Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tukar Gaya Rambut Ikut Trend Terkini Dengan 10 Gel Rambut Ini

Serlahkan diri yang maskulin dan macho!

Menjadi lelaki tidak bermakna anda boleh mengetepikan untuk merapi diri dan berterampilan menarik serta kemas. Terutamanya rambut, ianya memainkan peranan yang penting kerana gayanya boleh mengubah rupa diri kita. Misalnya, rambut yang tidak kemas dan messy akan menyebabkan anda nampak seperti tidak bergaya dan tidak pandai mengurus diri, manakala rambut yang kemas dan teratur dapat memberi hasil lebih professional dan bergaya.

Apakah perbezaan antara pomade, wax dan gel rambut?

Pomade merupakan produk yang diperbuat daripada minyak dengan kandungan lemak dan zat seperti wax. Hasilnya, kesan rambut lebih licin, bersinar, kering dan tahan lama. Wax pula dihasilkan daripada bahan lilin yang sesuai digunakan untuk rambut. Ianya ambil masa beberapa jam untuk betul-betul kering dan tidak beri kesan kilat dengan serta-merta. 

Gel selalunya dihasilkan dengan bahan berasaskan air. Ianya tidak akan beri kesan kilat pada rambut dan rambut anda akan tampak lebih natural dengan penggayaan yang pelbagai. Jadi, gunakan gel rambut dapat membantu untuk merapi rambut agar kelihatan kemas dan lebih teratur. Ayuh lihat senarai gel rambut terbaik untuk rambut anda;

10 Jenis Gel Rambut Lelaki yang Bagus di Malaysia

Gel rambut yang tidak berminyak dengan harga murah
Revive
mulai
RM4.30
Semak Revive Strong Hold Hair Gel (150ml) harga dibawah:

Produk ini mempunyai gel yang bertekstur anjal, bersinar dan mempunyai kelembapan tahan lama pada rambut. Ianya juga memudahkan anda mengurus gaya rambut yang anda suka agar bertahan lebih lama. Gel ini mengandungi d-Panthenol (Provitamin B5) yang membantu mengurangkan hujung rambut bercabang dan mencegah kekeringan rambut. 

Diformulasi dengan perlindungan UV untuk melindungi rambut dari sinaran matahari, sangat sesuai untuk rambut pendek dan sederhana.

Gel rambut bebas alkohol, dijamin selamat untuk rambut
Gatsby
mulai
RM4.65
Semak Gatsby Styling Gel Alcohol-Free harga dibawah:

Produk ini merupakan gel yang bebas daripada alcohol, tidak akan menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Ianya mudah untuk digunakan dan sangat sesuai untuk penggayaan harian. Gel rambut ini boleh mengikut gaya yang bersesuaian dengan bentuk dan jenis rambut agar berketerampilan menarik.

Gel rambut bertekstur lembut untuk rambut dan tidak kaku
mulai
RM6.80
Semak Ubermen Aqua Wet Look Gel (150ml) harga dibawah:

Gel rambut ini mempunyai tekstur gel yang lembut dan licin, ia mudah digunakan di rambut dan tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk mengaplikannya di rambut. Ianya akan memberi penggayaan rambut jenis basah dan akan membuatkan rambut berada dalam keadaan lembap secara berkekalan. Sesuai digunakan untuk penggayaan harian samada ke kuliah atau tempat kerja.

Gel rambut yang keras untuk kekalkan styling sepanjang hari
mulai
RM4.80
Semak Ubermen Hair Gel Extreme Hold (150ml) harga dibawah:

Gel rambut ni sesuai digunakan untuk penggayaan rambut tahan lama dan statik, ia akan memberi kesan keras yang berpanjangan pada rambut. Sekiranya, cuaca boleh menyebabkan gaya rambut terganggu tetapi gel ini akan menyebabkan gaya rambut ‘stay’

Ia akan memastikan rambut tahan lasak dan tahan lama dalam apa-apa jenis keadaan. Sangat sesuai untuk digunakan bagi penggayaan harian.

Gel rambut untuk rambut nipis – elak daripada kelemumur
mulai
RM9.75
Semak Brylcreem Anti-Dandruff Firm Hold Gel Tube (150ml) harga dibawah:

Gel rambut ini mempunyai tekstur yang likat dan berfungsi untuk mengelakkan terjadinya kelemumur pada rambut serta sesuai digunakan untuk lelaki yang berambut nipis. Hal ini kerana rambut nipis mudah alami masalah kulit kepala ‘flakey’

Produk daripada Brylcreem ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang alami masalah rambut nipis dan kulit kepala berminyak. Gel rambut ini juga sangat sesuai untuk penggunaan harian kerana ia mampu mengekalkan gaya bentuk rambut.

Gel rambut terbaik dari drugstore untuk rambut tebal
mulai
RM10.22
Semak Badlab Slick Rick Hair Gel (150ml) harga dibawah:

Gel rambut ini sangat sesuai digunakan untuk merapi rambut yang tebal kerana ianya mempunyai bau wangi yang sesuai dengan gaya lelaki. Ia akan memberi kesan rupa yang kemas dan rapi untuk gaya harian. 

Sangat sesuai digunakan untuk mereka yang berambut tebal kerana ia mampu untuk menyaluti semua bahagian helaian rambut dan menjadikannya mudah untuk digayakan.

Gel rambut dengan kandungan Aloe Vera – kesan semulajadi pada rambut
mulai
RM13.99
Semak Vatika H2o Men Styling Hair Gel 24 Hour Hold - Wet Look (150ml) harga dibawah:

Gel rambut ini merupakan gel yang menggunakan bahan organik seperti Aloe Vera dan esktrak herba. Ia mampu membuatkan rambut anda kelihatan basah seperti baru sahaja  mandi dengan kesan ‘Wet Look’. Kandungan ekstrak herba berkhasiat tersebut berfungsi untuk menguatkan dan melindungi rambut anda semasa menggayakan. Sesuai untuk lelaki yang menginginkan rambut basah yang tahan lama.

Terbaik untuk kegunaan rambut panjang agar kekal terurus
mulai
RM14.50
Semak Vatika Steel Effect Men Styling Hair Gel Soap 24 Hour Hold (150ml) harga dibawah:

Produk gel rambut ini dilengkapi berfungsi bagi penggayaan natural yang mampu untuk membolehkan anda membuat apa sahaja gaya rambut anda ingini. Tidak meninggalkan sebarang residu pada rambut atau membuatnya menjadi ‘flakey’, gel rambut ini diperkaya dengan ekstrak herba yang kuat. 

Diperkaya juga dengan ekstrak pokok kaktus, ianya tidak mengandungi sebarang alkohol dan sesuai untuk semua jenis rambut.

Gel rambut yang mudah untuk diaplikasi pada rambut
L'oreal Paris
mulai
RM13.32
Semak L'oreal Paris StudioLine Pure Wet Gel (150ml) harga dibawah:

Produk ini merupakan gel yang tidak kaku dan ia akan memberi kesan penggayaan yang basah atau dikenali sebagai ‘Wet Look’. Produk ini sangat mudah untuk diaplikasi dan digunakan pada rambut terutama semasa penggayaan rambut. Sesuai untuk mereka yang inginkan rupa yang professional dan bergaya.

Sesuai untuk menggayakan dan uruskan rambut kerinting
L'oreal Paris
mulai
RM13.95
Semak L'oreal Paris Studio Line FX Invisi' Hair Gel – Normal (150ml) harga dibawah:

Gel rambut ini mempunyai tekstur yang akan cair dan meresap ke dalam rambut. Ia sangat sesuai untuk memberi rambut kerinting kesan yang lebih lurus. Dengan kesan penggayaan yang natural, gel rambut ini sangat selesa untuk digunakan dan ianya tidak akan merosakkan rambut.

Diperkaya dengan mineral magnesium dan kalsium yang dapat membuatkan rambut anda bertahan sehingga 24 jam.

End of Article