Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
periuk kaca

9 Periuk Kaca Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Mungkin ada yang beranggapan, mereka yang suka masak menggunakan periuk kaca mempunyai gaya extra di dapur atau memenuhi kepuasan memasak.

Sebenarnya masak dalam periuk aluminium atau kuali bebeza kerana periuk kaca mempunyai sifat menyimpan haba yang sangat baik.

Maksudnya, anda boleh masak pada tetapan yang jauh lebih rendah berbanding periuk material lain.

Bagi yang baru nak mencuba atau sukakan koleksi periuk kaca, jom lihat senarai periuk kaca berkualiti untuk rasa sendiri.


Senarai 9 Periuk Kaca Berkualiti

Periuk kaca terbaik secara keseluruhan
Locaupin Glass Pot with Lid Cover Borosilicate
Locaupin
Locaupin Glass Pot with Lid Cover Borosilicate
mulai
RM28.55
Semak Locaupin Glass Pot with Lid Cover Borosilicate harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan atas dapur gas
add_circle Boleh basuh dengan dishwasher
add_circle Mempunyai saiz pilihan
add_circle Kaca tahan haba
remove_circle Penutup kacanya agak nipis

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Rekaan badan periuk yang transparent menjadikan anda mudah untuk meninjau proses masak lauk tanpa perlu membuka penutupnya. 

Ciri-ciri;

Periuk kaca ini mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan bau busuk seperti peralatan memasak lain yang diperbuat daripada plastik dan logam. 

Ini kerana bahannya diperbuat daripada borosilicate dimana tidak mengekluarkan bau dan mampu tahan haba dan suhu dari 0 hingga 150°C. 

Paling bagus, ia juga selamat digunakan dalam peti sejuk, microwave dan ketuhar. 

Review;

‘Memang berbaloi beli periuk ni sebab boleh digunakan untuk masak dan boleh terus hidang makanan. Boleh juga buat masak mi segera dan boleh masak atas api,’

Periuk kaca plain
Glass Cooking Pot With Acacia Wood
Glass Cooking Pot With Acacia Wood
mulai
RM35.90
Semak Glass Cooking Pot With Acacia Wood harga dibawah:
add_circle Kaca borosilicate yang tidak toksik
add_circle Boleh tahan suhu tinggi
add_circle Periuk gaya Jepun
add_circle Boleh guna atas api terbuka
add_circle Transparent
remove_circle Tiada penutup

Bagi yang gemar masak segera dan sup, periuk kaca ini patut jadi milik anda kerana boleh digunakan di atas dapur seramik elektrik. 

Direka dengan pemegang yang diperbuat daripada kayu acacia dan muncung berbentuk V.

Bentuk ini mudah untuk anda memindahkan sup yang panas dalam periuk ke dalam mangkuk. 

Terdapat 4 pilihan saiz periuk untuk memenuhi keperluan harian anda iaitu 400ml, 600ml, 100ml, 250ml dan 80ml.  

Boleh digunakan untuk didihkan susu dengan selamat kerana bebas daripada kandungan plumbum. 

Periuk kaca set
Visions 6pcs VS-336 Covered Versapot
Visions 6pcs VS-336 Covered Versapot
mulai
RM374.00
Semak Visions 6pcs VS-336 Covered Versapot harga dibawah:
add_circle Mampu kekalkan haba lebih lama
add_circle Boleh digunakan dalam microwave
add_circle Jenis transparent
add_circle Ada penutup
remove_circle Harga agak mahal

Set periuk kaca jenama Visions ini sesuai dijadikan hadiah kepada ibu tersayang atau isteri kerana sangat ideal untuk memasak makanan yang berasaskan sup. 

Diperbuat daripada bahan kaca seramik yang tidak berliang sekaligus periuk kaca terbaik ini tidak menyerap bau makanan atau rasa.

Jangan risau, selamat digunakan kerana tidak bertindak balas dengan makanan yang berasid dan material kacanya mudah dibersihkan.

Walaupun periuk ini baru saja dikeluarkan daripada freezer boleh terus digunakan di atas dapur gas atau dalam ketuhar.

Periuk kaca tahan panas
Tempered Glass Soup Pot with Lid
Tempered Glass Soup Pot with Lid
mulai
RM29.15
Semak Tempered Glass Soup Pot with Lid harga dibawah:
add_circle Mempunyai set penutup
add_circle Tidak mengandungi plumbum
add_circle Boleh nampak makanan dari luar
add_circle Mempunyai pilihan saiz
remove_circle Pilihan warna terhad
remove_circle Tidak boleh digunakan untuk masak makanan kering dalam oven seperti biskut

Bagi yang inginkan sesuatu ringkas dan mudah digunakan, kami sarankan periuk kaca yang boleh masuk ke dalam microwave, oven dan dishwasher seperti jenis ini.

Periuk ini mampu menahan suhu dari 20 hingga 400°C dan lauk atau sup juga boleh terus dihidangkan ketika makan malam tanpa perlu pindahkannya ke mangkuk lain. 

Ciri lain lagi tak mudah pecah kerana bahagian tepi periuk ditebalkan dan diperbuat daripada kaca terbaja (tempered glass). 

Menariknya lagi, direka dengan pemegang di sisi kiri dan kanan agar mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana.

Terdapat tiga pilihan saiz periuk iaitu; 0.8L, 1.2L, 1.5L 

Periuk kaca untuk microwave
Micasa Square Tempered Amber Glass Casserole 1.5L
Micasa Square Tempered Amber Glass Casserole 1.5L
mulai
RM36.50
Semak Micasa Square Tempered Amber Glass Casserole 1.5L harga dibawah:
add_circle Boleh dimasukkan dalam peti sejuk
add_circle Boleh guna untuk hidang makanan
add_circle Tanpa plumbum & tak toksik
add_circle Boleh disusun bertindan
remove_circle Tiada pilihan warna lain
remove_circle Tidak boleh guna atas dapur elektrik & induksi

Periuk kaca Micasa berbentuk segi empat tepat ini sesuai untuk panaskan lauk lebihan dalam microwave

Bukan itu sahaja, periuk kaca berkualiti ini boleh digunakan untuk menyimpan makanan dalam peti sejuk beku tanpa masalah. 

Dalam masa yang sama, mudah dibersihkan kerana selamat dibasuh dengan menggunakan dishwasher

Paling bagus, material digunakan tahan lama, jadi para anak boleh hadiahkan periuk ini kepada ibu nanti.

Periuk kaca dengan penutup
Happy Home 19219 1.0LT Glass Casserole
Happy Home 19219 1.0LT Glass Casserole
mulai
RM20.67
Semak Happy Home 19219 1.0LT Glass Casserole harga dibawah:
add_circle Rekaan transparent yang mudah dilihat dari luar
add_circle Selamat untuk oven & microwave
add_circle Kapasiti 1 liter
remove_circle Hanya boleh dibersihkan dengan span pinggan yang tak melelas

Periuk kaca kaserol ini mampu menahan suhu kejutan haba 120 celsius kerana diperbuat daripada kaca terbaja borosilicate.

Boleh dimasukkan dalam peti sejuk, jadi anda tak perlu pindahkan lauk lebihan semalam ke dalam bekas lain. 

Namun, anda diingatkan untuk guna peralatan seperti senduk yang diperbuat daripada kayu, nilon atau plastik sahaja apabila memanaskan atau menghidangkan makanan dalam periuk.

Ini kerana peralatan yang diperbuat daripada logam akan calarkan permukaan periuk. 

Periuk kaca kecil
Amber Casserole Heat Resistant
Amber Casserole Heat Resistant
mulai
RM39.90
Semak Amber Casserole Heat Resistant harga dibawah:
add_circle Tak mudah pecah
add_circle Kaca telah ditebalkan
add_circle Boleh masuk dalam oven
remove_circle Kapasiti hanya 1 liter

Periuk kaca 1 liter berwarna coklat ini sesuai dijadikan hadiah kahwin kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. 

Bersaiz kecil dan direka dengan pemegang pada kedua-dua bahagian sisinya.

Ini untuk memudahkan pengguna memindahkan dari peti sejuk dan ketuhar.

Memang sangat membantu wanita bekerja yang sibuk di rumah kerana boleh panaskan lauk dalam microwave

Apa yang paling bagus mampu menahan panas dan sejuk. 

Periuk kaca yang ada corak
Vantage 5L Cherry Blossom Amber Cookware
Vantage 5L Cherry Blossom Amber Cookware
mulai
RM249.00
Semak Vantage 5L Cherry Blossom Amber Cookware harga dibawah:
add_circle Elak makanan daripada hangit
add_circle Boleh dimasak atas dapur gas
add_circle Selamat dimasukkan ke dalam microwave
add_circle Makanan boleh terus dihidangkan
remove_circle Harga mahal

Periuk kaca Vantage dari Perancis ini boleh mengekalkan haba yang membantu anda menjimatkan penggunaan gas. 

Periuk ini boleh masak sup, bubur atau makanan yang perlu masak dalam tempoh yang lama. 

Saiz periuk kaca ini 5 liter dan diperbuat daripada kaca yang tidak berliang.

Maksudnya tidak akan menyerap bau sekaligus toksin dari periuk tidak masuk ke dalam makanan anda. 

Mudah juga untuk dicuci dan selamat dimasukkan dalam dishwasher

Tapi, diingatkan untuk tidak menggunakannya untuk membuat bertih jagung atau gula karamel kerana hanya sesuai untuk memasak makanan berkuah atau bersup.

Periuk kaca untuk memasak di atas api
La Chefz Amber Vitro Cooking Glass Cookpot
La Chefz Amber Vitro Cooking Glass Cookpot
mulai
RM149.00
Semak La Chefz Amber Vitro Cooking Glass Cookpot harga dibawah:
add_circle Boleh diguna atas dapur gas
add_circle Tak mudah tercalar
add_circle Selamat disimpan dalam peti sejuk
add_circle Tahan kejutan haba
add_circle Rekaan transparent
remove_circle Harga mahal

Masa memasak akan jadi lebih seronok dengan penggunaan periuk kaca La Chefz ini kerana tiada lagi masalah sup tumpah ketika sedang direneh. 

Periuk ini diperbuat daripada kaca yang tidak reaktif Pyroceram menjadikan mempunyai ciri mudah dibersihkan.

Malah boleh digunakan dalam dishwasher, ketuhar, dan microwave. Memang lagi mudah kerja anda di dapur.

Selain itu, tiada masalah jika nak terus panaskan lauk yang diletakkan dalam peti sejuk ke dapur gas atau elektrik dan ketuhar. 

Makanan yang dah siap dimasak juga boleh terus dihidang tanpa perlu pindahkannya ke dalam mangkuk lauk sebab sesuai untuk simpan lauk. 

Apa Kelebihan Periuk Kaca?

Periuk kaca bukan saja cantik tapi membolehkan lauk-pauk dapat terus dilihat dari luar sebab jenis transparent

Malah alat masak ini memudahkan anda untuk terus hidangkan makanan berkuah tanpa perlu pindahkan lauk ke dalam mangkuk atau pinggan lain. 

Selain itu, dikatakan jenis tahan lasak kerana sesetengah jenis boleh diletakkan dalam microwave, oven, induction cooker dan dapur gas biasa. 

Kebanyakan periuk kaca berjenama turut diperbuat daripada bahan tidak berliang, jadi tidak akan mengeluarkan bahan kimia bahaya ke dalam lauk-pauk. 

Paling penting, peralatan dapur ini tidak akan berkarat. Hasilnya, anda boleh gunanya untuk jangka masa yang lama. 

Apa pun jom lihat bagaimana periuk kaca berfungsi apabila masak beberapa jenis masakan menerusi video berikut.


Artikel Berkaitan

End of Article