Jawapan ringkas: probiotik terbaik secara keseluruhan di Malaysia ialah 21st Century Probiotics (30's), RM33.49 di Shopee Malaysia (harga disemak 4 Oktober 2026). Ia sesuai untuk kebanyakan orang dewasa yang baru mula mengambil probiotik kerana harganya rendah dan mudah didapati, tetapi bilangan strain dan CFU-nya lebih ringkas berbanding jenama farmasi yang lebih mahal. Jika anda mahu formula gabungan prebiotik dan probiotik yang lebih lengkap, MEGALIVE FloraMax Pro (RM241.51, disemak hari ini) adalah pilihan seterusnya kami. Kami menyemak 16 produk probiotik yang dijual secara sah di Shopee dan Lazada Malaysia untuk senarai ini; artikel ini mengandungi pautan affiliate dan kami mungkin memperoleh komisen tanpa kos tambahan kepada anda. Probiotik adalah suplemen untuk kesihatan usus secara umum, bukan rawatan perubatan; rujuk doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Probiotik adalah bakteria baik yang membantu menjaga kesihatan usus secara umum. Jika anda tidak mahu mengambil suplemen probiotik, anda juga boleh mendapatkannya daripada makanan seperti tempe, yogurt dan keju. Bagi memastikan anda memilih jenama yang disahkan untuk dijual di Malaysia, kami turut melihat status pendaftaran KKM setiap produk di bawah. Penjagaan usus ini juga berkait rapat dengan penjagaan kesihatan secara menyeluruh, jadi jom lihat senarai 16 probiotik terbaik di Malaysia di bawah.
Kandungan
- Senarai 16 Probiotik Terbaik & Berkesan di Malaysia
- Terbaik Keseluruhan: 21st Century Probiotics (30's)
- Terbaik Gabungan Prebiotik dan Probiotik: MEGALIVE FloraMax Pro
- Terbaik untuk Sembelit: LACTO-5
- Terbaik untuk Cirit-Birit: Eldon Nutrition Probiocare GI Plus
- Terbaik untuk Perut Kembung: HLP Flora Biotic
- Terbaik untuk Kesihatan Wanita: Infinity Probiotics Plus
- Terbaik untuk Bayi: Enterogermina Liquid Probiotic
- Terbaik untuk Gastrik: GKB G-Pro Gold Probiotics
- Termurah: Profido Granule Probiotics
- Terbaik untuk Vegetarian: LIFE SPACE Broad Spectrum Probiotic
- Terbaik dalam Bentuk Minuman: Amway Nutrilite Mixed Probiotic
- Terbaik untuk Pengurusan Berat Badan: GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
- Terbaik Probiotik dan Enzim: GKB Probizymes
- Terbaik untuk Ibu Mengandung: Lacto GG Probiotics Vegecap
- Terbaik untuk Kanak-Kanak: GKB Kids Probiotic+Vitamin C
- Terbaik untuk Lelaki: Blackmores Probiotics + Daily Health
- Simpanan Probiotik di Cuaca Malaysia
- Juga Dipertimbangkan
- Soalan Lazim Tentang Probiotik
- Cara Memilih Probiotik yang Betul
- Bagaimana Kami Pilih
- Baca Juga
- Nota Kemas Kini
LACTO-5RM60.49Shopee
21st Century Probiotics (30's)RM33.49Lazada
Blackmores Probiotics + Daily HealthRM210Lazada
GKB Kids Probiotic+Vitamin CRM110Lazada
Lacto GG Probiotics VegecapRM183.33Lazada
GKB ProbizymesRM103.01Shopee
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3RM158.64Lazada
Amway Nutrilite Mixed ProbioticRM149Shopee
LIFE SPACE Broad Spectrum ProbioticRM128.73Shopee
Profido Granule ProbioticsRM25Shopee
MEGALIVE FloraMax ProRM241.51Lazada
GKB G-Pro Gold ProbioticsRM164.93Lazada
Enterogermina Liquid ProbioticRM5.10Lazada
Infinity Probiotics PlusRM92.90Lazada
HLP Flora BioticRM111.99Lazada
Eldon Nutrition Probiocare GI PlusRM66.53Lazada
Senarai 16 Probiotik Terbaik & Berkesan di Malaysia
Terbaik Keseluruhan: 21st Century Probiotics (30's)
Jika anda baru mula mengambil probiotik dan belum pasti jenama mana hendak dipilih, 21st Century Probiotics ini titik permulaan yang selamat kerana harganya paling berpatutan dalam senarai ini dan mudah didapati di hampir setiap farmasi serta pasar raya. Ia sesuai untuk kegunaan harian jangka panjang, tetapi bilangan strain dan CFU-nya lebih ringkas berbanding jenama farmasi yang lebih mahal, jadi mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang lebih spesifik mungkin perlu pilihan yang lebih tertumpu di bawah.
1 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Dapat mengurangkan pertumbuhan kulat dan bakteria, serta membantu penghadaman laktosa (gula susu) dan protein dalam usus.
Ciri-ciri:
Probiotik jenama 21st Century ini mempunyai 4 jenis organisma hidup baik iaitu Lactobacillus Acidophilus, Lactobacillus Salivarius, Bifidobacterium Bifidum dan Streptococcus Thermophilus.
Semua kandungan ini dapat membersihkan saluran usus dengan menyingkirkan kolon dan menggalakkan pergerakan usus secara normal.
Produk ini juga dapat menghasilkan lactic acid yang mengimbangi kadar pH usus serta menghalang pertumbuhan H.Pylori yang menyebabkan masalah gastrik.
Cara pengambilannya mudah sahaja, iaitu sehari satu kapsul setiap kali selepas makan atau dapatkan saranan dari ahli farmasi atau doktor.
Paling penting probiotik 21st Century ini telah mendapat pengiktirafan KKM (MAL07050889XR).
Review:
“Dah cuba probiotik ni beberapa hari yang lepas. Memang sesuai dijadikan sebagai supplement tambahan untuk wanita, dan harganya juga murah.”
Terbaik Gabungan Prebiotik dan Probiotik: MEGALIVE FloraMax Pro
MEGALIVE FloraMax Pro menggabungkan beberapa strain probiotik dengan prebiotik dalam satu kapsul, jadi anda tidak perlu mengambil dua botol berasingan untuk kedua-dua jenis bakteria dan makanannya. Ia berdaftar KKM (MAL17126035NC) dan sesuai untuk orang dewasa yang mahu satu formula lengkap, tetapi harganya jauh lebih tinggi daripada pilihan lain dalam senarai ini, jadi ia bukan pilihan paling jimat untuk kegunaan harian.
1 lagi
Jika anda mencari vitamin tambahan yang mengandungi probiotik dan prebiotik dalam satu kapsul, anda boleh cuba MegaLive FloraMax Pro ini.
Setiap kapsul boleh menyalurkan 20 Billion CFU untuk menyokong kesihatan usus dan juga kesejahteraan kesihatan anda secara keseluruhan.
Antara kelebihan vitamin tambahan ini adalah ia mempunyai 19 strain probiotik dan 2 jenis prebiotik untuk meningkatkan fungsi sistem pencernaan anda.
Selain itu, formula setiap kapsul merangsang pertumbuhan bakteria yang baik, meningkatkan penyerapan mineral dan memperbaiki pergerakan usus untuk kesihatan usus yang optimal.
MegaLive FloraMax Pro sesuai untuk individu yang ingin mengekalkan mikroflora normal dalam perut dan untuk mereka yang menghadapi pelbagai masalah pencernaan, termasuk kembung perut, pembersihan kolon, kolesterol tinggi, ulser peptikum, cirit-birit, disfuimun, jangkitan kulat, dan alergi.
Paling penting, vitamin tambahan ini mendapat pengiktirafan KKM (MAL17126035NC).
Terbaik untuk Sembelit: LACTO-5
LACTO-5 membawa 5 strain bakteria baik dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk, jadi ia praktikal untuk dibawa bekerja atau bercuti. Ia berdaftar KKM (MAL09072807XC) dan sesuai untuk kanak-kanak serta dewasa, tetapi perlu diambil selepas makan untuk keberkesanan optimum, jadi ia kurang sesuai bagi yang sering terlupa makan tepat pada waktunya.
1 lagi
Produk Lacto-5 ini mengandungi 5 strain bakteria baik iaitu Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, dan Streptococcus thermophilus.
Kesemua bakteria ini sangat bagus untuk penjagaan usus yang sihat di samping mampu untuk merawat cirit-birit, sakit perut, perut kembung dan sembelit.
Cara penyimpanannya juga sangat mudah, tidak perlu masuk ke peti sejuk untuk tujuan penyimpanan.
Hanya perlukan ruang pada suhu bilik dan perlu sentiasa ditutup dengan rapat.
Cara pemakanan untuk produk ini adalah satu kapsul sehari selepas makan bagi dewasa dan kanak-kanak.
Jangan risau probiotik Lacto-5 ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL09072807XC).
Terbaik untuk Cirit-Birit: Eldon Nutrition Probiocare GI Plus
Probiocare GI Plus datang dalam bentuk sachet berperisa yogurt yang menyalurkan 30 bilion CFU serta enam strain HOWARU®, jadi ia senang diambil terus atau dicampur minuman semasa anda mengalami cirit-birit atau selepas kursus antibiotik. Ia bukan untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, jadi ibu bapa dengan bayi kecil perlu pilihan lain dalam senarai ini.
1 lagi
Eldon Nutrition Probiotics - Probiocare GI PLUS mempunyai gabungan unik enam strain probiotik HOWARU® yang terbukti secara klinikal.
Ia diformulasikan khas untuk mengatasi masalah pencernaan secara efektif.
Setiap sachet Probiocare GI PLUS menyampaikan rasa yogurt yang lazat bersama dengan 30 billion CFU, menyediakan sokongan optimal untuk sistem pencernaan anda.
Selain itu, setiap sanchet mudah diambil secara minuman atau dimakan terus, dan ia juga boleh bertindak sebagai antibiotik untuk badan.
Probiotik ini sesuai untuk individu yang mengalami sembelit, ketidakselesaan usus seperti masalah pencernaan, kembung, dan sakit perut, serta mereka yang mengalami sindrom usus sensitif (IBS) dan cirit-birit, termasuk cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik dan gastroenteritis (jangkitan perut).
Terbaik untuk Perut Kembung: HLP Flora Biotic
Flora Biotic ditumpukan untuk masalah gastrointestinal seperti perut kembung, intoleransi laktosa dan sindrom usus sensitif, jadi ia pilihan yang lebih tertumpu berbanding probiotik harian biasa. Ia sesuai untuk dewasa yang kerap berdepan gastrik, tetapi harganya agak tinggi untuk penggunaan sebulan, jadi ia lebih berbaloi sebagai rawatan jangka pendek berbanding suplemen harian berterusan.
1 lagi
Probiotik Flora Biotic ini boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan perut dan usus anda, serta mengatasi pelbagai masalah gastrointestinal.
Ia sesuai diambil oleh semua orang dewasa, terutamanya yang mengalami masalah pencernaan seperti cirit-birit, sembelit, kembung perut, dan ketidakselesaan perut.
Sama ada anda menghadapi intoleransi laktosa, jangkitan berkaitan dengan bakteria H. pylori, atau sindrom usus sensitif (IBS), Flora Biotic ini menyediakan kelegaan segera dan sokongan tambahan.
Selain itu, ia juga membantu mengawal jangkitan saluran kencing dan penyakit alahan seperti asma.
Terbaik untuk Kesihatan Wanita: Infinity Probiotics Plus
Infinity Probiotics Plus diformulasikan untuk menyokong kesihatan sistem kewanitaan di samping usus, jadi ia pilihan yang lebih khusus berbanding probiotik umum dalam senarai ini. Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, jadi ia ditujukan khusus untuk wanita dewasa, dan sebarang simptom berpanjangan sebaiknya dirujuk kepada doktor dahulu.
1 lagi
Infinity Probiotics Plus dihasilkan untuk memulihkan dan menyokong kesihatan gastrointestinal anda.
Dengan gabungan yang kuat dari flora mikro yang bermanfaat, makanan tambahan ini mengatasi pelbagai gangguan gastrointestinal, termasuk halitosis (bau mulut busuk), sakit epigastrik, pedih ulu hati, kembung, ketidakselesaan pencernaan, intoleransi laktosa, cirit-birit, kolitis, dan sembelit.
Selain itu, Infinity Probiotics Plus juga bermanfaat untuk menguruskan jangkitan H. pylori dan komplikasinya, mengurangkan risiko sindrom usus sensitif (IBS), serta meningkatkan imuniti keseluruhan.
Ia boleh memberikan kelegaan dari penyakit alahan, asma, dan ekzema sambil menyokong kesihatan saluran kencing dan meningkatkan kesihatan alat kelamin wanita.
Sangat sesuai untuk kesihatan wanita secara keseluruhan.
Terbaik untuk Bayi: Enterogermina Liquid Probiotic
Enterogermina datang dalam bentuk cecair bersaiz kecil yang memang direka untuk bayi dan kanak-kanak, jadi ia lebih mudah ditelan berbanding kapsul atau sachet serbuk. Ia juga pilihan paling murah dalam senarai ini, tetapi ibu bapa dengan anak yang mempunyai sejarah alahan ubat perlu memerhatikan tanda ruam selepas pengambilan pertama.
Lebih mudah kalau bagi probiotik pada bayi dalam bentuk cecair. Anda boleh bagi Enterogermina Liquid Probiotic ini pada bayi anda untuk kesihatan usus bayi.
Probiotik ini diformulasikan khas untuk mengekalkan keseimbangan flora usus yang tepat, mengembalikan keseimbangan bakteria dalaman.
Selain itu, ia juga membantu meningkatkan imuniti, dan memberikan penjagaan usus yang lembut untuk anak anda.
Enterogermina mengatasi punca masalah pencernaan seperti cirit-birit dengan mengembalikan keseimbangan semula jadi bakteria usus, serta mempromosikan pemulihan yang lebih cepat. Tambahan lagi, ia menyumbang kepada pembetulan dysvitaminosis, memastikan pengeluaran dan penyerapan vitamin yang betul.
Paling penting, formula supplement untuk usus ini bebas laktosa, bebas gula, dan bebas gluten, selamat untuk perut dan usus bayi anda.
Terbaik untuk Gastrik: GKB G-Pro Gold Probiotics
G-Pro Gold membawa campuran 8 strain probiotik yang ditumpukan untuk masalah gastrik dan tekanan harian, menjadikannya pilihan yang lebih lengkap untuk mereka yang kerap bekerja dalam keadaan stres tinggi. Harganya antara yang paling mahal dalam senarai ini, jadi ia lebih sesuai untuk yang mahu formula premium berbanding yang mengutamakan harga jimat.
1 lagi
GKB G-Pro Gold Probiotics dihasilkan dengan campuran 8 strain probiotik, dan setiap satunya dipilih khas untuk memastikan usus anda mendapat sokongan dan perlindungan optimal.
Dengan strain probiotik termasuk Bifidobacterium breve, Bifidobacterium bifidum, Lactobacillus brevis, dan lain-lain lagi, GKB G-Pro Gold Probiotics diformulasikan untuk menggalakkan keseimbangan pencernaan dan kesejahteraan kesihatan keseluruhannya.
Bagi setiap kapsul terdapat 80 billion probiotik yang hidup, jadi anda akan dapat keberkesanan maksimum untuk setiap pengambilan.
Jadi siapa yang sesuai ambil GKB G-Pro Gold Probiotics ini?
Probiotik ini sesuai untuk anda yang bekerja di bawah tekanan, atau yang ingin memperkuat kesihatan usus.
Ia juga sesuai untuk yang menghadapi sindrom usus bocor atau masalah pencernaan yang ketara.
Tambahan lagi, produk ini boleh menguruskan masalah seperti ulser gastrik, sindrom usus sensitif (IBS), kolitis ulseratif, dan jangkitan H. pylori.
Termurah: Profido Granule Probiotics
Profido adalah gabungan prebiotik (IMO) dan probiotik dalam bentuk sachet serbuk berperisa oren, dan ia antara pilihan paling jimat dalam senarai ini untuk sesiapa yang baru mahu mencuba format gabungan. Kelemahannya, ia hanya datang dalam satu perisa, jadi kanak-kanak yang tidak suka rasa oren mungkin sukar menghabiskannya.
1 lagi
Profido Granule Probiotik adalah campuran Isomalto-Oligosakarida (IMO) dengan Bifidobacteria.
Setiap sachet mengandungi 30 bilion CFU dan ia membantu mengekalkan tahap kesihatan usus, memang sesuai bagi anda yang sedang mencari probiotik dengan harga murah.
Bagi dewasa, boleh ambil 2 sachet sehari sebelum atau selepas makan, manakala kanak-kanak hanya perlu 1 sachet.
Anda boleh mengambilnya secara langsung atau campur dengan minuman pada suhu bilik, jadi ia sebenarnya mudah dan cepat untuk disediakan.
Bagaimanapun, diingatkan pengambilan berlebihan boleh memberi kesan julap atau cirit-birit.
Terbaik untuk Vegetarian: LIFE SPACE Broad Spectrum Probiotic
Life-Space membawa 15 strain bakteria baik dan tidak mengandungi susu, gluten, telur atau perisa tiruan, jadi ia pilihan yang selamat untuk vegetarian dan mereka yang mengelakkan bahan tambahan. Ia perlu dihabiskan dalam tempoh 3 bulan selepas botol dibuka, jadi ia kurang sesuai jika anda tidak mengambilnya secara konsisten setiap hari.
2 lagi
Life-Space Broad Spectrum Probiotic mengandungi 15 strain bakteria yang baik dan menyokong sistem pencernaan yang sihat.
Ia diformulasikan secara khusus untuk:
- Menyokong kesihatan dan kesejahteraan harian
- Mengekalkan kesihatan sistem imun
- Menyokong mikrobiom usus
- Menyokong fungsi usus yang sihat.
Produk ini juga sesuai untuk vegetarian dan tidak mengandungi susu, gluten, telur, pewarna atau perisa tiruan.
Dengan Life-Space Broad Spectrum Probiotic, anda dapat menjaga kesihatan badan serta usus dengan lebih baik.
Terbaik dalam Bentuk Minuman: Amway Nutrilite Mixed Probiotic
Nutrilite Mixed Probiotic datang dalam bentuk serbuk yang dicampur minuman, membawa lima strain probiotik bersama prebiotik inulin daripada akar chicory, sesuai untuk yang tidak suka menelan kapsul. Sebagai jenama antarabangsa yang sudah lama dikenali, harganya lebih tinggi berbanding format serbuk tempatan yang lain dalam senarai ini.
Sebut sahaja Amway Nutrilite, kami yakin anda pasti pernah mendengar tentang produk ini dan mempercayai jenama ini.
Nutrilite Mixed Probiotic ini mengandungi campuran eksklusif lima strain probiotik yang boleh menyeimbangkan dan mengekalkan mikrobiota usus serta menyumbang kepada persekitaran usus yang sihat.
Ia mengandungi serat tambahan untuk pertumbuhan bakteria dan Ekstrak Akar Chicory yang membekalkan serat prebiotik inulin untuk menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Probiotik ini sangat sesuai untuk anda yang sering mengembara, individu dengan diet yang tidak seimbang dan jadual padat, tetapi masih ingin menjaga kesihatan usus.
Anda boleh memilih untuk menuangkannya terus ke lidah atau menambahkannya ke dalam makanan atau minuman sejuk.
Terbaik untuk Pengurusan Berat Badan: GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
GKM3 adalah strain probiotik yang dikaji untuk membantu pengurusan berat badan dan pergerakan usus sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat secara keseluruhan, bukan sebagai ubat kurus. Harganya di kalangan yang lebih mahal dalam senarai ini, dan kami menasihatkan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi dahulu sebelum menggunakannya untuk tujuan ini.
2 lagi
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah sejenis probiotik yang dapat membantu dalam penurunan berat badan dan kesihatan usus.
Setiap kapsul mengandungi 40 bilion probiotik dengan penyerapan 10 kali ganda, membolehkannya berada lebih lama dalam usus untuk menyerap lemak dengan lebih efektif.
Selain itu, turut membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang meningkatkan metabolisme dan pencernaan.
Manfaatnya termasuk mengurangkan lemak badan, memperbaiki pergerakan usus, melegakan sembelit, mengurangkan selera makan, meningkatkan sistem imun, dan memperbaiki penampilan kulit.
Jangan risau, ia bukan steroid atau bahan rangsangan yang akan memberi kesan negatif, tetapi kami nasihatkan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Terbaik Probiotik dan Enzim: GKB Probizymes
Probizymes menggabungkan probiotik, prebiotik dan beberapa enzim pencernaan (karbohidrat, protein dan lemak) dalam satu sachet, jadi ia pilihan yang lebih menyeluruh untuk masalah pencernaan berbanding probiotik strain tunggal. Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak, jadi ibu bapa perlu pilih produk lain dalam senarai ini untuk anak-anak.
2 lagi
GKB Probizyme diformulasikan dengan probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein, dan enzim lemak yang membantu merawat masalah pencernaan.
Setiap bungkusan mengandungi 4 bilion CFU dan memberikan pelbagai kebaikan kepada pengguna.
Antaranya termasuk meningkatkan ekologi flora usus, membantu masalah sembelit dan cirit-birit, serta menyokong fungsi usus.
Produk ini juga mampu menghidrolisis kanji dan karbohidrat, membantu dalam penghidrolisisan protein dalam pelbagai keadaan pH, serta menghidrolisis lemak menjadi monogliserida, digliserida, gliserin, dan asid lemak bebas.
Cukup ambil 1 bungkusan sekali sehari, lebih baik selepas makan dengan memasukkan 1 bungkusan ke dalam segelas air, kacau dengan baik, dan minum segera.
Terbaik untuk Ibu Mengandung: Lacto GG Probiotics Vegecap
Lacto GG membawa bakteria hidup 'GG' bersama inulin dan telah dikaji berkaitan sokongan kesihatan bagi bayi pramatang serta ibu hamil dan menyusu, menjadikannya pilihan yang lebih tertumpu untuk peringkat kehamilan dan penyusuan. Ia harus disimpan pada suhu bilik dan merupakan antara yang lebih mahal dalam senarai ini, jadi bincangkan dengan doktor jika anda sedang hamil sebelum menukar suplemen.
3 lagi
Lacto GG Probiotik adalah kapsul sayuran yang mengandungi 20 bilion bakteria hidup ''GG'' dan inulin, serat sayuran yang bertindak sebagai makanan untuk bakteria hidup.
Probiotik ini mengurangkan risiko jangkitan pada bayi lahir pramatang dan bayi kecil, serta membantu mencegah penyakit gastroenteritis pada kanak-kanak.
Selain itu, ia mengurangkan iritasi gastrik, menyembuhkan ulser gastrik dan memperbaiki tanda serta gejala masalah alahan seperti ekzema atopik (alahan kulit), alahan susu lembu (alahan makanan), dan resdung atau alahan hidung.
Sesuai untuk bayi baru lahir, kanak-kanak kecil, ibu hamil, ibu menyusu hingga individu berusia lebih dari 95 tahun.
Untuk kanak-kanak, ambil setengah atau satu kapsul sehari, kapsul perlu dibuka dan isinya dimasukkan terus ke dalam mulut kanak-kanak atau dicampur dengan susu pada suhu bilik.
Terbaik untuk Kanak-Kanak: GKB Kids Probiotic+Vitamin C
Produk ini menggabungkan probiotik Lactobacillus Paracasei dengan Vitamin C dalam satu sachet yang direka khusus untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 12 tahun, sesuai untuk ibu bapa yang mahu satu produk menampung dua keperluan. Harganya agak tinggi untuk penggunaan sebulan berbanding pilihan probiotik umum dalam senarai ini.
1 lagi
GKB Kids Probiotic+Vitamin C mengandungi probiotik iaitu Lactobacillus Paracasei yang ditingkatkan dengan Vitamin C.
Dalam bentuk tersedia untuk dimakan, setiap paket mengandungi 10 bilion probiotik hidup dan 100mg Vitamin C.
Probiotik + Vitamin C ini amat baik untuk mengatasi masalah Allergic Rhinitis, mengurangkan gejala alergi dan meningkatkan imuniti anak anda.
Probiotik ini boleh dimakan terus atau campur dengan air, cuma ambil 1 sachet setiap hari dan lebih baik diambil sebelum makan.
Probiotik ini sememangnya penyelamat bagi kanak-kanak yang mengalami alahan!
Terbaik untuk Lelaki: Blackmores Probiotics + Daily Health
Blackmores adalah jenama suplemen yang sudah lama dikenali di Malaysia, dan versi probiotik ini dipasarkan khusus untuk keperluan kesihatan usus harian lelaki dewasa serta boleh disimpan pada suhu bilik. Ia antara yang paling mahal dalam senarai ini, jadi ia lebih sesuai jika anda mengutamakan jenama yang mapan berbanding harga paling jimat.
1 lagi
Probiotik dari jenama Blackmores ini sangat sesuai jika anda merupakan seorang lelaki yang mahu mengambil suplemen tambahan harian.
Blackmores Probiotics+ Daily Health ini juga mampu melawan bakteria H. pylori yang menjadi punca kepada masalah gastrik.
Selain membantu melegakan sakit gastrik, probiotik ini juga akan menggalakkan keselesaan sistem pencernaan dengan mengekalkan lapisan lendir dalam usus.
Walaupun harganya sedikit mahal, sebagai jenama yang dikenali, probiotik ini menjadi antara pilihan ramai sebagai probiotik harian yang dipercayai.
Jadi anda pun tak perlu ragu-ragu kerana ia juga diiktiraf KKM.
Simpanan Probiotik di Cuaca Malaysia
Cuaca panas dan lembap di Malaysia bermakna sesetengah probiotik, terutamanya yang berbentuk cecair, lebih mudah rosak jika tersimpan salah. Jika anda kerap membawa probiotik keluar rumah atau meninggalkannya dalam kereta waktu tengah hari, pilih produk berbentuk kapsul atau sachet berlapis enterik yang stabil pada suhu bilik, seperti LACTO-5 atau Blackmores Probiotics+ di atas, berbanding yang perlu disimpan sejuk. Pastikan juga jenama yang anda pilih mempunyai nombor pendaftaran KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) pada bungkusan, kerana ini mengesahkan produk tersebut dijual secara sah dan kandungannya disemak di Malaysia.
Juga Dipertimbangkan
Borammy Pet Supplement Probiotics dikeluarkan daripada senarai ini pada kemas kini 4 Oktober 2026 kerana ia diformulasikan untuk kucing dan anjing, bukan manusia, dan tidak sesuai dengan tajuk panduan probiotik ini. Jika anda mencari probiotik untuk haiwan kesayangan anda, rujuk panduan makanan dan suplemen haiwan peliharaan kami secara berasingan.
Soalan Lazim Tentang Probiotik
Apakah prebiotik dan probiotik yang paling berkesan?
Keberkesanan bergantung pada bilangan strain, kiraan CFU (unit pembentuk koloni) dan sama ada produk itu berdaftar dengan KKM. Secara umum, formula dengan 5 strain atau lebih dan sekurang-kurangnya 10 bilion CFU sehari, seperti LACTO-5 atau GKB G-Pro Gold dalam senarai di atas, dianggap lebih berkesan berbanding produk strain tunggal. Kesan sebenar berbeza mengikut individu, jadi berikan masa 2 hingga 4 minggu sebelum menilai perubahan, dan rujuk doktor jika simptom berpanjangan.
Apakah gabungan prebiotik dan probiotik yang terbaik?
Dalam senarai ini, MEGALIVE FloraMax Pro (RM241.51, disemak 4 Oktober 2026) adalah pilihan gabungan terbaik kerana ia menggabungkan beberapa strain probiotik dengan prebiotik dalam satu kapsul tanpa bahan pengawet. Profido Granule Probiotics (RM25.00) pula pilihan gabungan yang lebih murah dalam bentuk sachet serbuk.
Adakah baik mengambil probiotik dan prebiotik bersama-sama?
Secara umum, ya. Prebiotik adalah sumber makanan (biasanya serat atau inulin) untuk bakteria baik dalam probiotik, jadi mengambil kedua-duanya bersama boleh membantu bakteria tersebut membiak dan kekal aktif lebih lama di dalam usus. Ini adalah panduan kesihatan usus secara umum dan bukan rawatan untuk sebarang keadaan perubatan; jika anda mempunyai masalah pencernaan yang berpanjangan, dapatkan nasihat doktor sebelum menukar atau menggabungkan sebarang suplemen.
Probiotik apa yang paling disyorkan oleh doktor?
Tidak ada satu jenama probiotik rasmi yang "disyorkan doktor", tetapi ahli farmasi dan doktor di Malaysia amnya mengesyorkan produk yang didaftarkan dengan KKM, seperti MEGALIVE FloraMax Pro (MAL17126035NC) dan LACTO-5 (MAL09072807XC) dalam senarai di atas, kerana pendaftaran ini mengesahkan kandungan dan kualiti pengeluaran. Untuk keadaan kesihatan tertentu seperti IBS atau selepas kursus antibiotik, rujuk doktor atau ahli farmasi untuk cadangan strain yang paling sesuai untuk anda.
Cara Memilih Probiotik yang Betul
Pilih mengikut bilangan strain dan CFU
Lebih banyak strain dan CFU (unit pembentuk koloni) biasanya bermakna liputan yang lebih luas terhadap pelbagai jenis bakteria baik, tetapi ini juga menaikkan harga, jadi padankan dengan keperluan sebenar anda dahulu.
Pilih mengikut bentuk: kapsul, sachet atau cecair
Kapsul dan sachet serbuk lebih stabil pada suhu bilik dan sesuai untuk dibawa bergerak, manakala bentuk cecair seperti Enterogermina lebih mudah untuk bayi dan kanak-kanak kecil menelannya.
Pilih mengikut keperluan khusus anda
Ada formula yang ditumpukan untuk bayi, kanak-kanak, wanita atau masalah gastrik tertentu; pilih yang paling hampir dengan keperluan anda daripada probiotik umum yang lebih generik.
Pastikan ia berdaftar KKM
Nombor pendaftaran KKM pada bungkusan mengesahkan produk itu dijual secara sah di Malaysia dan kandungannya telah disemak; ini penting terutamanya untuk produk yang dibeli dalam talian.
Bagaimana Kami Pilih
Kami menyemak 16 produk probiotik yang dijual secara sah di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 4 Oktober 2026, dengan harga disahkan terus daripada pautan jualan yang sama seperti yang kami paparkan di atas (bukan carian nama semula). Pemilihan berdasarkan bilangan strain, CFU, status pendaftaran KKM (jika dinyatakan oleh penjual) dan harga semasa; kami tidak membeli atau menguji setiap produk secara fizikal untuk kemas kini ini. Satu produk probiotik untuk haiwan peliharaan disingkirkan daripada senarai asal kerana ia bukan untuk kegunaan manusia.
Baca Juga
- Suplemen Magnesium Terbaik di Malaysia
- Vitamin C Terbaik di Malaysia Untuk Imuniti Badan
- Suplemen Kolagen Terbaik Untuk Kulit di Malaysia
- Jenama Minyak Ikan Terbaik di Malaysia
- Susu untuk Gastrik Terbaik di Malaysia
- Madu Terbaik & Berkualiti di Malaysia
Nota Kemas Kini
Dikemas kini pada 4 Oktober 2026: struktur artikel disusun semula mengikut format panduan terkini ProductNation (setiap pilihan kini mempunyai tajuk produk sendiri dan label "terbaik untuk"), harga 16 produk disemak semula termasuk MEGALIVE FloraMax Pro yang naik daripada RM227.30 kepada RM241.51, satu produk probiotik haiwan peliharaan dikeluarkan daripada senarai, dan soalan lazim ditambah berdasarkan carian semasa Google.




