Pemakaian bengkung perut digunakan apabila seorang wanita sedang menjalani proses berpantang atau ingin kelihatan kempis pada bahagian perut.
Tapi kini tidak lagi apabila bengkung sudah upgrade dengan pelbagai jenis bengkung dimana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.
Tambah pula salah seorang influencer media sosial, Sajat mengetengahkan pemakaian bengkus supaya pinggang kelihatan kemas dan ramping persis anak dara.
Bukan sahaja perempuan, lelaki juga ada yang mengenakan bengkung bagi menyembunyikan perut yang kelihatan buncit ke hadapan.
Jadi kami senaraikan jenama bengkung terbaik dan pelbagai jenis bengkung seperti bengkung czer, bengkung strap, dan bengkung tali untuk anda pilih supaya penampilan kelihatan cantik.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Jenama Bengkung Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Jenama Tanamera sangat terkenal dengan barangan berpantang moden jadi salah satu barang pantang yang mereka sediakan adalah bengkung.
Ciri-ciri:
Bengkung bersalin jenama dari Tanamera direka bentuk tradisional dimana dapat memberi sokongan pada bahagian sekeliling tubuh 360°.
Walaupun bentuknya seperti bengkung tradisional tapi anda tidak perlu mengikat dengan ketat kerana terdapat klip pada bahagian bawah cuma perlu tarik tali untuk ketatkan saja.
Fabrik bengkung ini dipebuat daripada kapas lembut yang tidak diluntur menjadikan si ibu rasa selesa walaupun berjam-jam lamanya pakai.
Jangan risau, pemakaian bengkung mudah dipakai dan jika nak rasa lebih selesa sebaiknya bahagian bawah pakai pakaian yang longgar.
Tempoh yang disyorkan untuk pakai bengkung ini adalah selama 40 hari sekurang-kurangnya 12 jam sehari untuk hasil yang terbaik.
Jika anda pakai 24 jam sepanjang tempoh berpantang, anda akan dapat lihat hasil yang maksimum.
Review:
“Setakat ni pakai memang okay, sangat selesa, menyesal beli satu.”
Bengkung dari Mama’s Choice jenis adjustable corset ini diperbuat daripada 65% polyester dan 35% fabrik elastik.
Ini menjadikan anda tidak terasa panas dan boleh direnggangkan untuk membelit bahagian perut supaya dapat mengembalikan postur badan seperti asal.
Disebabkan mempunyai ciri boleh adjust, jadi bengkung ini sesuai untuk ibu yang bersalin c-zer kerana boleh adjust sarung bengkung jauh dari bahagian luka bedah.
Pada bahagian bengkung ini terdapat strap untuk bengkung anda lekap supaya dapat mengembalikan bentuk badan seperti sedia kala.
Terdapat dua pilihan warna iaitu nude dan hitam.
Jenama Shapee Belly Band Plus+ ini diperbuat daripada polyester, elastane, cotton dan mampu direnggangkan sehingga 27 cm panjangnya.
Bagaimanapun terdapat 3 saiz yang berbeza; M (32 inch – 37 inch), L (37 inch – 43 inch) dan XL (43 inch – 49 inch).
Kepada ibu yang menyusu badan, anda akan rasa selesa ketika menggunakan bengkung ini kerana bengkung ini akan ikut postur badan anda semasa menyusu.
Selain itu, dengan 3 strap pada bahagian pinggang, bengkung ini dapat bantu anda mengembalikan bentuk badan seperti sediakala.
Cuma perlu diingatkan, para ibu yang melahirkan anak melalui proses bedah, digalakkan pakai bengkung ini selepas luka sembuh.
Ingin diingatkan, cara basuh bengkung ini adalah dengan cara menyental dengan tangan menggunakan air sejuk dan tidak boleh menggunakan peluntur klorin atau mesin pengering.
Autumnz Post-Partum Abdominal Binder direka dengan teliti untuk membantu membentuk semula perut anda kepada bentuk pra-kehamilan.
Dengan rekaan jenis membalut menggunakan strap dan bersilang, menjadikan bengkung ini digelar sebagai ‘Bengkung Moden’.
Tapi, kelebihan sama saja dengan bengkung tradisional dimana dapat memudahkan proses pemulihan selepas hamil secara semula jadi.
Cuma apa yang membezakan adalah, proses memakai bengkung kelihatan lebih mudah berbanding tradisional.
Lagipun bengkung ini direka untuk membantu mengurangkan kesan tekanan yang tidak diingini serta meningkatkan keanjalan semula jadi kulit.
Bagi mereka yang sukakan barangan pantang tradisional boleh beli bengkung dari Jamu Jelita ni.
Anda pun tak perlu pening kepala nak pilih saiz kerana tali yang disediakan cukup panjang untuk mengikat bahagian pinggang dan perut untuk semua saiz.
Walaupun bengkung ini memerlukan dua orang untuk mengikat bengkung tapi berkesan untuk mengembalikan bentuk badan yang lama.
Ini kerana ikatan bengkung tali tidak mudah longgar berbanding jenis strap dimana kemungkinan besar lekapan strap boleh terbuka.
Jangan risau, mudah dicuci kerana jenis kain biasa jadi lepas tempoh berpantang, terus cuci dengan mesin basuh.
Vasia bengkung sering digunakan untuk menyimpan lebihan lemak pada bahagian perut dan digunakan semasa proses berpantang.
Kelebihan bengkung dari jenama Vasia ini anda boleh pakai walaupun selepas tempoh berpantang untuk kelihatan ramping.
Lagipun bengkung ini dapat memberi sokongan badan terutama pada tulang belakang dan meningkatkan keanjalan pada bahagian perut.
Jangan risau, mudah digunakan dimana tidak perlu diikat pada setiap bahagian dan paling penting si ibu selesa dan tidak memeri.
Bagi mereka yang menyusukan anak, bengkung ini merupakan pilihan yang tepat kerana anda tetap selesa menyusukan si kecil walaupun memakai bengkung ini.
Bagi mereka yang mencari bengkung yang lebih mantap, selesa dan mempunyai grip yang lebih baik, anda perlu dapatkan bengkung terbaru dari Sajat.
Bengkung ini dilengkapi dengan banyak tulang infrared yang membantu memecahkan lemak dan diperbuat daripada kain 'burn fabric' yang selesa dipakai serta menyejukkan.
Selain itu, bengkung ini mudah dicuci (hand wash) dan boleh dipakai melebihi 8 jam sehari. Ia juga boleh menyokong tulang belakang serta mengempiskan perut anda.
Sesuai untuk wanita yang sedang berpantang dan juga mereka yang aktif di gimnasium atau melakukan aktiviti lasak.
Dengan harga yang mampu milik, bengkuang Sajat ini akan mencantikkan lagi postur badan anda!
Bengkung 3 Saat Razowa adalah pilihan yang sangat baik kerana ia boleh dipakai tanpa bantuan, menjimatkan masa, dan sangat selesa dipakai.
Ia juga memudahkan urusan pergi ke tandas dan sesuai untuk ibu yang melahirkan secara normal atau melalui pembedahan Caesar.
Bengkung ini turut tersedia dalam pelbagai saiz, termasuk Free Size untuk S-L, Plus Size untuk XL-XXL, dan Extra Size untuk 3XL - 4XL, membolehkan ibu memilih saiz yang sesuai dengan pakaian.
Dengan langkah pemakaian yang mudah, bengkung ini membantu para ibu yang ingin merapatkan dan mengembalikan bentuk badan mereka selepas bersalin.
Anda sering mengalami masalah sakit belakang dan mempunyai postur badan yang bongkok seperti orang tua?
Jangan risau, bengkung ini dapat bantu anda menegakkan badan sekaligus mengurangkan timbul masalah sakit belakang.
Ini kerana bengkung ini dihasilkan oleh pereka pembetulan postur profesional bagu membantu individu yang sering mengalami sakit belakang, sakit pinggang dan leher.
Dalam masa yang sama, produk ini berfungsi sebagai langkah pencegahan untuk mencegah perkembangan bongkok biasa pada usia remaja.
Maksudnya dapat membantu membetulkan kedudukan bahu dan belakang serta dilengkapi sepasang palang besi untuk memperkuat tulang belakang dan bahagian bawah.
Bengkung ini juga boleh laras untuk memastikan keselesaan pengguna dan paling penting material bengkung ini breathable dan disarankan untuk memakai baju dalam.
Berbanding jenama lain, bengkung jenis ni yang paling memenuhi keperluan untuk pembakaran lemak dan boleh mengecilkan pinggang.
Tanpa letak krim pun ia tetap akan membuatkan berpeluh banyak ketika memakainya.
Diperbuat daripada bahan neoprene gred terbaik, bengkung Cosway sangat sesuai untuk dipakai oleh lelaki dan wanita.
Saiznya pula 'one size fits all', jadi anda tak perlu risau tentang saiz badan.
Boleh dipakai terus pada badan atau di atas baju semasa bekerja, bersukan atau tidur.
Untuk penjagaan, hanya perlu dibasuh dengan tangan menggunakan detergen lembut dan air sejuk serta biarkan kering di tempat teduh.
Bengkung ini direka khas untuk memberikan sokongan tambahan pada bahagian perut, punggung dan peha anda.
Dengan 4 tulang besi spiral yang ringan dan ergonomik membantu membentuk semula kawasan perut, menjadikan ia kelihatan lebih rata.
Material yang terdiri daripada 90% nylon dan 10% spandex pula memastikan anda rasa selesa dan mudah bernafas, jadi anda tidak perlu risau tentang masalah kepanasan.
Salah satu ciri terbaik Superwoman HQ ialah "ergonomics round butt circles" yang mampu mengangkat dan membulatkan punggung anda dengan sempurna.
Ditambah pula dengan thigh band yang tidak bergulung, anda boleh bergerak dan berjalan dengan selesa.
Extra support pada bahagian peha akan memberikan kesan langsing yang memukau dan high waist design produk ini juga dapat menyembunyikan perut buncit.
Bagi semua wanita yang ingin tampil langsing dan menawan selepas bersalin, anda boleh cuba dapatkan bengkung ini.
Material bengkung yang bermutu, selesa dipakai dan corak batiknya memang cantik.
Bahagian dalam bengkung diperbuat daripada kain belacu yang berkualiti manakala bahagian luarnya pula diperbuat daripada kain batik yang lembut.
Bengkung ini mempunyai zip yang berkualiti dan tahan lasak. Jadi, senang untuk anda buka tutup apabila nak ke tandas.
Selain membantu menghalang peranakan daripada jatuh, bengkung ini juga dapat membentuk semula tulang pinggang anda dan merapatkan semula miss V anda selepas bersalin.
Sangat selesa dipakai dan tak mudah nampak kotor berbanding dengan jenis bengkung tradisional.
Bengkung ini diperbuat daripada fabrik tebal iaitu kain belacu yang didatangkan khas dari Indonesia.
Jadi, ia tidak akan menguncup selepas dicuci dan tidak mudah melurut ketika dipakai.
Mempunyai tali yang panjang dan diikat secara zig-zag untuk memberikan sokongan yang optimum.
Cara memakainya pun mudah, hanya dengan 2 tali yang diikat secara zig-zag serta boleh dilaraskan dengan melipat kain di bahagian depan mengikut keselesaan si ibu.
Bukan sahaja menghalang peranakan daripada jatuh dan merapatkan semula "miss V" selepas bersalin, tetapi juga boleh merampingkan badan dan menguatkan otot-otot di bahagian pinggang
Dengan panjang 20.5 inci dari atas pinggang ke pertengahan paha, bengkung tali ini tidak terlalu panjang atau terlalu pendek, memudahkan ibu untuk bergerak.
Bengkung Kerengga Legend diperbuat daripada bahan cotton spandex 4 way stretch fabric yang sangat selesa dan boleh menyesuaikan bentuk badan anda dengan sempurna.
Reka bentuknya juga sesuai untuk semua orang dan dilengkapi dengan 16 tulang untuk memberi sokongan optimum.
Tidak panas dan tidak stretchable, jadi takkan bergulung, berlipat ataupun mengembang.
Malah, ia juga mempunyai penyerapan peluh yang baik untuk memberikan anda kelegaan sepanjang hari.
Paling penting, labuhnya 11 inci dan lebih panjang berbanding bengkung lain di pasaran.
Jadi, bolehlah cover sampai bawah perut.
Sama ada anda berpantang atau tidak, lelaki atau perempuan, Bengkung Kerengga memang sesuai untuk semua orang.
Waktu Sesuai Pakai Bengkung Selepas Bersalin
Bagi ibu bersalin normal, boleh mula memakai bengkung dalam tempoh beberapa hari selepas bersalin.
Pastikan luka jahitan sudah kering dan tidak berdarah.
Untuk ibu bersalin caesar pula, pemakaian bengkung boleh dimulakan selepas luka pembedahan sembuh, biasanya dalam tempoh 6-8 minggu selepas bersalin.
Mulakan dengan lilitan longgar dan jangan terlalu ketat sehingga menyukarkan pernafasan.
Bolehkah Pakai Bengkung Masa Tidur
Selepas melahirkan, amalan pantang tradisional hanyalah sementara sahaja.
Tujuannya adalah untuk membantu rahim anda pulih dengan cepat dan kembali ke saiz biasa.
Apabila rahim sudah sihat dan tiada lagi pendarahan, bengkung pun tidak lagi diperlukan.
Sesetengah ibu rasa lebih selesa tidur dengan bengkung, tapi kami tak galakkan anda pakai bengkung sepanjang hari.
Ini kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, terutama mereka yang ada masalah tulang belakang.
Biarkan badan anda berehat dan pulih dengan sendirinya.
Cara Pakai Bengkung Yang Betul
Pemakaian bengkung sewaktu tempoh berpantang merupakan adat melayu bagi tujuan mengembalikan semula tubuh badan yang sebelum melahirkan anak.
Tapi bagi mommy yang baru pertama kali menjalani tempoh berpantang, mungkin tidak tahu bagaimana cara pakai bengkung yang betul.
Terutama mereka yang melahirkan anak secara perbedahan atau perlu berpantang sendiri disebabkan beberapa faktor.
Jadi, kami bantu anda untuk mempelajari cara pakai bengkung dengan betul.
- Disebabkan bengkung sekarnag mempunyai saiz jadi pastikan pilih saiz bengkung yang sesuai dengan badan anda. Bengkung yang terbaik adalah dapat menutup semua bahagian abdomen dengan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
- Sebelum memakai bengkung sebaiknya sapu krim atau minyak herba di sekitar abdomen.
- Kemudian, baru balut bengkung bada bahagian abdomen sehingga ke pinggul seperti rajah di bawah.
Ingin diingatkan, pemakaian bengkung terlalu ketat dapat menyebabkan timbul masalah buasir.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui cara ikat bengkung dengan lebih terperinci.