Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan untuk makanan basah kucing di Malaysia ialah Fussie Cat USA Premium Cat Canned, RM3.85 di Shopee Malaysia (harga disemak 4 Oktober 2026), sesuai untuk kucing yang perlukan kandungan taurin tinggi tanpa bajet besar. Kalau bajet lebih ketat, Kucinta Cat Canned Food 400g pada RM3.09 ialah makanan kucing basah paling murah dalam senarai ini.
Kami menyemak harga sembilan jenama makanan basah kucing ini di Shopee Malaysia pada 4 Oktober 2026. Panduan ini disemak oleh pasukan editorial ProductNation (lihat profil Afiqa Azrif), yang menyemak harga produk haiwan peliharaan di Malaysia secara berkala.
Kandungan
- Senarai 9 Jenama Wet Food Kucing Terbaik
- Terbaik secara keseluruhan: Fussie Cat USA Premium Cat Canned
- Terbaik dan paling murah: Kucinta Cat Canned Food 400g
- Terbaik untuk bajet sederhana: SmartHeart Cat Canned Food 400g
- Terbaik tanpa bahan pengawet: MISHA Wet Canned Cat Food 400g
- Terbaik untuk kandungan taurin tinggi: ProDiet Wet Cat Food Adult 400g
- Terbaik untuk kucing dewasa: Whiskas Ocean Fish 400g
- Terbaik untuk pelbagai pilihan perisa: Snappy Tom Cat Canned Food 400g
- Terbaik sebagai snek sachet: Sheba Melty Mix Flavour Creamy Cat Treats
- Terbaik untuk nutrisi seimbang: Me-O Wet Food
- Cara Kami Pilih Senarai Wet Food Kucing Ini
- Panduan Memilih Makanan Basah Kucing Terbaik
- Cara Simpan Makanan Kucing Dalam Tin
- Soalan lazim
- Artikel Berkaitan
Tahukah anda, kucing memerlukan 41 nutrient untuk mengekalkan kesihatannya dan selepas umurnya setahun, keperluan nutrien akan berubah sekali lagi bila umurnya mencecah 7 tahun.
Malah, jenis makanan untuk mereka juga perlu dipelbagaikan supaya mereka tak bosan dan dapat nutrien yang cukup dari setiap jenis makanan.
Jadi selain beri makanan kucing jenis kering atau kibbles, pemberian jenis makanan basah kucing juga penting untuk tumbesaran dan kesihatan si bulus.
Lagipun nutrisi yang ada pada makanan kucing dalam tin sedikit berbeza berbanding kibbles biasa.
Cuma mana satu wet food terbaik untuk si comel? Adakah dinilai dari harga makanan kucing basah?
Jadi kami mudahkan anda dengan menyenaraikan jenama wet food kucing terbaik untuk kucing anda. Jom lihat!
MISHA Wet Canned Cat Food 400gRM4.50Shopee
SmartHeart Cat Canned Food 400gRM4.99Shopee
ProDiet Wet Cat Food Adult 400gRM6Shopee
Whiskas Ocean Fish 400gRM6Shopee
Kucinta Cat Canned Food 400gRM3.09Shopee
Snappy Tom Cat Canned Food 400gRM4.37Shopee
Sheba Melty Mix Flavour Creamy Cat TreatsRM5.48Shopee
Fussie Cat USA Premium Cat CannedRM3.85Shopee
Me-O Wet FoodRM4.99Shopee
Senarai 9 Jenama Wet Food Kucing Terbaik
Terbaik secara keseluruhan: Fussie Cat USA Premium Cat Canned
Sebab menjadi pilihan utama:
Jenama makanan basah kucing dari Fussie Cat dapat memastikan kucing anda menerima nutrien yang diperlukan secukupnya supaya pertumbuhan dan tumbesaran sempurna.
Ciri-ciri:
Kandungan dalam makanan basah kucing ini mengandungi nutrisi yang seimbang dan kaya dengan taurin.
Jadi dapat beri kesihatan yang baik pada bahagian penglihatan dan mencegah jangkitan saluran kencing.
Selain itu, dengan kandungan yang kaya dengan nutrisi, taurin dan vitamin dapat memberi pencegahan jangkitan pada saluran kencing.
Terdapat lebih 10 jenis pilihan perisa, anda boleh pilih mana-mana untuk dihidangkan pada si bulu.
Review:
“Boleh dikatakan jenama paling bagus dan terbaik untuk makanan kucing saya, dia pun tak muntah dengan kerap dah,”
Terbaik dan paling murah: Kucinta Cat Canned Food 400g
1 lagi
Walaupun murah tapi kandungan nutrien dalam makanan basah ini mengandungi 4 nutrien penting.
Antaranya omega 3, protein, antioksidan, anti-radang dan mineral dimana semuanya bagus untuk otot, bulu dan kulit.
Malah dengan kandungan tinggi taurin, dapat memberikan penglihatan dan jantung yang baik untuk si bulu.
Analisis nutrisi dalam jenama tin ini adalah;
- Protein mentah: 10.0-14.0%
- Lemak mentah: 2.0%
- Serat mentah: 1.0%
- Garam: 1.0%
Terbaik untuk bajet sederhana: SmartHeart Cat Canned Food 400g
Bagi anda yang memiliki bajet terhad, makanan basah kucing ini sangat pilihan yang tepat.
Bukan saja murah tapi nutrisi yang terkandung dalam makanan ini dapat beri beberapa kebaikan pada kesihatan si bulus.
Antaranya menguatkan gigi serta tulang, meningkatkan imun sistem, menguatkan otot, memberikan bulu bersinar dan menguatkan penglihatan.
Ini kerana makanan kucing dari jenama Smartheart mengandungi protein, taurin, vitamin, minerals dan lemak.
Terbaik tanpa bahan pengawet: MISHA Wet Canned Cat Food 400g
1 lagi
Makanan kucing jenis basah dengan berat 400g ini mengandungi isi tuna 100% tanpa bahan pengawet dan nutrisi yang mencukupi untuk seekor kucing.
Antaranya bagus untuk penghadaman, membri penglihatan yang baik, baik untuk bulu dan kulit.
Ini kerana mengandungi protein, taurin, minyak Omega 3 & 6 untuk kulit sihat dan bulu bersinar serta antioksidan membantu melindungi sel dan tisu.
Kandungan yang ada dalam tin ini adalah tuna, minyak kacang soya, carrageenan, vitamin dan mineral penting, antioksidan.
Analisis nutrisi dalam jenama tin ini adalah;
- Protein mentah: 13%
- Lemak mentah: 2.5%
- Serat mentah: max 1%
- Lembapan: max 82%
Terbaik untuk kandungan taurin tinggi: ProDiet Wet Cat Food Adult 400g
1 lagi
ProDiet Wet Food dibuat dengan ikan segar dan penuh dengan nutrien penting seperti taurin dimana bagus antung dan penglihatan yang baik.
Padat dengan protein dan asid lemak omega-3 untuk membantu kucing anda kekal sihat dan bulu berkilat.
Dibuat tanpa sebarang pengawet tambahan, jadi kucing anda kurang risiko dijangkiti penyakit barah.
Makanan kucing ini mempunyai pelbagai perisa seperti ikan, ayam, tuna dan salmon.
Terbaik untuk kucing dewasa: Whiskas Ocean Fish 400g
1 lagi
Genap satu tahun si comel melangkah ke alam dewasa kadar nutrien yang diperlukan adalah berbeza.
Malah, pada usia ini kucing memerlukan bekalan protein yang 4x lebih tinggi berbanding manusia.
Jadi, produk Whiskas mengandungi 41 zat makanan dan direka khas untuk memastikan si comel dibekalkan dengan nutrien 100% yang lengkap dan seimbang.
Diperbuat daripada ikan segar yang lazat, berkhasiat dan mengandungi lebih air untuk kesihatan dalaman si bulu.
Kandungan air ini memastikan kesihatan saluran kencing dan kandungan kalorinya lebih rendah berbanding makanan kering.
Terbaik untuk pelbagai pilihan perisa: Snappy Tom Cat Canned Food 400g
1 lagi
Apa yang best dengan jenama wet food kucing terbaik, Snappy Tom ini adalah mempunyai 8 jenis pilihan perisa untuk si bulu.
Antaranya Sardines in Smoked Salmon Jelly, Whole Fish, Tuna bersama Sardine Chunk, Tuna bersama ayam, ayam, ayam bersama hati lembu, ayam bersama kepingan tuna dan kambing.
Dalam setiap tin akan mengandungi protein, agen pembentukan gel, pewarna dibenarkan, taurin, mineral dan vitamin.
Paling penting tidak mengandungi bahan tiruan dan menggunakan isi protein yang baik untuk kucing.
Dalam makanan basah Snappy mengandungi jumlah nutrien yang telah analisis iaitu;
- Protein mentah: 10.0%
- Lemak mentah: 1.5%
- Serat mentah: 1.0%
- Garam: 1.0%
Terbaik sebagai snek sachet: Sheba Melty Mix Flavour Creamy Cat Treats
Jenis makanan kucing basah sachet jenama Sheba ini mempunyai tekstur berkrim dan rasa sedap.
Terdapat dua pilihan perisa iaitu tuna dan tuna & makanan laut yang dihasilkan dari isi protein sebenar.
Walaupun bungkusan kecil tapi mengandungi nilai kalori yang cukup untuk saiz hidangan kecil iaitu 8 Kcal.
Dengan cara beri makanan menggunakan tangan anda sendiri dapat membina hubungan rapat antara anda dan si bulu.
Terbaik untuk nutrisi seimbang: Me-O Wet Food
2 lagi
Makanan kucing basah dari jenama Me-O mengandungi isi daging dan ikan sebenar.
Kemudian dicampur dengan pelbagai tekstur dan perisa mengikut kesesuaian kucing.
Malah, jenama makanan basah kucing dari Me-O ini menambah pelbagai vitamin untuk meningkatkan imunisasi si bulu.
Selain itu, terdapat empat lagi nutrisi penting dalam makanan basah jenis Me-O ini antaranya protein, lemak, mineral dan taurin plus.
Semua nutrisi ini dapat memastikan otot dalam keadaan baik, bulu kucing yang bersinar, kulit yang sihat, menguatkan tulang dan gigi serta dapat beri penglihatan yang tajam.
Boleh dikatakan makanan basah jenama Me-O ini mengandungi natrium yang seimbang.
Cara Kami Pilih Senarai Wet Food Kucing Ini
Kami menyemak harga sebenar setiap produk di Shopee Malaysia pada 4 Oktober 2026, bukan harga cadangan jenama. Produk yang kekal dalam senarai ini mesti ada pautan pembelian yang masih aktif dan sekurang-kurangnya satu peniaga sah yang menjual di Malaysia. Kami juga mengutamakan jenama dengan kandungan nutrisi yang dinyatakan jelas pada label (protein, taurin, omega 3 & 6), supaya anda boleh bandingkan secara adil. Kelebihan dan kekurangan setiap produk (dalam kad di bawah) ditulis berdasarkan kandungan yang dinyatakan oleh jenama sendiri, bukan ujian makan sebenar ke atas kucing, kerana kami tidak menguji makanan ini sendiri.
Panduan Memilih Makanan Basah Kucing Terbaik
Bukan semua makanan basah kucing sesuai untuk setiap kucing. Berikut perkara yang kami semak sebelum letak jenama dalam senarai ini.
Semak kandungan protein dan taurin
Pilih makanan dengan protein haiwan sebagai bahan utama dan kandungan taurin yang jelas dinyatakan, kerana taurin penting untuk jantung dan penglihatan kucing.
Elakkan bahan pengawet dan pengisi berlebihan
Jenama yang tiada bahan pengawet dan tiada campuran jagung biasanya lebih sesuai untuk kucing yang sensitif pada penghadaman.
Pilih mengikut citarasa dan tekstur
Kucing yang pilih makan selalunya lebih suka jenama dengan pelbagai pilihan perisa, supaya anda boleh tukar-tukar bila si bulu mula bosan dengan satu perisa.
Sesuaikan dengan peringkat umur kucing
Kucing dewasa memerlukan nutrien yang berbeza daripada anak kucing, jadi semak sama ada jenama itu direka khas untuk kucing dewasa atau untuk semua peringkat umur.
Cara Simpan Makanan Kucing Dalam Tin
Tidak dinafikan makanan basah kucing dapat menaikkan selera si bulu.
Jadi perkara utama yang anda perlu tahu soal makanan basah kucing adalah cara simpan supaya tidak mudah basi.
Ini kerana makanan basah kucing tidak sama seperti makanan kucing kering yang boleh disimpan pada suhu bilik apabila sudah dibuka.
Jika dibiarkan lebih dari 4 jam di suhu bilik dalam keadaan terbuka, bakteria lebih mudah aktif dan cepat membiak.
Sebaiknya, selepas buka tin makanan basah ini tutup semula dengan plastik atau apa saja asalkan ditutup dengan penuh
Bila sudah tin sudah ditutup, pastikan anda simpan makanan tersebut dalam peti sejuk yang bersuhu 4-7 darjah celsius.
Kemudian, pastikan anda mencedok dengan sudu yang bersih supaya dapat mengekalkan kesegaran serta nutrisi makanan.
Akhir sekali makanan basah kucing yang disimpan dalam peti ais perlulah dibuang selepas 5 hari.
Ini kerana makanan mereka yang sudah bercampur dengan udara secara tidak langsung akan mengubah rasa dan tekstur.
Soalan lazim
Apakah makanan kucing terbaik di Malaysia?
Berdasarkan semakan kami di Shopee Malaysia pada 4 Oktober 2026, Fussie Cat USA Premium Cat Canned (RM3.85) ialah pilihan terbaik keseluruhan untuk makanan basah kucing kerana kandungan taurin yang tinggi dan harga yang berpatutan. Untuk bajet lebih ketat, Kucinta Cat Canned Food 400g (RM3.09) turut menawarkan nutrien penting pada harga paling murah dalam senarai ini.
Berapa kali bagi kucing makan wet food?
Kucing dewasa biasanya diberi makanan basah 1 hingga 2 kali sehari, bergantung sama ada ia digunakan sebagai makanan utama atau sekadar tambahan kepada makanan kering. Anak kucing dan kucing yang kurang berat badan boleh diberi lebih kerap, sehingga 3 hingga 4 kali sehari dalam kuantiti lebih kecil. Rujuk doktor haiwan jika kucing anda ada keperluan pemakanan khusus.
Apakah makanan yang sihat untuk kucing?
Makanan yang sihat untuk kucing mengandungi protein haiwan sebagai bahan utama, taurin, dan tanpa bahan pengawet atau pengisi seperti jagung yang berlebihan. Jenama seperti MISHA Wet Canned Cat Food yang tiada bahan pengawet dan ProDiet dengan kandungan taurin tinggi memenuhi kriteria ini tanpa harga premium penuh.
Apakah jenama makanan kucing yang tidak bagus?
Elakkan jenama yang tidak menyatakan kandungan nutrisi dengan jelas pada label, atau yang menyenaraikan jagung, gandum, atau pewarna tiruan sebagai bahan utama. Harga yang jauh lebih murah daripada purata pasaran tanpa jenama atau pengeluar yang jelas juga patut buat anda berhati-hati sebelum membeli.




