Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ubat batuk

16 Jenis Ubat Batuk Terbaik di Malaysia 2024 (Paling Berkesan)

Ubat batuk ada banyak jenis, pastikan korang minum ubat batuk yang betul

Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan melindungi dan membersihkan lubang pernafasan. 

Tapi, musim wabak berjangkit seperti batuk, selesema, ataupun Covid-19 ni menjadi perkara yang sensitif sehingga ramai yang mencari cara hilangkan batuk covid dan cara merawat batuk.

Kadang tu, bila batuk sikit rasa nak ambil ubat batuk paling berkesan atau ubat batuk terbaik di farmasi untuk melegakan batuk.

Banyak je nampak penawar batuk di pasaran dan tips cara kurangkan batuk, tapi tak tahu nak ikut yang mana.

Jangan risau, kami kongsikan dengan anda cara menghilangkan batuk bersama cara melegakan batuk dengan senarai air sirap untuk batuk.


Senarai 16 Ubat Batuk Terbaik

Ubat batuk terbaik secara keseluruhan
Zecuf Herbal Cough Remedy Syrup 100ML
Zecuf Herbal Cough Remedy Syrup
mulai
RM7.90
Semak Zecuf Herbal Cough Remedy Syrup 100ML harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Bertindak pantas
remove_circle Tidak sesuai untuk ibu menyusu

Sebab pilihan utama:

Ubat batuk dari jenama Zecuf ini diformulasikan daripada herba asli yang dapat melegakan dan menyejukkan tekak anda apabila batuk.

Ciri-ciri: 

Sangat bagus untuk merawat semua jenis batuk seperti batuk bermusim, batuk kronik, batuk akibat jangkitan saluran pernafasan, batuk alergik, batuk perokok serta batuk asma.

Menariknya lagi, bahan yang digunakan dalam ubat ini bebas dari alkohol, bahan aktif yang menyebabkan mengantuk dan dadah berbahaya. 

Ubat ini boleh sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Bagi kanak-kanak digalakkan untuk mengambil 2.5ml 3 kali sehari manakala untuk dewasa pula digalakkan untuk mengambil 7.5ml 2 kali sehari.

Jangan risau, ubat batuk Zecuf ini telah mendapat kelulusan KKM (MAL20034709T) dan disarankan doktor di klinik.

Review:

“Ubat ini sangat bagus. Haritu kena covid, gatal tekak, batuk kering. Minum ubat ni terus hilang.”

Ubat batuk herba
Prospan Cough Syrup
Prospan
mulai
RM17.99
Semak Prospan Cough Syrup harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak herba tradisional
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering

Ubat batuk Prospan Cough Syrup merupakan salah satu cara melegakan batuk anda.

Selain itu, ubat batuk ini mengandungi ekstrak herba tradisional iaitu daun Ivy kering yang bukan saja dapat menghilang sakit tekak malah dapat mengurangkan kahak.

Jangan risau, ubat batuk ini tidak akan menyebabkan mengantuk selain tiada kandungan gula tambahan dan tiada alkohol.

Cara pengambilan ubat ini amat mudah;

  • Bagi kanak yang berumur 1 tahun hingga 5 tahun digalakkan mengambil satu sudu teh ubat batuk 3 kali sehari.
  • Kanak-kanak berusia 6 hingga remaja 18 tahun digalakkan mengambil 2 sudu teh 3 kali sehari.
  • Dewasa disarankan untuk mengambil 2 ke 3 sudu teh 3 kali sehari.

Cuma pastikan anda menggoncangkan dahulu botol ubat batuk tersebut sebelum mengambilnya.

Ubat batuk tradisional
Ubat batuk Halaqi
Halaqi - Ubat batuk teruk
mulai
RM33.99
Semak Ubat batuk Halaqi harga dibawah:
add_circle Bagus untuk batuk teruk
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
remove_circle Bergantung pada kesesuaian badan

Sebotol ubat batuk Halaqi, 150ml dan bukan saja baik untuk batuk tapi juga selsema, sakit mata, rasa tidak selesa bahagian hidung dan sakit tekak.

Ubat batuk Halaqi rasanya sedap dan tak ada rasa ubat langsung jadi tiada masalah untuk diberi pada kanak-kanak.

Tapi, ubat batuk ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun keatas. 

Bekas pesakit Covid digalakkan minum untuk memulihkan fungsi paru-paru yang telah dijangkiti.

Jangan risau, kandungan ubat ini telah disahkan halal oleh pihak Jakim.

Ubat batuk kering
HURIX'S Cough Peppermint Plus 600ML
HURIX'S Cough Peppermint Plus 600ML
mulai
RM9.80
Semak HURIX'S Cough Peppermint Plus 600ML harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Merawat demam
add_circle Menyelesaikan masalah mulut berbau
remove_circle Ubat rasa berangin

Ubat batuk Hirux yang tidak asing bagi kita ini sangat bagus untuk melegakan batuk kering, mengurangkan kahak serta merawat sakit tekak.

Selain itu, ubat batuk ini juga dapat merawat badan yang mengalami demam atau terlampau sejuk dengan meningkatkan kembali suhu badan.

Malah, ubat batuk Hirux ini juga dapat menyelesaikan masalah mulut berbau disebabkan merokok atau kesan minum minuman beralkohol.

Ubat ini sesuai untuk semua peringkat umur dimana cara pemakanan untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun disarankan hanya mengambil 2.5ml 3 atau 4 kali sehari.

Manakala untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 disarankan untuk mengambil 2.5ml hingga 5ml 3 ke 4 kali sehari.

Untuk dewasa pula disarankan untuk mengambil ubat ini sebanyak 7.5ml 3 ke 4 kali sehari.

Jangan risau, ubat batuk dari Hurix’s ini telah mendapat kelulusan KKM (MAL19106043TC).

Ubat batuk kanak kanak
HURIX'S Sirap Batuk Untuk Kanak-Kanak
HURIX'S Sirap Batuk Untuk Kanak-Kanak
mulai
RM7.90
Semak HURIX'S Sirap Batuk Untuk Kanak-Kanak harga dibawah:
add_circle Merawat demam
add_circle Merawat selsema
remove_circle Tidak efektif untuk dewasa

Ubat batuk Hirux’s yang dikhaskan untuk kanak-kanak ini secara tradisionalnya dapat melegakan batuk selain dapat mengurangkan kahak.

Selain itu, ubat ini amat sesuai untuk merawat badan yang terlampau sejuk serta kanak-kanak yang mengalami selsema.

Ubat ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah demam atau badan yang terlalu panas.

Untuk kanak-kanak yang berusia 1 hingga 2 tahun disarankan untuk mengambil 2.5ml-5ml untuk 3 ke 4 kali sehari.

Manakala, untuk kanak-kanak yang berusia 2 hingga 6 tahun disarankan untuk mengambil 5ml-7.5ml untuk 3 ke 4 kali sehari.

Bagi kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun pula disarankan untuk mengambil ubat ini sebanyak 7.5ml-10 ml untuk 3 ke 4 kali sehari. 

Jangan risau, ubat batuk dari Hurix’s ini telah mendapat kelulusan KKM (MAL17097009TC).

Ubat batuk untuk ibu mengandung
Ubat Batuk Duro-Tuss
Ubat Batuk Duro-Tuss
mulai
RM59.90
Semak Ubat Batuk Duro-Tuss harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu hamil
add_circle Sesuai untuk pesakit kencing manis
remove_circle Mempunyai kesan sampingan

Ubat batuk Duro-Tuss paing berkesan untuk melegakan batuk dan juga demam biasa, selsema dan juga jangkitan saluran pernafasan.

Malah, sesuai juga untuk merawat batuk bagi pesakit yang mengalami penyakit kencing manis.

Ingin diingatkan, elakkan pengambilan dos yang berlebihan kerana ubat ini akan mengalami gejala mengantuk, kegelisahan dan kesukaran bernafas.

Pengambilan ubat ini untuk dewasa sebanyak 10ml-15ml setiap 8 ke 10 jam.

Manakala kanak-kanak berusia 5 ke 14 tahun sebanyak 7.5ml setiap 8 ke 10 jam.

Untuk kanak-kanak 2 hingga 5 tahun pula sebanyak 1ml mengikut jumlah tahun usia setiap 8 ke 10 jam.

Bagaimanapun, tidak digalakkan untuk kanak-kanak usia dibawah 2 tahun kecuali atas nasihat pakar.

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini.

Ubat batuk berkahak
Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak
Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak
mulai
RM17.40
Semak Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Mengandungi madu
add_circle Mengandungi 14 herba semula jadi
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah

Ubat batuk cap ibu dan anak ibu sangat popular dikalangan masyarakat kerana dikatakan mempunyai ramuan terbaik sepanjang tahun.

Ubat batuk ini dirumus khas dengan kebaikan madu dan 14 herba semula jadi.

Bahan dapat membantu melegakan 4 jenis batuk yang berbeza iaitu melegakan batuk, mengurangkan kahak, melegakan sakit tekak serta mengurangkan kepanasan suhu badan.

Cara pengambilan ubat ini untuk dewasa sebanyak 5ml setiap 3 kali sehari.

Manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun pula sebanyak ⅔ sudu teh atau 3,3ml untuk 3 kali sehari.

Bagi kanak-kanak 3 hingga 6 tahun pula sebanyak ⅓ sudu teh atau 1.7ml untuk 3 kali sehari.

Dinasihatkan untuk menelan ubat batuk ini tanpa mengambil sebarang air atau melarutkan ubat di dalam air suam.

Jangan risau, ubat ini diperakui oleh pihak KKM dengan nombor pendaftran MAL06061564T.

ubat batuk untuk bayi
Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika
Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika
mulai
RM9.00
Semak Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika harga dibawah:
add_circle Bagus untuk bayi
add_circle Merawat selsema juga
remove_circle Rasa agak pahit

Ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika diformulalsikan untuk batuk disebabkan cuaca sejuk, selsema, gatal tekak, mengurangkan kahak dan melegakan sakit tekak.

Menariknya lagi, ubat batuk ini sesuai untuk semua lingkungan umur dari bayi hingga dewasa.

Cara pengambilan yang disyorkan untuk bayi berusia bawah setahun dengan campurkan ubat batuk sebanyak ½ ke 1 sudu teh ke dalam susu panas setiap 3 jam untuk 4 hingga 5 kali sehari.

Manakala untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun digalakkan untuk mengambil 1-2 sudu teh di antara 4 hingga 5 kali sehari.

Untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 16 tahun pula, disarankan mengambil 2 ke 3 sudu teh di antara 4 hingga 5 kali sehari.

Bagi dewasa, 4 sudu teh di antara 4 hingga 5 jam sehari

Ubat batuk terbaik untuk kahak
HURIX'S Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus
Hurix
HURIX'S Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus
mulai
RM12.20
Semak HURIX'S Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus harga dibawah:
add_circle Boleh untuk batuk & selesema
add_circle Mengandungi gamat asli

Ubat batuk jenama Hurix sememangnya sudah dikenali ramai kerana bukan sahaja boleh diminum oleh orang dewasa, tetapi sesuai juga untuk kanak-kanak.

Selain boleh digunakan untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak, ubat batuk ini juga boleh melegakan selesema dan juga mengurangkan panas badan.

Mengikut dapatan kajian, sebanyak 98% pengguna bersetuju bahawa ubat batuk ini berkesan dalam mengurangkan atau menghilangkan masalah batuk.

Dengan bahan utama gamat dan bahan-bahan herba yang lain, ubat ini terbukti memberi kesan yang efektif serta sesuai digunakan seisi keluarga.

Ubat batuk terbaik untuk gatal tekak
Difflam AB Sore Throat Lozenges
Difflam AB
Difflam AB Sore Throat Lozenges
mulai
RM2.69
Semak Difflam AB Sore Throat Lozenges harga dibawah:
add_circle Berkesan legakan sakit tekak
add_circle Membantu bunuh bakteria
remove_circle Tidak sesuai kanak-kanak bawah 6 tahun

Jika anda tidak gemar ubat batuk jenis cecair, anda boleh ambil ubat batuk jenis hisap seperti Difflam AB Sore Throat Lozenges ini.

Ia sangat berkesan dalam memberi kelegaan pada tekak yang sakit dan juga menghilangkan rasa gatal pada tekak.

Selain itu, ia turut boleh bertindak membunuh bakteria pada kawasan tekak, sekaligus merawat punca anda batuk atau sakit tekak.

Bagaimanapun, ubat batuk ini bukan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun dan jumlah pengambilan hanya terhad kepada 12 biji sehari sahaja.

Ubat batuk terbaik untuk anak
Breacol Cough Syrup
Breacol
Breacol Cough Syrup
mulai
RM5.80
Semak Breacol Cough Syrup harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak 6-14 tahun
add_circle Mencairkan kahak
remove_circle Bukan untuk bayi

Kebiasaannya kanak-kanak antara yang mudah terdedah dengan batuk dan juga selesema semasa musim hujan atau semasa musim ramai orang sakit.

Jadi untuk memastikan batuk anak-anak dapat diubati dengan pantas, boleh dapatkan Breacol Cough Syrup untuk kanak-kanak ini.

Ubat batuk ini sesuai untuk kanak-kanak dari 6 hingga 14 tahun, dan ia mudah dimakan serta tidak mempunyai rasa seperti ubat di klinik.

Selain melegakan batuk, ia juga boleh mencairkan kahak yang pekat dan juga boleh melegakan sakit tekak.

Pasti anak-anak anda akan merasa lebih lega selepas minum ubat batuk ini.

Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor sekiranya batuk masih tidak hilang selepas seminggu.

Ubat batuk terbaik untuk orang tua
Three Legs Cough Relief
Three Legs
Three Legs Cough Relief
mulai
RM4.80
Semak Three Legs Cough Relief harga dibawah:
add_circle Mencairkan kahak
add_circle Untuk batuk & selesema
remove_circle Bukan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

Ubat batuk Three Legs ini telah lama digunakan dan juga dikenali sebagai ubat batuk tradisional yang mampu melegakan batuk dengan baik.

Selain batuk, ia juga boleh mencairkan kahak dan memudahkan kahak dibuang secara oral dari mulut.

Jika anda mengalami selesema, anda juga boleh gunakan ubat gunakan ubat ini bagi membuka semula ruang udara yang tersumbat akibat selesema.

Mengandungi Guaifenesin, bahan yang sememangnya berkesan untuk merawat batuk, jadi boleh dapatkan ubat batuk ini tanpa ragu!

Ubat batuk untuk batuk kering
Elson Holistica Coflix Syrup
Elson
Elson Holistica Coflix Syrup
mulai
RM19.90
Semak Elson Holistica Coflix Syrup harga dibawah:
add_circle Bebas bahan pengawet
add_circle Tiada had pengambilan
remove_circle Perlu simpan tempat yang sejuk
remove_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung

Elson Holistica Coflix Syrup merupakan salah satu ubat batuk yang tidak mengakibatkan rasa mengantuk, jadi sesuai untuk anda yang mahukan ubat untuk melegakan batuk dan sambung bekerja.

Apa yang bagus tentang ubat batuk ini, ia bebas gula, alkohol dan bahan pengawet, menjadikan ia ubat batuk semula jadi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Disebabkan bahan-bahan yang digunakan adalah semula jadi, maka ubat ini tidak ada had pengambilannya dan anda boleh ambil seberapa banyak yang anda suka tanpa ada kesan sampingan.

Namun, ubat ini tidak sesuai untuk wanita mengandung dan juga untuk pesakit yang mengambil ubat cair darah.

Perlu diingat untuk simpan ubat batuk ini dalam suhu yang sejuk, di bawah 30 darjah celcius dan jauhkan daripada terkena cahaya matahari.

Ubat batuk yang kuat
Rhinathiol Cough Syrup
Rhinathiol
Rhinathiol Cough Syrup
mulai
RM14.80
Semak Rhinathiol Cough Syrup harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak atas 2 tahun
add_circle Melegakan batuk dan gatal tekak
add_circle Boleh guna untuk selesema juga
remove_circle Bukan untuk bayi

Ubat batuk jenama Rhinathiol ini mengandungi 5% Carbocisteine bagi ubat batuk dewasa dan 2% Carbocisteine bagi ubat batuk kanak-kanak.

Ia selamat digunakan kerana sudah disahkan oleh KKM serta sudah mendaftar dibawah NPRA/MDA, jadi boleh guna tanpa ragu-ragu.

Selain batuk, anda juga boleh gunakan ubat batuk ini untuk merawat gejala selesema.

Bagaimanapun, ubat batuk ini hanya digunakan untuk tempoh 5 hari sahaja, dan sekiranya batuk atau selesema masih tidak hilang anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Pastikan ambil ubat batuk ini mengikut dos yang ditetapkan dan mengikut peringkat umur yang bersesuaian.

Ubat batuk terbaik farmasi
Woods' Peppermint Cough Syrup For Adult / Children
Woods' Peppermint
Woods' Peppermint Cough Syrup For Adult / Children
mulai
RM6.90
Semak Woods' Peppermint Cough Syrup For Adult / Children harga dibawah:
add_circle Disahkan KKM
add_circle Untuk batuk dan juga selesema
remove_circle Rasa sedikit kuat

Jenama yang sering dicari ketika mengalami gejala batuk, ubat batuk Woods' Peppermint ini juga mudah didapatkan di farmasi.

Tapi kalau anda malas nak keluar rumah, boleh je beli secara online dengan tekan link di atas.

Bukan sekadar boleh digunakan semasa batuk, jika anda mengalami selesema pun anda boleh minum ubat batuk Woods' Peppermint ini. 

Terdapat ubat batuk untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak, jadi pastikan anda beli mengikut peringkat umur yang disyorkan.

Ubat batuk terbaik untuk covid
Mucolix Cough Syrup
Mucolix
Mucolix Cough Syrup
mulai
RM7.63
Semak Mucolix Cough Syrup harga dibawah:
add_circle Disahkan KKM
add_circle Mempunyai perasa kiwi
add_circle Mencairkan kahak
remove_circle Bukan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

Covid-19 mungkin sudah menjadi seperti selesema biasa yang kini boleh dikatakan masih ada lagi merebak di sekeliling kita.

Ia mungkin satu wabak penyakit yang boleh membunuh, tetapi anda masih boleh ambil langkah awal cara hilangkan batuk covid dengan mengambil ubat batuk Mucolix ini.

Ubat batuk ini selamat digunakan kerana ia telah pun mendapat pengesahan KKM.

Selain batuk, ubat ini turut boleh digunakan untuk selema, memang sesuai untuk merawat gejala Covid-19 yang biasanya melibatkan batuk dan juga selesema.

Perlu diingat untuk ambil dos yang ditetapkan dan mengikut peringkat umur.

Sekiranya gejala batuk dan selesema masih tidak baik selepas 5 hari, anda dinasihatkan untuk pergi berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.


Bagaimana Cara Hilangkan Batuk?

Batuk merupakan tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman.

Proses ini dapat membantu menghalang saluran pernafasan dari terkena sebarang jangkitan terus masuk ke dalam paru-paru sehingga menyebabkan penyakit serius.

Misalnya, radang paru-paru (pneumonia) yang menghasilkan lendir atau kahak apabila batuk.

Tapi sebelum menjadi lebih teruk, anda boleh cuba beberapa petua hilangkan batuk. Antaranya:

  • Madu

Madu merupakan bahan yang sangat popular untuk membantu dalam melegakan pelbagai gejala atau masalah kesihatan. 

Malah, merupakan bahan yang telah lama digunakan untuk melegakan batuk. 

Jika anda lihat farmasi atau di kedai-kedai yang menjual ubat, anda akan dapat lihat kandungan ubat batuk terdapat madu di dalamnya. 

Selain itu, madu juga merupakan salah satu petua untuk menghilangkan sakit tekak dan petua hilangkan batuk bayi.

Petua ini telah digunakan sejak nenek moyang lamanya. 

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa madu lebih baik jika dibandingkan ubat batuk dextromethorphan walaupun jarak kebaikannya adalah sedikit.

  • Bernafas dengan wap air panas

Batuk berkahak boleh dilegakan melalui wap daripada air panas kerana membantu membuka lebih besar ruang pernafasan.

Pesakit juga boleh mandi air panas dan bernafas dalam bilik air yang mempunyai wap tersebut.

Cara lain adalah dengan bernafas daripada wap yang dihasilkan daripada air panas. Caranya mudah saja:

  1. Letakkan air panas dalam mangkuk dan bernafas dengan udara wap yang dihasilkan daripada air panas tersebut.
  2. Tutup kepala menggunakan tuala supaya wap tersebut tidak bebas keluar dan diserap serta dihirup sepenuhnya oleh pesakit. 

Teknik ini mampu melegakan batuk terutamanya batuk yang berkahak. 

Cuma digalakkan untuk minum ubat batuk dalam pada masa yang sama untuk kesan lebih efektif.

  • Halia

Penggunaan tanaman herba seperti halia memang popular dalam dunia rawatan dan ubat tradisional. 

Ini kerana halia mampu melegakan batuk kering ataupun batuk daripada penyakit asma kerana mempunyai kandungan yang boleh meredakan keradangan (anti-inflammatory).

Bahan yang terkandungan dalam halia mampu merehatkan sel membran pada saluran pernafasan di mana mampu mengurangkan masalah batuk. 

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa halia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada perut dan masalah kepedihan perut.

Jadi perlu digunakan secara berhati-hati.

Apa pun, jom kita lihat penerangan ringkas tentang ubat batuk menerusi video dibawah.


Apakah Antara Jenis Ubat Batuk Yang Kita Perlu Tahu?

Sebenarnya ubat batuk mempunyai banyak jenis.

Kenapa kita perlu tahu adalah bagi memastikan mudah untuk doktor mengenal pasti jika kita mempunyai alergi ubat atau ubat apa yang kurang bekersan terhadap tubuh badan kita.

Antara jenis ubat adalah;

1. Expectorant; Mucolix, BIsolvon.

  • Menyingkirkan kahak
  • Sesuai untuk batuk berkahak

2. Antitussive; Codeine, Benadryl.

  • Mengurangkan batuk
  • Sesuai untuk batuk kering

3. Anti asthmatic; Ventolin, Bricanyl.

  • Sesuai untuk batuk asma

4. Decongestant; Loratadine, Clarinase, Actified.

  • Bagi yang mengalami masalah hingur mengalir disebabkan batuk
  • Sesuai untuk batuk yang disertakan dengan selsema

5. Lozenge; Troches.

  • Melegakan tekak gatal.

Itu saja jenis ubat batuk yang patut anda ketahui. 

Jika anda makan ubat batuk dalam jangka masa yang panjang dan masih tidak sembuh, pastikan berjumpa dengan doktor atau pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut.


Artikel Berkaitan

End of Article