Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cat insurance malaysia

Kucing Kayangan! Perlu Ke Cik Meow Ada Insurans?

Jangan terburu-buru daftar insuran haiwan peliharaan kerana terdapat syarat kelayakan.

Mereka yang sayangkan haiwan peliharaan pasti ingin berikan yang terbaik. Bermula dari segi kesihatan, makanan, permainan, malah ada yang sanggup sediakan kawasan khas seolah-olah ‘rumah’ mereka, terutama mereka yang membela kucing.

Apa yang menjadi masalah, apabila kesihatan haiwan terganggu. Malang bagi individu yang mempunyai binatang binatang peliharaan yang banyak! ‘Koyak’ poket nak tanggung sekor-sekor. Bukan apa, perubatan untuk haiwan agak mahal.

Lihat sajalah kos perubatan kucing peliharaan dari perkongsian pengguna twitter, @adyquinn yang menelan kos pembedahan hampir RM 3, 000 !!

Kenapa kucing kena ada insuran?

Bukankah lebih baik jika kita berikan mereka insuran? Bukan apa, senang di kemudian hari jika berlaku apa-apa. Jangka hayat mereka juga lebih panjang kerana kita dapat berikan rawatan sepatutnya dengan menggunakan insuran mereka sendiri. Tak salah sediakan payung sebelum hujan.

Lagipun pemilik kucing tak perlu pening kepala atau menagih duit tabung rawatan di media sosial jika cik meow memerlukan rawatan dalam jangka masa yang panjang sehingga memerlukan pemantauan doktor di klinik kucing.

Malah, menurut Dr Jaipal Singh Gill, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Singapura, yuran yang dikenakan oleh doktor-doktor haiwan semakin meningkat terutama sekali disebabkan oleh inflasi dan kos untuk mengendalikan perniagaan yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Macam mana nak dapatkan insuran kucing?

Mudah saja, ikut saja langkah berikut…

  1. Lihat laman rasmi syarikat insuran yang memberikan pelan ini. Kini terdapat satu syarikat iaitu MSIG yang baru saja melancarkan insuran untuk kucing iaitu Oyen.
  2. Lihat perbezaan harga dan pelan apa yang mereka tawarkan. Sebaiknya, titik beratkan keadaan kondisi kesihatan kucing. Adakah sesuai? 
  3. Seterusnya, minta semua salinan polisi syarikat untuk membaca serta mengenal pasti sebelum menandatangani.

Ingin tekankan doktor haiwan tidak menyediakan perkhidmatan insuran cuma mereka boleh cadangkan bentuk insuran apa yang sesuai untuk kucing peliharaan kita.

Remote file

Ada syarat kelayakan daftar insuran ke?

Ya, terdapat syarat kelayakan sebelum mendaftar insuran kucing, hanya lima saja. Antaranya…

  1. Mestilah berusia antara 10 sehingga 12 tahun.
  2. Bebas dari segala kecacatan fizikal atau penyakit.
  3. Kucing yang bukan untuk perkhidmatan bekerja.
  4. Kucing dipelihara sepenuhnya oleh keluarga atau pemilik sendiri.
  5. Sediakan surat pendaftaran dan sejarah kesihatan kucing dari pihak klinik serta kepilkan nama dan gambar kucing berukuran pasport.
Remote file

Bagi kes pengguna twitter di atas yang memerlukan lebih kurang RM 3, 000 untuk rawatan kucing peliharaannya, mungkin dia boleh mendaftarkan kucingnya untuk insuran pelan Cat Plus yang menyediakan pelan lengkap dengan harga RM 33 sebulan untuk seekor kucing.

Ada juga pelan insuran yang lain, jika berminat boleh terus ke laman rasmi Oyen dengan klik saja di sini dan fahamkan lebih lagi tentang pelan insuran yang disediakan.

Bagaimanapun, insuran yang diberikan tidak dibiaya sepenuhnya. Hanya 90 peratus sahaja dan baki perlu dijelaskan oleh tuan cik meow. Jika terlalu mahal dan sukar utama berikan mereka insuran haiwan peliharaan adalah kerana ia terlalu mahal, ada pelan yang lebih murah.

Kalau rasa insuran ini tidak perlu jadi perlu pertimbangkan kerana sanggupkah kita melihat kucing kesayangan terpaksa ditidurkan kerana kita tidak mampu untuk membayar rawatan? Fikirkan!

Artikel Berkaitan

End of Article