Acara Galaxy Unpacked Samsung Julai 2023 yang dinantikan baru sahaja berlangsung dan ada pelbagai peranti baru dan lebih premium telah diperkenalkan! 

Selain daripada telefon boleh lipat Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5, Samsung juga telah mengeluarkan jam tangan pintar generasi baru, Siri Galaxy Watch6.

Bukan itu sahaja, Samsung juga perkenalkan tablet premium untuk Siri Galaxy Tab S9!

View this post on Instagram

A post shared by ProductNation MY (@productnationco)


Samsung Galaxy Z Flip5

Antara yang paling dinantikan semestinya Samsung Galaxy Z Flip5, dengan peningkatan cover skrin kini lebih besar iaitu 3.4 inci. 

Dengan cover skrin bersaiz besar, kini anda boleh akses aplikasi seperti WhatsApp dan YouTube terus dari skrin muka depan.

Anda juga boleh tonton video atau menghantar mesej dengan pantas tanpa perlu buka telefon pintar ini. Sangat mudah!

Samsung Galaxy Flip5

Selain itu, Galaxy Z Flip5 turut menawarkan banyak widget tambahan antaranya notifikasi bar yang boleh di tarik ke bawah dan Samsung Wallet. 

Paling menarik, anda boleh lihat beberapa widget secara serentak dengan hanya satu pinch pada skrin sahaja! 

Binaan telefon telah diubah suai dengan mengurangkan body gap ketika dilipat sekaligus mengurangkan risiko habuk atau kotoran masuk ke dalam peranti. 

Galaxy Z Flip5 juga dilengkapi dengan aksesori baru iaitu Flipsuit Case!

Ini ialah plat magnet yang melekat pada bahagian bawah telefon dan menukar tema telefon supaya sepadan dengan casing

Casing ini juga serasi dengan NFC dan cover skrin pula akan terus sync dengan casing tersebut.

Menarik lagi, Galaxy Z Flip5 menampilkan Selfie Flexcam dengan 12MP ultra wide f2.2 + 12MP lebar dengan OIS dan kamera hadapan 10MP. 

Telefon ini dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2, sama seperti S23, kecuali sensor kameranya lebih kecil. 

Telefon ini juga menyokong aplikasi tempatan jadi anda boleh menggunakan aplikasi seperti Family Mart dengan Mod Flex. 

Kini, Flip5 ada empat warna pilihan iaitu Grafit, Lavender, Cream dan warna baru, Pudina.


Samsung Galaxy Z Fold5

Samsung Galaxy Z Fold5 mengekalkan reka bentuk seperti sebelum ini tetapi berat telefon telah diturunkan 10g, kini 253g dan saiz ukuran pula 13.4mm (turun 2.4mm). 

Skrin dalam untuk Galaxy Z Fold5 adalah 7.6" dengan kecerahan 1200nits hingga ke maksimum 1750nits.

Samsung Galaxy Fold5

Untuk info tambahan, tahun lepas Galaxy Z Fold5 fokus untuk mengoptimumkan produktiviti dengan skrin besar yang menyokong multitasking dan S Pen yang dinaik taraf. 

Galaxy Z Fold5 kini menawarkan lebih banyak pilihan customization untuk multitasking, seperti mempunyai sehingga empat aplikasi terkini pada taskbar.

Selain itu, anda boleh buka sehingga empat pop-up windows dan anda juga boleh susun atur aplikasi pada skrin. 

Tambahan lagi, Panel Mod Flex yang baru ditampilkan membolehkan anda susun toolbar, rewind/unwind dan juga ada trackpad pada bahagian bawah skrin.

Galaxy Z Fold5 menampilkan sistem kamera dengan 12MP +50MP OIS +10MP OIS dan dilengkapi dengan pemprosesan Galaxy Snapdragon 8 Gen 2 terbaik. 

Walaupun tiada slot untuk S-Pen, tapi kami boleh cadangkan anda beli casing berasing untuk simpan S-Pen dengan lebih selamat. 

Sistem engsel juga telah dipertingkatkan sama seperti Galaxy Z Flip5, jadi tiada ruang antara skrin yang dilipat untuk elak habuk atau kotoran melekat.


Galaxy Watch6 Series

Samsung Galaxy Watch6

Ciri yang dinantikan, rotating bezel kini kembali pada Samsung Galaxy Watch6 Classic. 

Ciri ini merupakan favourite pengguna kerana membolehkan anda pusingkan bezel jam untuk pilih menu dengan lebih mudah.

Secara keseluruhannya, reka bentuk kedua-dua Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic lebih padat dan kemas. 

Ukuran saiz 30% lebih kecil dan 15% lebih nipis dan bahagian paparan pula 20% lebih besar dan lebih cerah.

Jumlah peratusan yang ditetapkan oleh Samsung ini bagi memudahkan anda melihat skrin jam ketika berada di luar. 

Ciri menarik lain lagi, Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic kini mempunyai quick-release mechanism pada talinya, menjadikan lebih mudah untuk dibuka.

Reka bentuk timeless ini menjadikan jam tangan pintar itu jauh lebih canggih sehingga anda tidak perasan ia sebuah jam tangan sebenar sehingga anda menyentuhnya.

Oh! Paling penting, jam tangan pintar terbaru ini mempunyai pelbagai aplikasi kesihatan seperti pemantau tekanan darah dan ECG. 


Galaxy Tab S9 Series

promo s9 (2)

Siri Samsung Galaxy Tab S9 menawarkan tiga jenis model dan Ultra semestinya menjadi pilihan utama. 

Semua model menampilkan paparan AMOLED 2X dengan kadar penyegaran 120Hz dan warna yang lebih menarik. 

Turut dilengkapi dengan teknologi Intelligent Outdoor Algorithm yang akan laras tetapan paparan dan kecerahan berdasarkan keadaan cuaca secara automatik. 

Menarik lagi, tablet ini juga kalis air dan habuk IP68, menyokong S-Pen serta menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2.

Kini, Samsung telah meningkatkan kadar sokongan antara telefon dan tablet mereka dengan baik. 

Pengguna Galaxy boleh menyambungkan telefon pintar mereka ke tablet dan menggunakannya sebagai pad sentuh, atau mengalihkan tetikus dari telefon ke tablet dengan lancar. 

Fail, teks dan banyak lagi anda boleh copy and paste sahaja antara peranti, jadi boleh mewujudkan ekosistem Android yang padu.


Samsung Galaxy Z Flip5
Samsung
Samsung Galaxy Z Flip5
Dari
RM4,499.00
Semak harga Samsung Galaxy Z Flip5 di bawah:
Menyokong rakaman video 4K
Hadir dengan kadar penyegaran 120Hz
Cipset terbaik sesuai untuk gaming dan multitask
Kalis air dan debu (IPX8)
Tiada audiojack
Ketahanan bateri kurang memuaskan
Samsung Galaxy Z Fold5
Samsung
samsung fold 5
Dari
RM6,799.00
Semak harga Samsung Galaxy Z Fold5 di bawah:
Software terbaik untuk telefon lipat
Cipset berkualiti tinggi
Boleh rakam video 8K
Harga sangat mahal
Tiada audiojack
Samsung Galaxy Watch6
Samsung
Samsung Galaxy Watch6
Dari
RM799.00
Semak harga Samsung Galaxy Watch6 di bawah:
Kalis Air dan debu (IP68)
Ada NFC dan bateri tahan lama
Boleh baca tekanan darah
Harga mahal
Samsung Galaxy Watch6 Classic
Samsung
Samsung Galaxy Watch6 Classic
Dari
RM1,399.00
Semak harga Samsung Galaxy Watch6 Classic di bawah:
Samsung Galaxy Tab S9
Samsung
Samsung Galaxy Tab S9
Dari
RM3,699.00
Semak harga Samsung Galaxy Tab S9 di bawah:
Bateri besar dan tahan lama
Menyokong pengecasan pantas 45W
Menggunakan OS Android terkini (Android 13)
Tidak menyokong NFC
Tiada kamera ultrawide
Samsung Galaxy Tab S9+ (256GB)
Samsung
Samsung Galaxy Tab S9+ (256GB)
Dari
RM4,599.00
Semak harga Samsung Galaxy Tab S9+ (256GB) di bawah:
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra
Samsung
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra
Dari
RM5,999.00
Semak harga Samsung Galaxy Tab S9 Ultra di bawah:
Skrin AMOLED 2X Dinamik untuk kualiti paparan terbaik
Kalis air dan debu
Processor terbaik sesuai untuk gaming
Harga mahal

Artikel Berkaitan