Kecantikan

13 Pewarna Rambut Halal di Malaysia 2026 - Sah Solat & Wuduk

Teringin nak warna rambut tapi takut tak sah solat? Ini kami senaraikan pewarna rambut halal dan sah solat terbaik. Ketahui jenama dan review disini!


Editor · Updated 13 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Pewarna Rambut Halal di Malaysia 2026 - Sah Solat & Wuduk

Jawapan ringkas: pewarna rambut halal dan sah solat paling disyorkan dalam senarai kami setakat 11 Ogos 2026 ialah Gumash Hair Color, jenama tempatan yang terkenal dengan status halal dan telus air. Kalau anda lebih suka pilihan berasaskan inai/henna semula jadi yang secara semula jadi telus air, HENNALINE Inai Rambut Halal atau Inai Rambut Instant Al Attas (label mesra wuduk) adalah pilihan paling selamat untuk solat. Sentiasa semak logo halal JAKIM pada bungkusan sebelum membeli, kerana tidak semua pewarna rambut arus perdana disahkan telus air.

Kandungan

Soalan Berkaitan

Apakah ciri-ciri pewarna rambut yang telus air?
Pewarna telus air tidak meninggalkan lapisan salutan tebal yang menghalang air sampai ke rambut semasa wuduk, biasanya menggunakan bahan semula jadi seperti inai, minyak argan atau minyak zaitun berbanding bahan kimia keras.

Apakah jenama pewarna rambut yang halal?
Dalam senarai ini, Gumash, HENNALINE dan Inai Rambut Instant Al Attas adalah antara jenama yang secara khusus dipasarkan sebagai halal dan mesra wuduk. Sentiasa semak logo JAKIM pada bungkusan untuk pengesahan rasmi.

Kenapa tak boleh dye rambut hitam?
Rambut hitam semula jadi mempunyai pigmen melanin yang tebal, jadi pewarna terang seperti blonde atau pastel biasanya perlu proses pelunturan (bleaching) dahulu sebelum warna baru dapat kelihatan jelas.

Adakah Garnier telus air?
Ini bergantung pada produk tertentu, bukan jenama secara keseluruhan. Pewarna kekal (permanent) seperti Garnier Color Naturals dalam senarai ini tidak dipasarkan khusus sebagai telus air, jadi kami cadangkan semak label produk atau pilih jenama yang disahkan telus air seperti Gumash atau pilihan inai jika ciri ini penting untuk anda.

Ramai kalangan wanita dan lelaki beragama Islam ingin mewarnakan rambut mereka bagi menutup pertumbuhan rambut beruban.

Malangnya, sesetengah daripada mereka tidak tahu mana satu pewarna rambut sah solat atau pewarna rambut halal dan sah solat yang telah disahkan oleh pihak Jakim.

Jika lihat pewarna rambut halal di Watson pun mungkin susah untuk jumpa pewarna rambut yang ada logo halal Jakim.

Jadi, kami senaraikan jenama dai rambut atau color rambut halal yang sah solat dan serap air supaya anda mudah membuat pilihan.

Jom lihat! Mana tahu berminat bila tengok harga dan boleh beli terus dari senarai kami ini.


Senarai 13 Pewarna Rambut Halal - Sah Solat & Wuduk

Garnier Color Naturals Cream Hair Color
Pewarna rambut halal tahan lama 1 daripada 13
Garnier Color Naturals Cream Hair Color
Garnier
Dari RM18.81
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tiada ammonia
Warna tahan sehingga 8 lapan minggu
Perlu tunggu 30 minit selepas dipakai
1 lagi
Telus air

Sebab menjadi pilihan utama:

Mengandungi tiga jenis minyak semula jadi iaitu minyak zaitun, minyak avocado dan minyak badam.

Ciri-ciri:

Kandungan bahan-bahan itu akan memberikan anda rambut yang berkilat dan lembut. 

Tambahan pula, pewarna rambut terbaik ini tidak mengandungi ammonia yang akan merosakkan rambut anda. 

Paling penting, telah disahkan halal dan telus air, jadi wanita muslimah boleh mewarnakan rambut dengan hair coloring ini dan dalam masa yang sama, wuduk solat tidak terjejas. 

Terdapat 11 jenis warna yang sesuai dengan warna kulit wanita di Malaysia.

Cara penggunaannya sangat mudah, boleh rujuk pada langkah yang telah disediakan pada label kotak.

Review:

"Pakai ni, rambut jadi lembut lepastu color pun cantik. Tak pekat sangat, tak pudar sangat. Just nice!"

Shurah Pewarna Rambut Pek Kompak
Pewarna rambut halal murah 2 daripada 13
Shurah Pewarna Rambut Pek Kompak
Dari RM22.69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak mengandungi amonia
Boleh melembutkan rambut
Tidak boleh digunakan pada bulu mata & kening
1 lagi
Pilihan warna menarik

Diformulasikan dengan ekstrak inai dan susu kambing yang bakal memberikan anda rambut yang lembap dan tidak kering.

Pewarna rambut dari Shurah yang hadir dalam botol 40ml ini akan tahan lama dan harganya pula murah.

Sangat sesuai dengan anda yang ada bajet yang terhad untuk inginkan rambut yang cantik. 

Mempunyai tiga pilihan warna menarik yang anda boleh pilih iaitu warna hitam asli, kayu manis dan perang asli.

Dengan ekstrak inai asli, produk ini boleh juga dipakai untuk anda yang memiliki rambut beruban. 

Malah, rambut anda akan dilindungi daripada sinaran UV. 

Uniknya lagi, turut mengandungi panthenol yang mampu memberikan anda rambut yang licin, tidak kusut dan kuat.

HENNALINE Inai Rambut Halal
Pewarna rambut mesra wuduk 3 daripada 13
HENNALINE Inai Rambut Halal
Dari RM19
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh mengurangkan kegatalan kulit kepala
Mengandungi minyak argan Morroco
Perlu disimpan dalam peti sejuk dulu sebelum digunakan pada rambut
2 lagi
Ada essential oil tropika (minyak pati)
Mengurangkan rambut gugur

Jika anda inginkan pewarna rambut yang mampu merawat masalah rambut anda yang kering dan kusut, produk jenama ini memang pilihan tepat. 

Mengandungi bahan-bahan yang halal yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti minyak amla dan minyak kelapa.

Bahan ini boleh membantu mengurangkan masalah kelemumur.

Selain itu, pewarna rambut ini dirumus dengan serbuk inai premium, menjadikan akar rambut lebih kuat.

Wanita muslimah juga tak perlu ragu-ragu dengan produk ini kerana halal dan boleh dibawa untuk solat.

Revlon ColorSilk Beautiful Color Hair
Pewarna rambut yang tidak merosakkan rambut 4 daripada 13
Revlon ColorSilk Beautiful Color Hair
Dari RM19.14
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada perlindungan UV
Mempunyai keratin
Perlu pakai losyen terlebih dahulu pada bahagian anak rambut (hairline)

Produk ini direka khas untuk mereka yang ingin memiliki rambut dengan warna semula jadi.

Kandungan bahan terdapat teknologi gel warna 3D daripada Revlon, jangan risau bahan tersebut telah disahkan halal.

Warna rambut anda juga tidak akan cepat pudar setelah menggunakan pewarna rambut ini. 

Dengan diformulasikan daripada protein sutera sekaligus dapat memperbaiki kerosakan pada helaian rambut anda. 

Selain itu, rambut akan menjadi lebih lembut kerana produk ini tidak mengandungi amonia yang boleh mengeringkan rambut.  

Terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik seperti coklat sederhana, hitam, auburn dan burgundy. Menarik bukan?

V’Asia Inai Perang + Herba
Pewarna rambut uban terbaik 5 daripada 13
V’Asia Inai Perang + Herba
Dari RM25.68
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengurangkan masalah rambut bercabang
Mengandungi khasiat buah noni (mengkudu)
Perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan dari terkena bulu mata & kening
1 lagi
Mudah digunakan

Rambut anda beruban sebelum masanya? Produk inai rambut ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini. 

Bukan sahaja dapat menutup rambut yang beruban tapi juga boleh melembapkan kulit kepala sekaligus mengurangkan rambut gugur. 

Diformulasikan bahan Panthenol atau Pro-vitamin B5 yang dapat menguatkan rambut.

Ekstrak zaitun pula menyebabkan rambut anda tumbuh dengan lebih baik. 

Cara untuk menggunakannya juga mudah, ikut saja arahan yang diberikan pada label kotak.

Henna Hair Paste
Pewarna rambut halal untuk kulit sensitif 6 daripada 13
Henna Hair Paste
Dari RM8
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh membaiki rambut bercabang
Produk mesra wuduk
Harus dibiarkan selama 3-6 jam selepas digunakan sebelum dibersihkan
1 lagi
Mengandungi khasiat minyak kelapa

Kalau kulit kepala sensitif dengan pewarna yang diperbuat daripada bahan kimia?

Kami syorkan guna Henna Hair Paste kerana produk ini menggunakan bahan semula jadi.

Lagipun produk ini turut memberikan rambut kelihatan bersinar dan membantu mengurangkan masalah kelemumur. 

Tidak mengandungi ammonia dan peroxide yang dapat menjadikan rambut lebih teruk jika rambut sensitif.

Disebabkan menggunakan bahan semula jadi, jadi bahan digunakan tidak menghalang air dari apa apa permukaan.

Erti kata lain, produk ini sah solat dan halal.

Cuma hanya terdapat dua pilihan warna iaitu original dan burgundy

Bagi mereka yang sedang menghadapi masalah rambut gugur, kulit kepala gatal dan beruban boleh dapatkan inai yang mengandungi air mawar dan minyak castor ini.

Inai Damia Serbuk Pure Henna
Pewarna rambut inai 7 daripada 13
Inai Damia Serbuk Pure Henna
Dari RM25
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat daripada daun inai asli
Boleh dibawa untuk solat
Warna hanya tahan 1-2 minggu
1 lagi
Kegunaan 2 dalam 1

Setiap bungkus mempunyai berat 100gram dan jenis inai serbuk.

Penggunaannya juga 2 dalam 1 di mana boleh digunakan pada rambut, anda juga boleh gunakan pada jari. 

Jadi, tak perlu beli inai berasingan untuk mencantikkan kuku ketika hari bahagia.

Disebabkan tidak mengandungi sebarang bahan pewarna yang tak elok untuk rambut dan kulit kepala, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) telah memberi kelulusan pada produk ini.

Setiap paket inai serbuk ini boleh digunakan pada rambut dua individu jika memilki rambut panjang.

Manakala cukup untuk tiga orang yang mempunyai rambut pendek. 

Gumash Hair Color
Pewarna rambut hitam terbaik 8 daripada 13
Gumash Hair Color
Dari RM9.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sah untuk wuduk & mandi wajib
Pilihan warna menarik
Harga agak mahal bagi sesetengah orang
1 lagi
Tiada ammonia & paraben

Produk jenama Gumash sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki rambut hitam kerana mempunyai pilihan warna moden seperti burgundy dan copper

Jangan risau, boleh menyerap air dan boleh dibawa untuk solat. 

Jika anda ingin memiliki rambut yang cantik, sihat walaupun diwarnakan, kami sarankan beli produk ini kerana bahan pewarna rambut halal ini dirumuskan dengan minyak argan dan mentega koko. 

Lagi menarik, dapat menutup uban sekaligus dapat berikan penampilan tampak lebih muda daripada usia sebenar. 

Liese Creamy Bubble Hair Colour
Pewarna rambut telus air 9 daripada 13
Liese Creamy Bubble Hair Colour
Dari RM39.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah digunakan
Pilihan warna menarik
Mengandungi amonia
2 lagi
Telus air
Pewarna sementara

Produk dari Jepun ini direka untuk memudahkan penggunanya membersihkan diri atau mengambil wuduk kerana bercirikan telus air. 

Kandungan bahannya mengandungi bahan khas iaitu acid lanolin untuk menjadikan rambut anda akan terasa lembut dan lembap selepas penggunaan.

Senang dipakai pada rambut kerana merupakan produk jenis buih berkrim yang akan menyerap dengan lebih baik pada rambut. 

Terdapat pelbagai pilihan warna menarik seperti violet, coklat gelap dan biru gelap.

Cuma, produk ini memberikan warna rambut yang sementara.

Garnier Men Shampoo Color
Pewarna rambut telus air untuk lelaki 10 daripada 13
Garnier Men Shampoo Color
Dari RM12.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada minyak argan
Warna tahan hingga 5 minggu
Pilihan warna terhad
1 lagi
Telus air

Kaum lelaki yang kurang gemar penggunaan produk yang complicated atau tak ramai suka warna inai rambut dan dai rambut lelaki tradisional, jadi mungkin boleh cuba produk Garnier Men ini.

Produk ini berfungsi untuk menutup uban kerana pewarna rambut boleh dipakai seperti syampu.

Hanya mengambil masa selama lima minit untuk memakainya. Jadi, tak perlu tunggu lama-lama untuk lihat hasil yang bagus. 

Bahan yang terkandung juga tiada amonia, jadi anda akan terhindar daripada masalah rambut kering.

Tambah pula, pewarna rambut ini dirumus khas dengan ekstrak kopi yang akan memberikan warna rambut yang cantik dan kelihatan semula jadi. 

INDUS VALLEY Organic Gel Hair Color
Pewarna rambut tanpa perlu bleach 11 daripada 13
INDUS VALLEY Organic Gel Hair Color
Dari RM88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak merosakkan rambut
Ada sijil halal dari India
Harga mahal
2 lagi
Tiada ammonia
Ada inai

Pewarna rambut jenama Indus Valley ini mendapat kelulusan KKM, jadi ia selamat untuk digunakan pada rambut anda tanpa masalah. 

Hadir dengan enam pilihan warna iaitu hitam, burgundy, mahogani, coklat cerah, coklat sederhana dan coklat gelap, ia diperbuat daripada bahan organik seperti mata air dari Himalaya, minyak bunga matahari dan minyak jojoba yang bakal melembapkan kulit kepala si pemakainya. 

Selain itu, baunya juga harum kerana mempunyai aloevera dan kulit buah oren. 

Ia membantu mengurangkan juga masalah rambut bercabang dan kelemumur. Mereka yang menghadapi masalah rambut rosak boleh menggunakan produk ini.  

Pewarna rambut dengan bahan semula jadi ini turut mampu melindungi rambut anda daripada sinaran UV dan sebelum menggunakan produk ini, jangan lupa baca dan ikuti arahan yang telah disediakan.

L’oreal Majirel Professional Hair Colour Cream
Pewarna rambut yang mudah digunakan 12 daripada 13
L’oreal Majirel Professional Hair Colour Cream
L’oreal
Dari RM23
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah digunakan
Pelbagai pilihan warna
Isipadu kecil

Kalau anda mahukan warna rambut yang lebih berkilau bersama warna yang lebih berseri-seri, boleh cuba L’oreal Professional Hair Color Cream ini.

Ia diformulasikan dengan bahan terbaik untuk menghasilkan sebuah produk dye rambut yang halal dan juga mesra wuduk.

Selain itu, pewarna rambut ini akan berikan penjagaan tambahan kepada rambut anda dan memberikan tona warna yang sekata dan cantik pada rambut.

Ia boleh bertahan sehingga 2-3 minggu walaupun selepas anda shampoo rambut anda, jadi rambut kekal kelihatan menawan dalam tempoh tersebut.

Anda boleh pilih dari pelbagai pilihan warna, dan paling penting ia mudah digunakan di rumah.

Inai Rambut Instant Al Attas
Pewarna rambut inai untuk lelaki 13 daripada 13
Inai Rambut Instant Al Attas (Mesra Wuduk)
Al Attas
Dari RM22.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kandungan semula jadi
Halal dan lulus KKM
Warna terhad
3 lagi
Tahan lama
Tidak menyebabkan gatal
Proses merwarna makan masa

Inai Rambut Instant Al Attas merupakan penyelesaian mudah untuk menutup rambut beruban dan menjaga kesihatan rambut, sangat sesuai untuk lelaki.

Produk ini telah berdaftar dengan KKM dan selamat digunakan.

Dengan kandungan semula jadi seperti minyak argan, minyak zaitun, aloe vera, dan ginseng liar, inai ini bukan sahaja mewarnakan rambut tetapi juga menyuburkan dan melembutkan rambut.

Formula 3-in-1 yang praktikal menggabungkan syampu, kondisioner, dan pewarna rambut dalam satu produk.

Hasil warna yang diperolehi semula jadi dan tahan lama sehingga rambut putih tumbuh semula.

Yang paling penting, inai ini tidak menyebabkan gatal atau bau yang menyengat.


Apa Hukum Mewarnakan Rambut Dalam Islam? 

Mungkin masih ramai lagi yang keliru tentang hukum mewarnakan rambut sebagai umat Islam dan apa warna rambut yang dibenarkan dalam Islam.

Menurut portal Jabatan Mufti, mewarnakan rambut tidak berdosa dalam Islam dan hukumnya sunat jika mewarnakan rambut yang beruban dengan mana-mana warna selain warna hitam. 

Selain itu, hukumnya pula harus jika anda mewarnakan rambut dengan warna hitam jika mahu berjihad. 

Wanita yang berhias untuk suami dengan cara mewarnakan rambut hitam juga hukumnya harus. 

Namun, harus diingat hukumnya adalah makruh jika anda sengaja mewarnakan rambut dengan warna putih dengan tujuan untuk mendapat kedudukan dalam dalam masyarakat ataupun sengaja mahu menampakkan ketuaan.

Jika anda mewarnakan rambut dengan inai pula, hukumnya adalah sunat.

Cuma, perlu pastikan pewarna rambut yang anda gunakan itu halal dan tidak mengandungi bahan yang terlarang dan menyebabkan wuduk dan solat anda tak sah. 

Jika terdapat 2 larangan seperti diatas, maka pemakaian mewarnakan rambut hukumnya adalah haram.

Jadi berhati-hati dan pastikan bahan itu halal, juga pewarna rambut jenis telus air dan tiada bahan terlarang.

Anda boleh dengarkan penjelasan ringkas tentang hukum mewarnakan rambut daripada Ustaz Azhar Idrus.


Bagaimana Cara Pilih Jenis Pewarna Rambut?

Sebelum anda memilih jenis pewarna rambut, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan anda memilih pewarna rambut yang sesuai.

Bukan main pilih je, jom lihat beberapa faktor yang harus dipertimbangkan.

1. Warna kulit 

Perhatikan warna kulit anda. Ini kerana warna kulit sangat mempengaruhi warna rambut yang sesuai untuk anda.

Jika kulit anda cerah, maka warna rambut yang sesuai adalah warna yang lebih terang dan cerah.

Tapi jika kulit anda gelap, warna rambut yang lebih gelap dan lebih semula jadi adalah warna yang paling sesuai.

2. Jenis dan keadaan rambut

Jika rambut anda kering atau rosak, pilih pewarna rambut yang mengandungi bahan pelembap dan vitamin untuk membantu melembapkan rambut.

Manakala jika rambut berminyak, sebaiknya pilih pewarna rambut yang lebih ringan atau mengandungi bahan yang boleh menyerap minyak dalam rambut anda.

3. Temui pendandan rambut

Rujuk pakar atau pendandan rambut untuk membantu anda memilih pewarna rambut yang sesuai untuk rambut anda.

Mereka boleh membantu anda memilih warna yang betul dan mengesyorkan jenama pewarna rambut terbaik untuk rambut dan jenis kulit anda.

4.  Pilih pewarna rambut yang selamat

Pastikan pewarna rambut yang anda pilih tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan terutamanya jika anda mempunyai kulit rambut sensitif.

Sebelum anda mewarnakan rambut, sebaiknya lakukan ujian kulit untuk memastikan tiada tindak balas alahan.

Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan sebarang kerengsaan kulit atau tindak balas yang tidak diingini.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Pewarna Rambut?

Mungkin sesetengah individu suka guna pewarna rambut untuk kelihatan lebih bergaya dan berani.

Tapi, berhati-hatilah untuk tidak menggunakan pewarna rambut terlalu banyak atau mewarnakan rambut anda dengan cara yang salah.

Bukan apa, nanti rambut rosak pula. Jadi, sebelum membeli apa kata anda semak terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan setiap jenis pewarna rambut.

Jenis pewarna         Semula jadi         Semi-permanent          Permanent
Kelebihan
  • Kesan sampingan rendah
  • Tidak merosakkan rambut
  • Mudah digunakan
  • Tidak merosakkan rambut
  • Tahan lama
  • Pelbagai warna yang boleh dipilih
Kekurangan
  • Hanya memberikan hasil yang sederhana dan tidak berkekalan
  • Warna pudar dengan cepat
  • Tidak sesuai untuk yang menginginkan warna rambut yang tahan lama
  • Risiko kerosakan rambut dan kulit kepala
  • Lebih sukar untuk digunakan
  • Memerlukan penjagaan yang lebih kerap

Ciri-Ciri Pewarna Rambut Telus Air

Mesti anda yang ingin mewarnakan atau dye rambut tertanya bagaimana ingin mengetahui pewarna itu telus air atau tidak?

Sebenarnya banyak faktor dan yang paling utama adalah anda wajib perhatikan bahan yang digunakan. 

Benda wajib yang anda perlu tahu adalah:

  • Pewarna halal tersebut mesti bebas alkohol.
  • Tidak mengandungi amonia yang membuka cuticle rambut memberi ruang pada pewarna tersebut menyerap lebih kedalam rambut.
  • Bahan perlulah dari bahan natural dan organic yang diluluskan di sisi agama Islam.
  • (Paraphenylenediamine/p-phenylenediamine) / PTD (paratoluediamine/p-toluediamine) / TD (toluene-2,5-diamine) tidak dibenarkan kerana ianya berfungsi mengekalkan warna pada rambut secara tindak balas bahan kimia.
  • Sodium Hydroxide pula merubah pH normal rambut serta mengubah struktur asal rambut anda.

Jadi pastikan bahan yang dinyatakan ini tidak ada dalam produk pewarna yang ingin dibeli.

Ingat, periksa bahan terlebih dahulu ye! Selamat mencuba! 


Artikel Berkaitan 

Soalan lazim

Apakah ciri-ciri pewarna rambut yang telus air?

Pewarna telus air bermaksud lapisan warna tidak menghalang air sampai ke batang rambut, jadi wuduk dan mandi wajib tetap sah. Jenama yang mendakwa telus air biasanya berasaskan inai atau formula tanpa lapisan penutup. Cara paling mudah mengesahkan adalah mencari pensijilan halal JAKIM pada kotak, bukan sekadar tulisan "halal" pada iklan.

Apakah jenama pewarna rambut yang halal?

Di Malaysia, jenama tempatan seperti Gumash dan pewarna berasaskan inai adalah yang paling kerap disebut sebagai halal dan telus air. Beberapa jenama antarabangsa juga mempunyai varian halal, tetapi tidak semua produk dalam julat yang sama disahkan, jadi semak nombor sijil pada kotak dan bukan pada nama jenama.

Kenapa tak boleh dye rambut hitam?

Larangan yang sering disebut merujuk kepada mewarnakan rambut menjadi hitam pekat untuk menyembunyikan uban, berdasarkan pandangan sebahagian ulama. Ini soal agama dan bukan soal produk, jadi rujuk kepada pihak berautoriti agama. Dari segi produk, warna hitam tiada bezanya dari segi keselamatan berbanding warna lain.

Adakah Garnier telus air?

Tidak semua produk Garnier telus air. Garnier mempunyai julat pewarna berasaskan krim yang meninggalkan lapisan pada rambut. Kalau telus air adalah syarat korang, cari produk yang menyatakannya secara khusus pada kotak berserta sijil, bukan andaikan berdasarkan jenama.

Lagi daripada ProductNation