Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sikat kucing

11 Sikat Kucing Terbaik di Malaysia 2024

Berus bulu kucing bagi mengurangkan gumpalan bulu gugur.

Bukan mudah nak jaga kebersihan dan kesihatan haiwan peliharaan lebih-lebih lagi yang jenis berbulu, misalnya kucing.

Jadi bagi tuan kucing pasti runsing dengan masalah bulu kucing yang berterbangan dan bersepah di lantai rumah.

Jalan penyelesaiannya adalah memberus bulu kucing bagi mengurangkan gumpalan bulu gugur, menghindari masalah kulit dan sebagainya.

Lagipun, aktiviti ini boleh mengeratkan kasih sayang dan mereka memerlukan bantuan terutama apabila mereka meningkat usia tua.

Jadi, kami nak kongsikan beberapa jenis sikat bulu kucing terbaik yang bagus untuk kesihatan bulu si bulus anda.


Senarai 11 Sikat Kucing Terbaik

Sikat kucing terbaik secara keseluruhan
GUN PET Pet Cat Self Grooming Massage Brush
mulai
RM4.20
Semak GUN PET Pet Cat Self Grooming Massage Brush harga dibawah:
add_circle Terdapat 3 pilihan warna
add_circle Harga murah
add_circle Lembut & selamat digunakan
remove_circle Perlu ajar kucing cara guna alat ini

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Berus kucing ini akan mudahkan rutin harian anda yang sibuk untuk mendandan si bulus kerana boleh diletakkan pada dinding atau hujung perabot. 

Ciri-ciri;

Produk sikat bulu kucing ini mudah untuk pemilik kucing kerana kucing boleh menggesel badan mereka sendiri pada alat ini.

Anda juga juga boleh sikat bulu kucing dan buang bulu yang gugur secara manual. 

Cuma anda disarankan untuk letakkan Catnip pada alat ini untuk menarik perhatian kucing agar menggunakan sikat bulu kucing terbaik ini. 

Review;

Berus diperbuat daripada bahan yang kuat, jadi tak mudah patah. Nak letak kat mana-mana dinding pun mudah sebab ada 4 skru dan 4 tape double-sided. Kucing pun suka guna berus ni,

Sikat bulu terbaik untuk anak kucing
WaggyWaggy Budget Needle Comb Cat
mulai
RM1.99
Semak WaggyWaggy Budget Needle Comb Cat harga dibawah:
add_circle Pemegang anti gelincir
add_circle Tidak menyebabkan alergik
add_circle Sesuai untuk anjing & kucing
add_circle Harga murah

Sikat bulu kucing yang diperbuat daripada plastik dan stainless steel ini boleh digunakan untuk merapikan kucing dewasa dan anak kucing.

Jangan risau, sikat bulu kucing ini sesuai untuk pelbagai jenis saiz dan bulu kucing. 

Sangat mudah untuk dibersihkan kerana hanya perlu menekan butang, kemudian bulu-bulu kucing yang melekat pada alat boleh ditarik dengan mudah untuk dibuang.

Terdapat 5 pilihan warna berus yang boleh dipilih oleh semua pencinta kucing.

Sikat kutu kucing
Pet Flea Comb
mulai
RM4.90
Semak Pet Flea Comb harga dibawah:
add_circle Terdapat 2 pilihan saiz
add_circle Pelbagai pilihan warna
add_circle Harga sangat murah
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit haiwan

Jika kucing anda mengalami masalah kutu, memang wajib guna sikat kutu yang direka seperti jarum ini untuk menghilangkan kutu dan telurnya. 

Boleh digunakan juga pada mana-mana haiwan berbulu yang menghadapi masalah yang sama. 

Yang penting, rekaannya ergonomik, jadi selesa untuk dipegang. Sikat kutu kucing ini boleh digunakan pada si bulus yang berbulu panjang. 

Alat ini turut bagus untuk membersihkan kekotoran atau merapikan bulu kucing yang kusut.

Berus kucing jenis silikon
mulai
RM3.80
Semak PET Silicone Bath Brush Massage harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Lembut & elastik
add_circle Selesa dipegang
add_circle Boleh urut badan kucing

Berus silikon ini sesuai digunakan untuk memandikan kucing atau anjing peliharaan anda.

Ini kerana boleh membersihkan kulit dan bulu haiwan dengan bagus dan mendalam. 

Turut berkesan untuk exfoliate badan kucing supaya selepas ini si bulus anda dah tak takut terkena air lagi. 

Terdapat 3 pilihan warna berus yang disediakan untuk iaitu biru, merah jambu dan kuning. 

Paling bagus, pengguna boleh letak sabun atau syampu kucing ke dalam lubang kecil yang tersedia pada berus ini. 

Jadi, apabila bahagian atas berus ditekan, syampu tadi akan keluar daripada bahagian bawah. 

Sekali gus syampu akan berbuih dengan banyak walaupun kuantiti yang digunakan sedikit. 

Sarung tangan buang bulu kucing
Pet Cat Grooming Glove
mulai
RM2.50
Semak Pet Cat Grooming Glove harga dibawah:
add_circle Bahagian tapak tangan jenis silikon
add_circle Persis seperti sentuhan tangan
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Perlu cuci sarung tangan terus

Bukan mudah nak bersihkan kucing sebab terutama kucing yang suka gigit tangan kita. 

Bagi penyelesaian ini, anda disarankan untuk guna sarung tangan khas ini untuk buang bulu kucing yang gugur atau untuk deshedding

Sesuai dipakai oleh semua jenis saiz tangan kerana direka dengan velcro strap yang boleh disesuaikan mengikut keperluan. 

Boleh juga digunakan untuk urut kepala, muka, ekor atau perut kucing anda. 

Sarung tangan ini turut diperbuat dari fabrik yang breathable, jadi tapak tangan anda tak mudah berpeluh.

Sikat bulu kucing kusut
2 in 1 Pet Hair Dryer And Comb
mulai
RM68.50
Semak 2 in 1 Pet Hair Dryer And Comb harga dibawah:
add_circle Sesuai dengan anjing & kucing
add_circle Rekaan ergonomik & ringan
add_circle Tidak berbunyi bising
add_circle Ada ciri keselamatan
remove_circle Perlu kuasa elektrik

Pengering bulu kucing 2 dalam 1 ini pula boleh menjimatkan masa anda untuk bersihkan kucing kerana boleh rapikan bulu kucing yang bergumpal atau kusut. 

Boleh digunakan selepas mandikan kucing atau untuk keringkan bulu kucing selepas terkena air hujan. 

Suhu pengering bulu kucing ini juga boleh dilaraskan jadi anda boleh pilih ikut ketebalan bulu kucing. 

Jangan risau, alat ini tidak akan sakiti kucing sebab angin pengering rambut sangat lembut walaupun kuat. 

Jadi, tak akan rosakkan bulu kucing comel anda.

Sikat untuk kucing berbulu pendek
SUPERSAVE Pet Comb Fur Removal
mulai
RM4.99
Semak SUPERSAVE Pet Comb Fur Removal harga dibawah:
add_circle Pemegang sikat ergonomik
add_circle Sesuai dengan anjing & kucing
add_circle Tidak akan menyakitkan kulit haiwan

Apa yang menarik tentang sikat untuk kucing ini ialah harganya murah tapi kualitinya tak mengecewakan. 

Ini kerana boleh mengurangkan masalah bulu gugur atau shedding sehingga 90%. 

Sikat ini yang diperbuat daripada stainless steel akan membuang bulu-bulu yang telah gugur dengan selamat dan cepat. 

Bahagian pemegang sikat ini turut direka dengan ciri anti gelincir. 

Paling penting, lengkap dengan butang Quick Release yang memudahkan pemilik kucing untuk membuang bulu-bulu gugur yang melekat pada sikat.

Sikat untuk kucing bulu panjang
Cat Comb Pet Hair Removal
mulai
RM6.50
Semak Cat Comb Pet Hair Removal harga dibawah:
add_circle Boleh urut kucing
add_circle Terdapat 3 pilihan warna sikat
add_circle Bulu kusut mudah dileraikan
add_circle Sesuai juga untuk anjing & arnab
remove_circle Kurang sesuai untuk anak kucing

Sikat kucing ini mempunyai butang Self-Cleaning agar bulu kucing yang terlekat pada sikat boleh dibersihkan dengan mudah. 

Berus ini tidak akan mencenderakan anda ataupun haiwan peliharaan ketika proses merapikan bulu kucing. 

Dalam masa yang sama, penggunaan sikat ini akan meningkatkan peredaran darah kucing anda. 

Lagi bagus, bahagian pemegang jenis anti gelincir dan sangat selesa untuk anda pegang. 

Berkesan juga untuk hilangkan kekotoran pada kucing yang berbulu panjang dan pendek.

Sikat kucing stainless steel
Stainless Steel Comb for Cat Dog
mulai
RM3.19
Semak Stainless Steel Comb for Cat Dog harga dibawah:
add_circle Merapikan bulu kucing
add_circle Boleh urut badan haiwan
add_circle Boleh singkirkan kekotoran pada bulu kucing
remove_circle Kurang efektif

Walaupun nampak macam tajam, tapi anda boleh guna sikat ini untuk berus bulu kucing dengan selamat kerana bahagian hujungnya jenis bulat. 

Diperbuat daripada stainless steel, sikat bulu kucing ini dijamin tidak akan mudah patah. 

Selain boleh buang bulu gugur, turut berkesan untuk hilangkan kekusutan pada bulu si comel anda. 

Uniknya lagi, sikat in boleh digunakan pada semua saiz anjing dan kucing tak kira yang berbulu panjang ataupun pendek. 

Dijamin selepas ini, kucing anda akan tampak lebih kemas, sihat dan comel.

Sikat kucing untuk deshedding
CATTO Pet Comb Cat Deshedding Brush
mulai
RM8.90
Semak CATTO Pet Comb Cat Deshedding Brush harga dibawah:
add_circle Boleh hilangkan kutu & semut
add_circle Tak menyakitkan kulit
add_circle Gigi sikat jenis elastik
remove_circle Hanya ada 3 pilihan warna sikat

Sikat bulu kucing ini turut sesuai digunakan pada anjing atau mana-mana haiwan lain yang berbulu tak kira peringkat umur termasuk arnab.

Selain boleh urut badan kucing dengan lembut, alat grooming ini juga boleh meleraikan kekusutan pada bulu haiwan peliharaan anda.  

Hasilnya, bulu kucing akan tampak lebih lembut, bersinar dan rapi. 

Bulu-bulu yang mati turut dapat dibuang dengan mudah. Jika bulu mati ini tidak dibuang, boleh menyebabkan iritasi pada kulit kucing. 

Boleh digunakan pada kucing atau anjing yang berbulu panjang, sederhana atau pendek. 

Bahagian pemegang sikat ini pula direka seperti bentuk muka dan telinga kucing. Comel kan?

Sikat kucing parsi
Donut Cat Hair Brush
mulai
RM14.07
Semak Donut Cat Hair Brush harga dibawah:
add_circle Rekaan comel
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Boleh urut badan haiwan
add_circle Boleh dibasuh dengan air

Berus bulu kucing berbentuk donat ini boleh digunakan pada kucing Parsi kerana sesuai dengan haiwan berbulu panjang dan pendek. 

Sesuai juga dimiliki oleh anda yang memelihara pelbagai spesies kucing sebab tak perlu beli berus berbeza untuk setiap kucing yang ada. 

Bulu-bulu kucing yang melekat pada berus ini boleh ditanggalkan dengan mudah menggunakan butang yang tersedia. 

Terbaik juga jika mahu digunakan pada anjing yang bersaiz besar. Yang penting, lembut dan tidak menyakitkan kulit. 


Bagaimana Hendak Memilih Berus Kucing Yang Terbaik? 

Paling penting, berus atau sikat kucing perlulah lembut pada kulit si bulus anda agar tidak menyakitkannya. 

Selain itu, pilih berus kucing yang boleh membuang bulu-bulu yang gugur dan memastikan bulu kucing sentiasa bersih. 

Untuk kucing yang enggan diberus, anda boleh guna berus jenis sarung tangan supaya dapat mengelakkan tangan anda digigit atau dicakar.

Ini kerana berus jenis ini diperbuat daripada getah lembut, jadi tidak akan merengsakan kulit kucing. 

Berus jenis bristle pula sesuai digunakan pada semua jenis bulu kucing dan bagus digunakan untuk kucing yang berbulu pendek dan sederhana. 

Boleh digunakan untuk hilangkan kekusutan pada bulu si comel anda. 

Jika kucing anda sedang diserang kutu, boleh cuba berus bulu si bulus dengan menggunakan sisir besi untuk membuang parasit-parasit tersebut. 


Cara Sikat Bulu Kucing 

Tak susah pun nak jaga kebersihan kucing anda kerana formula utama adalah kucing yang memiliki bulu panjang perlu disikat setiap hari.

Aktiviti ini bagi elakkan bulu-bulunya daripada bergumpal manakala kucing dengan bulu pendek pula tak perlu diberus dengan kerap. 

Jika anda tidak tahu sikat buku kucing dengan betul, anda boleh berus dengan cara berikut. 

  • Berus atau sikat mengikut arah bulunya tumbuh
  • Berus di semua kawasan tubuh kucing, termasuklah dada dan abdomen kucing 
  • Anda perlu berus di setiap kawasan dengan teliti agar bulu kucing yang bergumpal atau gugur boleh dileraikan atau dibuang 

Anda juga boleh tonton di bawah untuk mengetahui cara penjagaan kucing dengan betul.


Artikel Berkaitan

End of Article