toksin untuk kucing kesayangan anda.

Selain itu, ia mudah disudip dan menyerap hingga lima kali beratnya, menjadikan proses pembersihan mudah. 

Sifat penyahbau dan antibakterianya memastikan kotak pasir kucing anda kekal kering dan berbau segar, menghalang pertumbuhan bakteria dan memastikan ruang yang bersih.

Pasir kucing ini juga boleh terurai dan boleh dipam ke dalam jamban dengan mudah.

Tapi perlu hati-hati untuk tidak memasukkannya dalam jumlah yang banyak ke dalam jamban untuk elak tersumbat.

Dengan tekstur yang ringan dan lembut, ia memberikan pengalaman yang lembut untuk tapak kaki kucing anda.

Pasir kucing tofu 7L
REFLEX Tofu Cat Litter
REFLEX Tofu Cat Litter
From
RM18.30
Check REFLEX Tofu Cat Litter price below:
add_circle Banyak pilihan aroma
add_circle 100% dari bahan semula jadi
add_circle Mudah untuk flush
remove_circle Perlu kerap tukar jika banyak kucing

Dengan penggunaan 100% bahan mentah semula jadi, pasir tofu ini menawarkan penyerapan cecair yang luar biasa melalui mineral semula jadi, menyerap dan menahan cecair dengan cepat untuk menghalang bau ammonia dari air kencing dan najis kucing.

Ini akan memastikan persekitaran rumah atau bilik yang berbau segar dan menghalang bau pada tahap maksimum.

Reflex TOFU Cat Litter mempunyai formula penggumpalan cepat, menjadikannya mudah disudip, dibilas, dan dibersihkan. 

Tersedia dalam pelbagai aroma yang menyenangkan, termasuk Lavender, Charcoal, Green Tea, Marseille Soap, Original, Peach, dan Baby Powder, terdapat pilihan untuk memenuhi setiap keutamaan anda.

Pasir kucing organik dan semula jadi ini juga direka untuk bebas habuk dan tidak berjejak, memastikan pengalaman yang bersih dan selesa untuk anda dan kucing anda.

Pasir kucing tofu charcoal
SOAR Tofu Cat Litter
SOAR Tofu Cat Litter
From
RM9.90
Check SOAR Tofu Cat Litter price below:
add_circle Nyah bau dengan berkesan
add_circle Penyerapan tinggi
add_circle Selamat untuk kucing
remove_circle Kerap tukar jika kucing banyak

SOAR Tofu Cat Litter diperbuat daripada sisa kacang soya semula jadi, pasir ini bebas dari bahan kimia dan pengawet, menjadi pilihan yang sihat dan bersih untuk kucing anda.

Formula bebas habuknya memastikan tiada kesan tapak kaki, dan proses penggumpalannya yang cepat mengurangkan pembaziran, menyediakan bekalan sehingga satu minggu untuk satu kucing dengan hanya 2kg pasir.

Selain itu, penyerapan airnya yang sangat efektif memastikan kotak pasir kering dan bersih. 

Paling penting, ia tidak berbau dan bebas pencemaran, mengawal bau dengan berkesan dan menghalang pertumbuhan bakteria untuk mengekalkan persekitaran yang bersih untuk anda dan kucing anda.

Pasir ini lembut dan selamat, memberikan ketenangan fikiran kerana ia tidak akan membahayakan kesihatan kucing anda.

Pasir kucing tofu premium
Japan Premium VLINK Tofu Charcoal Cat litter
Japan Premium VLINK Tofu Charcoal Cat litter
From
RM13.90
Check Japan Premium VLINK Tofu Charcoal Cat litter price below:
add_circle Boleh kawal bau busuk
add_circle Boleh flush dalam jamban
add_circle Penyerapan pantas
remove_circle Stok terhad

Pasir kucing premium dari Jepun ini dilengkapi dengan pembungkusan ZIP yang akan memastikan kesegaran pasir kucing dan kemudahan penggunaan.

Salah satu ciri utama VLINK Tofu Charcoal Cat Litter ialah keupayaan penyahbauan semula jadinya. 

Ia menyerap air kencing dengan berkesan dan mengeringkan sisa pepejal, memberikan kawalan bau yang terbaik untuk memastikan rumah anda sentiasa berbau segar.

Selain itu, pasir ini 100% boleh dipam ke dalam jamban, menjadikannya pilihan pembuangan yang lebih selamat dan mesra alam.

Dengan kadar penyerapan yang pantas, pasir kucing ini menyerap air dalam masa hanya 2 saat, cepat membentuk gumpalan yang mudah disudip dan dibersihkan.

Tambahan lagi, formulasi bebas habuk memastikan persekitaran rumah yang lebih bersih dan lembut pada sistem pernafasan manusia dan kucing. 

Buat kucing kesayangan anda pula, Granul 2mm memberikan tekstur yang selesa untuk tapak kaki kucing anda semasa memijak pasir kucing ini.

Pasir kucing tofu 10kg
Premium Clumping & Flushable Tofu Cat Litter
Premium Clumping & Flushable Tofu Cat Litter
From
RM85.35
Check Premium Clumping & Flushable Tofu Cat Litter price below:
add_circle 6 pack 1 carton
add_circle Penyerapan yang bagus
add_circle Selamat untuk kucing
remove_circle Kurang menyerap bau

Premium Clumping & Flushable Tofu Cat Litter dengan serat batang buloh ini boleh terurai secara biodegradasi dan selamat untuk alam sekitar. 

Sifatnya yang boleh dibilas memudahkan pembuangan, sama ada anda memilih untuk membuangnya ke dalam tandas atau menggunakannya sebagai baja taman.

Pasir kucing ini juga bebas dari bahan kimia berbahaya, memastikan pengalaman yang selamat dan tidak toksik untuk kucing anda.

Selain itu, formula bebas habuknya membuatkan rumah anda lebih bersih dan kualiti udara yang lebih baik, mengurangkan risiko masalah pernafasan untuk anda dan kucing anda.

Tambahan lagi, pasir kucing ini mempunyai keupayaan penggumpalan yang pantas, memudahkan proses pembuangan dan penyelenggaraan kotak pasir yang bersih. 

Keupayaan penyerapannya yang luar biasa memastikan kotak pasir kering dan bebas bau, meningkatkan keselesaan kucing anda.


Beza Tofu Dan Pasir Kucing Biasa

Pasir kucing tofu dan pasir kucing biasa (tanah liat) mempunyai perbezaan yang ketara dari beberapa sudut.

Pasir kucing tofu diperbuat daripada sisa kacang soya semula jadi dan bahan seperti serat batang buloh, menjadikannya mesra alam dan boleh biodegradasi.

Ia boleh dipam ke dalam tandas atau digunakan sebagai baja tanaman, menyediakan kaedah pembuangan yang selamat. 

Selain itu, pasir kucing tofu juga bebas daripada bahan kimia dan toksin berbahaya, memastikan ia selamat untuk kucing jika kucing anda memakannya.

Ia juga sangat berkesan dalam mengawal bau, menyerap bau yang tidak menyenangkan dengan berkesan. 

Juga, pasir kucing tofu adalah bebas habuk atau menghasilkan habuk yang sangat sedikit, jadi boleh mengurangkan risiko masalah pernafasan untuk kucing dan manusia. 

Tidak lupa juga, pasir tofu mengumpal dengan cepat dan kuat, memudahkan pembersihan dan penyelenggaraan kotak pasir yang bersih

Sifatnya yang ringan juga memudahkan pengendalian dan pengurusan.

Berbeza pula dengan pasir kucing biasa (tanah liat) yang diperbuat daripada tanah liat bentonit atau gel silika. 

Pasir kucing biasa tidak boleh biodegradasi dan tidak boleh dibilas; ia mesti dibuang dalam sampah. 

Selain itu, pasir tanah liat mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan jika tertelan oleh kucing. 

Walaupun ia memberikan kawalan bau yang sederhana, ia sering memerlukan pewangi tambahan.

Selain dari bau, pasir kucing tanah liat juga menghasilkan lebih banyak habuk, yang boleh menyebabkan masalah pernafasan untuk kucing dan manusia. 

Walaupun ia mempunyai keupayaan penggumpalan yang baik, ia tidak secepat pasir tofu. Kekurangan lain, pasir tanah liat lebih berat, menjadikannya lebih sukar untuk dibersihkan dan diurus.

Kesimpulannya, pasir kucing tofu menawarkan lebih banyak faedah dari segi kesihatan, kelestarian alam sekitar, dan kemudahan berbanding pasir kucing biasa (tanah liat). 

Ia adalah pilihan yang sangat baik untuk kucing yang mempunyai masalah pernafasan dan untuk pemilik yang mengutamakan produk mesra alam. 


Kebaikan Dan Keburukan Pasir Kucing Tofu

Mungkin anda sudah sedia maklum tentang kelebihan pasir kucing tofu, tetapi adakah pasir ini mempunyai keburukan tersendiri?

Antara kebaikan pasir kucing tofu adalah:

1. Mesra Alam:

  • Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti sisa kacang soya dan serat batang buloh, pasir kucing tofu adalah biodegradable dan boleh dipam, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk alam sekitar. Ia juga boleh digunakan sebagai baja tanaman.

2. Selamat untuk Kucing:

  • Bebas bahan kimia dan toksin berbahaya, pasir kucing tofu adalah selamat untuk kucing walaupun kucing anda tertelannya. Ini mengurangkan risiko kesihatan kepada kucing.

3. Pengawalan Bau yang Baik:

  • Pasir ini berkesan dalam menyerap bau, membantu mengekalkan kebersihan dan kesegaran udara di sekitar kotak pasir.

4. Bebas Habuk:

  • Pasir kucing tofu menghasilkan sedikit atau tiada habuk langsung, mengurangkan risiko masalah pernafasan untuk kucing dan pemilik.

5. Penggumpalan Cepat:

  • Keupayaan penggumpalan yang cepat dan kuat memudahkan pembersihan dan penyelenggaraan kotak pasir.

6. Ringan dan Mudah Diurus:

  • Pasir ini lebih ringan berbanding pasir kucing biasa, memudahkan pengendalian dan pengurusan.

Bagaimanapun, setiap perkara yang ada kebaikan tentu ada keburukannya yang tersembunyi. Jadi ini adalah beberapa keburukan pasir kucing tofu:

1. Kos Lebih Tinggi:

  • Pasir kucing tofu biasanya lebih mahal berbanding pasir kucing tanah liat biasa. Ini mungkin menjadi pertimbangan bagi pemilik yang mempunyai bajet yang ketat.

2. Sukar Dibeli di Sesetengah Kawasan:

  • Di beberapa kawasan, pasir kucing tofu mungkin tidak begitu mudah didapati seperti pasir kucing biasa.

3. Ketahanan terhadap Kelembapan Tinggi:

  • Di kawasan yang sangat lembap, pasir tofu mungkin memerlukan penggantian lebih kerap kerana ia menyerap kelembapan dari udara, yang boleh mengurangkan keberkesanannya.

4. Perlu Penyimpanan Kering:

  • Untuk mengekalkan keberkesanannya, pasir tofu perlu disimpan di tempat yang kering untuk mengelakkan penyerapannya sebelum digunakan.

Pasir kucing tofu menawarkan banyak kebaikan dari segi kesihatan, kebersihan, dan kelestarian alam sekitar, menjadikannya pilihan yang baik untuk pemilik kucing yang mengutamakan aspek ini. 

Namun, faktor kos dan ketersediaan mungkin menjadi halangan bagi sesetengah pemilik. 

Walaupun begitu, kelebihan yang ditawarkan, seperti bebas habuk dan selamat untuk kucing, tentunya dapat mengatasi keburukan yang ada.

End of Article