Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
menstrual cup women

8 Menstrual Cup Terbaik di Malaysia 2024

Jangan risau, dengan adanya menstrual cup, semua masalah dapat diselesaikan. 

Tukar tuala wanita dengan kerap ketika datang haid merupakan antara perkara yang paling leceh bagi kaum hawa

Belum lagi dikira masalah kebocoran akibat pemakaian pad yang salah atau aliran darah yang terlalu banyak. 

Tapi jangan risau, dengan adanya menstrual cup, semua masalah itu dapat diselesaikan. 

Ini kerana kegunaan menstrual cup ialah untuk mengumpul darah kotor bagi menggantikan tampon atau tuala wanita. 

Jadi, jom kita semak senarai 8 menstrual cup yang terbaik untuk wanita.  


Penyunting

Senarai 8 Mentrual Cup Terbaik

Menstrual cup terbaik secara keseluruhan
Suci Cup Menstrual Cup
Suci Cup Menstrual Cup
From
RM94.50
Check Suci Cup Menstrual Cup price below:
add_circle Boleh pakai hingga 10 jam
add_circle Tanpa warna & pewangi
add_circle Lembut & fleksibel
add_circle Diperbuat 100% daripada silikon bergred perubatan
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Menstrual cup jenama Suci kerana ia direka di Malaysia dan telah diperbuat di USA. 

Ciri-ciri;

Dilengkapi dengan batang pendek 7mm pada bahagian bawah bagi memudahkan anda untuk mengeluarkannya. 

Terdapat 2 saiz cup yang ditawarkan iaitu Size A yang sesuai untuk wanita yang belum melahirkan anak.

Cup ini boleh mengumpul kapasiti darah hingga 25ml manakala Size B pula sesuai bagi wanita yang pernah melahirkan dan boleh tampung kapasiti darah hingga 40ml. 

Pemakaian cup saiz B ini turut bagus untuk wanita yang ada aliran darah yang banyak dan memiliki kepanjangan faraj dalam lingkungan  61mm. 

Jika dijaga dengan betul, alat ini mampu bertahan sehingga 10 tahun. 

Selain itu, menstrual cup terbaik ini direka dengan lubang udara untuk memastikannya ketat dan tidak bocor. 

Review;

‘Sangat best guna cup ni. Bau darah tu tak ada langsung. Senang dan tak ada bocor. Lagi best dari pakai pad. Cuma awal-awal pakai tu rasa tak selesa tapi lama-lama dah biasa, jadi senang je. Kena buat perlahan-lahan tak sakit pun,’

Menstrual cup untuk remaja
AllMatters Menstrual Cup
AllMatters Menstrual Cup
From
RM115.00
Check AllMatters Menstrual Cup price below:
add_circle Tidak sebabkan alahan
add_circle Boleh dipakai semula lepas dibasuh
add_circle Boleh digunakan hingga 12 jam
remove_circle Harga mahal

Tiada lagi masalah tuala wanita yang bocor ketika haid dengan menstrual cup jenama AllMatters. 

Sebelum ini dikenali dengan nama Organicup, produk ini memang selesai dipakai kerana diperbuat daripada 100% silikon bergred perubatan yang lembut. 

Anda boleh berenang dan bersukan dengan lebih selesa selepas ini sebab tak akan terasa seperti ada sesuatu dalam vagina anda. 

Terdapat 3 pilihan saiz cup untuk gadis dan wanita di luar sana;

  1. Saiz mini untuk remaja
  2. Saiz A untuk wanita yang belum melahirkan anak secara normal. 
  3. Saiz B pula direka untuk wanita sedang turun darah nifas.

Kantung atau beg kecil untuk menyimpan menstrual cup turut tersedia bersama.

Menstrual cup Hivette
The Hive Hivette Menstrual Cup
The Hive Hivette Menstrual Cup
From
RM58.83
Check The Hive Hivette Menstrual Cup price below:
add_circle Boleh digunakan semula hingga 10 tahun
add_circle Tidak menyebabkan kebocor
add_circle Hypoallergenic
add_circle Sesuai untuk wanita aktif
remove_circle Harga sedikit mahal

Menstrual cup ini boleh jadi teman baik buat anda yang gemar melakukan aktiviti lasak walaupun sedang datang bulan kerana tak perlu risau tentang kebocoran.

Terdapat 2 saiz yang boleh anda pilih iaitu 25ml yang sesuai untuk beginner.

Manakala 35ml sesuai untuk wanita yang memiliki serviks yang lebih panjang dan sedang didatangi darah nifas.

Boleh dipakai sekitar 8 hingga 12 jam untuk satu-satu tempoh, bergantung pada aliran darah kotor.

Paling penting, tak sebabkan jangkitan kuman atau masalah kekeringan. Terdapat 2 pilihan warna iaitu hitam dan kuning. Pilih saja!

Bukan itu sahaja, produk yang diperbuat daripada silikon bergred perubatan ini turut direka dengan batang kecil bagi memudahkan untuk masuk dan keluarkan dari vagina. 

Menstrual cup untuk berenang
Blood Menstrual Cup
BLOOD - MENSTRUAL CUP 4.2CM
From
RM99.00
Check Blood Menstrual Cup price below:
add_circle Tiada bahan kimia
add_circle Mesra alam sekitar
add_circle Boleh pakai hingga 12 jam
add_circle Boleh pakai ketika melakukan aktiviti lasak
add_circle Diperbuat daripada 100% silikon bergred perubatan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Terdapat 1 saiz saja

Kami sarankan anda yang baru sahaja berjinak-jinak menggunakan menstrual cup sebagai ganti tuala wanita atau tampon untuk beli produk jenama Blood.

Ini kerana rekaan berbentuk V dan batang bulatnya akan memudahkan anda untuk pakai dan tanggalkan. 

Untuk setiap kali pemakaian, boleh menampung kapasiti 25ml darah kotor iaitu sekitar 4 kali tuala wanita. 

Cup yang berukuran 42mm x 58mm ini sesuai untuk wanita Asia dan golongan yang mempunyai aliran darah sederhana dan sedikit.  

Tambahan pula, sangat mudah dibersihkan kerana selepas basuh dengan air, hanya perlu masukkan ke dalam kantung silikon yang berisi air sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama 2 hingga 3 minit. 

Mampu bertahan hingga 10 tahun jika dijaga dengan baik.

Menstrual cup untuk wanita aktif
Cherry Menstrual Cup
Cherry Menstrual Cup
From
RM110.30
Check Cherry Menstrual Cup price below:
add_circle 3 pilihan saiz cup
add_circle Bebas BPA
add_circle Selesa & boleh pakai hingga 12 jam
add_circle Mudah ditanggalkan
remove_circle Harga mahal

Walaupun harga menstrual cup ini mahal tapi selepas ini anda tak perlu habiskan duit untuk beli tuala wanita lagi kerana produk ini boleh digunakan semula selepas dibasuh. 

Cup ini mampu menampung darah kotor 3 kali lebih banyak berbanding tuala wanita. Oleh itu, tiada lagi kebocoran dan bau busuk. 

Rekaan cup yang seperti loceng dengan 4 lubang akan membolehkan alat ini muat dengan baik dan selesa di dalam faraj wanita Asia.  

Selepas ini, anda bebas untuk buat sebarang aktiviti lasak tanpa risau bocor. 

Manakala bahagian rim yang elastik pula membantu cup yang diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi ini agar terbuka dengan mudah apabila dimasukkan ke dalam vagina. 

Menstrual cup murah
Playsur Menstrual Cup
Playsur Menstrual Cup
From
RM45.00
Check Playsur Menstrual Cup price below:
add_circle Kalis air
add_circle Selesa & tak sakit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Terdapat lubang udara
add_circle Mudah dibersihkan & ditanggalkan
add_circle Boleh dipakai semula selepas dibasuh
remove_circle Tidak sesuai untuk tampung darah nifas
remove_circle Saiz kecil

Menstrual cup jenama Playsur ini bagus untuk wanita atau anak dara yang ada bajet terhad kerana cup ini harga serendah RM50 sahaja. 

Jangan risau, selamat digunakan kerana diperbuat daripada silikon bergred perubatan yang tidak toksik dan bebas daripada pewarna, peluntur dan BPA. 

Bergantung kepada aliran darah kotor anda, cup dengan 3 pilihan warna iaitu merah jambu, ungu dan turquoise ini boleh dipakai hingga 12 jam. 

Menariknya lagi, tidak sebabkan masalah kekeringan dan pertumbuhan bakteria. 

Terdapat 2 pilihan saiz untuk semua iaitu saiz L untuk aliran darah banyak dan saiz S untuk aliran darah biasa. 

Menstrual cup untuk beginner
MINI ButterCup Menstrual Cup
MINI ButterCup Menstrual Cup
From
RM139.00
Check MINI ButterCup Menstrual Cup price below:
add_circle Boleh dijadikan sebagai pantiliner
add_circle 100% silikon bergred perubatan
add_circle Berdaftar dengan FDA
add_circle Tidak berbau
add_circle Hypoallergenic
remove_circle idak sesuai untuk wanita dewasa dengan aliran darah yang banyak
remove_circle Saiz kecil

Bagi remaja perempuan yang baru pertama kali mencuba pakai menstrual cup, boleh cuba produk keluaran ButterCup yang bersaiz mini ini.

Bentuknya direka dengan cincin pada bahagian bawahnya agar mudah untuk anda keluarkannya nanti. 

Sangat sesuai untuk gadis yang baru mula datang haid kerana mampu menampung gingga 15ml darah kotor. 

Apa yang lagi bagus, menstrual cup ini boleh juga digunakan untuk menggantikan pantiliner untuk mengumpul cecair keputihan. 

Anda juga akan kurang berisiko untuk mendapat jangkitan akibat pemakaian pantiliner atau tuala wanita yang terlalu lama ketika datang bulan.

Selain itu, cup ini turut selesa untuk dipakai hingga 12 jam. 

Menstrual cup tak bocor
The Tona Menstrual Cup
The Tona Menstrual Cup
From
RM62.99
Check The Tona Menstrual Cup price below:
add_circle Bebas BPA
add_circle Tekstur lembut
add_circle Tidak berbau
remove_circle Harga agak mahal

Menstrual cup jenama tempatan The Tona pula telah diperbuat daripada 100% silikon bergred perubatan.

Malah telah menjalani ujian dan diiktiraf oleh FDA US. Maknanya, memang selamat dipakai dalam faraj. 

Terdapat 3 saiz cup iaitu mini yang sesuai untuk remaja atau wanita yang baru nak mencuba memakainya.

Saiz biasa dengan kapasiti 28ml sesuai digunakan oleh wanita biasa.

Saiz besar yang boleh menampung kapasiti darah hingga 36ml pula sesuai untuk wanita yang aliran darahnya banyak ketika haid atau sedang didatangi darah nifas.. 

Usah risau tentang kebocoran pada waktu malam kerana cup ini mampu memberi perlindungan bebas kebocoran hingga 12 jam jika dipakai dengan betul dan kemas. 


Menstrual Cup Untuk Apa?

Menstrual cup ialah sejenis alat yang berbentuk cawan yang direka untuk dimasukkan ke dalam vagina ketika wanita datang haid. 

Fungsi menstrual cup adalah untuk mengumpul darah kotor bagi menggantikan tuala wanita dan tampon. 

Jangan risau, menstrual cup diperbuat daripada silikon dan getah, jadi bentuknya yang fleksibel bakal memudahkan anda untuk memakainya. 

Menstrual cup ini dikatakan jimat kerana boleh dibasuh dan dipakai semula, jadi tak perlu beli tuala wanita dengan kerap lagi. 

Apa pun, jom dengarkan penerangan ringkas lebih lanjut dari ahli farmasi, Hawa menerusi video dibawah.


Adakah Menstrual Cup Boleh Untuk Yang Belum Menikah?

Mungkin ada antara kaum wanita di luar sana yang tertanya-tanya sama ada wanita yang belum berkahwin boleh menggunakan menstrual cup untuk menggantikan tuala wanita. 

Jangan risau, jawapannya boleh. Wanita atau gadis yang masih dara boleh memakainya sejak dari pertama kali anda datang haid.  


Cara Pakai Menstrual Cup

Cara memakai menstrual cup boleh menjadi agak rumit untuk anda yang baru pertama kali mencubanya. Namun, ikuti sahaja cara ini. 

Mula-mula, anda perlu ketahui saiz menstrual cup yang sesuai dengan anda. 

Selalunya terdapat 2 saiz tersedia iaitu saiz kecil untuk gadis sunti dan saiz besar untuk wanita yang sedang didatangi darah nifas atau mengalami aliran darah haid yang banyak

Bila dah beli saiz yang terbaik untuk faraj dan mahu memakainya, pertama sekali, cuci tangan sebersih yang mungkin dan duduk di posisi yang paling anda selesa. 

Mungkin ada sesetengah wanita mencangkung, ada yang duduk di atas tandas dengan bukaan lutut atau mungkin ada yang angkat sebelah kaki untuk memasukkan menstrual cup ke dalam vagina. 

Kemudian, basahkan sedikit bahagian atas cup dan lipat atau picit menstrual cup supaya alat itu mudah masuk ke dalam faraj anda. 

Jika cup tersebut masuk dengan betul, anda tidak akan rasa apa-apa sama ada sakit atau ketidakselesaan. 

Jadi, jika ada rasa sakit walaupun dah pakai dengan kerap, itu bermakna pemakaian menstrual cup anda adalah salah.

Apa pun, baca dan ikut arahan yang tertera pada pembungkusan menstrual cup sebelum memakainya. 

Jom tonton video ringkas dari Dr. Tanaya cara memakai menstrual cup.


Artikel Berkaitan

End of Article