Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kasut hiking

12 Kasut Hiking Terbaik & Berkualiti 2024 (Lelaki & Perempuan)

Aktiviti pendakian tidak seronok jika anda tidak memakai tapak kasut hiking yang tepat.

Mendaki bukit, gunung atau meredah hutan boleh dijadikan aktiviti menghilangkan stres malah mungkin menjadi ‘ketagihan’ pada seseorang.

Lebih-lebih lagi jika pendakian tersebut berakhir dengan mandi air terjun atau melihat pemandangan yang indah.  

Tapi aktiviti ini tidak akan seronok jika anda tidak memakai tapak kasut hiking yang tepat atau kasut sesuai untuk hiking.

Ini kerana pemilihan kasut adalah penting supaya kaki tak mudah terseliuh, lenguh, sakit, atau melecet ketika melakukan pendakian. 

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan jenama kasut hiking terbaik atau kasut outdoor dengan pelbagai saiz kasut. Jom lihat!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Kasut Hiking Terbaik

Kasut hiking terbaik secara keseluruhan
Anti-Slip Hike Shoes Outdoor Mountain
Anti-Slip Hike Shoes Outdoor Mountain
mulai
RM36.80
Semak Anti-Slip Hike Shoes Outdoor Mountain harga dibawah:
add_circle Tak perlu ikat tali kasut
add_circle Mempunyai toe cap
add_circle Ringan & lembut
add_circle Unisex
remove_circle Tidak tahan air

Sebab menjadi pilihan utama:

Selesa dipakai untuk pengembaraan hutan kerana tapak kasut ini mempunyai daya cengkaman yang bagus kerana diperbuat daripada getah berkualiti. 

Ciri-ciri:

Kasut mendaki ini direka untuk unisex, jadi boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita yang gemar melakukan aktiviti lasak.

Dengan kualiti getah berkualiti tinggi digunakan pada kasut ini, pergerakan anda menjadi lebih stabil kerana tapak kasut ini tidak mudah tergelincir.

Bahagian dalam kasut pula mempunyai fabrik mesh yang breathable agar peluh cepat kering dan tidak mengeluarkan berbau busuk. 

Turut mempunyai toe cap untuk melindungi jari kaki dari terkena sebarang objek yang jatuh atau bergolek seperti batu atau kayu. 

Review:

“Kualiti padan dengan harga. Dah try pakai untuk hiking, memang cengkaman dia bagus. Kasut ni pun ringan so lagi senang nak mendaki.”

Kasut hiking murah
Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip
Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip
mulai
RM33.80
Semak Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip harga dibawah:

Kasut hiking ini direka dengan perlindungan jari kaki (toe cap) pada bahagian depan supaya jari tak mudah tercedera walaupun tersepak batu atau kayu. 

Paling best, tak perlu buang masa untuk ikat tali kasut kerana anda hanya perlu tarik kancing atau buckle yang disediakan untuk mengetatkan atau melonggarkan ikatan talinya. 

Sesuai dipakai untuk lelaki, perempuan dan semua jenis aktiviti outdoor kerana mempunyai ciri ringan dimana anda akan rasa mudah untuk bergerak bersama kasut ini.

Bahagian dalam diperbuat daripada material mesh yang ringan dan breathable agar peluh kaki lebih cepat kering.

Ingin diingarkan jika kaki anda jenis lebar, disarankan untuk pilih 1 saiz yang lebih besar dari yang selalu anda pakai.  

Kasut hiking waterproof
Timberland Men Lincoln Peak Waterproof Hiking Boots
Timberland Men's Lincoln Peak Waterproof Hiking Boots
mulai
RM699.00
Semak Timberland Men Lincoln Peak Waterproof Hiking Boots harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Rekaan cantik
add_circle Kalis air & ringan
add_circle Mempunyai toe cap
add_circle Pelbagai pilihan saiz
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita

Walaupun mahal tapi kasut hiking Timberland untuk lelaki ini tidak menghalang anda melakukan aktiviti luar walaupun hujan kerana mempunyai ciri kalis air.

Malah, diperbuat daripada 50% plastik yang dikitar semula dan cengkaman tapak pada tanah sangat kuat sebab bahagian tapak kasut diperbuat daripada getah.

Sekaligus pergerakan anda lebih stabil dan tidak mudah tergelincir ketika sedang mendaki bukit. 

Bahagian depan kasut akan melindungi jari kaki daripada cedera jika anda tersepak benda keras.

Kasut hiking perempuan
Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women - Quechua
Decathlon
Decathlon Hiking : Trekking Shoes Women (Light & Great Cushioning) - Quechua
mulai
RM69.00
Semak Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women - Quechua harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Harga murah
add_circle Mencengkam tanah dengan baik
add_circle Mempunyai toe cap
remove_circle Tidak sesuai dipakai untuk mendaki gunung

Kaum hawa yang suka melakukan aktiviti pengembaraan dalam hutan memang patut dapatkan kasut Decathlon ini. 

Ini kerana bahagian dalamnya mempunyai kusyen yang selesa dipakai untuk berjalan jauh dalam hutan. 

Paling penting material kasut ini mudah dibersihkan walaupun lumpur yang melekat. 

Jangan risau, saiz kasut ini dari saiz EU36 hingga EU41, jadi boleh dipakai oleh semua jenis saiz kaki.

Kasut getah hiking MR DIY
Black Rubber Shoes for Hiking
Black Rubber Shoes for Hiking
mulai
RM6.44
Semak Black Rubber Shoes for Hiking harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Ringan
add_circle Tak mudah tergelincir
remove_circle Berbunyi berdicit ketika basah

Kasut getah buatan Malaysia ini bukan sahaja sesuai dipakai untuk hiking dan berkhemah, malah boleh dipakai juga untuk kerja-kerja industrial, pembinaan dan pertanian. 

Pembuatannya kasut ini dari getah berkualiti tinggi jadi memang tahan lasak dan paling penting anda rasa selesa dan lembut apabila dipakai. 

Kasut ini sangat sesuai dipakai untuk aktiviti luar jika melibatkan air kerana kasut ini mudah dikeringkan jika basah.

Kalau terkena lumpur juga mudah dibersihkan kerana tidak perlu menyental seperti kasut yang guna fabrik kain.

Anda juga tidak perlu susah-susah mengikat tali kasut kerana kasut ini jenis sarung.

Kasut hiking unisex
Neckermann Men & Women's Unisex Tornado Hiking & Outdoor Sandals
Neckermann Men & Women's Unisex Tornado Hiking & Outdoor Sandals
mulai
RM99.99
Semak Neckermann Men & Women's Unisex Tornado Hiking & Outdoor Sandals harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Tahan lasak
add_circle Tak mudah putus
add_circle Rekaan ergonomik & fleksibel
remove_circle Mudah dimasuki serangga

Jika anda sering melakukan aktiviti lasak, boleh dapatkan kasut hiking dari jenama Neckermann ini kerana bahagian tapak luar diperbuat 100% getah berkualiti tinggi.

Ciri ini juga dapat memberi cengkaman yang bagus pada permukaan tanah yang kering, basah dan berlumpur.

Terdapat juga toe cap untuk melindungi jari kaki dari bendasing keras yang kemungkinan anda tersepak.

Jangan risau, jika kasut basah akibat hujan atau mengharungi sungai pun tiada masalah kerana diperbuat juga daripada material yang cepat kering. 

Tak perlu buang masa untuk ikat tali kasut kerana anda hanya perlu tarik buckle yang tersedia untuk ketatkan atau longgarkan talinya.

Kasut hiking Decathlon
Decathlon Men Lightweight Waterproof Hiking Shoes - Quechua
Decathlon Men Lightweight Waterproof Hiking Shoes - Quechua
mulai
RM149.00
Semak Decathlon Men Lightweight Waterproof Hiking Shoes - Quechua harga dibawah:
add_circle Ringan & breathable
add_circle Harga mampu milik
add_circle Terdapat warranty 2 tahun
remove_circle Pilihan warna terhad

Kasut hiking Decathlon untuk lelaki ini mempunyai ciri kalis air jadi anda boleh lakukan aktiviti dengan kaki yang selesa walaupun dalam keadaan hujan.

Turut lengkap dengan ciri perlindungan impak pada bahagian depan kasut di mana boleh melindungi kaki daripada cedera jika tersepak batu. 

Tapak kasut hiking ini juga mempunyai cengkaman yang bagus dan boleh memberi pergerakan anda stabil walaupun bergerak dalam lumpur.

Manakala, bahagian pelapik dalam kasut diperbuat daripada EVA foam boleh mengelakkan si pemakai daripada merasai bendasing keras ketika melalui kawasan berbatu.

Kasut hiking waterproof untuk wanita
Timberland Women Lincoln Peak Lite Waterproof Hiking Shoes Black Mesh Wide
Timberland Women's Lincoln Peak Lite Waterproof Hiking Shoes Black Mesh Wide
mulai
RM639.00
Semak Timberland Women Lincoln Peak Lite Waterproof Hiking Shoes Black Mesh Wide harga dibawah:
add_circle Bahagian dalam kasut lembut
add_circle Tapak kasut tebal
add_circle Rekaan lebar
remove_circle Harga mahal

Jenama kasut hiking Timberland yang direka khas untuk wanita dan mempunyai ciri kalis air, jadi memang sesuai dipakai ketika beraktiviti dalam hutan. 

Malah bahagian pelapik diperbuat 50% plastik yang dikitar semula dari pelupusan sampah menjadikan kasut hiking ini ringan 

Apabila ringan dipakai, jadi tak akan rasa seperti membawa beban yang terlalu berat di kaki. 

Meskipun tidak bercorak, namun kasut berwarna hitam ini tetap kelihatan elegan, sesuai untuk wanita yang mahukan sesuatu yang ringkas dan tidak terlalu menonjol.

Kasut hiking lelaki
Adidas Climacool Daroga Two 13 Outdoor Hiking Shoes
Adidas
Adidas Climacool Daroga Two 13 outdoor hiking shoes
mulai
RM168.33
Semak Adidas Climacool Daroga Two 13 Outdoor Hiking Shoes harga dibawah:
add_circle Jenis breathable
add_circle Ringan semasa pakai
add_circle Tahan lasak
remove_circle Pra-pesanan 30 hari

Kalau nak pergi hiking dengan bergaya, boleh pakai kasut hiking Adidas Climacool Daroga Two 13 ini.

Ia direka untuk iklim panas, kasut yang ringan dan breathable ini adalah pilihan yang sempurna untuk cuaca panas dan boleh guna untuk melintasi air.

Jadi sesuai dijadikan sebagai kasut untuk anda lakukan pengembaraan tidak kira dalam apa jua cuaca.

Selain itu, ia menampilkan fit biasa dengan penutup bertali, bahagian atas tekstil memberikan rasa tahan lasak sambil mengekalkan kebolehtelapan udara dengan teknologi SUMMER.RDY. 

Tapak tengah EVA yang empuk memastikan keselesaan yang tahan lama, walaupun di kawasan yang paling mencabar. 

Kasut yang cepat kering dan mesra air ini menawarkan gabungan sempurna antara gaya dan praktikaliti, memastikan kaki anda kekal sejuk dan selesa pada hari-hari panas.

Kasut hiking ASICS
ASICS Trail Scout 3 Men Trail Running Shoes
ASICS
mulai
RM249.00
Semak ASICS Trail Scout 3 Men Trail Running Shoes harga dibawah:
add_circle Selesa dan menyokong tapak kaki
add_circle Ringan semasa pakai
add_circle Reka bentuk menarik
remove_circle Kurang sesuai untuk perempuan

Kasut hiking jenama ASICS ini menawarkan cengkaman yang sangat baik dan keselesaan pada tapak kaki.

Kasut ini dikemas kini dengan pembinaan midsole JOLT 4, menyediakan rasa ringan, selesa, dan menyokong tapak kaki.

Untuk meningkatkan ketahanan, kasut ini dilengkapi dengan jahitan tindih dan tapak luar getah yang dibentuk, memanjangkan jangka hayatnya. 

Tumit dalaman pula meningkatkan sokongan dan memastikan kestabilan pada permukaan yang tidak rata. 

Selain itu, sekurang-kurangnya 50% daripada bahan utama bahagian atas kasut diperbuat daripada bahan kitar semula, jadi ia secara tidak langsung mengurangkan sisa dan pelepasan karbon. 

Kasut hiking tahan lasak
Salomon Force Quest 4D GTX (Hiking&Tactical) Boots
Solomon
mulai
RM249.00
Semak Salomon Force Quest 4D GTX (Hiking&Tactical) Boots harga dibawah:
add_circle Sangat tahan lasak
add_circle Mempunyai ciri kasut taktikal
add_circle Beri cengkaman yang bagus
remove_circle Harga agak mahal

Kasut hiking Salomon Force Quest 4D GTX adalah kasut 3-dalam-1 yang terbaik, sesuai untuk penggunaan taktikal, mendaki, dan juga untuk pemakaian kasual. 

Direka dengan gaya yang cool dan menarik, ia menggabungkan ciri-ciri kasut taktikal dengan tapak yang mencengkam seperti kasut mendaki. 

Walaupun ringan, kasut ini dibina untuk membawa beban yang berat, memberikan sokongan, cengkaman, dan perlindungan pelbagai cuaca kepada kaki anda. 

Salomon Force Quest 4D GTX menawarkan cengkaman seperti kasut gunung tetapi masih mempunyai fleksibiliti untuk melutut atau berlari ke sasaran dalam keadaan yang sukar. 

Tersedia dalam warna hitam yang elegan, kasut serbaguna ini memastikan anda bersedia untuk sebarang situasi. 

Saiz yang ada adalah dari Euro 40 hingga Euro 46, memenuhi pelbagai saiz kaki.

Kasut hiking gunung kinabalu
Columbia The North Face Middle Cut Hiking Shoe
Columbia
Columbia The North Face Middle Cut Hiking Shoe
mulai
RM447.25
Semak Columbia The North Face Middle Cut Hiking Shoe harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk daki gunung
add_circle Unisex
add_circle Jenis breathable
remove_circle Harga agak mahal

Anda bercita-cita untuk mendaki ke puncak Gunung Kinabalu? Kalau jawapannya ya, anda mungkin perlukan kasut jenama Columbia ini. 

Direka untuk lelaki dan wanita, kasut mendaki ini menawarkan penyerapan kejutan atau shock absorption terbaik, bersama sifat anti-gelincir dan tahan lasak.

Memang sangat sesuai dijadikan kasut hiking atau untuk sebarang pengembaraan luar. 

Sementara itu, reka bentuk potongan rendah hingga sederhana memberikan keseimbangan sokongan dan fleksibiliti yang sempurna. 

Bahagian atasnya diperbuat daripada gabungan kulit dan mesh yang tahan lama dan breathable, memastikan kaki anda kekal selesa dan kering. 

Manakala tapak luar getah yang tidak licin memberikan cengkaman yang sangat baik pada pelbagai permukaan, meningkatkan kestabilan dan keyakinan anda semasa mendaki


Tips Pilih Kasut Hiking

Memilih kasut hiking yang betul sebenarnya penting untuk memastikan keselesaan, keselamatan, prestasi semasa mendaki dan juga berbaloi untuk dibeli.

Ini antara tips yang anda boleh ikut sebelum beli kasut hiking:

  • Kenal pasti jenis aktiviti anda. 

Untuk laluan pendek dan ringan, kasut hiking rendah atau trail running shoes lebih sesuai digunakan. 

Bagi laluan sederhana dan panjang, kasut hiking sederhana (mid-cut) memberikan sokongan tambahan. 

Untuk laluan sukar dan berbatu, but mendaki tinggi (high-cut) memberikan sokongan pergelangan kaki penuh, manakala untuk pendakian teknikal dan gunung, but mendaki berteknologi tinggi adalah pilihan terbaik.

  • Perhatikan cengkaman dan tapak kasut. 

Pilih tapak yang diperbuat daripada getah tahan lasak dengan corak alur yang mendalam untuk cengkaman yang lebih baik di permukaan berlumpur atau berbatu. 

Keselesaan dan rasa kemas semasa pakai adalah faktor penting, jadi pastikan ada ruang secukupnya untuk jari kaki bergerak tetapi tidak terlalu longgar. 

Pastikan tapak dalam (insole) memberikan sokongan lengkungan yang baik dan bantalan yang mencukupi untuk menyerap hentakan dan memberi keselesaan sepanjang hari.

  • Berat kasut

kasut ringan adalah ideal untuk laluan pendek dan tidak terlalu mencabar, manakala kasut berat lebih sesuai untuk laluan panjang dan berbatu, memberikan sokongan yang lebih baik. 

Pilih bahan yang sesuai dengan keperluan anda; kasut kulit tahan lasak dan tahan lama, tetapi lebih berat, manakala mesh dan sintetik lebih ringan dan bernafas tetapi mungkin kurang tahan lasak. 

Jika mendaki di kawasan lembap atau hujan, pilih kasut dengan lapisan kalis air.

  • Sistem pengikat

lace-up memberikan kawalan yang baik untuk menyesuaikan kaki anda dengan kasut, manakala sistem pengikat cepat (quick-lace) memudahkan pemakaian dan mudah untuk cabut kasut. 

Jadi itu antara tips ataupun faktor yang anda boleh lihat sebelum membeli kasut hiking agar pembelian anda lebih tepat dan berbaloi.


Jenis Kasut Hiking

Jenis kasut hiking dapat dibahagikan kepada beberapa kategori utama berdasarkan reka bentuk dan kegunaannya. 

Kalau nak pilih jenis kasut hiking yang betul memang penting untuk pastikan keselesaan dan keselamatan semasa mendaki. 

Jom lihat beberapa jenis kasut hiking yang biasa digunakan.

  1. Kasut Hiking Rendah (Low-Cut Hiking Shoes)

Direka untuk laluan yang ringan dan pendakian yang singkat. Kasut ini mempunyai ciri-ciri ringan, fleksibel, dan mampu beri sokongan minimum pada pergelangan kaki. Kasut ini sesuai untuk laluan yang jelas dan tidak berbatu, serta aktiviti harian.

  1. Kasut Mendaki Sederhana (Mid-Cut Hiking Shoes)

Kasut ini boleh beri sokongan tambahan pada pergelangan kaki, dan ianya lebih tahan lama dan menyokong kaki anda berbanding kasut hiking rendah. Sangat sesuai untuk laluan yang sederhana dan berbatu serta perjalanan mendaki yang lebih panjang.

  1. But Mendaki Tinggi (High-Cut Hiking Boots)

Direka untuk laluan yang sukar dan pendakian yang panjang. Kasut ini boleh berikan sokongan penuh pada pergelangan kaki dan lebih tahan lama. Ia juga dapat melindungi kaki daripada kecederaan dan memberikan kestabilan yang lebih baik di laluan yang lasak.

  1. Kasut Trail Running (Trail Running Shoes)

Untuk pendaki yang pantas dan jika anda gemar berlari semasa hiking. Kasut ini ringan, fleksibel, dan memberikan cengkaman yang baik. Sesuai untuk laluan yang rata dan tidak terlalu berbatu.

  1. But Mendaki Berteknologi Tinggi (Technical Mountaineering Boots)

Untuk pendakian teknikal dan laluan yang ekstrem. Kasut ini sangat tahan lama, memberikan sokongan penuh, dan sering kalis air. Direka untuk mendaki gunung, laluan berais, dan situasi yang memerlukan perlindungan maksimum.

  1. Kasut Hiking Kalis Air (Waterproof Hiking Shoes)

Kasut ini melindungi kaki daripada air dan kelembapan. Dilengkapi dengan lapisan kalis air seperti GORE-TEX, sesuai untuk laluan basah, hujan, dan keadaan yang lembap.

  1. Kasut Hiking Minimalis (Minimalist Hiking Shoes)

Memberikan pengalaman mendaki dengan rasa semula jadi semasa berjalan dengan tapak yang nipis. Kasut ini sangat ringan dan fleksibel, sesuai untuk pendaki yang ingin merasai lebih banyak sensasi dari laluan dan mencari pengalaman mendaki yang lebih semula jadi.

Bila anda dah faham setiap jenis kasut dan fungsinya, barulah boleh pilih kasut yang sesuai dengan jenis aktiviti anda.


Adakah Saya Memerlukan Kasut Khas Untuk Hiking? 

Bagi yang meminati aktiviti lasak seperti meredah hutan, mendaki bukit atau gunung, tak perlu risau kerana kasut hiking sebenarnya bukanlah sesuatu barang yang wajib ada. 

Cuma bergantung kepada keselesaan, jarak dan jenis laluan dalam hutan yang anda lalui. 

Jika anda cuma mahu mendaki bukit yang rendah atau jarak pendakian adalah kurang daripada 4 kilometer, tiada masalah jika pakai kasut sukan yang biasa.

Jika pendakian anda mengambil masa yang lebih lama iaitu sekitar 4 kilometer hingga 9 kilometer, anda digalakkan untuk pakai kasut hiking. 

Manakala jika anda mendaki gunung atau bukit yang mempunyai denai yang sukar dilalui, lebih baik anda pakai kasut hiking yang khas agar kaki tak mudah lenguh.

Dalam masa yang sama, kecederaan atau masalah kaki melecet juga dapat dielakkan. 

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri sama ada anda selesa hiking dengan memakai kasut sukan biasa atau kasut hiking khas. 

Jom lihat video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut cara pemilihan kasut.


Artikel Berkaitan

End of Article