Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tab s9 (4)

Revolusi S Pen Bersama Samsung Galaxy Tab S9 Series Jadikan Golongan Pelajar Lebih Produktif

Kenapa S9 sesuai untuk pelajar?

Minggu lepas Samsung mengadakan acara Samsung Unpacked 2023 untuk melancarkan empat peranti baru dari mereka.

Antaranya Samsung Galaxy Tab S9, Galaxy Z Flip5, Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Watch6.

Tapi dalam banyak-banyak peranti ni, mata kami tertumpu pada Samsung Galaxy Tab S9 Series kerana terdapat pelbagai features dan spek yang menarik.

Malah sesuai juga untuk kalangan pelajar menggunakannya. Nak tahu kenapa? Jom baca penjelasan dari kami.


Rekaan Tab S9

Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy Tab S9 series mempunyai 2 pilihan warna iaitu beige and graphite, cuma hanya S9 Ultra saja mempunyai warna graphite.

Rekaan tab terkini ini lebih elegan dan moden dengan saiz skrin yang lebih besar dan nipis sekaligus dapat memberi kepuasan ketika menggunakannya.

Ciri ini juga menjadikan tab mudah dibawa ke mana saja sekaligus sesuai untuk golongan pelajar melakukan assignment, membuat kajian, panggilan video atau melukis.

Tambahan pula cara penggunaan tab ini boleh bertukar seperti laptop dengan menggunakan papan kekunci bluetooth.

Maksudnya anda boleh gunakan tab ini secara fleksibel bergantung pada kesesuaian mengikut cara penggunaan anda sebagai seorang pelajar, best kan?

Butiran terperinci saiz Samsung Galaxy Tab S9 series;

  • Samsung Galaxy Tab S9 - 14.6 inci dengan ketebalan 5.9mm
  • Samsung Galaxy Tab S9+ - 12.4 inci dengan ketabalan 5.7mm
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra - 11 inci dengan ketebalan 5.5mm

Skrin

Seterusnya, Samsung Galaxy Tab S9 series menggunakan jenis skrin dinamik AMOLED 2X dimana dapat memberikan ketepatan warna yang lebih bagus dan jelas.

Jadi, warna yang dilihat secara realiti dan warna pada skrin tidak jauh beza. 

Ini menjadikan sangat sesuai bagi pelajar yang mempunyai subjek yang memerlukan penggunaan tona warna.

Manakala bahagian refresh rate atau kadar penyegaran adalah sebanyak 120Hz yang mana visual pada paparan skrin akan bergerak dengan sangat lancar.

Bagi mereka yang memerlukan tugasan atau kajian melalui video atau bermain game ketika waktu senggang, visual skrin Tab S9 series ini memang dapat beri kepuasan.

Tablet ini juga dapat memberi keselesaan pada bola mata jika anda melihat skrin untuk tempoh yang lama kerana dapat melindungi mata dari blue light yang berbahaya.

Menariknya lagi, bahagian skrin terdapat Intelligent Outdoor Algorithm yang dapat mengawal kecerahan skrin secara automatik bergantung pada keadaan cuaca semasa.

Jadi, jika anda membuat assignment sama ada di kawasan outdoor atau indoor, anda tak perlu bersusah-susah mengawal kecerahan skrin. 

Ini kerana Tab S9 series bantu anda mengawal tahap kecerahan mengikut kesesuaian cuaca dan lampu keadaan semasa.

Dengan semua ciri skrin di atas ini menjadikan sesuai bagi mereka dalam bidang pengajian yang memerlukan penggunaan skrin yang lama dan membuat tugasan dimana-mana saja.


Revolusi S Pen 

Bila bercakap tentang revolusi, mesti ada perubahan pada satu benda, begitu juga lah S Pen.

Transformasi pada beberapa ciri S Pen membuatkan penggunaannya lebih efektif dan pengguna membuat tugasan menjadi lebih produktif.

Antara revolusi S Pen yang pihak Samsung lakukan adalah boleh dicas pada dua bahagian.

Ciri ini khusus bagi pelajar yang padat dengan tugasan kerana kemungkinan besar mereka lupa untuk mengecas alat peranti sebelum melakukan aktiviti lain.

Tapi disebabkan S Pen ini boleh dicas terus hanya dengan letakkan saja S Pen pada magnetic holder tab tidak kira arah mana, jadi anda tak perlu risau dengan sesi penggunaan seterusnya.

Paling best lagi, S Pen yang terkini tahan habuk dan air dengan ciri penarafan IP68.

Maksudnya anda bebas kembangkan kreativiti tidak kira dimana, walaupun anda sedang melakukan assignment dalam keadaan hujan renyai.

Erti kata lain, S Pen akan tetap sedia berkhidmat dan setia bersama anda dalam menyiapkan assignment walau dalam apa cuaca sekalipun.

Cuma nak highlight di sini, sebelum melakar guna S pen, pastikan lap dengan tuala kering supaya skrin dapat membaca pergerakan mata pen dengan lancar.

Akhir sekali, lakaran dari mata S Pen Galaxy Tab S9 series kali ini lebih tepat dan terperinci apabila melukis pada skrin.

Senang kata, apabila anda melakar guna S Pen, seakan-akan melukis menggunakan pensil dan kertas cuma di atas skrin.

Jadi sangat sesuai bagi pelajar dalam bidang pengajian yang melibatkan tugasan lukisan misalnya arkitek, pereka grafik, pereka fesyen dan lain-lain.

Itulah ringkasan yang kami boleh terangkan bagaimana Samsung Galaxy S9 series bersama revolusi S Pen ini dapat meningkatkan produktiviti anda sebagai seorang pelajar.


Promosi Samsung Galaxy Tab S9 Series

Bagi mereka yang sudah bersedia ingin memiliki Samsung Galaxy Tab S9 Series, kami sarankan anda buat pre-order sekarang sebab Samsung nak bagi harga kasih sayang!

  • Nikmati storan berganda bernilai sehingga RM600.
  • E-baucar RM100.
  • Premium VIU selama 12 bulan.
  • Diskaun 50% untuk papan kekunci.

Anda juga boleh guna kod eksklusif dari kami, PNGALAXY untuk dapatkan lagi RM100 diskaun.

Perlu diingatkan bahawa kod eksklusif ini tidak boleh ditindan dengan e-baucar lain.

Tunggu apa lagi? Jom buat pembelian menerusi laman sesawang rasmi Samsung. Klik butang di bawah!

DAPATKAN PROMO


Artikel Berkaitan

End of Article