Kesihatan & Kecergasan

16 Kasut Badminton Terbaik 2026 (Asics, Yonex, Mizuno, dll)

Kalau main badminton kenalah pakai kasut badminton yang dilengkapi tapak kasut badminton terbaik. Ini senarai jenama kasut badminton untuk anda pilih.


Editor · Updated 11 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Kasut Badminton Terbaik 2026 (Asics, Yonex, Mizuno, dll)

Jawapan ringkas: Kasut badminton terbaik di Malaysia ialah Yonex Power Cushion 65Z 2, RM139.97 (harga disemak 11 September 2026), model yang diinspirasikan oleh pemain profesional Kento Momota, kerana cengkaman dan penyerapan hentakan yang kukuh untuk pergerakan pantas di gelanggang.

Bila main badminton sebaiknya pakai kasut yang sesuai untuk main badminton untuk mendapatkan kestabilan ketika melakukan pergerakan. Jika tidak, boleh menyebabkan kaki terseliuh atau kerap jatuh kerana tapak kasut sukan badminton berbeza dengan tapak kasut jenis sukan yang lain.

Kandungan

Jadi bagi memudahkan anda memilih dan membeli jenis kasut badminton terbaik, kami senaraikan jenama kasut badminton dan harga kasut badminton untuk anda. Jom lihat!


Senarai 16 Jenama Kasut Badminton Terbaik

Yonex Power Cushion 65Z 2 Latest Series Ultra Comfort - Inspired By Kento Momota
Kasut badminton terbaik secara keseluruhan 1 daripada 16
Yonex Power Cushion 65Z 2 Latest Series Ultra Comfort - Inspired By Kento Momota
Yonex
Dari RM139.97
Menggunakan bahan microfibres
Midsole menggunakan PowerCushion+
Tidak sesuai untuk wanita
1 lagi
Cengkaman yang baik dan stabil

Sebab menjadi pilihan utama:

Yonex Power Cushion 65Z 2 merupakan kasut badminton yang diilhamkan oleh atlet elit seperti Kento Momota dan Viktor Axelsen, mempunyai teknologi PowerCushion+ yang mampu memberi sokongan pergerakan kaki yang berintensiti tinggi.

Ciri-ciri:

Kasut ini mempunyai penyerapan hentakan 25% lebih baik berbanding PowerCushion konvensional.

Selain itu, kasut ini mengandungi bahan ToughBrid Light yang akan menjaga prestasi anda sambil menjadinya 11% lebih ringan

Kasut ini juga berkesan mengurangkan tekanan pada kaki dan lutut anda, jadi anda tidak akan rasa sakit kaki selepas bermain badminton berintensiti tinggi.

Manakala, Synchro-Fit Insole memastikan keselesaan yang terbaik semasa anda memakainya.

Sangat sesuai digunakan untuk bermain badminton secara santai ataupun digunakan untuk tournament bagi pemain profesional.

Review:

"Dah cuba dekat court, memang selesa dan menyokong kaki dengan baik. Pengudaraan dalam kasut pun bagus sebab tak rasa panas. Dapat rasa cengkaman yang bagus."

Apacs Badminton Shoes
Kasut badminton Apacs 2 daripada 16
Apacs Badminton Shoes
Dari RM88.89
Harga berpatutan
Pelbagai pilihan saiz
Kurang sesuai digunakan untuk lari marathon
2 lagi
Bahagian depan kasut lebar
Terbaik untuk main badminton

Sering beriadah setiap petang dengan bermain badminton? Anda wajib dapatkan kasut badminton terbaik Apacs ini. 

Ini kerana bahagian Top-Cap kasut ini direka dengan Microfibre akan memberi keselesaan dan ketahanan pada kaki anda.

Selain itu, turut mempunyai kusyen anti gelincir pada bahagian pelapik dalam kasut.

Oleh itu, tapak kaki anda tak sakit dan kekal stabil ketika bermain badminton. 

Selain itu, kasut ini mampu menyerap kejutan dengan baik dan paling menarik, terdapat pelbagai pilihan saiz kasut yang ditawarkan.

FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
Kasut sukan badminton 3 daripada 16
FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
Dari RM189.99
Kasut ringan
Kasut jenis bertali
Harga sedikit mahal
1 lagi
Cengkaman yang bagus

Jika ada bajet lebih, apa salahnya dapatkan kasut badminton jenama FELET yang berkualiti tinggi ini. 

Bahagian tapak di dalam kasut ini dilengkapi dengan kusyen yang bakal memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika bergerak di gelanggang badminton. 

Menariknya lagi terdapat 6 pilihan warna kasut antaranya biru/oren, biru/merah, merah/hitam dan hitam/kuning. 

Bukan itu sahaja, saiz kasut yang ada juga pelbagai iaitu dari saiz UK6 hingga UK8. 

Memandangkan kasut ini jenis unisex, wanita dan lelaki boleh pakai tanpa masalah.

FELET Badminton Shoes ULTRA BOOST RANGER BOOST
Kasut badminton ringan 4 daripada 16
FELET Badminton Shoes Ultra Boost Ranger Boost
Dari RM145.99
Anti-geseran
5 pilihan warna
Tidak sesuai untuk jenis kaki lebar
3 lagi
Menyerap kejutan
Bahagian tapak kasut stabil
Pelapik dalam kasut jenis kusyen

Kasut badminton ini boleh mencengkam permukaan gelanggang badminton dengan baik kerana memiliki tapak kasut yang anti gelincir. 

Tak perlu risau jika anda melompat dengan tinggi untuk buat pukulan smash bulu tangkis sebab tak akan mudah tergelincir. 

Harga kasut jenama Felet ini masih berada dalam kategori mampu milik. Strukturnya juga lebih elastik, jadi selesa dipakai ketika beriadah. 

Saiz yang ditawarkan pula adalah pelbagai iaitu dari saiz 38 hingga 46. 

Turut mempunyai banyak mesh untuk kurangkan haba di bahagian dalam kasut.

Barulah kaki boleh bernafas dan tak mudah berpeluh. 

Line7 L7 CS-2146 Court ShoeBadminton Shoes
Kasut badminton Line 7 5 daripada 16
Line7 L7 CS-2146 Court Shoe/Badminton Shoes
Dari RM99.99
2 pilihan warna (hitam & putih)
Pelbagai pilihan saiz
Harga sedikit mahal
1 lagi
Untuk lelaki & wanita

Kasut jenama Line7 ini direka khas untuk dipakai ketika bermain sukan di gelanggang seperti berlatih badminton. 

Sesuai dijadikan kasut sukan biasa kerana sangat ringan dan selesa dipakai.

Dijamin anda akan jadi juara kejohanan badminton dengan kasut ini. 

Kasut yang diperbuat daripada material TPR ini juga tidak mudah melecet.

Asics Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10
Kasut badminton Asics 6 daripada 16
Asics Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10
Dari RM299
Selesa dipakai
Pelbagai pilihan warna
Harga mahal
1 lagi
Sesuai dipakai untuk bermain di gelanggang indoor

Untuk anda yang sering bermain badminton untuk beriadah setiap petang, memang wajib dapatkan kasut khas untuk badminton jenama Asics ini. 

Antara warna kasut yang ditawarkan ialah warna biru dan putih. Oleh itu, mudah untuk anda padankan dengan warna baju dan seluar riadah anda. 

Manakala saiz kasut yang ada juga pelbagai, dari saiz US8 hinggalah US11.

Jadi, yang ada kaki saiz besar pun boleh pakai tanpa masalah.

LI-NING Badminton Shoes ULTRA POWER
Kasut badminton Li-Ning 7 daripada 16
LI-NING Badminton Shoes ULTRA II / ULTRA POWER
LI-NING
Dari RM149
Kasut ringan
Tapak tidak licin
Harga mahal
1 lagi
Kusyen dalam kasut lembut

Kasut badminton jenama LI-NING ini menyediakan kusyen dalam kasut dengan penyerapan kejutan maksimum dan pemulihan mampatan yang cepat. 

Dengan ciri ini, kaki anda tidak akan mudah rasa sakit dan mudah kejang akibat loncatan spike yang bakal dilakukan ketika bermain badminton nanti. 

Menarik lagi, kasut ini turut menyediakan sistem Solid yang membolehkan anda laras bahagian atas termasuk kaki depan dan lengkungan kaki.

Jadi si pemakai boleh melaraskan ketegangan atas berdasarkan keperluan mereka sendiri, sekaligus meningkatkan kesesuaian dan keselesaan.

Material yang digunakan pada bahagian atas kasut ialah TPU dan Mesh yang tinggi untuk kawasan jari kaki bahagian atas, jadi 10 kali lebih tinggi daripada bahan biasa.

FELET Badminton Shoes boost 1.0
Kasut badminton Felet 8 daripada 16
FELET Badminton Shoes boost 1.0
FELET
Dari RM147.98
Unisex
Cengkaman yang bagus
Tiada warranty
1 lagi
Selesa dipakai

Dengan harga bawah RM148, anda dah boleh miliki kasut badminton terbaik dari jenama Felet ini. 

Jangan risau sangat selesa dipakai kerana memang direka khas untuk dipakai ketika bermain di gelanggang badminton. 

Selain itu, kasut ini turut memberi cengkaman yang baik sekaligus mampu beri keseimbangan terbaik semasa anda bermain badminton.

Mudah nak lompat dan smash bulu tangkis, kasut ini boleh dipakai oleh lelaki dan juga perempuan.

Pilihan warna tidak banyak, tetapi mempunyai pilihan saiz sehingga saiz 9UK, jadi anda yang memerlukan saiz besar boleh membelinya.

Nike TURF Tiempo Kasut Badminton
Kasut badminton Nike 9 daripada 16
Nike TURF Tiempo Kasut Badminton
Nike
Dari RM72.40
Boleh guna untuk main futsal juga
Harga murah
Kurang selesa untuk tournament
1 lagi
Pilihan warna menarik

Kasut badminton Nike ini bukan sahaja boleh digunakan untuk bermain badminton, tetapi anda boleh guna untuk main futsal dan juga bola tampar.

Harganya murah, jadi memang satu pembelian yang berbaloi dengan pelbagai pilihan warna menarik seperti putih, merah, hitam, kuning, navy blue, light blue, dan jingga.

Kasut ini dikatakan agak keras jadi ianya sesuai untuk latihan biasa atau jika anda mahu bermain badminton secara santai, tidak sesuai untuk dipakai sebagai tournament.

Untuk peminat jenama Nike, boleh dapatkan kasut badminton ini.

Victor Badminton Shoe SH-A102
Kasut badminton power 10 daripada 16
Victor Badminton Shoe SH-A102
Victor
Dari RM159
Unisex
Fabrik jenis breathable
Model tahun 2020
2 lagi
Kestabilan terbaik
Cengkaman yang bagus untuk game berintensiti tinggi

Apa yang menarik tentang kasut badminton Victor ini ialah ia jenis unisex, jadi sesiapa pun sesuai untuk memakainya tanpa mengira jantina. 

Diperbuat daripada material PU synthetic leather bersama dengan breathable mesh fabric, menjadikan kasut ini selesa dipakai dan membuatkan kaki anda boleh 'bernafas'.

Bahagian modsole pula menggunakan gabungan EVA + ENERGYMAX energy pad + nylon stabilizer untuk berikan keselesaan berganda dan juga kestabilan semasa bermain. 

Manakala bahagian tapak menggunakan rubber untuk cengkaman terbaik, jadi anda boleh bermain di gelanggang tanpa halangan.

Selain bermain secara santai, kasut ini juga sesuai dipakai semasa tournament untuk berikan anda aksi terbaik dan 'power'.

Mizuno Wave Drive Grip Indoor Badminton
Kasut badminton Mizuno 11 daripada 16
Mizuno Wave Drive Grip Indoor Badminton
Mizuno
Dari RM99.82
Menggunakan bahan Mesh & Microfibres
diperhebat dengan teknologi Mizuno Wave
Hanya untuk lelaki
1 lagi
Kestabilan dan cengkaman terbaik

Kasut badminton yang sangat sesuai untuk lelaki, kasut jenama Mizuno ini bukan sahaja menawarkan kualiti terbaik tetapi turut menawarkan harga yang berpatutan.

Apa yang bagus tentang kasut ini adalah ia menggunakan teknologi Mizuno Wave yang akan memberikan tekanan rendah semasa hentakan dan dalam masa yang sama memberikan kestabilan.

Selain itu, ia turut menyokong pergerakan berintensiti tinggi dengan synthetic overlays pada bahagian bawah, jadi cengkaman lebih menyakinkan.

Paling penting, anda akan rasa selesa menggunakan kasut ini dan kaki juga kurang berasa sakit walaupun bermain game yang berintensiti tinggi.

Boleh digunakan untuk bermain badminton secara santai bersama rakan-rakan atau untuk kegunaan semasa perlawanan.

Yonex Power Cushion 2
Kasut badminton perempuan 12 daripada 16
Yonex Power Cushion 2
Yonex
Dari RM96.98
Khas untuk wanita
Teknologi PowerCushion+
Tidak sesuai untuk lelaki
1 lagi
Boleh guna untuk bermain bola tampar juga

Jenama yang tidak asing lagi, Yonex juga turut menawarkan kasut badminton yang sesuai digunakan oleh wanita yang aktif bersukan dan bermain badminton.

Kasut ini menggunakan teknologi PowerCushion+ pada bahagian pad yang membuatkan setiap hentakan dapat diserap dengan baik, sekaligus menlindungi kaki anda daripada kesan hentakan.

Selain itu, pada hujung kasut turut mempunyai toe assist shape yang menambahkan lagi keselesaan semasa memakai kasut ini.

Dari segi cengkaman, tiada ragu lagi jenama Yonex sememangnya mengutamakan kasut yang mampu berikan cengkaman terbaik, jadi kasut ini turut mempunyai cengkaman serta stabiliti yang bagus.

Selain bermain badminton, kasut ini turut boleh digunakan untuk bermain bola tampar, sesuai digunakan untuk aktiviti sukan secara santai atau profesional.

Maxx Badminton Shoes Jumper Wave V5
Kasut badminton tahan lasak 13 daripada 16
Maxx Badminton Shoes Jumper Wave V5
Maxx
Dari RM146.48
Unisex
Harga berpatutan
Tidak banyak pilihan warna
2 lagi
Tahan lasak
Menggunakan nano cushion

Kasut badminton yang menjadi pilihan ramai, dengan harga yang berpatutan dan juga kualiti kasut yang bagus untuk main badminton.

Kasut ini boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita, jadi tidak perlu risau sekiranya tidak sesuai dengan kaki.

Apa yang bagus, ia menggunakan nano cushion pada bahagian dalam kasut untuk memberikan kelembutan dan keselesaan semasa bermain.

Tambahan lagi, pada bagahian outsole ia menggunakan Hexa-Grip bagi menambah lagi cengkaman di atas court, jadi boleh digunakan untuk bermain secara intensiti tinggi.

Bahagian luar pula jenis yang durable, jadi kasut ini boleh digunakan untuk tempoh yang lama kerana tahan lasak.

Yonex AE-1GOLD Badminton Shoes
Kasut badminton Yonex 14 daripada 16
Yonex AE-1GOLD Badminton Shoes
Yonex
Dari RM249.90
Beri keselesaan pada jari kaki
Beri kestabilan semasa melompat
Satu pilihan warna sahaja
2 lagi
Ringan semasa dipakai
Pengudaraan yang baik

Kasut Badminton Yonex AE-1GOLD ini mempunyai ciri-ciri inovatif untuk meningkatkan mutu permainan anda di gelanggang.

Kasut ini mempunyai reka bentuk Tru Shape bagi memastikan ia dapat disesuaikan dengan bentuk kaki anda dan beri keselesaan pada sekitar jari kaki anda sambil mengurangkan tekanan.

Tapak kasut badminton ini juga boleh beri anda kebebasan bergerak dan anda juga dapat bergerak lincah di atas gelanggang.

Dengan pusat graviti dipindahkan ke ibu jari, anda akan mengalami kuasa dan kelajuan yang dipertingkatkan dengan setiap langkah, tanpa sebarang ketidakselesaan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi Dual Stabilizer bagi memastikan anda dapar mendapat dengan lebih smooth, terutamanya di kawasan lengkung lateral dan medial.

Sementara itu, pembinaan Dual Russel Mesh menawarkan pengaliran udara yang menyeluruh bagi menjaga kaki anda agar kekal sejuk dan kering sepanjang permainan.

Tambahan lagi, reka bentuknya yang ringan dan tahan lama memastikan prestasi yang berpanjangan di gelanggang.

adidas Men's Quickforce 3.1 Badminton Shoe
Kasut badminton Adidas 15 daripada 16
Adidas Men's Quickforce 3.1 Badminton Shoe
Adidas
Dari RM159
Pengudaraan yang baik dalam kasut
Keselesaan dengan serapan kesan hentakan
Stok sangat terhad
1 lagi
Ringan dan memberikan pembalikan tenaga

Bagi peminat kasut Adidas, anda boleh dapatkan kasut badminton daripada jenama Adidas ini yang bergaya dan juga boleh tambah kualiti permainan anda.

Kasut ini diperbuat dengan bahagian atas sintetik yang tahan lama dan menyokong kaki anda.

Dengan teknologi ADITUFF™ di kawasan jari kaki, ia memberikan ketahanan terhadap geseran yang luar biasa. 

Sementara itu, bentuk tumit yang bulat memastikan pendaratan yang lancar, manakala pengecutan tumit ADIPRENE® menawarkan penyerapan impak yang hebat untuk keselesaan dan sokongan tambahan.

Reka bentuk yang menyokong kaki anda dan beri keselesaan termasuk pada bahagian lidah dan lapisan tumit yang berlapis, memastikan sesuai dan selesa sepanjang permainan anda.

Selain itu, ia turut mempunyai lubang ventilasi di bahagian hujung kaki bagi meningkatkan pernafasan kaki, memastikan kaki anda tidak panas dan kering semasa permainan.

Dengan midsole yang dicetak untuk penyerapan tumpuan yang ringan dan pulangan tenaga (energy return), kasut ini memberikan prestasi yang responsif pada setiap langkah. 

Bentuk tumit yang bulat juga meningkatkan kestabilan dan kecekapan, manakala tapak luar Non-Marking dengan alur lentur di bahagian hujung kaki menawarkan cengkaman dan fleksibiliti optimum pada semua permukaan.

Decathlon Men Badminton Shoes BS Lite 560 (Cushioning) - Perfly
Kasut badminton Decathlon 16 daripada 16
Decathlon Men Badminton Shoes BS Lite 560 (Cushioning) - Perfly
Decathlon
Dari RM159
Ringan
Mempunyai serapan hentakan
Hanya untuk lelaki
2 lagi
Beri kestabilan
Pengudaraan dalaman menyeluruh

Kasut badminton Decathlon Men BS Lite 560 ini direka untuk keselesaan dan kecekapan anda bermain di gelanggang.

Bahagian atasnya mempunyai 3D Translucent Nylon, digabungkan dengan midsole kompaun ringan, mengurangkan berat keseluruhan tanpa mengenepikan ketahanan. 

Ini akan memastikan anda dapat bergerak dengan pantas dan mudah di sepanjang gelanggang, mengekalkan prestasi terbaik sepanjang perlawanan.

Selain itu, kasut ini mempunyai sisipan tumit DIAPAD dan tapak EVA yang mampu beri penyerapan hentakan dan keselesaan yang optimal semasa pertarungan yang sengit. 

Pengudaraan dalam kasut ini juga sangat baik dengan pembinaan 3D Translucent Nylon Monofilament pada bahagian atasnya, memastikan kaki anda tidak terasa panas dan kekal kering.

Tambahan lagi, untuk kestabilan semasa pergerakan pantas, Sistem Anti-torsi Shank Nylon memastikan bahawa kasut ini kekal kukuh dan selamat, membolehkan anda membuat perubahan arah secara pantas dengan yakin dan tepat.


Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik 

Salah pilih kasut untuk bermain badminton sudah tentu akan menyebabkan anda rasa tak selesa ketika perlawanan. 

Lagi teruk, ia boleh menyebabkan kaki anda sakit hingga sukar fokus untuk memukul bulu tangkis. 

Jom ikuti tips yang kami kongsikan ini untuk pilih kasut badminton terbaik. 

  • Pilih kasut yang mempunyai tapak (sole) jenis Non-Marking (Selalunya perkataan Non-Marking akan dicetak di bawah tapak kasut)
  • Tapak kasut jenis ini sangatlah penting jika anda bermain badminton di gelanggang sintetik atau kayu 
  • Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang membenarkan udara melaluinya. Material kasut penting agar kaki tak mudah busuk ketika berpeluh 
  • Pilih kasut mengikut jenis/bentuk kaki sama ada kaki lebar atau tidak 
  • Pastikan kasut badminton pilihan anda mempunyai kusyen yang bagus pada bahagian pelapik dalamnya 
  • Pilih kasut yang boleh menyokong buku lali dengan baik 

Apa Yang Membuatkan Kasut Badminton Istimewa?

Tentu ada sebab kenapa kita perlu pakai kasut badminton untuk bermain badminton, antara sebabnya berkaitan dengan isu keselamatan.

Jika salah pakai kasut tentu akan berisiko mengakibatkan kecederaan pada bahagian kaki, jadi kasut badminton direka khas untuk menawarkan keupayaan dan sokongan yang diperlukan untuk permainan badminton yang pantas dan dinamik.

Antara ciri-ciri kasut badminton sehingga membuatkan ianya istimewa dalah pada cengkamannya yang baik kerana kasut badminton mempunyai tapak yang direka khas untuk memberikan cengkaman yang kukuh pada lantai gelanggang.

Ini membolehkan pemain bergerak pantas, melakukan pusingan dan perubahan arah tanpa hilangan keseimbangan, serta mampu memberi sokongan sisi yang baik.

Selain itu, kasut badminton juga ringan bagi membolehkan pemain bergerak dengan pantas dan mudah melintasi gelanggang tanpa memberi tekanan berlebihan pada kaki.

Paling penting, kasut badminton perlu mempunyai penyerapan hentakan yang baik bagi membantu mengurangkan tekanan pada kaki semasa melompat atau bergerak dengan pantas, dan ini akan mengurangkan risiko kecederaan dan keletihan.

Kesemua ciri-ciri ini memberikan keselamatan, sokongan, keselesaan, dan prestasi yang tinggi kepada pemain badminton semasa perlawanan yang pantas dan mencabar.

Sementara itu, jom lihat tips penjagaan kasut yang betul agar kasut boleh dipakai lama.


Bagaimana Mencari Kasut Badminton Terbaik?

Untuk mencari kasut badminton terbaik dan selesa, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, antaranya:

Keselesaan

Pastikan kasut itu selesa dipakai. Uji pemakaian selama beberapa minit untuk memastikan ia sesuai dengan bentuk kaki anda. Kasut yang selesa akan mengurangkan keletihan dan meningkatkan prestasi permainan anda.

Cengkaman dan Sokongan

Perhatikan cengkaman tapak kasut pada permukaan lantai dan bagaimana ia memberikan sokongan pada pergerakan sisi. Pastikan ia memberikan kestabilan yang mencukupi untuk pergerakan pantas dan fleksible.

Bahan Berkualiti

Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang tahan lasak. Bahan yang baik akan memastikan kekuatan, ketahanan, dan kebolehan mengekalkan bentuk asal kasut. Jadi anda boleh pakai lama kasut tersebut.

Penyerapan Hentakan

Pastikan kasut mempunyai penyerapan hentakan yang baik untuk mengurangkan tekanan pada kaki semasa melompat dan bergerak pantas.

Rekaan Ergonomik

Reka bentuk yang sesuai dengan bentuk kaki serta memberikan sokongan yang betul untuk pergelangan kaki dan sisi kaki penting untuk keselamatan dan prestasi yang lebih baik.

Berat Kasut

Kasut yang ringan dapat membantu dalam pergerakan pantas. Tetapi pastikan keringanannya tidak mengurangkan kestabilan dan sokongan.

Ulasan dan Cadangan

Membaca ulasan pengguna atau mendapat pandangan daripada pemain lain, pengurus kedai sukan, atau pakar dalam bidang ini boleh memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang prestasi sebenar kasut tersebut, atau anda boleh baca cadangan senarai kasut daripada kami.

Jadi inilah antara perkara yang anda perlu lihat dan pertimbangkan sebelum membuat pembelian kasut badminton agar pembelian anda menjadi satu pembelian yang berbaloi.

Pastikan anda pilih kasut badminton yang sesuai dengan keperluan anda serta memberikan sokongan dan keselesaan maksimum semasa bermain.


Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Kasut Badminton ASICS Terbaik?

Dalam senarai kami, Asics Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10 (RM299) ialah pilihan ASICS terbaik, dikenali dengan cengkaman tapak dan kestabilan yang kukuh untuk gelanggang indoor.


Apakah Kasut Yang Sesuai Untuk Badminton?

Kasut badminton yang sesuai perlu mempunyai tapak getah bukan tanda (non-marking) untuk cengkaman gelanggang, penyerapan hentakan yang baik bagi melindungi lutut semasa melompat, dan sokongan sisi yang kukuh untuk mengelakkan buku lali terseliuh semasa pergerakan pantas ke kiri dan kanan.

Elakkan menggunakan kasut lari atau kasut sukan umum untuk badminton, kerana tapaknya direka untuk pergerakan ke hadapan sahaja, bukan pergerakan sisi yang banyak berlaku dalam badminton.


Apakah Kasut Badminton Yonex Terbaru?

Dalam senarai ini, dua model Yonex yang kami senaraikan ialah Yonex Power Cushion 65Z 2 (RM139.97), model yang diinspirasikan oleh Kento Momota, dan Yonex AE-1GOLD (RM249.90) untuk pilihan yang lebih premium.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation