Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
steamboat periuk

10 Periuk Steamboat Terbaik Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Sebelum ni kalau kita lihat steamboat hanya boleh dipesan di restoran.

Tapi selepas Covid-19 melanda, ramai mula menjadi kreatif dengan masak steamboat dari rumah saja.

Sejak dari itu, banyak resepi steamboat dan grill yang boleh kita ikut.

Tapi pastikan pilih barang untuk steamboat yang terbaik agar tidak berlaku apa-apa kemalangan buruk. 

Jadi, berikut merupakan senarai periuk steamboat yang terbaik.


Senarai 10 Periuk Steamboat

Periuk steamboat dan grill (2 in1)
Cornell Table Top Grill & Hot Pot CCG-EL98DT
Cornell
CORNELL Table Top Grill & Hot Pot CCG-EL98DT.jpg
mulai
RM237.99
Semak Cornell Table Top Grill & Hot Pot CCG-EL98DT harga dibawah:
add_circle Fungsi 2 dalam 1
add_circle Non stick coating
add_circle Mudah dicuci
add_circle Mempunyai oil collector
add_circle Diperakui oleh SIRIM
remove_circle Dapur ini sedikit berat (11KG)

Sebab menjadi pilihan;

Mempunyai fungsi 2 dalam 1 dan ciri periuk jenis non stick dimana tidak melekat ketika membakar makanan.

Ciri-ciri;

Dengan kapasiti 4.2L, Grill Pan ini berukuran 35X22cm yang mampu menghasilkan hidangan seramai 8 hingga ke 10 orang dalam satu masa.

Cooking plate ini diperbuat dari heavy duty aluminum dengan non stick coating agar mudah dicuci.

Malah bahagian grilling pan dan hot pot produk ini jenis detachable dimana anda boleh membukanya untuk mencuci.

Produk ini juga mempunyai oil collector untuk memudahkan anda membuang minyak yang telah digunakan.

Suhu dan fungsi dapur steamboat dan grill ini juga boleh dikawal mengikut keinginan anda.

Paling penting, periuk steamboat ini telah diperakui oleh SIRIM dan Cornell turut memberi warranty selama 1 tahun.

Review

“Pembelian yang sangat berbaloi sebab pan dia berkualiti tinggi”

Periuk steamboat with detachable temperature control
Pensonic Steamboat (3.8L) PSB-128S
Pensonic
Pensonic Removable Stainless Steel Pot Steamboat (3.8L) PSB-128S
mulai
RM127.71
Semak Pensonic Steamboat (3.8L) PSB-128S harga dibawah:
add_circle Tahan karat
add_circle Kapasiti besar
add_circle Suhu boleh dilaras
add_circle Masa dipanaskan tidak lama
remove_circle Tiada fungsi grilling

Periuk steamboat ini mempunyai ciri tahan karat, mudah dicuci dan periuknya boleh laras suhu yang berasingan.

Malah bahagian penutup periuk menggunakan material kaca bagi memudahkan anda melihat keadaan steamboat ketika dimasak melalui penutup.

Kapasiti periuk ini sebesar 3.8L dengan heat up time tidak mengambil masa terlalu lama.

Rekaan dapur ini ringkas dan mudah digunakan kerana tidak mempunyai terlalu banyak fungsi yang kompleks. 

Pensonic menyediakan warranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Periuk steamboat elektrik
Samu Giken Choriki 2 in 1 Steamboat HP42DG & HP29DG
Samu Giken Choriki 2 in 1 Steamboat Hot Pot & BBQ Grill Pan Combination, Super Big Size, Model- HP42DG & HP29DG.jpeg
mulai
RM137.90
Semak Samu Giken Choriki 2 in 1 Steamboat HP42DG & HP29DG harga dibawah:
add_circle Mempunyai pelbagai fungsi
add_circle Periuk jenis non sticky
add_circle Suhu boleh dilaras
add_circle Proses pemanasan yang cepat
remove_circle Sukar untuk dicuci

Dapur ini memberi fungsi pelbagai guna dimana boleh berfungsi untuk grill, rebus, goreng, menjerang, memasak dan memanggang dalam satu periuk.

Menariknya anda boleh masak Steamboat, BBQ dan Shabu-shabu dalam satu masa. Menarik bukan?

Material grill pan dapur ini jenis non sticky, jadi sisa masakan daging tidak melekat.

Produk ini hanya mempunyai 2 kawalan suhu sekaligus dapat menjimatkan tenaga elektrik.

Ciri seterusnya dapur ini mempunyai paip haba yang berefisien tinggi bagi mempercepatkan proses pemanasan.

Bahagian grill pan pula jenis mudah serap haba bagi memastikan hidangan dimasak dengan sempurna.

Produk ini didatangkan dengan model iaitu HP29DG sesuai untuk hidangan 2-4 orang.

Manakalai model HP42DG sesuai untuk hidangan 10 orang dalam 1 masa.

Jangan risau, periuk ini telah diperakui Sirim dan mempunyai warranty selama 2 tahun 

Periuk steamboat bentuk bulat
STEAMBOAT POT 6.3L S-SHAPE DIVIDER -30CM - OA-9001-EO
STEAMBOAT POT 6.3L S-SHAPE DIVIDER -30CM - OA-9001-EO
mulai
RM243.90
Semak STEAMBOAT POT 6.3L S-SHAPE DIVIDER -30CM - OA-9001-EO harga dibawah:
add_circle Boleh masak 2 perasa dalam satu masa
add_circle Suhu boleh dilaras
add_circle Non Stick
add_circle Mudah digunakan
add_circle Kapasiti besar
remove_circle Periuk tidak boleh digunakan pada dapur gas atau terkena api

Periuk steamboat ini direka dengan plate non stick bagi sisa daging tidak mudah melekat dan selamat untuk menggunakannya.

Selain itu, periuk ini mempunyai 8 premium coating untuk memastikan periuk berkualiti tinggi dan tahan lama.

Bahagian kawalan suhu, terdapat 5 tahap pelarasan suhu mengikut kesesuaian jenis masakan.

Malah mempunyai pemegang jenis silikon bagi memudahkan anda untuk mengangkat periuk ketika panas.

Periuk ini mempunyai pemisah berbentuk S yang membolehkan anda memasak 2 perisa dalam satu masa.

Menariknya mempunyai ciri multifungsi dimana anda boleh memasak, menggoreng dan merebus. 

Periuk steamboat murah
2 IN 1 BBQ Grill & Steamboat Hot Pot Shabu Electric Smokeless
2 IN 1 BBQ Grill & Steamboat Hot Pot Shabu Electric Smokeless
mulai
RM32.30
Semak 2 IN 1 BBQ Grill & Steamboat Hot Pot Shabu Electric Smokeless harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Periuk non stick
add_circle Suhu boleh dilaras
add_circle Kapasiti besar
remove_circle Tiada warranty daripada penjual

Walaupun murah, periuk ini tetap menawarkan fungsi 2 dalam 1 yang boleh digunakan untuk memasak steamboat dan BBQ.

Periuk steamboat ini jenis non stick dimana mudah untuk anda grill dan mencuci selepas menggunakannya.

Suhu periuk ini boleh dilaras dengan cool touch know yang sangat mudah digunakan.

Kapasitinya juga besar iaitu 1.8L yang mampu menghidangkan 5 orang dalam satu masa.

Periuk steamboat non stick
Nakada Electric BBQ Grill and Steamboat
Nakada Electric BBQ Grill and Steamboat
mulai
RM91.00
Semak Nakada Electric BBQ Grill and Steamboat harga dibawah:
add_circle Periuk non stick
add_circle Menghangat dengan cepat
add_circle Suhu boleh dilaras
add_circle Mudah digunakan
add_circle Mempunyai warranty
remove_circle Saiz kecil, tidak sesuai untuk kumpulan besar

Periuk steamboat dan BBQ dari Nakada ini menggabungkan fungsi grilling dan steamboat dengan cara yang inovatif dan lebih menyeronokkan.

Periuk steamboat ini jenis non stick dimana sisa daging atau makanan tidak melekat sekaligus mudah dicuci.

Selain itu, periuk ini berupaya memberi masa menghangat yang cepat dengan 2 kawalan suhu serta 5 tahap kelajuan pelarasan api.

Produk ini mampu menampung sehingga kapasiti 1.25L, pengeluar turut memberi warranty selama 1 tahun.

Periuk steamboat gas
Steamboat set 16CM Small Steamboat Pot
Steamboat set 16CM Small Steamboat Pot
mulai
RM79.10
Semak Steamboat set 16CM Small Steamboat Pot harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Harga murah
add_circle Material stainless steel
add_circle Cepat panas
add_circle Ringan
remove_circle Tiada fungsi grilling

Mungkin ada yang masih gemar memilih alat memasak menggunakan gas kerana memberi output masakan dan rasa yang berbeza berbanding elektrik.

Jadi periuk steamboat ini adalah pilihan yang tepat tapi jangan risau, direka selamat digunakan.

Periuk ini dibina dengan material stainless steel yang berkualiti tinggi dan tahan karat.

Bukan sahaja berkualiti malah memberi kesan pemanasan yang cepat.

Bahagian pemegang direka memudahkan anda untuk memegang dan tidak tergelincir.

Periuk ini juga sangat ringan dimana beratnya hanya 1.7KG dan mempunyai warranty selama 6 bulan.


Apa Kelebihan Periuk Steamboat?

Hidangan steamboat mulanya terkenal di negara China tapi lama-kelamaan terkenal di seluruh Asia Timur.

Mungkin ada yang beranggapan makanan dari China ini tidak halal tapi kalau menggunakan bahan betul, tidak menjadi masalah.

Malah, dalam tak langsung sebenarnya masakan memberi kelebihan dari segi kesihatan kerana cara masak steamboat semuanya direbus atau digrill.

Berbeza dengan hidangan menggoreng yang memerlukan minyak masak yang banyak dan menjadikan hidangan kandungan kolesterol yang banyak.

Bagi anda yang gemar masak steamboat di rumah, apa kata cuba resepi steamboat menerusi video dibawah.


Artikel Berkaitan

End of Article