Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Featured image

9 Servis Gunting Rambut Untuk Wanita Hijab

Bertudung bukan satu alasan mengabaikan kecantikan rambut.

Rambut merupakan makhota bagi wanita dan tidak terkecuali bagi golongan wanita yang berhijab juga. Walaupun kain menutupi kepala tapi penjagaan rambut tetap diutamakan.

Lagipun, bertudung bukan satu alasan mengabaikan kecantikan rambut. Malangnya, kebanyakan kedai gunting rambut yang ada dwi jantina. 

Sukar untuk mencari kedai gunting rambut muslimah. Jadi kami bantu anda selesaikan masalah ini dengan menyenaraikan 10 kedai gunting rambut untuk wanita hijab.


10 Senarai Kedai Gunting Rambut Muslimah


A-Saloon
asaloon
mulai
RM0.00
Semak A-Saloon harga dibawah:

A-Saloon telah diiktiraf sebagai National Largest Chains of Salons dan semenjak 2009 mereka mempunyai lebih 20 buah cawangan.

Setiap cawangan memberikan perkhidmatan dan servis yang sama. Paling penting untuk wanita muslim disediakan kawasan dan juga penata gaya khas. Bagitahu saja pihak A-Saloon.

Selain daripada rawatan makhota kepala, mereka juga turut memberikan akademi pendidikan rambut jika ada yang ingin memulakan kerjaya dalam dunia pendandanan rambut.

Sijil professional akan dierikan pada setiap pelajar mereka yang berjaya habiskan pembelajaran bersama A-Saloon.

Harga yang ditawarkan diantara RM48 sehingga RM900 bergantung pada rawatan yang diambil. Boleh hubungi mereka di talian 0323035255 untuk maklumat lebih lanjut atau melakukan temu janji.

Safyra Salon
Safyra Salon
mulai
RM0.00
Semak Safyra Salon harga dibawah:

Waktu operasi: Isnin - Sabtu (10pagi - 7malam) & Ahad (10pagi - 5petang)
Alamat:
35G, Jalan Bidara 9/3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh

Berita baik bagi mereka yang berada di Saujana Utama atau Taman Sri Gombak kerana Safyra Salon menawarkan servis gunting rambut khas untuk wanita saja.

Memang tiada lelaki dibenarkan untuk masuk ke dalam premis mereka tidak kira untuk tujuan menemani apatah lagi menggunakan apa apa jenis servis dari mereka.

Walaupun kedai mereka terletak di tingkat atas tapi, jangan risau mudah untuk akses ke atas kerana mempunyai ruang untuk mereka yang berkerusi roda, wanita tua dan kanak-kanak untuk ke pintu utama salon.

Menarik lagi, Mac lalu Safyra Salon memperkenalkan produk baru mereka, Loreal Majifashion untuk servis mewarnakan rambut. Jangan risau produk ini mesra wudhuk kerana bersifat telus air.

Bagi yang berminat boleh buat temu janji melalui panggilan 01110620906.

Nur Jannah Spa
Nur Jannah Spa
mulai
RM0.00
Semak Nur Jannah Spa harga dibawah:

Waktu operasi: Setiap hari (9pagi - 7malam)
Alamat:
41-1, Jalan Bidara 9/3, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh

Dulu dikenali Anew Skin Spa & Beauty tapi kini nama mereka sudah diperbaharui, Nur Jannah Spa kerana servis dan perkhidmatan mereka lebih spesifik untuk wanita muslimah. 

Apa yang menarik, perkhidmatan yang ada di sini bukan saja berikan servis gunting rambut malah rawatan dan urutan juga. 

Antara jenis rawatan muka diberikan adalah pembuangan kutil, laser tahi lalat, mengurangkan masalah jerawat dan banyak lagi. 

Manakala untuk urutan pula, mereka menyediakan bertungku, bertangas untuk melancarkan darah, memecahkan lemak dan banyak lagi kebaikan.

Nur Jannah Spa terletak di Saujana Utama. Jadi bagi yang duduk jauh dan ingin datang ke sini, kami sarankan membuat rawatan rambut, sekali rawatan muka dan urutan.

Apa tunggu lagi, hubungi Nur Jannah Spa untuk membuat temu janji, 0193042349.

Mary Am Salon
Mary Am Salon
mulai
RM0.00
Semak Mary Am Salon harga dibawah:

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (10pagi - 7malam)
Alamat:
5-GF Block A Jln JU/6J, Pusat Bandar Subang, Sek U6, Pekan Subang, 40150 Shah Alam

Servis di Mary Am Salon sedikit kelainan daripada salon yang lain kerana mereka menawarkan perkhidmatan kepada lelaki juga.

Cuma, bagi wanita muslimah, mereka boleh membuat permintaan untuk melakukan rawatan rambut dalam bilik tertutup berasingan dengan lelaki.

Jangan risau, Mary Am Salon mempunyai penata rambut perempuan yang boleh mengendalikan rawatan rambut wanita muslimah.

Harga rawatan pula, sekitar RM35 sehingga RM250 bergantung pada jenis rawatan rambut dan elakkan datang hari isnin kerana salon tidak beroperasi.

Terletak di Shah Alam Seksyen U6. Jika ingin lakukan rawatan disini, pastikan buat temu janji terlebih dahulu di 0176915877 atau 0378323913.

Az Salon Muslimah
Az Salon Muslimah
mulai
RM0.00
Semak Az Salon Muslimah harga dibawah:

Waktu operasi: Isnin - Khamis (10.30pagi - 7malam), Jumaat - Sabtu (10.30pagi - 6petang)
Alamat:
E-1-1A, Jalan os 1/1, One Selayang, 68100 Batu Caves

Butik kecantikan, Az Salon Muslimah terletak di One Selayang. Bagi wanita muslimah yang berada berdekatan Selayang dan ingin membuat rawatan rambut, waze saja AZ salon muslimah.

Apa yang menarik di sini, mereka memberi servis rawatan rambut yang pelbagai dan murah. Untuk rawatan rambut gugur dan servis potong rambut, mereka berikan harga RM100.

Malah, jika anda rajin mengikuti perkembangan Az Salon Muslimah di media sosial, kemungkinan besar anda boleh dapat tawaran harga yang menarik.

Ingin diingatkan, setiap pakej yang sudah dibuat tidak boleh ditukar ataupun diubah kecuali terdapat penambahan dalam pakej yang ditetapkan.

Jika berminat, boleh buat temu janji terlebih dahulu di nombor 0168614154. Sekiranya walk-in anda tidak akan dilayan.

Miss Muslimah
Miss Muslimah
mulai
RM0.00
Semak Miss Muslimah harga dibawah:
Waktu operasi: Isnin tutup, Selasa - Ahad (10pagi - 6petang)
Alamat: 
Lorong Pulai, Kg Cempedak, Kuang Rawang
 
Miss Muslimah Hair Salon berikan servis haircut, Wash & Blow, Treatment Mask, Rebonding dan Gumash Hair Colour untuk semua para wanita.

Jangan risau, disini menggunakan produk warna rambut mesra wudhuk, jadi wanita berhijab yang ingin melihat helaian rambut diwarnakan, boleh datang ke sini.

Harga pun mampu milik tapi, sebelum ingin ke sini anda perlu lakukan temu janji terlebih dahulu di talian 0129766993. 

El Rahah
El Rahah
mulai
RM0.00
Semak El Rahah harga dibawah:

Waktu operasi: Selasa - Ahad (10pago - 7petang)
Alamat:
55-1 Jalan 8/35 , Seksyen 8, Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi & 9G Jalan Kajang Perdana 3/1,
Taman Kajang Perdana

Jika anda pergi ke salun rmabut El Rahah, mintalah apa saja jenis style rambut, penata gaya mereka akan berikan yang terbaik supaya wanita berhijab mampu memiliki rambut yang cantik.

Melihat pada harga, bergantung pada jenis rawatan. Sekiranya anda ingin membuat rawatan skalp rambut, harga di antara RM199 sehingga RM380. 

Manakala harga untuk servis potong rambut pula bergantung pada pemilihan pakej dan servis kanak-kanak perempuan, harga mengikut peringkat umur.

Banyak lagi sebenarnya servis yang ada, anda boleh layari website mereka sendiri dengan klik di sini untuk membuat temu janji dan juga melihat harga serta tempoh rawatan.

Salun rambut El Rahah mempunyai dua cawangan; Kajang dan Bangi. Kedua-dua cawangan ini perlu buat temu janji terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan rambut.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mereka pada dua talian berbeza, 0389261016 (Bangi) atau 0387419016 (Kajang).

Karva
Karva
mulai
RM0.00
Semak Karva harga dibawah:

Waktu operasi: Setiap hari 11pagi - 8malam
Alamat: 
G Village, Lot F-11, No. 35 Jalan Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Tahu tak pemilik salun gunting rambut Karva ini merupakan seorang selebriti terkenal yang famous dengan tagline, “kita enjoy!”,  Nora Danish! 

Tak peliklah kalau kita tengok rambut Nora sentiasa on point! Jadi kalau anda ingin memiliki rambut seperti Nora, bolehlah datang ke salun miliknya.

Di sini, bukan saja servis salun rambut tapi Karva turut menyediakan perkhidmatan kuku dan kecantikan dengan menggunakan produk dan peralatan dari Paris, Jerman dan Itali.

Menariknya lagi, Karva menyediakan Pamper Party untuk para wanita yang ingin berkahwin, me time bersama kawan, baby shower, birthday party dan banyak lagi. Pilih saja!

Jangan risau, harga diletakkan mampu milik dalam lingkungan RM35 sehingga RM800 bergantung pada rawatan dan pakej yang anda ambil.

Untuk sebarang temu janji atau pertanyaan servis, boleh terus hubungi 03 9201 7526‬ atau WhatsApp 0127979734.

Scissors Magic
Scissors Magic
mulai
RM0.00
Semak Scissors Magic harga dibawah:

Waktu operasi: Isnin - Ahad (10.30pagi - 8.30malam) , Khamis cuti.
Alamat: 
No. 17-B, 1st Floor, Jln Uranus AG U5/AG, Seksyen U5, Shah Alam.

Berbeza dengan perkhidmatan salun rambut yang lain kerana Scissors Magic Hair & Beauty Spa berikan servis dan perkhidmatan kecantikan diri yang menyeluruh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Apa yang uniknya tentang salun ini, mereka menggunakan ramuan herba tradisi melayu yang mampu mengembalikan kesegaran dan kecantikan aura wanita.

Disini anda akan mendapat servis dengan menikmati suasana spa berkonsepkan melayu tradisional, bauan segar aromaterapi, alunan muzik dan bunyi air yang menenangkan.

Antara servis yang diberikan selain rawatan rambut adalah rawatan wajah, rendaman kaki, mandian bunga, rawatan lulur, sauna rempah, rawatan pengantin dan banyak lagi.

Jika anda berminat untuk dapatkan servis daripada mereka, boleh terus temu janji di 0173275191.


Artikel Berkaitan

End of Article