Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
hand sanitizer kanak-kanak

12 Hand Sanitizer Terbaik Untuk Baby Dan Kanak-Kanak 2024

Harap dengan usaha menyapu hand sanitizer pada kanak-kanak, boleh jauh dari HFMD.

Ramai ibu bapa yang risau dengan kes jangkitan Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta COVID-19 yang masih belum reda di negara kita.

Isu ini menjadikan ramai ibu bapa rasa gusar jika anak mereka dijangkiti HFMD atau COVID-19 sebab bukan senang nak jaga.

Sebab itu antara langkah pencegahan awal ibu bapa perlu bersedia dengan penyembur sanitizer atau hand sanitizer untuk kanak-kanak.

Cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer untuk anak ini merupakan satu alat pencegahan yang wajib ada kerana ia mudah dibawa dan boleh membersihkan bakteria dan virus dengan berkesan.

Jadi kami bantu anda senaraikan hand sanitizer untuk bayi dan kanak-kanak supaya mereka jauh dari penyakit HFMD dan juga COVID-19.

Paling penting, kami hanya menyenaraikan hand sanitizer yang bagus serta hand sanitizer yang diluluskan KKM.


    Penyunting

    Hamka Rosli chevron_right

    Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

    Senarai 12 Hand Sanitizer Untuk Kanak-Kanak

    Hand sanitizer terbaik untuk bayi dan kanak-kanak secara keseluruhan
    Astra Guard Natural Disinfectant 100ML
    ASTRA GUARD NATURAL DISINFECTANT 100ML
    From
    RM13.90
    Check Astra Guard Natural Disinfectant 100ML price below:
    add_circle Jenis semburan
    add_circle Bagus untuk kulit sensitif
    remove_circle Lambat kering

    Sebab menjadi pilihan utama: 

    Hand sanitizer untuk bayi jenama Astra Guard ini diperbuat daripada bahan gred makanan.

    Ciri-ciri:

    Cecairnya 100% selamat walaupun si comel anda menjilat, memasukkan barang ke dalam mulut atau terkena pada mata mereka.

    Selain itu, bebas alkohol dan pembasmi kuman semula jadi mampu membunuh 99.99% bakteria dan virus.

    Apa yang menarik, hand sanitizer ini menggunakan teknologi green mist dimana cecairnya diperbuat oleh ekstrak tumbuhan, nano zinc mineral semulajadi dan air.

    Cara menggunakannya amat mudah:

    1. Sembur Astra Guard pada permukaan sehingga basah.
    2. Biarkan semburan cecair selama 30 saat.
    3. Selamat digunakan tanpa perlu bilasan air.

    Jangan risau, hand sanitizer ini telah mendapat sijil SGS dan merupakan gred makanan yang diperakui.

    Review:

    “Senang dibawa, tanpa perlu bilas dan selamat untuk baby.” 

    Hand sanitizer spray
    Carrie BacBuster Hand Sanitiser 50ML
    Carrie BacBuster Hand Sanitiser 50ML
    From
    RM4.72
    Check Carrie BacBuster Hand Sanitiser 50ML price below:
    add_circle Harga murah
    add_circle Mudah dibawa kemana sahaja
    add_circle Mengandungi pelembut kulit
    remove_circle Mengandungi alkohol

    Carrie bacBuster antibacterial hand sanitizer spray ini diformulasi khas untuk kanak-kanak.

    Setiap semburan hand sanitizer ini mampu membunuh 99.99% bakteria dan kuman.

    Walaupun mempunyai 80% kandungan alkohol, tetapi kandungan tersebut telah mengikut saranan World Health Organisation (WHO).

    Selain itu, cecair pembasmi kuman ini diperbuat daripada wangian buah-buahan kegemaran kanak-kanak dengan ciri pelembap tambahan.

    Menariknya lagi, hand sanitizer ini tidak melekit dan mudah kering apabila digunakan.

    Jadi, ibu bapa dapat memberi perlindungan dan keselesaan untuk si kecil dari sebarang penyakit apabila berada diluar.

    Hand sanitizer untuk kulit sensitif
    CHOMEL Kids Hand Sanitizer 70% Alcohol (55ml)
    CHOMEL Kids Hand Sanitizer 70% Alcohol (55ml)
    From
    RM5.00
    Check CHOMEL Kids Hand Sanitizer 70% Alcohol (55ml) price below:
    add_circle Disahkan oleh Jakim
    add_circle Tidak melekit
    remove_circle Mengandungi alkohol

    Hand sanitizer untuk kanak kanak ini tidak mempunyai bahan kimia berbahaya.

    Hanya mempunyai 70% bahan alkohol gred tumbuhan yang diperbuat daripada tebu. 

    Selain itu, dengan glycerin semulajadi dan Vitamin E sekaligus dapat membantu melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

    Jangan risau, cecair ini diperakui oleh Hypoallergenic dan diuji secara dermatologi bagus untuk kulit sensitif  dan ekzema.

    Paling penting, hand sanitizer ini telah diiktiraf halal oleh pihak Jakim Malaysia.

    Hand sanitizer yang wangi
    OFFSPRING Child-Friendly Hand Sanitiser 50ML
    OFFSPRINGChild-Friendly Hand Sanitiser 50ML
    From
    RM27.55
    Check OFFSPRING Child-Friendly Hand Sanitiser 50ML price below:
    add_circle Tidak melekit
    add_circle Tidak merosakkan tekstur kulit
    remove_circle Harga mahal

    Dengan kandungan 60% bahan alkohol gred tumbuhan yang diperbuat daripada tebu ini mampu untuk menyingkirkan kuman dan bakteria.

    Malah mampu membunuh 99.99% bakteria dan kuman kerana mengandungi bahan Ethanol.

    Jangan risau, tidak mempunyai propylene glycol, pewangi tiruan parabens dan bahan kimia berbahaya yang lain.

    Teksturnya juga tidak melekit, mudah kering serta melembapkan kulit.

    Hand sanitizer ini diiktiraf daripada Australia.

    Hand sanitizer tanpa alkohol
    FIFFY Baby Hand & Surface Sanitizer (100ml)
    FIFFY Baby Hand & Surface Sanitizer (100ml)
    From
    RM7.90
    Check FIFFY Baby Hand & Surface Sanitizer (100ml) price below:
    add_circle Harga murah
    add_circle Bebas alkohol
    remove_circle Bentuk bekas tidak menarik

    Walaupun harganya murah tapi kegunaanya sangat menyeluruh kerana sesuai untuk semua orang terutama ibu hamil dan bayi.

    Ini kerana kandungannya mengandungi Natural Tea Tree Oil yang sememangnya terkenal untuk antibakteria.

    Jangan risau, hand sanitizer ini tidak mengandungi alkohol, paraben dan formaldehyde.

    Maksudnya, bahan digunakan selamat dan dapat melindungi si manja dari bakteria jahat dan kotoran.

    Hand sanitizer ini juga sudah diuji secara dermatologi jadi selamat untuk disapu pada kulit bayi.

    Malah, bukan saja sesuai untuk kulit tapi boleh digunakan pada teether atau peralatan mainan si kecil.

    Hand sanitizer untuk anak kecil
    Rowces Imbo Baby Hand Sanitizer (90ml)
    Rowces Imbo Baby Hand Sanitizer (90ml)
    From
    RM35.90
    Check Rowces Imbo Baby Hand Sanitizer (90ml) price below:
    add_circle Boleh dibawa kemana sahaja
    add_circle Bagus untuk kulit sensitif
    remove_circle Kulit menjadi kering

    Hand sanitizer jenama Rowces Imbo ini mengandungi air bersih, glycerin, 75% alcohol denat chlorhexidine guonate, benzalkonium chloride sebanyak 0.2%.

    Malah mengandungi 80% alkohol gred perubatan yang diimport dari jepun dimana mampu membunuh 99.99% bakteria jahat.

    Jangan risau, hand sanitizer ini sangat berkesan dan selamat digunakan khususnya untuk bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif.

    Cara penggunaannya amat mudah, hanya perlu sembur terus pada tangan tanpa perlu dibilas bersama air.

    Hand sanitizer 100ml
    K-MOM Zero-Dust Hand Sanitizer (Spray) 100ml
    K-MOM Zero-Dust Hand Sanitizer (Spray) 100ml
    From
    RM11.90
    Check K-MOM Zero-Dust Hand Sanitizer (Spray) 100ml price below:
    add_circle Penggunaan tanpa sabun dan air
    add_circle Jenis spray
    remove_circle Mengandungi alkohol

    K-Mom hand sanitizer ini mempunyai 83% ethanol yang diperbuat melalui kaedah penapaian dan pengekstrakan bijirin dan yis.

    Kandungan tersebut menjadikan hand sanitizer ini selamat digunakan untuk bayi tanpa perlu risau masalah iritasi pada kulit.

    Rekaan botol yang kecil menjadikan hand sanitizer ini mudah dibawa kemana sahaja.

    Paling penting, produk ini telah diiktiraf oleh Ministry of Food and Drug Safety di Korea.

    Hand sanitizer yang melembapkan
    Antabax Hand Sanitizer Spray 50ml / Gel 50ml
    ANTABAX INSTANT HAND SANITIZER GEL  SPRAY 50ML EXP062024-main-1 (1).jpg
    From
    RM3.99
    Check Antabax Hand Sanitizer Spray 50ml / Gel 50ml price below:
    add_circle Disahkan halal
    add_circle Mudah digunakan
    add_circle Tidak melekit
    add_circle Bau wangi
    remove_circle Cepat habis

    Formula hand sanitizer Antabax tidak perlu dibilas, tidak melekit dan cepat kering.

    Membunuh 99.9% kuman pada tangan serta-merta dan menghalang penyebaran kuman berbahaya.

    Boleh digunakan pada pelbagai permukaan seperti mangkuk tandas, tombol pintu, pemegang troli dan lain-lain.

    Mengandungi aloe vera, vitamin kulit dan micro moisture serum baharu untuk memastikan tangan anda lembut, licin dan terlindung serta meninggalkan haruman yang menyegarkan.

    Diuji secara dermatologi untuk menjadi lembut walaupun pada kulit yang paling sensitif.

    Pilih sahaja sama ada ingin hand sanitizer Antabax dalam bentuk gel atau spray.

    Hand sanitizer pocket
    Aiken Antibac Hand Sanitizer 50ml
    aiken hand sanitizer
    From
    RM5.45
    Check Aiken Antibac Hand Sanitizer 50ml price below:
    add_circle Membunuh 99.99% kuman
    add_circle Tidak melekit
    add_circle Membersih tanpa air
    add_circle Mudah dibawa ke mana sahaja
    remove_circle Cepat habis

    Hand sanitizer Aiken boleh membasmi 99.9% kuman dan memberikan perlindungan segera.

    Produk ini mudah digunakan kerana tidak perlu dibilas dengan air dan boleh membersih pada bila-bila masa.

    Dengan saiznya yang kecil, anda boleh meletakkan botol hand sanitizer ini dalam handbag.

    Tidak melekit dan cepat kering, hand sanitizer ini turut memberikan wangian yang menyenangkan.

    Hand sanitizer untuk kulit kering
    BIORE GUARD Hand Sanitizer Alcohol Mist Spray (150ml)
    biore guard hand sanitizer.jpg
    From
    RM25.90
    Check BIORE GUARD Hand Sanitizer Alcohol Mist Spray (150ml) price below:
    add_circle Cepat kering Mengandungi ceramide
    add_circle Tekstur ringan
    add_circle Tidak melekit
    add_circle Lembut pada kulit
    add_circle Tiada pewarna & wangian tambahan

    Hanya mengandungi 79% alkohol untuk mengurangkan pengumpulan bakteria dan membunuh sehingga 99.9% kuman dengan cepat.

    Dengan formula mist yang merebak dengan pantas, hand sanitizer Biore Guard boleh membersihkan kuman pada celah jari dengan berkesan tanpa rasa tidak selesa.

    Mengandungi Ceramide untuk mengekalkan kelembapan kulit dan tidak mengeringkan tangan walaupun kerap digunakan.

    Selepas hand sanitizer habis, botol penyembur sanitizer boleh digunakan semula dan diisi dengan hand sanitizer jenama lain.

    Gunakan bila-bila masa di mana-mana tempat untuk tangan yang bersih dan selamat.

    Hand sanitizer gel
    Dettol Hand Sanitizer With Holder original 50ML
    dettol_hand_sanitizer
    From
    RM10.90
    Check Dettol Hand Sanitizer With Holder original 50ML price below:
    add_circle Kecil
    add_circle Tidak melekit
    add_circle Diuji secara dermatologi

    Membunuh 99.9% kuman tanpa perlu bilas dengan air, hand sanitizer Dettol sesuai dibawa ke mana sahaja untuk perlindungan dari bakteria berbahaya.

    Disebabkan botolnya yang kecil, anda boleh menyimpannya dalam poket kereta, pejabat, beg, atau poket baju.

    Tersedia dengan pelbagai pemegang kartun yang menarik seperti unicorn dan minion.

    Jadi, boleh bagi satu botol hand sanitizer ini pada anak anda dan mereka pasti akan menyukainya.

    Ikut arahan pada label dan simpan di bawah 30°C untuk keselamatan penggunaan.

    Diuji secara dermatologi, selamat dan tidak melekit pada kulit.

    Lindungi diri anda sekeluarga dengan hand sanitizer Dettol.

    Hand sanitizer organic
    Dr. Bronner's Organic Hand Hygiene Spray 60ml Peppermint/ Lavender (Hand Sanitizer)
    dr_bronner's hand spray
    From
    RM60.00
    Check Dr. Bronner's Organic Hand Hygiene Spray 60ml Peppermint/ Lavender (Hand Sanitizer) price below:
    add_circle Tiada etanol atau bahan pemekat
    add_circle Tanpa bahan kimia
    add_circle Boleh menghilangkan bau
    add_circle Membasmi kuman
    remove_circle Harga sedikit mahal

    Hand sanitizer Dr. Bronner's membunuh 99.9% kuman dengan berkesan dan cepat tanpa bahan toksik seperti sanitizer biasa.

    Mengandungi 60% alkohol organik, air, minyak pati lavender/mint organik dan gliserin.

    Boleh disembur pada tangan kanak-kanak yang kotor dan muka melekit untuk membersihkan, kemudian lap bersih.

    Sesuai untuk dibawa dan digunakan bila-bila masa tanpa air dan sabun. 

    Sebagai contoh, dalam bilik mandi, bilik darjah, bas, kereta api, dan kapal terbang, serta tempat awam yang lain

    Bukan itu sahaja, anda dapat menyembur produk organik ini ke udara sebagai penyegar udara, pewangi atau deodoran.

    Walaupun harganya sedikit mahal berbanding hand sanitizer lain, tetapi hand sanitizer yang bagus dan serba guna untuk kegunaan seisi keluarga dengan wangian harum.

    Pilih sahaja variasi Lavender atau Peppermint mengikut cita rasa pengguna. 


    Adakah Hand Sanitizer Selamat Untuk Bayi Dan Kanak-kanak?

    Untuk fasa penularan penyakit berjangkit COVID-19 ini, pemakaian hand sanitizer adalah wajib.

    Begitu juga kanak-kanak tapi pada awalnya ramai yang beranggapan hand sanitizer tidak bagus untuk kanak-kanak.

    Tapi sebenarnya, mereka boleh dan selamat dipakai selagi hanya menggunakan jumlah yang sedikit dan sebenar saiz satu kacang.

    Bukan apa, kebanyakan kandungan hand sanitizer mempunyai alkohol yang tinggi dan boleh menyebabkan sakit jika mereka terjilat atau tertelan.

    Antara simptom anak anda tertelan cecair hand sanitizer, mereka akan mengalami muntah, sakit kepala, mual, sawan, buta, kerosakan kekal pada sistem saraf atau lebih teruk kematian.

    Bagaimanapun, jika terdapat singki atau paip sebaiknya gunakan air yang mengalir terlebih dahulu. 

    Hand sanitizer adalah pilihan kedua jika tiada tempat basuh.

    Jom lihat pnjelasan lebih terperinci melalui video di bawah.


    Bolehkah Saya Menggunakan Hand Sanitizer Dewasa Pada Anak Saya Dalam Kecemasan?

    Jawapannya, hand sanitizer dewasa boleh digunakan pada kanak-kanak.

    Gunakan jumlah yang secukupnya sahaja, dan basuh tangan dengan air dan sabun selepas itu.

    Elakkan penggunaan berlebihan kerana boleh menyebabkan kulit kering dan mengelupas.

    Lebih membimbangkan, keadaan di mana mereka secara tidak sengaja menyentuh makanan dengan tangan yang masih mempunyai gel hand sanitizer atau terminum hand sanitizer.

    Ini kerana hand sanitizer dewasa berisiko mengandungi kandungan etanol yang tinggi atau methanol yang boleh menyebabkan gejala keracunan, loya, muntah dan sukar bernafas. 

    Jauhkan botol hand sanitizer daripada kanak-kanak dan pantau kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menggunakannya.


    Bolehkah Saya Menggunakan Hand Sanitizer Pada Puting Bayi Atau Mainan Mereka?

    Tidak disyorkan menggunakan hand sanitizer pada putting bayi atau mainan mereka.

    Ini kerana kandungan alkohol yang tinggi di dalamnya boleh merengsakan kulit bayi yang sensitif. 

    Jika bayi menjilat tangan atau mainan yang baru disentuh hand sanitizer, ada risiko mereka menelan bahan kimia ini secara tidak sengaja.

    Kesannya, bayi anda boleh keracunan atau mengalami kesan sampingan lain yang lebih membahayakan.

    Cara terbaik membersihkan mainan atau putting bayi ialah gunakan air dan sabun biasa. Basuh sehingga bersih dan bilas dengan teliti. 

    Kemudian, biarkan kering secara semulajadi sebelum digunakan semula.


    Artikel Berkaitan

    End of Article