Minyak masak menjadi isu hangat selepas harga minyak masak terkini naik melambung tinggi kerana subsidi sudah ditarik.
Tapi jangan risau, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harga syiling bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.
Jadi kami ambil kesempatan ini dengan menyenaraikan jenis minyak masak dengan harga yang berbeza tidak melampaui harga syiling yang telah ditetapkan.
Penyunting
Table of Contents
Senarai 10 Jenis Minyak Masak
Sebab menjadi pilihan utama:
QBB Ghee tidak mengandungi sebarang transfat, garam atau pewarna tiruan atau pengawet.
Ciri-ciri:
Minyak sapi boleh dikatakan sejenis butter dan produk tenusu ini apabila dipanaskan pada suhu tertentu, akan terurai lemak, pepejal susu dan air.
Kandungannya terdapat vitamin A,D, E dan K yang bagus untuk kesihatan, bebas laktosa dan tiada protein kasein.
Minyak ini boleh dijadikan sebagai pengganti minyak sawit jadi sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai anak kecil untuk sekali masak masakan mereka.
Malah kandungannya kaya dengan omega 3 yang bagus untuk sel otak si comel dan sesuai untuk anak yang ada alahan dengan butter.
Takat pembakaran boleh mencapai tahap tinggi menjadikan sesuai untuk proses masak apa saja termasuk pembuatan kek dan biskut.
Review:
“Bila masak, wangi je masakan tu bau. Best! Bukan bagus untuk kesihatan kita je tapi sesuai untuk anak yang baru usia 9 bulan ni,”
Kajian mengatakan masakan minyak yang dimasak dengan minyak kanola mampu menurunkan kadar gula dalam darah individu yang mengalami penyakit diabetes.
Jadi, minyak kanola dari jenama Naturel ini diperbuat dengan bahan semula jadi dan bebas kolesterol.
Malah, dalam minyak kanola terdapat juga asid lemak omega 3 dan omega 6 yang tinggi.
Kandungan ini mampu menurunkan kinsentrasi trigliserida (masalah jantung) dan mengawal gula dalam darah.
Minyak ini juga mengandungi kadar lemak tepu yang paling sedikit dengan 7% jika dibandingkan dengan pelbagai jenis minyak masak yang lain,
Minyak masak jenama Vesawit ini merupakan olein kelapa sawit yang telah diperhalusi, dilunturi dan dihilangkan baunya.
Malah, telah diproses sehingga minyak kelihatan warna keemasan yang jernih.
Jangan risau, minyak ini tidak mengandungi kolestrol tapi mengandungi vitamin E semulajadi yang tinggi.
Sekaligus menjadikan minyak masak ini sesuai dijadikan masakan harian untuk proses menggoreng.
Jangan keliru dengan jenis minyak zaitun Naturel yang lain kerana minyak Naturel Extra Light Olive Oil jenis ini sesuai untuk proses menumis atau memanggang.
Walaupun proses penyulingan lebih dari sekali tapi jenis ini lebih sihat jika dibandingkan dengan minyak goreng biasa.
Rasanya sangat lembut menjadikan rasa masakan menjadi lebih sedap jika guna minyak masak biasa.
Sangat sesuai digunakan jika rumah anda mempunyai orang tua kerana minyak ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dengan kandungan tinggi antioksidan.
Selain itu, kelebihan minyak masak zaitun ini dapat bantu melindungi sel badan daripada rosak dan mengurangkan kolestrol jahat dalam masakan.
Minyak jagung Mazola kaya dengan lemak tak tepi dan vitamin E.
Dua komponen ini penting untuk mengawal tekanan darah serta dapat bertindak sebagai antioksidan dalam badan.
Rasa minyak jagung sedikit manis menjadikan sesuai untuk proses menumis dan menggoreng.
Disebabkan itu jugak, minyak jagung Mazola ini dapat menambahkan lagi rasa masakan menjadi lebih sedap.
Jangan risau, selain daripada memasak minyak jenis ini juga sesuai untuk dibuat kek, biskut atau proses pembakaran.
Minyak kelapa Dara Ekstra Organik merupakan minyak semula jadi yang dihasilkan daripada kelapa segar.
Malah, dengan penggunaan mesin berteknologi moden menjadikan penghasilan minyak 100% minyak kelapa asli.
Sekaligus menjadikan minyak ini sesuai dijadikan pengganti mentega dan lemak yang sihat.
Minyak masak ini sesuai untuk menggoreng, memanggang, membakar dan dressing ke dalam salad atau yougurt.
Anda juga boleh mencampurkan satu sudu kecil minyak ini ke dalam bancuhan air coklat, teh atau kopi untuk rasa lemak kelapa dan kesihatan.
Mungkin ada yang jarang melihat minyak masak ini tapi jangan risau, telah pun diperakui halal dan GMP.
Minyak masak Knife Blended Cooking Oil mengandungi campuran proprietari dan aroma kacang tanah yang unik.
Bahan ini menjadikan pengguna rasa puas kerana dapat menghasilkan masakan lebih enak.
Selain itu, minyak masak ini tidak mengandungi sebarang lemak trans dan kolestrol.
Tapi kaya dengan vitamin E yang bagus untuk sel kulit tubuh.
Antara bahan yang digunakan dalam minyak ini adalah olein sawit yang telah ditapis (diperakui RSPO), minyak kacang soya, minyak kacang tanah dan minyak bijan.
Jenama Buruh sangat terkenal dan boleh dikatakan menjadi minyak masak kegemaran orang Malaysia.
Ini kerana jenama Buruh menggunakan 100% minyak kelapa sawit asli yang menjadikan kualiti masakan anda dimasak dengan sempurna.
Lagipun minyak masak Buruh kekal stabil pada suhu yang tinggi terutama jika digunakan untuk memasak makanan ‘deep-frying’.
Tidak seperti minyak masak lain yang hanya boleh digunakan sekali penggunaan.
Minyak cap Buruh ini selamat diguna semula sebanyak 3 kali penggunaan kitaran untuk proses menggoreng.
Jangan risau, minyak masak Buruh ini tidak memiliki sebarang kandungan kolestrol dan asi lemak.
Minyak ini merupakan salah satu minyak masak paling sihat kerana mengandungi Omega 9 yang dihasilkan dari benih tumbuhan.
Untuk pengetahuan anda, omega 9 merupakan sejenis asid lemak yang mampu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.
Sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular seperti serangan strok.
Walaupun dalam kategori minyak sayuran tapi anda boleh menggunakan minyak ini untuk kegunaan menggoreng.
Cuma, suhu panas hendaklah di bawah suhu 250 darjah selsius.
Minyak masak Seri Murni Pure Vegetable merupakan kategori minyak sayur yang dihasilkan daripada isirong kelapa sawit.
Walaupun minyak sayuran tapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan tidak kira goreng, menumis atau deep frying.
Dari segi kandungannya terdapat magnesium, vitamin E dan K yang tinggi dari minyak sawit menjadikan bagus untuk kesihatan.
Jangan risau, minyak masak ini bebas kolestrol dan telah mendapat kelulusan Halal.
Cara Buang Minyak Masak
Kami yakin ada diantara kita sayang nak buang minyak masak memandangkan sekarang harga minyak masak dah naik.
Nak tak nak, kena juga buang minyak masak. Kalau pakai berulang kali, beri kesan buruk pada kesihatan pada masa akan datang pula.
Tapi jangan buang minyak ke dalam singki pula, nanti tersumbat laluan paip dan lebih teruk lagi mungkin akan menjejaskan seluruh sistem pembentungan.
Ini kerana apabila minyak telah sejuk, minyak akan membeku dan melekat pada permukaan dan lama-kelamaan minyak beku yang melekat akan menyebabkan saluran tersumbat.
Jadi kami ada cara buang minyak masak dengan betul dan dalam masa yang sama dapat mendatangkan keuntungan.
Caranya;
- Selepas usai menggoreng biarkan minyak dalam keadaan sejuk.
- Tuang minyak ke dalam bekas pakai buang.
- Simpan sehingga lebih dari 2kg.
- Jual kepada pusat kitar semula yang telah disahkan.
- Dapat duit dari jualan, boleh beli minyak baru semula.
Ingin diingatkan, anda haruslah menyemak di laman sesawang Alam Flora untuk mengetahui pusat kitar semula minyak yang telah berdaftar berdekatan anda.
Ini supaya dapat mengelakkan dari penipuan jualan minyak kitar semula.