Perkakas Rumah

9 Periuk Kaca Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

Bagi yang sukakan koleksi periuk kaca, anda boleh 'cuci mata' senarai periuk kaca berkualiti dari kami. Jom cepat beli periuk kaca terbaik.


Editor · 7 Jun 2022, 5:17pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Periuk Kaca Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

Mungkin ada yang beranggapan, mereka yang suka masak menggunakan periuk kaca mempunyai gaya extra di dapur atau memenuhi kepuasan memasak.

Sebenarnya masak dalam periuk aluminium atau kuali bebeza kerana periuk kaca mempunyai sifat menyimpan haba yang sangat baik.

Kandungan

Maksudnya, anda boleh masak pada tetapan yang jauh lebih rendah berbanding periuk material lain.

Bagi yang baru nak mencuba atau sukakan koleksi periuk kaca, jom lihat senarai periuk kaca berkualiti untuk rasa sendiri.


Senarai 9 Periuk Kaca Berkualiti

Locaupin Glass Pot with Lid Cover Borosilicate
Periuk kaca terbaik secara keseluruhan 1 daripada 9
Locaupin Glass Pot with Lid Cover Borosilicate
Partnership with Locaupin
Dari RM39.90
Boleh digunakan atas dapur gas
Boleh basuh dengan dishwasher
Penutup kacanya agak nipis
2 lagi
Mempunyai saiz pilihan
Kaca tahan haba

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Rekaan badan periuk yang transparent menjadikan anda mudah untuk meninjau proses masak lauk tanpa perlu membuka penutupnya. 

Ciri-ciri;

Periuk kaca ini mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan bau busuk seperti peralatan memasak lain yang diperbuat daripada plastik dan logam. 

Ini kerana bahannya diperbuat daripada borosilicate dimana tidak mengekluarkan bau dan mampu tahan haba dan suhu dari 0 hingga 150°C. 

Paling bagus, ia juga selamat digunakan dalam peti sejuk, microwave dan ketuhar. 

Review;

‘Memang berbaloi beli periuk ni sebab boleh digunakan untuk masak dan boleh terus hidang makanan. Boleh juga buat masak mi segera dan boleh masak atas api,’

Glass Cooking Pot With Acacia Wood
Periuk kaca plain 2 daripada 9
Glass Cooking Pot With Acacia Wood
Partnership with
Dari RM35.90
Kaca borosilicate yang tidak toksik
Boleh tahan suhu tinggi
Tiada penutup
3 lagi
Periuk gaya Jepun
Boleh guna atas api terbuka
Transparent

Bagi yang gemar masak segera dan sup, periuk kaca ini patut jadi milik anda kerana boleh digunakan di atas dapur seramik elektrik. 

Direka dengan pemegang yang diperbuat daripada kayu acacia dan muncung berbentuk V.

Bentuk ini mudah untuk anda memindahkan sup yang panas dalam periuk ke dalam mangkuk. 

Terdapat 4 pilihan saiz periuk untuk memenuhi keperluan harian anda iaitu 400ml, 600ml, 100ml, 250ml dan 80ml.  

Boleh digunakan untuk didihkan susu dengan selamat kerana bebas daripada kandungan plumbum. 

Visions 6pcs VS-336 Covered Versapot
Periuk kaca set 3 daripada 9
Visions 6pcs VS-336 Covered Versapot
Partnership with
Dari RM374
Mampu kekalkan haba lebih lama
Boleh digunakan dalam microwave
Harga agak mahal
2 lagi
Jenis transparent
Ada penutup

Set periuk kaca jenama Visions ini sesuai dijadikan hadiah kepada ibu tersayang atau isteri kerana sangat ideal untuk memasak makanan yang berasaskan sup. 

Diperbuat daripada bahan kaca seramik yang tidak berliang sekaligus periuk kaca terbaik ini tidak menyerap bau makanan atau rasa.

Jangan risau, selamat digunakan kerana tidak bertindak balas dengan makanan yang berasid dan material kacanya mudah dibersihkan.

Walaupun periuk ini baru saja dikeluarkan daripada freezer boleh terus digunakan di atas dapur gas atau dalam ketuhar.

Tempered Glass Soup Pot with Lid
Periuk kaca tahan panas 4 daripada 9
Tempered Glass Soup Pot with Lid
Partnership with
Dari RM29.15
Mempunyai set penutup
Tidak mengandungi plumbum
Pilihan warna terhad
3 lagi
Boleh nampak makanan dari luar
Mempunyai pilihan saiz
Tidak boleh digunakan untuk masak makanan kering dalam oven seperti biskut

Bagi yang inginkan sesuatu ringkas dan mudah digunakan, kami sarankan periuk kaca yang boleh masuk ke dalam microwave, oven dan dishwasher seperti jenis ini.

Periuk ini mampu menahan suhu dari 20 hingga 400°C dan lauk atau sup juga boleh terus dihidangkan ketika makan malam tanpa perlu pindahkannya ke mangkuk lain. 

Ciri lain lagi tak mudah pecah kerana bahagian tepi periuk ditebalkan dan diperbuat daripada kaca terbaja (tempered glass). 

Menariknya lagi, direka dengan pemegang di sisi kiri dan kanan agar mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana.

Terdapat tiga pilihan saiz periuk iaitu; 0.8L, 1.2L, 1.5L 

Micasa Square Tempered Amber Glass Casserole 1.5L
Periuk kaca untuk microwave 5 daripada 9
Micasa Square Tempered Amber Glass Casserole 1.5L
Partnership with
Dari RM36.50
Boleh dimasukkan dalam peti sejuk
Boleh guna untuk hidang makanan
Tiada pilihan warna lain
3 lagi
Tanpa plumbum & tak toksik
Boleh disusun bertindan
Tidak boleh guna atas dapur elektrik & induksi

Periuk kaca Micasa berbentuk segi empat tepat ini sesuai untuk panaskan lauk lebihan dalam microwave. 

Bukan itu sahaja, periuk kaca berkualiti ini boleh digunakan untuk menyimpan makanan dalam peti sejuk beku tanpa masalah. 

Dalam masa yang sama, mudah dibersihkan kerana selamat dibasuh dengan menggunakan dishwasher. 

Paling bagus, material digunakan tahan lama, jadi para anak boleh hadiahkan periuk ini kepada ibu nanti.

Happy Home 19219 1.0LT Glass Casserole
Periuk kaca dengan penutup 6 daripada 9
Happy Home 19219 1.0LT Glass Casserole
Partnership with
Dari RM20.67
Rekaan transparent yang mudah dilihat dari luar
Selamat untuk oven & microwave
Hanya boleh dibersihkan dengan span pinggan yang tak melelas
1 lagi
Kapasiti 1 liter

Periuk kaca kaserol ini mampu menahan suhu kejutan haba 120 celsius kerana diperbuat daripada kaca terbaja borosilicate.

Boleh dimasukkan dalam peti sejuk, jadi anda tak perlu pindahkan lauk lebihan semalam ke dalam bekas lain. 

Namun, anda diingatkan untuk guna peralatan seperti senduk yang diperbuat daripada kayu, nilon atau plastik sahaja apabila memanaskan atau menghidangkan makanan dalam periuk.

Ini kerana peralatan yang diperbuat daripada logam akan calarkan permukaan periuk. 

Amber Casserole Heat Resistant
Periuk kaca kecil 7 daripada 9
Amber Casserole Heat Resistant
Partnership with
Dari RM39.90
Tak mudah pecah
Kaca telah ditebalkan
Kapasiti hanya 1 liter
1 lagi
Boleh masuk dalam oven

Periuk kaca 1 liter berwarna coklat ini sesuai dijadikan hadiah kahwin kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. 

Bersaiz kecil dan direka dengan pemegang pada kedua-dua bahagian sisinya.

Ini untuk memudahkan pengguna memindahkan dari peti sejuk dan ketuhar.

Memang sangat membantu wanita bekerja yang sibuk di rumah kerana boleh panaskan lauk dalam microwave. 

Apa yang paling bagus mampu menahan panas dan sejuk. 

Vantage 5L Cherry Blossom Amber Cookware
Periuk kaca yang ada corak 8 daripada 9
Vantage 5L Cherry Blossom Amber Cookware
Partnership with
Dari RM249
Elak makanan daripada hangit
Boleh dimasak atas dapur gas
Harga mahal
2 lagi
Selamat dimasukkan ke dalam microwave
Makanan boleh terus dihidangkan

Periuk kaca Vantage dari Perancis ini boleh mengekalkan haba yang membantu anda menjimatkan penggunaan gas. 

Periuk ini boleh masak sup, bubur atau makanan yang perlu masak dalam tempoh yang lama. 

Saiz periuk kaca ini 5 liter dan diperbuat daripada kaca yang tidak berliang.

Maksudnya tidak akan menyerap bau sekaligus toksin dari periuk tidak masuk ke dalam makanan anda. 

Mudah juga untuk dicuci dan selamat dimasukkan dalam dishwasher. 

Tapi, diingatkan untuk tidak menggunakannya untuk membuat bertih jagung atau gula karamel kerana hanya sesuai untuk memasak makanan berkuah atau bersup.

La Chefz Amber Vitro Cooking Glass Cookpot
Periuk kaca untuk memasak di atas api 9 daripada 9
La Chefz Amber Vitro Cooking Glass Cookpot
Partnership with
Dari RM149
Boleh diguna atas dapur gas
Tak mudah tercalar
Harga mahal
3 lagi
Selamat disimpan dalam peti sejuk
Tahan kejutan haba
Rekaan transparent

Masa memasak akan jadi lebih seronok dengan penggunaan periuk kaca La Chefz ini kerana tiada lagi masalah sup tumpah ketika sedang direneh. 

Periuk ini diperbuat daripada kaca yang tidak reaktif Pyroceram menjadikan mempunyai ciri mudah dibersihkan.

Malah boleh digunakan dalam dishwasher, ketuhar, dan microwave. Memang lagi mudah kerja anda di dapur.

Selain itu, tiada masalah jika nak terus panaskan lauk yang diletakkan dalam peti sejuk ke dapur gas atau elektrik dan ketuhar. 

Makanan yang dah siap dimasak juga boleh terus dihidang tanpa perlu pindahkannya ke dalam mangkuk lauk sebab sesuai untuk simpan lauk. 

Apa Kelebihan Periuk Kaca?

Periuk kaca bukan saja cantik tapi membolehkan lauk-pauk dapat terus dilihat dari luar sebab jenis transparent. 

Malah alat masak ini memudahkan anda untuk terus hidangkan makanan berkuah tanpa perlu pindahkan lauk ke dalam mangkuk atau pinggan lain. 

Selain itu, dikatakan jenis tahan lasak kerana sesetengah jenis boleh diletakkan dalam microwave, oven, induction cooker dan dapur gas biasa. 

Kebanyakan periuk kaca berjenama turut diperbuat daripada bahan tidak berliang, jadi tidak akan mengeluarkan bahan kimia bahaya ke dalam lauk-pauk. 

Paling penting, peralatan dapur ini tidak akan berkarat. Hasilnya, anda boleh gunanya untuk jangka masa yang lama. 

Apa pun jom lihat bagaimana periuk kaca berfungsi apabila masak beberapa jenis masakan menerusi video berikut.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation