Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
makanan-kucing-nutrisi-terbaik

Pastikan Nutrisi Taurin Jadi Teman Baik Si Meowy

Pemilihan jenis makanan yang tepat dapat menjadikan kucing anda kekal sihat dan sukar sakit.

Jika dilihat, terdapat banyak pilihan makanan kucing yang ada di pasaran. Sampaikan kita sendiri tak tahu nak pilih mana satu untuk Si Meowy.

Tapi ada yang jenis ‘tangkap muat’ beli yang asal ada atau paling mahal kononnya itulah makanan terbaik kucing mereka.

Sebenarnya, harga makanan kucing bukan satu pengukur kualiti terbaik atau tidak. Apa yang penting adalah kesesuaian mengikut jenis kucing.

Lagipun pemilihan jenis makanan yang tepat dapat menjadikan kucing anda lebih berselera, kekal sihat dan sukar mengalami sakit.

Tapi anda perlu tahu, makanan anak kucing dan dewasa adalah berbeza kerana anak kucing memerlukan kandungan vitamin, mineral, kalori, dan protein yang tinggi.

Malah, mungkin dua atau tiga kali ganda berbanding kucing dewasa. Kalau tak cukup, pasti akan timbul banyak implikasi.

Misalnya masalah penghadaman, kekurangan nutrisi, tumbesaran terbantut, badan kurus dan banyak lagi.

Berapakah Bacaan Gizi Untuk Anak Kucing & Dewasa?

Untuk bacaan jumlah gizi yang tepat, makanan anak kucing perlu mengandungi paling tidak 30% protein dan 9% lemak.

Manakala, makanan kucing dewasa pula sekurang-kurangnya 26% protein dan 9% lemak.

Jumlah gizi ini dikeluarkan oleh pihak Association of American Feed Control Officials (AAFCO).

Bukan tu je, kenal pasti juga jenis kucing anda kerana tak semua makanan kucing sesuai untuk semua kucing.

Salah bagi, kucing anda pasti akan kerap muntah. Ha, pasti ada yang fikir berat untuk menjaga seekor kucing, makanan pun susah nak pilih.

Sebenarnya tak susah pun kalau baca label dan kandungan nutrisi terlebih dahulu atau bertanya pada doktor haiwan apakah jenis makanan yang sesuai untuk jenis kucing anda.

Bukan apa, langkah ini dapat memastikan si bulu menerima nutrisi yang cukup berdasarkan tahap umurnya.

Cuma ingin diingatkan juga makanan kucing basah dan kering ada perbezaannya. Jom kami bongkarkan.

Apa Perbezaan Makanan Kucing Basah & Kering?

Berita baik, disebabkan teknologi semakin berkembang, jadi proses pembuatan makanan kucing juga menggunakan mesin teknologi yang canggih.

Tapi apa yang pasti, terdapat banyak perbezaan antara makanan basah dan kering.

Kedua-dua jenis makanan ini hanya mempunyai perbezaan tekstur dan nutrisi saja.

Secara kasarnya, perbezaan yang kita boleh lihat adalah;

Makanan kering

  • Lebih murah.
  • Tahan lama.
  • Mudah disimpan.
  • Kandungan air yang sedikit.

Makanan basah

  • Lebih mahal.
  • Sukar disimpan.
  • Kandungan air yang banyak.
  • Sering menjadi makanan kegemaran si kucing.

Cuma apa yang perlu dititik-beratkan adalah kewangan anda, berat kucing, tahap kesihatan mereka dan jenis baka kucing.

Daripada pengamatan ini anda boleh memberi kucing anda makanan yang terbaik mengikut kesesuaian selera mereka.

Misalnya, anda mempunyai baka kucing bulu panjang dan lebat seperti parsi, maine coon atau kucing hutan norway jadi anda perlu beri makanan khas hanya untuk baka bulu lebat.

Dari segi nutrisi pula, makanan kering dan basah kedua-duanya mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Sebaiknya berikan cik meow makanan berselang-seli memandangkan mereka memerlukan nutrisi protein, karbohidrat, serat dan air.

Nak mudah, anda boleh rujuk jenis makanan kucing dari jenama Me-O ini.

Makanan basah Me-O

  • Makanan basah jenis lick – Makanan basah jenis lick Me-O adalah jenis makanan yang sering dijadikan sebagai snek. Ini bukanlah makanan utama kucing tetapi sedap dan senang digunakan untuk mengeratkan ikatan dengan cik meow. MeO Cat Lick mengandungi kandungan taurina dan Omega 6, Zinc & DL Methionne dan Zink. Jenis makanan ini terdapat 7 perisa, pilih saja!
  • Makanan basah dalam tin – Makananan basah dalam tin Me-O terkenal dengan keenakkanya di mana seringnya ditambahkan ke atas makanan kering untuk meningkatkan keseleraan cik meow. Terdapat 3 jenis perisa di mana setiap satunya mengandungi 10% Protein, 2% Lemak, 1% Crude Fiber dan 84% kandungan air.
  • Makanan basah dalam pouch - Makananan basah dalam pouch Me-O sering juga ditambahkan ke atas makanan kering Me-O. Isi ikan dan makanan laut yang segar dan berkualiti tinggi amatlah menyelerakan. Makanan basah dalam pouch siap pek dalam saiz satu kali makan untuk mengelakkan pembaziran dan contaminasi yang berlaku atas cara penyimpanan yang tidah betul.
  • Makanan ringan – Selain makanan utama dalam bentuk kering dan basah, cik meow juga boleh dapatkan makanan ringan atau snek Me-O dalam bentuk kering Walaupun dalam bentuk snek, semua makanan ringan dari Me-O ini mengandungi Taurina dan nutrisi lain juga.

Makanan kering Me-O

  • Makanan kering kucing dewasa - Makanan bernutrisi lengkap membantu tumbesaran yang baik buat Si Meowy. Terdapat 7 perasa iaitu Tuna, ayam dan sayur, daging dan sayur dan makanan laut, Gourmet, Ikan Salmon, Makerel/Sardin.
  • Makanan kering anak kucing - Makanan anak kucing ini mengandungi nutrisi yang lebih lengkap bagi mendorong tumbesaran. Sangat disarankan untuk melembabkan makanan dengan air atau susu bagi mengimbangkan proses menukarkan susu kepada makanan kering.
  •  Formulasi steril - Bagi kucing yang mengalami masalah obesiti atau FLUD, sangat disarankan beri jenis makanan ini kerana diformulasi diet rendah kalori dan mempunyai kandungan serat yang baik.
  • Formulasi kucing parsi - Disebabkan kucing parsi cenderung dengan masalah bebola bulu jadi makanan kucing Me-O diformulasi dengan penambahan serat supaya bebola bulu dapat disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Apa Masalah Kesihatan Yang Sering Kucing Alami?

Kucing indoor dan outdoor selalunya mengalami masalah kesihatan yang berlainan.

Ini disebabkan nutrisi yang mereka peroleh berbeza malah kucing indoor mendapat penjagaan lebih baik berbanding kucing outdoor.

Tapi apa yang si bulu akan alami jika tidak mendapat nutrisi makanan yang cukup adalah:

  • Feline Distemper

    Penyakit ini disebabkan virus yang merebak ke sel-sel tulang, saluran usus dan bahagian janin.

    Simptom yang kita boleh lihat apabila kucing anda kerap minum air, muntah setiap kali makan, cirit-birit berdarah dan lesu.

  •  Feline Infectious Enteritis

    Penyakit ini pula disebabkan virus yang menyerang sel darah putih sehingga menyebabkan berat badannya menurun secara mendadak.

    Sekaligus menjadikan imunisasi badan lemah dan kucing menunjukkan beberapa simptom seperti demam, cirit-birit, kurang selera makan dan muntah.

    Boleh terjadi pada anak kucing kerana kurang nutrisi sehingga memberi impak buruk pada sistem badan.

  • Feline Chlamydia

    Seterusnya, penyakit yang berpunca daripada bakteria yang menyerang pada bahagian mata kucing dan mengalami konjungvitis.

    Anda boleh mengetahui jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda kerap bersin dan batuk, masalah bernafas, demam, anoreksia dan mata berair.

Bagaimana Untuk Mengatasi Dari Penyakit Ini?

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis penyakit yang boleh dihidapi tapi inilah antara penyakit yang boleh dijangkiti oleh kucing jika tidak mendapat nutrisi yang cukup.

Jangan risau, ada jalan penyelesaian kerana penyakit yang kami senaraikan di atas boleh dirawat hingga sembuh asalkan belum terlambat.

Berita baiknya lagi, penyakit ini boleh dicegah dari awal jika anda menjaga mereka dengan baik.

Antaranya memberi suntikan vaksin secara berkala mengikut temu janji yang telah ditetapkan.

Selain itu, beri makanan yang tinggi zat supaya dapat meningkatkan sistem imun badan.

Caranya pastikan makanan kucing anda mengandungi gizi Taurina kerana penting untuk otot, jantung, penglihatan, penghadaman dan sistem pembiakan.

Bukan apa, kucing tidak seperti haiwan lain, mereka sangat memerlukan asid amino ini dalam pemakanan harian.

Kesan bila jumlah Taurina tidak cukup dalam badan, secara tidak langsung boleh menjadikan tahap kesihatan kucing anda menurun.

Sekaligus menyebabkan kebutaan, timbul masalah jantung, mengalami masalah sistem saraf dan imun rendah.

Dimana Anda Boleh Jumpa Taurina?

Untuk pengetahuan anda, setiap kucing memerlukan sebanyak 0.10% - 0.20%, bergantung kepada jenis makanan.

Ini kerana kebaikan Taurina pada kucing adalah;

  •       Stimulasi pertumbuhan otot.
  •       Beri kesan baik pada sel retina mata.
  •       Membantu dalam penghasilan hempedu.
  •       Berfungsi sebagai antioksida dan neutotansmiter.
  •       Mengawalselia air dan garam dalam sel seluruh badan.

Kandungan Taurina boleh ditemui secara semulajadi dalam protein dari sumber haiwan.

Antaranya telur, hati ayam dan lembu, udang dan kerang cuma semua ini perlu direbus terlebih dahulu bukan digoreng bagi mengelakkan zat Taurin tidak terurai.

Malah, dalam makanan kucing Me-O juga mengandungi jumlah kandungan Taurina seperti yang telah ditetapkan oleh US National Research Council (NRC) dan Association of American Feed Control Officials (AAFCO).

Jadi tidak perlu susah-susah untuk merebus makanan mereka kerana Me-O kan ada.

Anda boleh menyemak bahagian label kandungan pada belakang bungkusan bagi mengetahui apakah kandungan Taurina ada.

Tapi, kami sudah membuat semakan bagi memudahkan anda mengetahui mana satu makanan basah dan kering Me-O yang mengandungi Taurina.

mulai
RM0.00
Semak Me-O Official Store Online harga dibawah:

Related articles

End of Article