Teknologi

8 Earbuds Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Bagus & Berkaliti)

Makin ramai yang guna earphone wireless terbaik untuk dengar muzik atau untuk call. Jom lihat jenama earphone terbaik & earbuds terbaik malaysia.


Editor · Updated 8 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Earbuds Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Bagus & Berkaliti)

Bagi penggemar muzik atau podcast di luar sana, memiliki earbuds atau earphone bluetooth terbaik pasti menjadi keperluan.

Bukan hanya kerana ia menjadi satu trend, tetapi kerana earphone wireless terbaik ini mudah digunakan, senang dibawa dan tahan lasak terutamanya apabila selalu digunakan di luar rumah.

Kandungan

Anda mungkin boleh cuba menggunakan earbuds, yang juga merupakan jenis earphone yang mudah dan ringan untuk digunakan.

Dengan peningkatan jumlah earbuds daripada pelbagai jenama setiap tahun dan kemunculan fungsi-fungsi baru, membuat keputusan untuk membeli wireless earphone terbaik bertambah sukar.

Jadi, jika anda antara mereka yang masih terpinga-pinga hendak membeli yang mana, mari lihat senarai earbuds terbaik Malaysia dan brand earbuds terbaik ini.


Jadual Perbandingan Ringkas

ModelHargaSesuai Untuk
Sennheiser True Momentum 4RM1,699.00Noise cancelling terbaik
Apple AirPods Pro (2nd generation)RM1,049.00Terbaik untuk iPhone
Sony WF-1000XM5RM1,299.00Bass & kualiti audio terbaik
Samsung Galaxy Buds FERM399.00Terbaik untuk Android
Xiaomi Redmi Buds 4 ActiveRM79.00Paling murah
Edifier X3 LiteRM129.00Gaming (latency rendah)
JBL Wave BeamRM299.00Panggilan / call terbaik
OPPO Enco Air 3RM249.00Keseluruhan terbaik (Editor's Pick)

8 Earbuds Terbaik

Sennheiser True Momentum 4
Earbud noise cancelling terbaik 1 daripada 8
Sennheiser True Momentum 4
Sennheiser
Dari RM899
Kualiti bunyi yang jelas
Reka bentuk yang simple
Mahal
2 lagi
Mudah digunakan
Sesuai untuk penggemar muzik

Kepada penggemar muzik dan bunyi, jenama Sennheiser ini pasti menjadi perbualan mereka antara jenis earbud terbaik.

Jenama ini boleh dikira sebagai “the best of the underrated”.

Jika anda mencari earbud terbaik untuk noise-canceling, earbud ini mempunyai ciri Sound Zone set radius untuk noise canceling dipadankan di dalam aplikasi Smart Control App yang anda boleh download di Google Playstore dan Apple Store.

Earbud ini mengeluarkan kualiti bunyi yang amat jelas untuk pelbagai genre muzik.

Jika anda peminat bunyi 8K, anda dapat merasai pelbagai bunyi dan lagu sekeliling anda seperti pergi ke concert.

Earbud ini juga berkemampuan untuk pengecasan pantas, mampu bertahan hingga ke 20 jam, tetapi jika anda ingin menjaga jangka hayat earbud disarankan tinggalkan bateri earbud anda pada 15%-20%.

Apple AirPods Pro (2nd generation)
Earbuds terbaik untuk iphone 2 daripada 8
Apple AirPods Pro (2nd generation)
Apple
Dari RM1,049
Bateri tahan lama
Bunyi stereo 360°
Harga mahal
2 lagi
Tahan peluh dan kalis air
Teknologi Active Noise Cancellation

Bosan perlu meninggikan suara setiap kali menjawab panggilan telefon? Tidak lagi dengan Apple AirPods Pro generasi kedua ini.

Fungsi noise cancellation versi kali ini dikatakan dua kali ganda lebih baik, membantu anda mengurangkan bunyi latar yang tidak diinginkan dengan lebih efektif dan menyeluruh. 

Pakai untuk tempoh yang lama juga tidak menjadi masalah kerana putik telinganya ada empat jenis saiz yang boleh anda pilih untuk mendengar dengan lebih selesa. 

Lebih selesa lagi apabila anda boleh mendengar muzik kegemaran anda sehingga 6 jam walaupun fungsi Active Noise Cancellation masih dipasang. 

Jika mengecas pada bekas pengecas tahan lasak MagSafe pula, anda akan mendapat tempoh mendengar selama 30 jam tanpa henti. 

Ke mana-mana anda pergi, muzik yang anda mainkan akan sentiasa ikut bersama.

Sony WF-1000XM5
Earbuds bass terbaik 3 daripada 8
Sony WF-1000XM5
Dari RM849
Prestasi pengasingan bunyi yang cemerlang
Reka bentuk selesa dan kalis air
Harga mahal
1 lagi
Penyambungan dengan pelbagai peranti

Ingin menikmati bunyi bass yang menggetarkan jiwa tanpa sebarang gangguan? Sony WF-1000XM5 mungkin earbuds yang perlu anda dapatkan. 

Dilengkapi sistem ANC, earbuds ini mudah mematikan bunyi latar seperti bunyi bas yang anda sedang naiki. 

Sepanjang sistem ANC dihidupkan, ia tahan lebih dari 8 jam secara berterusan, ciri-ciri yang sesuai jika anda sentiasa berjalan jauh. 

Tidak semata-mata mematikan bunyi, ia juga menghidupkan audio dengan saiz driver sebesar 8.4 dan kualiti audio yang ditambah baik oleh teknologi DSSE. 

Tidak kurang daripada itu, teknologi 360 Reality Audio yang dikembangkan oleh Sony menyediakan pengalaman mendengar yang lebih mendalam dan nyata. 

Ia mampu mencipta medan bunyi tiga dimensi yang mengelilingi pendengar dari semua arah, seakan-akan anda menghadiri konsert live atau rakaman studio.

Sememangnya fungsi premium yang padan dengan harga yang ditawarkan.

Samsung Galaxy Buds FE
Earbuds terbaik untuk android 4 daripada 8
Samsung Galaxy Buds FE
Dari RM269
Hayat bateri cemerlang
Memiliki sistem ANC
Tiada kawalan sentuh
1 lagi
Dilengkapi virtual assistant Bixby

Sebagai pengguna Android, anda mempunyai banyak pilihan, tetapi Samsung Galaxy Buds FE membuat anda rasa seolah-olah ia adalah satu-satunya pilihan yang tepat.

Dengan adanya tiga mikrofon binaan dalam dan luar, setiap bunyi bass yang anda dengar diperkaya dan dipersembahkan dengan ketepatan yang tinggi. 

Untuk sebarang gangguan, padamkan sahaja bunyi menggunakan sistem ANC.

Bukan sekadar itu, earbuds ini mempunyai masa playback yang paling panjang dalam kalangan earbuds di senarai ini, mencapai 30 jam tanpa perlu pengecasan semula.

Adakah anda akan rasa penat mendengar terlalu lama? 

Tidak, kerana dengan pilihan saiz earbud fit yang pelbagai, anda dapat menyesuaikan earbud ini dengan telinga anda dengan mudah.

Jika anda terlalu malas untuk mencari lagu yang hendak dimainkan, gunakan sahaja fungsi pembantu maya yang bernama Bixby, dan ia akan membantu anda mencarinya dengan cepat. 

Xiaomi Redmi Buds 4 Active
Earbuds murah terbaik 5 daripada 8
Xiaomi Redmi Buds 4 Active
Dari RM49
Driver saiz 12mm
Bateri tahan lama
Kurang sesuai untuk gaming
1 lagi
Harga murah

Siapa kata hendak membeli earbuds perlu beratus-ratus? Redmi Buds 4 Active daripada jenama Xiaomi ini ditawarkan pada harga murah.

Memiliki driver bersaiz 12mm, Redmi Buds 4 Active mampu menghasilkan bunyi berkualiti tinggi dengan bass yang mendalam dan treble yang tajam.

Apa yang menarik tentang earbuds ini adalah kawalannya yang intuitif – sentuh dan tekan untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ada.

Lebih mudah lagi apabila hanya dengan sekali pengecasan, anda boleh menggunakannya selama 5 jam dan 28 jam jika dicas melalui bekas pengecasnya.

Selain itu, apabila hendak menghubungkannya dengan telefon atau PC anda, Bluetooth 5.3 akan memastikan sambungan tanpa wayar yang stabil dan pantas.

Sama ada anda berada di dalam rumah, di pejabat, atau di luar rumah, anda boleh bergerak bebas tanpa perlu risau akan kehilangan kualiti bunyi yang sama. 

Edifier X3 Lite
Earbuds gaming terbaik 6 daripada 8
Edifier X3 Lite
Dari RM61.49
Latency serendah 60ms
Sokong Bluetooth V5.3
Tiada kawalan sentuh
2 lagi
Kalis air dan debu
Akses melalui aplikasi Edifier Connect

Adakah anda memerlukan earbuds untuk keperluan gaming? Edifier X3 Lite ini memang sesuai untuk kaki gamers.

Seperti kebanyakan peranti-peranti gaming yang lain, earbuds ini mempunyai latency yang sangat rendah, iaitu serendah 60ms.

Kelebihan ini bukan sekadar menjanjikan pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan, tetapi juga memastikan bahawa kualiti audio sepantas pergerakan tetikus anda. 

Untuk kepuasan berganda, teknologi pembatalan bunyi dengan bantuan AI menyediakan anda dengan lingkungan audio yang jernih dan berfokus.

Walaupun tidak memiliki kawalan sentuh, earbuds ini tetap memudahkan penggunanya dengan adanya aplikasi Edifier Connect. 

Anda boleh mengubah efek bunyi, memeriksa status bateri dan mengawal kekuatan bunyi, malah mengesan earbuds anda sekiranya tercicir di mana-mana. 

Betul-betul efisien untuk gamers yang mementingkan prestasi dan kemudahan setiap masa.

JBL Wave Beam
Earbuds terbaik untuk call 7 daripada 8
JBL Wave Beam
Dari RM299
Kualiti rakaman mikrofon yang sangat baik
Memiliki teknologi audio canggih
Harga sedikit mahal
1 lagi
Mudah digunakan

Sebagai salah satu produk yang memenangi anugerah Red Dot Design Award tahun ini, JBL Wave Beam memiliki beberapa ciri yang menarik perhatian peminatnya. 

Terkenal dengan jenama bunyinya sendiri iaitu JBL Deep Bass Sound, ia menawarkan kualiti bunyi cemerlang yang juga dikuasakan oleh saiz driver bersaiz 8mm.

Jika anda terpaksa menjawab panggilan secara mengejut, gunakan sahaja fungsi Smart Ambient yang membolehkan anda menghentikan audio yang sedang dimainkan. 

Khusus kepada mereka yang sukar berenggang daripada orang tersayang, anda akan berpuas hati dengan ketahanan baterinya yang mencapai 8 jam dengan hanya satu kali pengecasan.

Menjawab panggilan sambil berjoging di taman tidak menjadi kerisauan kerana ianya terbukti selesa dan kalis terhadap debu dan peluh.

Untuk earbuds di bawah RM300, ciri-ciri yang ditawarkan adalah cukup berbaloi. 

OPPO Enco Air 3
Earbuds terbaik secara keseluruhan 8 daripada 8
OPPO Enco Air 3
OPPO
Dari RM249
Driver bersaiz 13.4mm
Dilengkapi processor berkuasa tinggi
Fungsi panggilan kurang baik
2 lagi
Latency serendah 47ms
Reka bentuk elegan

Sebab menjadi pilihan utama:

Bagi sesiapa yang mencari keseimbangan antara kualiti audio yang memukau dan fungsi yang canggih pada harga yang mampu milik, Oppo Enco Air 3 adalah pilihan yang sempurna.

Ciri-ciri:

Di sebalik saiz driver yang terbesar setakat senarai ini, Oppo Enco Air 3 memiliki processor yang berkuasa tinggi iaitu HiFi 5 DSP.

Earbuds dengan kuasa pemprosesan yang tinggi boleh menjalankan tugas seperti pembatalan bunyi dan penyeimbangan audio dengan lebih efektif dan dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Selain itu, ia boleh menyokong teknologi audio yang canggih seperti Oppo Live Audio untuk memberikan pengguna pengalaman mendengar yang lebih unggul.

Sebagai sebuah earbuds canggih, penggunaan untuk tujuan gaming tidak boleh dipandang remeh kerana latency serendah 47ms membenarkan tindak balas segera.

Berbekalkan 25 jam daripada bekas pengecas dan 6 jam daripada sekali pengecasan, anda boleh memakainya sepanjang hari tanpa bimbang kehabisan bateri.

Lasak serta elegan reka bentuknya, earbuds ini benar-benar menjadi pilihan yang menawan. 

Maka tidak hairan jika anda membaca banyak review positif tentang produk ini.

Review:

"Pembelian yang sangat berbaloi. Beli lepas tengok semua bagi positive feedback, dan harga tidak semahal produk Apple. Kualiti dan prestasi audio sangat bagus!"


Earbuds vs Earphones

Earbuds dan earphones adalah dua jenis peranti audio yang sering digunakan untuk mendengar muzik atau menerima panggilan. 

Walaupun kedua-duanya digunakan untuk tujuan yang sama, terdapat perbezaan dalam bentuk dan cara mereka digunakan.

  • Earbuds

Earbuds adalah jenis peranti audio yang direka untuk diletakkan di dalam telinga tanpa menyumbat masuk sepenuhnya.

Ia biasanya lebih kecil, ringan, dan mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana tidak memiliki wayar. 

Di samping itu, earbuds juga tidak sepenuhnya menghalang bunyi, memberikan sedikit jaminan keselamatan ketika bersenam di luar. 

Walau bagaimanapun, earbuds diperbuat daripada plastik dan saiz yang sesuai untuk kebanyakan orang.

Bergantung kepada bentuk telinga anda, ciri-ciri ini boleh memberikan kestabilan yang tidak menentu dan rasa tidak selesa. 

Oleh sebab itu, bagi sesetengah earbuds, ia boleh terjatuh dengan kerap, terutamanya semasa bersenam.

  • Earphones

Earphones pula adalah jenis peranti audio yang dimasukkan sepenuhnya ke dalam lubang telinga.

Tidak seperti earbuds, peranti audio jenis ini sering kali dilengkapi dengan pelbagai saiz dan jenis ear cushions untuk mencapai keselesaan pemakaian yang terbaik.

Contoh jenis ear cushions termasuk memory foam, getah, dan silikon.

Namun, reka bentuk earphones yang memberikan penutupan rapat di telinga boleh menyekat bunyi luar sepenuhnya, menjadikan penggunaannya tidak selamat dalam situasi tertentu, seperti ketika berjalan atau berjogging berhampiran lalu lintas.

Selain itu, ia juga memerlukan pembersihan secara berkala, terutamanya bahagian eartips yang bersentuhan dengan lubang telinga. 

Jika tidak, ia akan mudah rosak akibat peluh, lilin telinga, atau kelembapan yang tinggi. 


Adakah Bagus Menggunakan Earbuds Setiap Hari?

Bagi anda yang kerap mendengar muzik, mungkin anda mempunyai kerisauan terhadap habit menggunakan earbuds setiap hari atau sepanjang masa. 

Oleh itu, anda boleh pertimbangkan beberapa kelebihan dan juga kekurangan menggunakan earbuds.

Kelebihan:

  1. Earbuds biasanya ringan dan mudah digunakan, membuat anda rasa senang menggunakannya sepanjang hari atau masa.
  2. Earbuds juga mudah dibawa ke mana-mana, boleh digunakan di dalam bus, dalam train, atau semasa berjalan pergi ke kerja.
  3. Dengan menggunakan earbuds, anda dapat mendengarkan muzik atau panggilan telefon tanpa mengganggu orang disekeliling anda, dan anda dapat privasi.

Kekurangan:

  1. Penggunaan earbuds secara berlebihan dengan volume yang tinggi dapat merosakan pendengaran anda dalam jangka masa panjang.
  2. Jika earbuds tidak dibersihkan secara teratur, mereka dapat menjadi tempat bakteri membiak dan ia boleh mengakibatkan jangkitan telinga.
  3. Penggunaan earbuds secara berterusan dapat membuatkan anda tersisih daripada menyertai sebarang aktiviti sosial dan menjadikan orang sekeliling kurang senang jika mahu berinteraksi dengan anda.

Jadi, earbuds ini mempunyai kebaikan tersendiri tetapi perlulah digunakan secara sederhana atau guna apabila perlu sahaja.

Paling penting, elakkan untuk guna dalam volume yang tinggi bagi menjaga kesihatan telinga anda.


Cara Bersihkan Earbuds

Bagi memastikan telinga anda terjaga daripada penggunaan earbuds secara berpanjangan, anda juga perlu memastikan earbuds sentiasa bersih bagi mencegah perkumpulan bakteria yang dapat menjangkiti telinga anda.

Jom ikut langkah-langkah membersihkan earbuds di bawah:

Langkah 1: Matikan atau disconnect earbuds dari peranti anda.

Pastikan earbuds tidak terhubung ke peranti anda semasa membersihkannya.

Langkah 2: Bersihkan bahagian luar earbuds.

Gunakan kain mikrofiber atau kapas yang lembut yang telah dibasahkan sedikit atau pembersih yang lembut untuk menghapuskan kotoran dan debu dari bahagian luar earbuds. Pastikan untuk tidak menggunakan air berlebihan yang boleh merosak bahagian elektronik.

Langkah 3: Membersihkan bahagian dalam earbuds.

Untuk membersihkan bahagian dalam earbuds, anda boleh menggunakan berus gigi yang lembut, dibasahi dengan sedikit alkohol isopropil. Hati-hati semasa membersihkan bahagian dalam dan pastikan tidak ada cecair yang masuk ke bahagian elektronik.

Langkah 4: Ganti atau bersihkan ear tips.

Jika ear tips anda diperbuat daripada silikon atau yang yang sama seperti silikon, anda boleh membersihkannya dengan air hangat dan sedikit sabun. Pastikan untuk mengeringkannya dengan baik sebelum memasangnya kembali.

Langkah 5: Biarkan kering sepenuhnya.

Pastikan earbuds anda benar-benar kering sebelum digunakan kembali. Elakkan menghubungkannya ke peranti anda sebelum ianya kering sepenuhnya bagi menghindari sebarang kerosakan.

Jadi semasa waktu lapang anda boleh ikut langkah-langkah ini untuk membersihkan earbuds anda daripada sebarang kotoran dan memastikan anda tidak terdedah dengan sebarang risiko jangkitan telinga.


Cara Memilih Earbuds Terbaik

Jenis Peredam Bunyi (ANC)

Jika kerap menggunakan pengangkutan awam atau bekerja di tempat bising, pilih model dengan Active Noise Cancellation seperti Sennheiser True Momentum 4 atau Sony WF-1000XM5.

Ketahanan Bateri

Semak jumlah jam main muzik pada earbud itu sendiri dan jumlah tambahan cas daripada kotak charging, terutamanya jika anda menggunakannya sepanjang hari bekerja.

Kalis Peluh & Air

Untuk kegunaan bersenam, pastikan ada penilaian IPX (contohnya IPX4) supaya earbud tahan peluh dan hujan renyai.

Latency untuk Gaming & Panggilan

Jika kerap bermain mobile game atau membuat panggilan video kerja, pilih model dengan mod latency rendah seperti Edifier X3 Lite atau JBL Wave Beam.

Keserasian Jenama Telefon

AirPods Pro memberi pengalaman paling lancar pada iPhone, manakala Samsung Galaxy Buds FE lebih serasi dengan ekosistem Android/Samsung.


Soalan Lazim (FAQ)

Apakah earbuds terbaik keseluruhan di Malaysia?

OPPO Enco Air 3 kekal pilihan utama kami pada RM249 (disemak 8 September 2026 di Shopee Malaysia), menawarkan keseimbangan terbaik antara harga dan kualiti audio dalam senarai ini.

Apakah earbuds terbaik di bawah RM100?

Xiaomi Redmi Buds 4 Active pada RM79 adalah pilihan paling murah dalam senarai ini yang masih menawarkan kualiti audio dan sambungan Bluetooth yang boleh diharap.

Earbuds mana yang paling sesuai untuk gaming?

Edifier X3 Lite (RM129) menawarkan mod latency rendah yang sesuai untuk mobile gaming, jauh lebih murah berbanding model ANC premium dalam senarai ini.

Adakah AirPods Pro berbaloi untuk pengguna Android?

AirPods Pro (RM1,049) direka khusus untuk ekosistem iPhone; pengguna Android sebaiknya pertimbangkan Samsung Galaxy Buds FE (RM399) atau Sony WF-1000XM5 (RM1,299) untuk fungsi penuh.


Harga disemak 8 September 2026: harga pilihan utama (OPPO Enco Air 3) di Shopee Malaysia disahkan kekal RM249. Harga produk lain dalam senarai ini belum disemak semula pada tarikh ini.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation