Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
litterbox kucing

9 Litter Box /Tandas Kucing Terbaik di Malaysia 2024

Litter box ini dapat menjaga privasi si bulus dengan baik.

Kalau nak bela kucing, pastikan beli tempat berak kucing supaya mereka tidak berak merata di rumah atau luar kawasan rumah.

Lagipun, mudah untuk dibersihkan bila mereka membuang cuma, mana satu yang bagus untuk si bulu?

Jadi, kami senaraikan litter box kucing yang bagus untuk anda pilih.  Jom lihat!



Senarai 9 Litter Box Kucing 

Litter box terbaik secara keseluruhan
Jumbo Size Hooded Cat Litter Box
Jumbo Size Hooded Cat Litter Box
mulai
RM44.80
Semak Jumbo Size Hooded Cat Litter Box harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk anak kucing & kucing dewasa
add_circle Bau busuk berkurang
add_circle Privasi kucing terjaga
add_circle Senang untuk dibersihkan
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama; 

Tiada lagi masalah pasir kucing berterabur di sekitar tempat berak sebab jenis tertutup.

Ciri-ciri;

Saiz jumbo membolehkan kucing anda untuk membuang dengan selesa kerana boleh berdiri di dalam.

Direka dengan pemegang bahagian atas, jadi memang mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Rumah pun tak berbau dengan najis atau hancing kencing kucing sebab jenis tertutup bahagian atas. 

Jangan risau, boleh dibuka bahagian atas cuma anda perlu rajin melihat sama ada kucing anda sudah membuang atau belum.

Terdapat 4 pilihan warna menarik untuk anda pilih iaitu hijau, hitam, biru dan kelabu. 

Review;

‘Bekas sangat besar dan boleh muat hingga 3 ekor kucing dalam satu-satu masa. Bau busuk pun kurang sebab ada penutup. Bahan plastiknya pun nampak berkualiti dan tebal,’

Litter box tertutup
VIPPIE Fully Enclosed Cat Litter Box
VIPPIE Fully Enclosed Cat Litter Box
mulai
RM47.10
Semak VIPPIE Fully Enclosed Cat Litter Box harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana-mana
add_circle Mempunyai pemegang
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Privasi kucing terjaga dengan baik
add_circle Direka dengan penutup yang senang dibuka
remove_circle Diperbuat daripada plastik

Rekaan 360° Seal pada tempat berak kucing Vippie ini dapat menghalang bau busuk najis kucing.

Malah dapat mengelakkan daripada si bulu mengotorkan rumah kerana mempunyai ciri tertutup sepenuhnya.  

Terdapat 6 pilihan warna litter box. Antaranya, beige, biru, coffee, hijau, merah jambu dan ungu. 

Bahagian dalaman kotak pasir kucing ini agak besar dan boleh memuatkan berat badan 20kg masih dan si bulu masih boleh bergerak di dalamnya. 

Paling penting, mempunyai panel cengkaman gelongsor yang membantu membersihkan debu pada kaki kucing.

Jadi, rumah anda tidak akan kotor dengan pasir kucing.

Bekas pasir kucing murah
New Design Cat Litter Box
New Design Cat Litter Box
mulai
RM9.90
Semak New Design Cat Litter Box harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Sesuai untuk kucing dewasa & anak kucing
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tiada pemegang

Warna bekas najis kucing ini terdapat pelbagai pilihan warna menarik seperti biru kuning, oren, kuning putih dan hijau kuning. 

Bahagian sisi litter box yang berukuran 40 x 29 x 13.5cm boleh dikatakan agak tinggi.

Jadi najis kucing tidak akan terkeluar daripada kawasan yang sepatutnya. 

Menariknya lagi, anda boleh sangkut penyodok kecil di bahagian dalam kotak bagi memudahkan anda untuk mencapai setiap kali buang najis si bulu. 

Bahagian atasnya pula boleh ditanggalkan agar lebih senang untuk anda bersihkan najis kucing. 

Litter box semi auto
One Touch Clean Semi Automatic Quick Cleaning Luxury Cat Litter Box
One Touch Clean Semi Automatic Quick Cleaning Luxury Cat Litter Box
mulai
RM134.90
Semak One Touch Clean Semi Automatic Quick Cleaning Luxury Cat Litter Box harga dibawah:
add_circle Bau busuk kurang merebak
add_circle Senang untuk dipasang walaupun sendirian
add_circle 3 pilihan warna, merah jambu, hijau & coklat
remove_circle Harga mahal

Tempat berak kucing jenis semi automatik ini bukan sesuai digunakan oleh kucing dewasa, malah anak kucing juga boleh. 

Rekaannya tertutup sepenuhnya, jadi dapat menjaga privasi si meow ketika sedang melakukan proses membuang. 

Paling bagus, air kencing kucing kesayangan anda juga tidak akan terpercik ke luar kotak. 

Diperbuat dari material plastik dan bersaiz 49cm x 36cm x 41cm sangat mudah digunakan kerana anda tak perlu lagi cedok tahi kucing secara manual. 

Najis haiwan akan ditapis dengan penapis yang dah disediakan. Mudah bukan?

Litter box untuk anak kucing
Foldable Cat Litter Box
Foldable Cat Litter Box
mulai
RM57.60
Semak Foldable Cat Litter Box harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kucing dewasa & anak kucing
add_circle Diperbuat daripada plastik PP
add_circle Mengurangkan bau busuk
add_circle Saiz besar
remove_circle Harga mahal

Bagi anda yang sering bawa kucing keluarga bercuti sekali, kami sarankan untuk beli litter box yang boleh dilipat ini.

Jangan risau, sesuai juga untuk kegunaan di rumah cuma apa yang membezakan dengan little box yang lain, boleh dillipat. 

Terdapat beberapa pilihan warna menarik untuk anda pilih seperti kelabu, hijau dan merah jambu. 

Littler box ini jenis tertutup, jadi najis dan pasir kucing tidak akan bersepah keluar.

Si bulus juga boleh membuang air besar dengan selesa sebab privasi terjaga.

Litter box design cantik
Whale Cat Litter Box
Whale Cat Litter Box
mulai
RM119.00
Semak Whale Cat Litter Box harga dibawah:
add_circle Mempunyai penyodok
add_circle Boleh digunakan oleh 2 ekor kucing
add_circle Sesuai untuk pelbagai saiz kucing
remove_circle Harga mahal

Litter box berbentuk ikan paus ini sesuai dimiliki bagi yang mahukan sesuatu yang comel untuk kucing peliharaan. 

Lagipun dapat memberi si meow privasi yang diperlukan ketika membuang najis kerana tempat berak kucing ini jenis tertutup separuh. 

Malah mudah untuk dibersihkan kerana anda hanya perlu mengangkat penutupnya dengan sebelah tangan sahaja untuk menyodok najis kucing.

Bekas pasir kucing besar
Catit Jumbo Hooded Cat Litter Box
Catit Jumbo Hooded Cat Litter Box
mulai
RM87.00
Semak Catit Jumbo Hooded Cat Litter Box harga dibawah:
add_circle Saiz besar
add_circle Ada penapis karbon
add_circle Bau busuk dapat dihilangkan
add_circle Ada hood besar yang mudah dibuka
remove_circle Harga mahal

Anda yang memelihara banyak kucing memang wajib dapatkan litter box bersaiz jumbo ini kerana berukuran 22.4 inci x 18.3 inci x 20 inci. 

Kami yakin kucing peliharaan anda akan rasa selamat dan tidak terganggu ketika sedang membuang sebab litter box ini jenis tertutup. 

Najis dan pasir kucing juga tidak akan terkeluar daripada kawasan yang sepatutnya, jadi kediaman anda kekal bersih walaupun pelihara banyak ekor kucing.

Boleh digunakan oleh kucing dewasa dan anak kucing tanpa masalah. 

Litter box automatic
Smart ELS Pet Cat Toilet Fully Automatic Litter
Smart ELS Pet Cat Toilet Fully Automatic Litter
mulai
RM1,495.00
Semak Smart ELS Pet Cat Toilet Fully Automatic Litter harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal dengan app
add_circle Boleh bunuh bakteria
add_circle Terdapatpensterilan ultraviolet
add_circle Ada pemegang agar mudah dialihkan
remove_circle Berat
remove_circle Harga mahal

Kalau bajet ekstra, apa salahnya berbelanja lebih untuk anak bulus kan?

Belikan litter box bersaiz besar ini yang akan memudahkan aktiviti seharian anda kerana boleh berfungsi secara automatik. 

Anda tak perlu lagi menyodok tahi kucing secara manual sebab najis yang dikeluarkan oleh kucing dapat dibersihkan dengan sendiri.

Bau busuk tahi kucing juga tidak akan merebak keluar dan dengan alat ini, anda hanya perlu tukar beg sampah sahaja.

Turut dilengkapi dengan perlindungan keselamatan di mana mesin tidak akan berfungsi jika kucing masih berada di dalamnya. 

Ketika litter box ini berfungsi, pintu keselamatan akan ditutup untuk elakkan kucing daripada masuk ke dalam dan bunyinya juga tak bising.  

Tempat berak kucing bertutup
European Super Luxury Open Top Cat Litter Toilet Box with Door
European Super Luxury Open Top Cat Litter Toilet Box with Door
mulai
RM57.90
Semak European Super Luxury Open Top Cat Litter Toilet Box with Door harga dibawah:
add_circle Saiz besar
add_circle Bahagian atas boleh dibuka
add_circle 3 pilihan warna, kelabu, biru & oren
remove_circle Harga sedikit mahal

Pening kepala terpaksa hidu bau busuk najis kucing setiap hari? Usah risau, masalah itu boleh diselesaikan dengan adanya litter box bertutup ini. 

Apa yang menarik tentang produk ini ialahdilengkapi dengan pintu yang memudahkan anak bulus keluar masuk ke dalam tandas kecil ini. 

Diperbuat daripada bahan PP, ia sesuai digunakan oleh anak kucing dan kucing dewasa. 

Najis kucing juga tidak akan terkeluar dari tempat berak khas ini kerana mempunyai tempat pemijak pasir.

Anda tak perlu lagi bersihkan pasir kucing yang mengotori ruang lain dalam rumah. 


Cara Ajar Kucing Berak Di Pasir 

Boleh guna cara-cara yang kami kongsikan ini untuk ajar si bulus peliharaan anda berak di pasir yang telah disediakan khas untuk mereka. 

  • Mula-mula, beli tempat berak kucing atau litter box yang sesuai dengan saiz haiwan peliharaan. 
  • Lokasi terbaik untuk letakkan litter box ialah ruang yang mudah dimasuki oleh kucing tapi privasinya masih tetap terjaga. 
  • Pilih tempat letak kotak pasir kucing yang jauh daripada tempat tidur, makan dan minumnya agar tidak kotor. 
  • Tunjukkan kucing anda kotak tempat membuang najis sebaik sahaja sampai di rumah. Cara ini terpakai jika anda baru sahaja memeliharanya. 
  • Kemudian, biarkan kucing hidu dan periksa kotak tersebut. Diingatkan untuk tidak mengubah tempat letak kotak itu supaya kucing tidak keliru. 
  • Setiap kali lepas makan atau tidur, bawa kucing anda ke tempat buang najisnya untuk membiasakan mereka.
  • Jika anda perasan tiba-tiba kucing membongkok dan menghidu sesuatu tempat, terus bawa kucing ke litter box sebab itu tanda kucing nak membuang. 
  • Jangan lupa untuk beri ganjaran seperti mainan atau pujian kepada si bulus setiap kali berjaya berak dalam bekas letak pasir kucing.  

Boleh rujuk video YouTube ini untuk faham dengan lebih lanjut. 

Manakala, cara penggunaan pasir kucing juga sangat mudah. Anda hanya perlu tuangkan pasirnya ke dalam kotak atau tempat berak kucing sehingga berketinggian 4-5cm. 

Selepas kucing dah berak nanti, haiwan ini akan menimbus najisnya dengan pasir khas tersebut. 

Anda selaku tuan kucing pula perlu rajinkan diri untuk buang ketulan pasir dengan najis tadi agar bau busuk di rumah anda boleh dikawal. 

Jangan lupa untuk tambah kuantiti pasir kucing supaya ia sedia digunakan semula oleh kucing.


Artikel Berkaitan

End of Article