Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tablet panadol untuk kurangkan sakit anda.jpg

9 Jenis Panadol Terbaik 2024 (Demam, Sakit Kepala & dll)

Panadol, solusi terbaik untuk melegakan kesakitan anda dengan cepat!

Sama seperti Pampers dan Maggi, ramai yang beranggapan Panadol adalah sejenis nama ubat tapi sebenarnya Panadol adalah jenama pengilang.

Terdapat banyak pilihan jenis Panadol di pasaran sehingga ramai tidak tahu nak pilih yang mana satu dan ada yang tertanya apakah fungsi setiap jenis Panadol itu.

Antaranya, tablet Panadol Paracetamol (PCM) dipanggil acetaminophen di Amerika Syarikat membantu untuk mengurangkan rasa sakit-sakit ringan sehingga sederhana seperti sakit kepala, sakit gigi, sakit belakang, selesema dan demam.

Bagi mengelakkan anda tersalah beli ubat Panadol, kami kongsikan jenis panadol Malaysia yang ada dipasaran supaya anda tidak keliru.


Penyunting

Senarai 9 Jenis Panadol Malaysia Terbaik

Panadol terbaik secara keseluruhan
Panadol Regular
Panadol Regular
From
RM3.99
Check Panadol Regular price below:
add_circle Mudah ditelan
add_circle Harga murah
add_circle Tidak mengganggu perut
remove_circle Untuk rawatan sakit yang tak serius sahaja

Sebab menjadi pilihan utama:

Panadol Regular ini sangat mudah ditelan kerana saiznya tidak sebesar tablet panadol lain.

Ciri-ciri:

Ubat ini boleh dimakan jika anda mengalami sakit kepala, sakit belakang, sakit otot dan sendi serta sakit selepas prosedur mencabut gigi. 

Sakit selepas divaksin juga boleh dilegakan dengan panadol jenis ini tapi, pengambilan ubat ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. 

Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang juga digalakkan untuk dapatkan nasihat doktor sebelum makan panadol ini. 

Review:

“Bagus untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan dan sangat cepat memulihkan sakit kepala. Memang kena sentiasa ada di rumah untuk berikan kelegaan jika sakit.”  

Panadol Actifast
Panadol Actifast 10 Tablets
From
RM3.99
Check Panadol Actifast 10 Tablets price below:
add_circle Boleh melegakan sakit kepala
add_circle Tidak mengganggu perut
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai dimakan oleh individu yang alergi
remove_circle Tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi

Kerap sakit kepala hingga mengganggu kerja anda? Boleh ambil Panadol Actifast yang akan diserap oleh badan 2 kali ganda lebih cepat untuk melegakan kesakitan. 

Selain itu, ubat ini boleh dimakan untuk mengurangkan kesakitan akibat sakit gigi dan demam. 

Anda disarankan untuk ambil ubat ini 1-2 tablet setiap 4 hingga 6 jam. Tapi ingat, jangan ambil lebih 8 tablet dalam masa 24 jam. 

Jika anda menghadapi masalah hati atau buah pinggang, wajib dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu sebelum mengambil panadol paracetamol ini.

Panadol kanak-kanak
Panadol Children Suspension 250mg/5ml
Panadol Children Suspension 250mg5ml
From
RM10.45
Check Panadol Children Suspension 250mg/5ml price below:
add_circle Harga murah
add_circle Tidak mengganggu perut
add_circle Membantu melegakan demam kanak-kanak
remove_circle Tidak sesuai kanak-kanak 1 bulan ke bawah
remove_circle Tidak boleh diambil oleh budak yang alahan

Panadol dalam bentuk cecair berperisa oren ini diformulasi khas untuk kanak-kanak yang sukar untuk telan ubat jenis tablet. 

Selain itu, boleh melegakan ketidakselesaan yang dialami oleh anak-anak akibat pertumbuhan gigi. 

Dalam masa yang sama, mampu melegakan demam dan kesakitan yang dialami selepas kanak-kanak divaksin. 

Cuma, ibu bapa diingatkan memberi ubat ini kepada anak mengikut dos yang disarankan iaitu mengikut berat badan si comel. 

Anda juga tidak boleh memberi kanak-kanak lebih daripada 4 dos dalam tempoh 24 jam.

Panadol Soluble
Panadol Soluble 4s
Panadol Soluble 4s
From
RM3.20
Check Panadol Soluble 4s price below:
add_circle Melegakan sakit badan & kepala
add_circle Kurangkan sakit gigi
add_circle Berperisa lemon
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai dimakan oleh pesakit darah tinggi
remove_circle Perlu larutkan dalam air suam

Jika anda menghadapi kesukaran untuk menelan ubat tablet yang bersaiz besar, sebaiknya ambil Panadol Soluble yang boleh dilarutkan di dalam air ini. 

Bagus untuk melegakan sakit otot serta sendi, senggugut, sakit tekak dan demam atau simptom selesema dengan cepat. 

Jangan risau, Panadol Soluble mudah menyerap ke dalam badan dengan lebih cepat berbanding tablet panadol jenis lain. 

Ubat ini mengandungi 500mg Soluble Paracetamol dan 427mg Sodium.

Panadol Extend
Panadol Extend
Panadol Extend
From
RM8.00
Check Panadol Extend price below:
add_circle Untuk sakit sendi
add_circle Tidak mengganggu perut
add_circle Mengandungi 665mg Paracetamol
add_circle Boleh melegakan kesakitan selepas vaksinasi
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
remove_circle Tidak boleh dikunyah

Ubat Panadol Extend ini bukan sahaja boleh dimakan untuk melegakan migrain, malah sangat berkesan untuk mengurangkan sakit belakang dan sakit arthritis. 

Ubat ini boleh juga dimakan untuk mengurangkan sakit yang ringan dan sederhana seperti demam dan ketidakselesaan akibat influenza dan selesema . 

Selain itu, panadol ini mampu melegakan sakit otot termasuk yang disebabkan oleh kecederaan sukan.

Bagi mereka yang mengambil Panadol vaksinasi ini, anda boleh merasa kelegaan yang berpanjangan sehingga 8 jam.  

Apa yang pasti, boleh dimakan oleh individu yang menghidap masalah tekanan darah tinggi.

Panadol Extra
Panadol Extra 6’s
Panadol Extra 6’s
From
RM3.99
Check Panadol Extra 6’s price below:
add_circle Boleh melegakan sakit ketika haid
add_circle Tidak mengganggu perut
add_circle Diserap lebih cepat
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun kebawah
remove_circle Mengandungi 65mg kafein

Ubat sakit kepala ini berkesan dalam mengurangkan migrain dan memberikan kelegaan untuk kesakitan yang lebih teruk seperti sakit belakang. 

Selain itu, produk ini boleh dimakan dengan kebanyakan ubat tapi tidak bersama ubat yang mengandungi Paracetamol. 

Ingin diingatkan panadol jenis ini mempunyai kandungan kafein yang tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak.

Pada anda yang mempunyai alergi dengan kandungan Paracetamol, tidak disyorkan mengambil panadol jenis ini. 

Panadol Optizorb
Panadol with Optizorb
Panadol with Optizorb
From
RM14.90
Check Panadol with Optizorb price below:
add_circle Boleh dimakan oleh kanak-kanak
add_circle Berkesan melegakan sakit tekak
add_circle Ada 500mg Paracetamol/kaplet
add_circle Kurangkan migrain
remove_circle Tidak boleh dimakan oleh budak bawah 6 tahun

Bagi anda yang mencari ubat untuk melegakan sakit kepala dan gigi, boleh ambil Panadol Optizorb.

Ini kerana diperbuat dengan teknologi Optizorb, yang akan memudahkan panadol diserap dalam badan dengan lebih baik. 

Sesuai dimakan oleh kanak-kanak 6 tahun ke atas, remaja dan dewasa yang mengalami simptom sakit dan demam. 

Ubat ini boleh diambil sebelum atau selepas makan. Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas boleh makan 1-2 biji setiap 4-6 jam. 

Manakala kanak-kanak berumur 6 hingga 8 tahun hanya dibenarkan makan setengah biji tablet panadol sahaja. Kesan boleh dirasai seawal 15 minit.

Yang penting, tidak mengganggu perut dan sesuai untuk pesakit darah tinggi kerana tidak mempunyai sodium.

Panadol 650
Panadol 650MG
Panadol 650MG
From
RM3.50
Check Panadol 650MG price below:
add_circle Sakit gigi juga boleh dilegakan
add_circle Kurangkan sakit otot
add_circle Lulus KKM
remove_circle Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

Panadol yang mengandungi 650mg Paracetamol ini mudah ditelan dan tidak mengganggu perut anda.

Berkesan untuk melegakan demam dan sakit seperti sakit belakang, arthritis, senggugut dan sakit kepala. 

Ini kerana Paracetamol 650mg selalunya dimakan untuk melegakan demam dan sakit sederhana secara sementara. 

Boleh dimakan oleh orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas.

Panadol menstrual
Panadol Menstrual 120’s
Panadol Menstrual 120’s
From
RM78.80
Check Panadol Menstrual 120’s price below:
add_circle Melegakan senggugut
add_circle Mengurangkan ketidakselesaan ketika haid
add_circle Kurangkan rasa kembung perut
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Selalu sakit perut ketika datang bulan hingga tugasan harian anda terjejas?

Jika ya, jangan lupa untuk mengambil panadol yang diformulasikan khas untuk wanita ini. 

Ubat ini akan melegakan masalah period pain dan tidak akan mengganggu perut anda.

Anda perlu menelan panadol jenis ini bersama air 1-2 biji sahaja setiap 4-6 jam apabila diperlukan. 

Bagi ibu mengandung atau menyusukan anak sebelum mengambil panadol ini, dapatkan nasihat doktor.


Panadol Soluble Untuk Apa? 

Panadol soluble merupakan panadol jenis tablet yang boleh dilarutkan di dalam air menjadikan sesuai diambil oleh anda yang sukar menelan ubat.

Memandangkan Soluble mengandungi Paracetamol, ubat ini boleh dimakan untuk melegakan beberapa sakit antaranya;

  • Sakit kepala.
  • Migrain.
  • Sakit kepala.
  • Sakit belakang.
  • Sakit Telinga
  • Sakit gigi.
  • Selesema.
  • Demam.

Bagaimanapun terdapat beberapa kesan sampingan yang kemungkinan boleh berlaku tapi jarang untuk berlaku.

Sebaiknya dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas makan Panadol Soluble.

  • Loya.
  • Kemerahan kulit.
  • Sesak nafas.
  • Wajah bengkak.
  • Ruam.

Berapa Biji Panadol Boleh Diambil Dalam Masa Sehari? 

Seorang individu dewasa selalunya boleh makan 1 atau 2 tablet (500mg) Panadol (Paracetamol) setiap 4-6 jam tapi jangan melebihi 4g (8 x 500mg tablet) dalam tempoh 24 jam. 

Kanak-kanak bawah 16 tahun pula boleh mengambil Panadol (jenama ubat) atau Paracetamol (nama ubat) dengan dos yang lebih rendah daripada orang dewasa. 

Apa pun bergantung kepada berat badan dan umur mereka. Untuk lebih yakin, rujuk kotak panadol atau dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi yang bertauliah. 


Adakah Pengambilan Panadol Membuatkan Anda Mengantuk? 

Berhati-hati bila mengambil panadol sebagai ubat. Walaupun ia boleh mengurangkan sakit, mengantuk juga boleh menjadi salah satu kesan sampingan buat sesetengah orang.

Waktu rehat dan bergerak membantu kita mengekalkan kesihatan yang baik. Jadi, selain ubat, bersenam dan berjalan juga penting untuk tubuh kita! 

Tapi menurut pakar perubatan, mengambil panadol tidak akan membuatkan kita mengantuk. Jika berasa mengantuk, mungkin anda sedang keletihan atau tidak mendapat cukup tidur. 

Apa-apa pun, jom lihat video di bawah untuk mengetahui kegunaan dan pengambilan ubat panadol yang betul. 


Artikel Berkaitan

End of Article