Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
vitamin kucing

13 Vitamin Kucing Terbaik di Malaysia 2024

Pastikan kucing anda makan vitamin untuk kesihatan jangka masa panjang.

Buat pencinta kucing sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk si bulus peliharaan mereka. 

Mana tidaknya, kucinglah yang menjadi pengubat hati yang berduka lara dengan keletahnya yang comel dan aktif.

Kalau si manja lemah dan stres, bulunya boleh gugur dan jadi kurus kering akibat kurang selera makan, boleh terus hilang gelaran kucing gebu comel.

Sebab itu perlunya untuk anda berikan supplement untuk kucing atau booster kucing bagi membantu kucing anda mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan yang baik.

Oleh itu, untuk memastikan kesihatan kucing sentiasa terjaga, jom dapatkan vitamin kucing terbaik yang kaya dengan pelbagai khasiat dan mineral ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Vitamin Kucing Terbaik

Vitamin kucing terbaik secara keseluruhan
SUPERFOOD Vitamin Kucing
SUPERFOOD Vitamin Kucing
mulai
RM150.00
Semak SUPERFOOD Vitamin Kucing harga dibawah:
add_circle Mempunyai vitamin B1 untuk jantung & selera makan
add_circle Mengatasi masalah kurap & fungus
add_circle Bulu jadi makin lebat
add_circle Berat bertambah
add_circle Berdaftar dengan SIRIM
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Multivitamin kucing dari Superfood dapat membantu meningkatkan antibodi si bulu anda dan memberikan sumber nutrien yang diperlukan kucing.

Ciri-ciri:

Kebiasaannya kucing peliharaan tidak mudah terkena penyakit seperti selesema atau demam kerana mereka telah divaksin.

Malah, masalah kutu dan kurap juga boleh diatasi kerana dimandikan, diberi ubat, senang kata dijaga dengan baik.

Selain menjaga perapiannya, terdapat cara lain untuk menjaga dengan baik kucing anda iaitu dengan memberi vitamin.

Pemberian vitamin pada si bulu terdapat dua cara untuk bagi kucing anda vitamin ini. Cara pertama, secara terus atau cara kedua, hancurkan dan gaul bersama makanan kucing.

Usah risau jika si comel anda enggan makan sebab vitamin ini mempunyai aroma yang akan membuatkan kucing rasa tertarik untuk makan. 

Antara kebaikan lain dari vitamin kucing terbaik dan bagus Malaysia ini ialah dapat membantu menyelesaikan masalah kucing kurang aktif atau kurus. 

Diperbuat dari bahan organik dan berasaskan tumbuhan, mengandungi kalsium yang baik untuk tulang, gigi dan kuku kucing.

Selain itu, terdapat kandungan taurine yang akan memberi si bulus penglihatan yang jelas. 

Review:

“Bagus untuk kucing jalanan, sebab sebelum ni kucing selalu cirit-birit. Lepas bagi vitamin ni, tak sampai seminggu, terus okay. Bau pun sedap dan kucing jadi gemuk lepas setahun makan Superfood.”

Vitamin untuk kucing selera makan
Uphavit Vitamin Untuk Kucing 120ml
Uphavit Vitamin Untuk Kucing 120ml
mulai
RM3.45
Semak Uphavit Vitamin Untuk Kucing 120ml harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Boleh menggebukan bulu kucing
add_circle Ada vitamin A & B12
remove_circle Perlu diberi menggunakan picagari

Berat badan kucing anda tiba-tiba merosot sebab tak berselera makan? 

Kami syorkan anda untuk dapatkan vitamin Uphavit yang diformulasikan khas untuk menaikkan selera makan si bulus peliharaan anda. 

Produk ini mempunyai Vitamin D, Vitamin B1 dan Vitamin B2 dimana dapat mengurangkan gejala selesema dan boleh menguatkan antibodi badan. 

Jadi, si bulus anda tidak akan mudah jatuh sakit. 

Selain itu, vitamin ini mempunyai jangka hayat 24 bulan.

Berat badan kucing juga akan kembali ke normal kerana boleh menggemukkan kucing. 

Cara penggunaannya sangat mudah, berikan vitamin sirap dalam picagari sebanyak 0.5ml sehari sekali untuk anak kucing bawah 6 bulan. 

Manakala, untuk kucing yang berusia lebih 6 bulan, berikan sirap ini sebanyak 1ml, juga sekali dalam sehari. 

Vitamin kucing untuk bulu dan gemuk
Germoraa Pet Booster
Germoraa Pet Booster
mulai
RM11.50
Semak Germoraa Pet Booster harga dibawah:
add_circle Tanpa pengawet
add_circle Selamat dimakan oleh kucing menyusu anak
add_circle Membantu tambah selera makan
remove_circle Dalam bentuk tablet

Vitamin kucing Germoraa Pet Booster ini selamat dan sesuai diberikan kepada kucing yang sedang bunting kerana diperbuat daripada bahan organik dan semula jadi. 

Malah kucing jenis kampung juga boleh makan dan binatang peliharaan lain seperti anjing dan arnab juga boleh makan vitamin ini. 

Paling best, khasiat utama vitamin ini adalah dapat menambah baik sistem imunisasi kucing agar tak mudah terkena penyakit, kekal montel dan bulu kembang.  

Dengan pengambilan harian secara konsisten, bulu kucing juga menjadi lebih sihat, bersinar dan gebu. 

Terdapat 60 biji tablet vitamin dalam setiap botol dan cukup untuk 1 hingga 2 bulan penggunaan. 

Yang penting, mengandungi bawang putih, vitamin B-complex dan zinc yang penting untuk mengurangkan bulu gugur. 

Untuk anak kucing, boleh beri makan vitamin ini 1 biji sehari dan 2 biji sehari untuk kucing yang sudah dewasa.

Vitamin untuk kucing sakit
VIRBAC Nutri-Plus Gel 120.5g
VIRBAC
VIRBAC Nutri-Plus Gel 120.5g
mulai
RM43.90
Semak VIRBAC Nutri-Plus Gel 120.5g harga dibawah:
add_circle Mengekalkan kesihatan bulu kucing
add_circle Kucing bunting boleh makan
add_circle Mengandungi zat besi & asid folik
remove_circle Harga agak mahal

Jika kucing anda enggan makan suplemen bentuk tablet, apa kata cuba beri si bulus vitamin jenis gel sebagai pengganti.

Bukan apa, vitamin ini dapat meningkatkan selera makan dan mengelakkan masalah hilang berat badan. 

Selain itu, turut membantu membekalkan tenaga kepada kucing yang berada dalam kondisi yang stres seperti sedang menyusu atau anjing yang berlatih. 

Kucing yang sakit selepas menjalani pembedahan juga boleh makan produk ini dengan selamat. 

Cara penggunaan sangat mudah, campur saja dalam makanan basah kucing atau kalau nak bagi makan secara terus pun tiada masalah. 

Tapi untuk permulaan, disarankan beri vitamin gel dalam kuantiti yang kecil pada mulut kucing, kemudian tambah dos ikut arahan yang tertera pada pembungkusan. 

Vitamin kucing sakit dengan saiz bekas 120.5g ini mengandungi nutrien haiwan di mana lebih cepat ditukar menjadi tenaga berbanding nutrien karbohidrat dari tumbuhan.

Vitamin kucing untuk daya tahan tubuh
VetaCat Multivitamin Syrup for Cat & Kitten
VetaCat Multivitamin Syrup for Cat & Kitten
mulai
RM27.50
Semak VetaCat Multivitamin Syrup for Cat & Kitten harga dibawah:
add_circle Kucing akan kekal aktif
add_circle Membantu tingkatkan berat badan
add_circle Ada Omega 3 & Vitamin E
add_circle Diperbuat di kilang Malaysia
add_circle Bulu gugur dikurangkan
remove_circle Perlu diberi menggunakan picagari

Multivitamin untuk kucing ini diformulasikan daripada Vitamin B1, Vitamin B2, kalsium dan Vitamin C yang mana untuk kesihatan dan selera makan kucing.

Vitamin ini dalam bentuk cecair sirap yang lebih mudah dimakan dan diserap oleh badan si comel. 

Boleh guna picagari untuk berikannya terus. Jangan risau tentang penyakit kerana multivitamin VetaCat 60ml mampu menguatkan sistem imunisasi.

Selain itu, pemilik kucing boleh campurkan 2ml vitamin sirap ini dalam 500ml air minuman kucing atau dalam makanan mengikut arahan pada pembungkusan agar berat badannya bertambah. 

Anda juga disarankan untuk beri 0.5ml vitamin kepada kucing berusia 3-10 bulan manakala 1ml untuk kucing yang berusia 11 bulan dan keatas. 

Jika mahukan kesan yang lebih cepat, anda dibenarkan untuk beri makan vitamin 2 kali sehari kepada kucing untuk 3 hari pertama.

Vitamin untuk bulu kucing gugur
Bys Brewers Yeast Vitamin Growth Booster Tablets for Cat
Bys Brewers Yeast Vitamin Growth Booster Tablets for Cat
mulai
RM14.85
Semak Bys Brewers Yeast Vitamin Growth Booster Tablets for Cat harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan bawang putih
add_circle Ada biotin & vitamin B12
add_circle Sesuai untuk kucing luar & dalam rumah
add_circle Ada lebih 100 tablet dalam 1 botol
remove_circle Jenis tablet
remove_circle Mungkin sukar untuk kucing makan

Walaupun kucing yang anda pelihara merupakan kucing baka kampung, itu tak bermakna anda boleh abaikan kesihatan dan kecantikan bulunya. 

Dijual dengan harga yang sangat mampu milik, vitamin Brewers Yeast kaya dengan pelbagai kebaikan termasuk asid folik. 

Bukan itu saja, supplement ini jenis organik, memang selamat dimakan oleh anjing dan kucing.

Selain itu, turut mengandungi Vitamin B-Complex dan zink yang akan mengurangkan bulu gugur.

Kalau vitamin jenis salmon oil untuk kucing tak begitu sesuai dengan si manja, boleh jadikan produk ini sebagai alternatif untuk dapatkan nutrisi yang bagus.  

Kulit si bulus juga akan terjaga dengan baik dan lembut sebab boleh mencegah kutu sekaligus meningkatkan sistem imunisasi haiwan. 

Jangan risau walaupun vitamin ini bentuk tablet kerana pembeli boleh hancurkan dan campurkan dengan makanan basah kucing.

Vitamin C kucing
Royal Pet Vitamin Kucing
Royal Pet Vitamin Kucing
mulai
RM150.00
Semak Royal Pet Vitamin Kucing harga dibawah:
add_circle Kuatkan tulang kucing
add_circle Zat semula jadi
add_circle Khasiat Omega 3
add_circle Kucing jadi cergas
add_circle Mencegah kutu
remove_circle Harga agak mahal

Tercari-cari vitamin penggemuk badan kucing untuk si bulus yang kurus kering? 

Pencarian anda nampaknya berakhir dengan produk vitamin Royal Pet kerana berat badan akan bertambah. 

Kaya dengan Vitamin C dan tinggi antioksida dimana bakal mengurangkan iritasi kulit dan boleh melawan jangkitan kuman. 

Ini kerana kucing gemar menjilat bulu dan badannya, jadi serba sedikit boleh menyebabkan iritasi atau kulit sensitif. 

Selain itu, vitamin ini boleh diambil oleh kucing yang bunting atau sedang menyusukan anaknya. Barulah anak kucing boleh membesar dengan aktif dan sihat. 

Dalam pembelian setiap botol, terdapat 70 biji tablet dan anda boleh beri vitamin ini secara terus ke mulut kucing. 

Jika haiwan peliharaan enggan makan, hancurkan sahaja tablet vitamin dan campurkan dalam makanannya. 

Testimoni pengguna juga mengatakan bulu kucing mereka jadi gebu macam karpet lepas makan vitamin ini.

Vitamin untuk ibu kucing menyusui
Haemomaxx (Vitamin Tambah Susu Kucing)
Haemomaxx (Vitamin Tambah Susu Kucing)
mulai
RM30.00
Semak Haemomaxx (Vitamin Tambah Susu Kucing) harga dibawah:
add_circle enambah selera makan kucing
add_circle Boleh diberikan ketika kucing bunting
add_circle Bermanfaat untuk tambah iron (darah)
remove_circle Tidak sesuai untuk kucing yang tak bunting/menyusukan

Seperti kita ketahui, kucing selalunya akan melahirkan beberapa orang anak kucing sekaligus.

Dalam banyak-banyak pasti salah seekor tidak mendapat zat sepenuhnya kerana perlu berebut dengan susu ibunya dengan yang lain. 

Oleh itu, berikan kucing anda yang sedang menyusu atau bunting supplement yang kaya dengan Vitamin B-complex kerana ia boleh menambah susu ibu kucing. 

Kandungan vitamin A, D, E dan K pula akan melancarkan proses pemulihan selepas kucing baik dari demam atau sebarang penyakit. 

Vitamin ini mudah disuapkan pada si bulus kerana tekstur jenis cecair. Guna picagari atau campurkan terus dalam makanan kucing. 

Pemberian dos yang disarankan pula ialah sebanyak 2.5ml untuk kucing dengan berat 10kg manakala 5ml jika berat kucing 10-15kg sebanyak sekali sehari.

Ubat selesema kucing
Biovet Advance Health Booster Vitamin Kucing
Biovet Advance Health Booster Vitamin Kucing
mulai
RM90.00
Semak Biovet Advance Health Booster Vitamin Kucing harga dibawah:
add_circle Kucing kurang letih
add_circle Ada kalsium
add_circle Mencegah demam
add_circle Merawat sakit mata & kurap
add_circle Diperbuat dari bahan 100% organik
remove_circle Harga mahal

Pemilik haiwan peliharaan boleh beri vitamin Biovet ini pada kucing tersayang tanpa was-was kerana selamat digunakan dan telah disyorkan oleh doktor haiwan. 

Kaya dengan kandungan L-lysine dan Cholecalciferol yang bagus untuk menguatkan jisim otot kucing menjadi aktif dan cerdas. 

Jika kucing mengalami masalah bulu gugur, dengan pengambilan vitamin yang konsisten, bulu mereka menjadi lebat semula.

Selera makan juga semakin bertambah. Paling menarik, terdapat penutup jenis titisan yang akan memudahkan anda untuk menitiskan vitamin dalam mulut kucing. 

Kalau tak berjaya guna cara tu, boleh campurnya dalam minuman kucing. 

Namun diingatkan untuk beri sekali sehari sahaja dengan setiap dos ialah 10 titis kecil atau 1ml kepada kucing dewasa.

Manakala anak kucing pula hanya perlu diberi 0.5ml atau 5 titis kecil cecair ini. 

Masalah cacing juga bakal berkurangan dengan bantuan vitamin kucing terbaik dan bagus Malaysia ini. 

Vitamin untuk kucing stress
Vetri Science Liquid Vetri DMG
Vetri Science
Vetri science Liquid Vetri DMG for dog and cat
mulai
RM52.00
Semak Vetri Science Liquid Vetri DMG harga dibawah:
add_circle Menguatkan imun badan
add_circle Boleh mengawal stres
add_circle Menyokong stamina
remove_circle Harga sedikit mahal

Vetri Science Liquid Vetri DMG menggunakan formula yang menyokong fungsi sistem imun kucing kesayangan anda.

Kandungan Adaptogen dalam vitamin ini membantu badan kucing anda mengatasi pelbagai jenis stres dengan meningkatkan aliran oksigen dalam badan.

Selain itu, ia juga mengurangkan pengumpulan asid laktik, jadi dapat meningkatkan stamina dan daya tahan si bulus di rumah. 

Ia juga membantu dalam penghasilan glutathione intraselular dan SAMe serta membekalkan kumpulan metil penting yang diperlukan untuk detoksifikasi normal.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa ia menyokong pengeluaran limfosit dan antibodi, menjadikannya makanan tambahan untuk rejimen kesihatan haiwan peliharaan anda. 

Dengan penggunaan lebih dari 30 tahun dalam kesihatan manusia dan veterinar tanpa kesan sampingan yang buruk, vitamin Vetri DMG adalah pilihan yang selamat dan berkesan.

Salmon oil untuk kucing
KPSCat Minyak Salmon Kucing
KPSCat
KPSCat Minyak Salmon Kucing
mulai
RM8.80
Semak KPSCat Minyak Salmon Kucing harga dibawah:
add_circle Untuk kesihatan bulu dan kulit
add_circle Kaya dengan EPA dan DHA
add_circle Baik untuk jantung kucing
remove_circle Kapasiti kecil

Minyak salmon kucing ini menyediakan asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan keseluruhan kucing anda, termasuk kesihatan kulit dan bulu. 

Kaya dengan EPA dan DHA, omega-3 dalam minyak salmon mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengurangkan masalah kulit seperti kekeringan, gatal, dan kusam. 

Jika ambil secara konsisten, ia dapat membuatkan bulu kucing anda berkilat dan sihat, mengurangkan rontokan dan menjadikan bulu lebih lembut dan bersinar. 

Selain itu, minyak salmon menawarkan pelbagai faedah kesihatan lain, seperti menyokong kesihatan kardiovaskular, kesihatan sendi, fungsi imun, dan fungsi kognitif. 

Apabila memilih suplemen minyak salmon untuk kucing anda, pastikan ia diformulasikan khas untuk haiwan peliharaan dan bebas dari bahan tambahan atau pengawet yang boleh membahayakan kucing.

Ubat cirit birit kucing
Himalaya Digyton Drops
Himalaya
Himalaya Digyton Drops
mulai
RM16.90
Semak Himalaya Digyton Drops harga dibawah:
add_circle Untuk masalah perut
add_circle Merangsang selera makan
add_circle Tambah berat badan
remove_circle Stok terhad

Jika kucing kesayangan anda mempunyai masalah cirit birit atau perut kembung, anda boleh cuba Himalaya Digyton Drops ini untuk melegakan perut si bulus.

Suplemen herba ini dapat menyokong kesihatan pencernaan dan kesejahteraan keseluruhan haiwan peliharaan anda. 

Diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi seperti minyak Dill (Anethum sowa), Guduchi (Tinospora cordifolia), Pippali (Piper longum), Kasani (Cichorium intybus), dan Haritaki (Terminalia chebula).

Vitamin ini berfungsi secara sinergi untuk merangsang selera makan dan mempromosikan penambahan berat badan yang sihat. 

Himalaya Digyton Drops juga turut membantu mengurangkan gejala gangguan pencernaan seperti sembelit dan muntah ringan.

Ideal untuk kucing yang mengalami ketidakselesaan pencernaan.

Vitamin untuk saraf kucing
Dyna B Complex Tablet
Dyna B Complex tablet
mulai
RM0.78
Semak Dyna B Complex Tablet harga dibawah:
add_circle Untuk sakit saraf
add_circle Tambah tenaga
add_circle Tambah selera makan
remove_circle Kesan sampingan jika beri berlebihan

Tablet Dyna B Complex merupakan multivitamin yang diformulasikan khusus untuk meningkatkan sistem imun kucing kesayangan anda.

Ia membantu mengurangkan demam dan meningkatkan selera makan, sesuai untuk kucing dewasa dan juga anak kucing.

Selain itu, ia juga boleh membantu mengurangkan masalah sakit saraf kucing anda.

Tablet Dyna B Complex ini juga menyediakan gabungan lengkap Vitamin B yang menyokong kesihatan secara keseluruhan. 

Setiap tablet mudah diberikan dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemakanan kucing anda. 

Untuk kucing dewasa, berikan satu tablet setiap hari selama 3 hingga 5 hari. 

Manakala, untuk anak kucing, berikan setengah tablet setiap hari untuk tempoh yang sama.


Berapa Harga Vitamin Kucing?

Vitamin untuk kucing terdapat beberapa jenis tekstur dan ciri pembungkusan pun lain-lain. 

Ada yang dibuat dalam bentuk tablet, gel dan sirap dalam botol. 

Disebabkan lain-lain tekstur dan pembungkusan, harga vitamin kucing akan berbeza-beza mengikut berat dan bentuk. 

Boleh dikatakan harga bermula dari serendah RM10 dan boleh jadi mahal sehingga RM100. Semuanya bergantung pada jenama dan jenis vitamin itu sendiri. 

Yang penting, dapatkan nasihat dari doktor haiwan sebelum beli vitamin untuk kucing sebab tak semestinya yang paling mahal sesuai dengan si bulus.

Dan tak semestinya juga yang murah itu kualitinya tak bagus. 


Bagaimana Cara Naikkan Selera Makan Kucing?

Sebelum kami huraikan lebih, jom lihat video ringkas ini dulu.

Kadang-kadang, kucing mungkin tak nak makan banyak. Mungkin kerana seleranya berkurang. 

Boleh cuba untuk buat makanan kucing jadi lebih beraroma untuk meningkat selera si manja. 

Untuk itu, panaskan makanannya dalam microwave atau dengan air suam. Tapi, jangan terlalu panas. 

Selain itu, pemilik kucing kena cuba untuk beri pelbagai jenis wet food dengan bermacam-macam tekstur seperti makanan tin yang dihiris, dihancurkan atau jenis pes. 

Jika kucing anda jenis suka makan makanan kering, cuba bagi makan pelbagai jenis makanan kering sebab mungkin ada sesetengah dry food tak cukup rangup bagi si bulus. 

Boleh juga cuba untuk tarik perhatian mereka dengan buat bunyi yang kuat ketika buka penutup tin makanan kucing. 

Nak buat lebih menarik, pegang mangkuk makanan di atas kucing supaya si comel akan tertarik dan ada rasa mahu tahu dengan apa yang bakal dihidangkan. 

Kalau semua cara belum berjaya, boleh jumpa veterinar dan dapatkan ubat atau vitamin perangsang selera makan untuk diberi pada kucing mengikut arahan. 


Bila Waktu Makan Kucing?

Seperti manusia, si bulus juga perlu diberikan makanan dan nutrisi yang secukupnya agar kekal sihat dan aktif.  

Oleh itu, mengikut pakar haiwan, kucing perlu makan sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan jarak antaranya ialah selama 12 jam. 

Jika tempoh tersebut melebihi 12 jam, perut si comel mungkin akan mengeluarkan asid yang berlebihan dan sekali gus boleh menyebabkan muntah-muntah. 

Jumlah makanan dan kekerapan beri makan juga berbeza mengikut umur. 

Contohnya, anak kucing yang sedang membesar sehingga usia 6 bulan dikatakan mungkin memerlukan 3 kali makan setiap hari. 

Tapi untuk kucing lebih dari usia itu atau kucing dewasa, 2 kali sehari dah cukup. 

Waktu pagi dan petang merupakan waktu paling bagus untuk kucing anda makan.

Tapi boleh juga buat jadual sendiri yang sesuai dengan waktu kerja masing-masing kerana mungkin jadual kita agak sibuk. 

Paling penting, jadual beri makan kucing perlu konsisten supaya haiwan peliharaan tahu rutinnya. 

Kalau anda tak pasti, boleh tanya dengan lebih lanjut dengan doktor veterinar atau baca sahaja arahan yang tertera pada paket makanan basah atau kering kucing. 

Cuma elakkan beri makan yang berlebihan sebab boleh menyebabkan kucing terlebih gemuk. 


Bagaimana Cara Pilih Vitamin Kucing?

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan kucing anda adalah dengan memberikan vitamin yang sesuai.

Tapi, dengan begitu banyak jenis vitamin untuk kucing yang tersedia di pasaran, bagaimana anda memilih yang terbaik untuk kucing anda?

Pertama, pertimbangkan umur, saiz dan keperluan kucing anda. Kucing yang lebih tua memerlukan vitamin yang berbeza daripada anak kucing atau kucing dewasa.

Begitu juga dengan kucing yang lebih besar, mereka memerlukan dos yang lebih tinggi berbanding dengan kucing yang lebih kecil. 

Selain itu, periksa bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin tersebut.

Sebaiknya pilih vitamin yang tidak mengandungi bahan yang berbahaya seperti pewarna dan pengawet.

Kemudian, pilih vitamin yang mempunyai rasa yang enak supaya kucing anda menyukai rasa vitamin tersebut.

Pastikan anda beli vitamin dari sumber yang dipercayai dan dihasilkan oleh syarikat yang mempunyai reputasi baik serta mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan. 

Tapi kami ingin nasihatkan anda bahawa vitamin bukanlah pengganti untuk diet yang seimbang dan sihat.

Vitamin hanya sebagai tambahan untuk memastikan kucing anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.


Apa Kekurangan dan Kelebihan Vitamin Kucing?

Seperti manusia, kucing juga memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.

Vitamin yang penting untuk kucing adalah Vitamin A, B, D, E, dan K kerana setiap vitamin ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

  • Vitamin A membantu dalam pembangunan sel, pertumbuhan dan penglihatan yang sihat.
  • Vitamin B membantu dalam pembentukan darah dan mengurangkan tekanan pada sistem saraf.
  • Vitamin D membantu dalam pengaturan jumlah kalsium dalam badan, memastikan tulang yang sihat dan kuat.
  • Vitamin E membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan.
  • Vitamin K memainkan peranan penting dalam pembekuan darah.

Tapi, ingin diingatkan terlalu banyak vitamin juga boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi kucing.

Contohnya, menyebabkan keracunan, kelesuan, keguguran rambut pada kucing dan lain-lain lagi.

Jadi sebaiknya berikan vitamin kepada kucing anda dengan mematuhi dos yang disyorkan.

Jika anda melihat sebarang masalah, seperti kucing anda keracunan, pastikan anda mendapatkan bantuan daripada doktor dengan segera.


Tanda-Tanda Kucing Sakit

Sebagai seseorang yang mempunyai kucing kesayangan, tentu kita mahukan yang terbaik dan mahukan kucing kita sentiasa dalam keadaan sihat.

Tapi kadang-kadang kita pun terlepas pandang tanda-tanda bahawa kucing kita sedang sakit atau kurang sihat.

Jom lihat tanda-tanda tanda-tanda yang menunjukkan kucing anda mungkin sakit.

Perubahan Selera Makan dan Minum

kucing anda tidak lagi berminat untuk makan atau minum walaupun anda menyediakan makanan kegemarannya. Tapi kadang-kadang jika si bulus makan atau minum lebih banyak daripada biasa pun boleh jadi tanda kucing anda kurang sihat.

Perubahan Berat Badan

Penurunan berat badan secara mendadak atau kenaikan berat badan yang tidak normal menunjukkan kucing anda sedang mengalami satu gejala yang tidak sihat.

Perubahan Tingkah Laku

Jika dahulu kucing anda lebih manja dan lembut dengan anda, jika sakit mungkin kucing anda akan bertindak lebih agresif atau lebih pemalu daripada biasa. Selain itu, kucing anda juga mungkin akan mengasingkan diri atau tidak aktif.

Masalah Pernafasan

Anda juga boleh monitor penafasan kucing anda, lihat sama ada si bulus bernafas dengan laju atau susah bernafas. Perhatikan juga sama ada kucing anda batuk atau bersin secara berterusan.

Masalah Kulit dan Bulu

Kehilangan bulu atau bulu menjadi kusam mungkin dikaitkan dengan jangkitan kutu atau bakteria pada kulit, tetapi ia juga boleh jadi tanda kucing anda sedang sakit. Selain itu, si bulus mungkin mempunyai gejala gatal-gatal atau luka pada kulit.

Masalah Pencernaan

Seperti manusia, kucing juga akan muntah-muntah secara berterusan, cirit-birit atau sembelit jika tidak sihat. Perhatikan juga jika kucing anda ada kembung perut atau kesakitan perut.

Perubahan Dalam Pembuangan

Semasa sakit, kucing anda mungkin akan kencing atau berak di luar tempat biasa, dan mengalami kesulitan atau kesakitan semasa kencing atau berak. Lihat najis kucing anda jika ada kesan darah di dalamnya.

Perubahan dalam Mata dan Hidung

Perhatikan bahagian mata dan hidung kucing anda sama ada keluar cecair berlebihan ataupun tidak kerana ia antara indikasi pertama bahawa kucing anda sakit. Mata kucing anda akan merah atau bengkak.

Perubahan dalam Aktiviti

Semasa sakit, kucing anda akan kelihatan lesu dan juga lemah. Selain itu, si bulus juga tidak menunjukkan minat untuk bermain atau bergerak.

Itu adalah antara tanda-tanda kucing sakit yang anda boleh pantau pada kucing kesayangan anda dan segera membawanya ke doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.


Artikel Berkaitan

End of Article