Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rambut Yang Bertutup Berbau Peluh? Elak Dengan 10 Syampu Untuk Wanita Bertudung

Tiada lagi masalah rambut bau masam!

Bagi wanita bertudung, pasti kerisauan utama kita ialah tentang masalah rambut yang dihadapi kerana sering bertudung lebih daripada 8 jam sehari. Dengan keadaan cuaca di Malaysia ini yang panas dan lembap sepanjang tahun, penjagaan rambut terutamanya kulit kepala haruslah diutamakan

Bagaimanakah cara untuk menjaga rambut bagi mereka yang bertudung?

Cara untuk menjaga rambut wanita bertudung sebenarnya mudah sahaja. Langkah pertama, kenali jenis rambut anda. Kedua, pilih produk syampu dan pelembap yang sesuai dengan jenis rambut. Ketiga, pilih produk penjagaan rambut yang ekstra seperti serum, tonik, dan vitamin untuk melindungi rambut anda dengan lebih lagi.

Tips yang selebihnya ialah elakkan memakai tudung ketika rambut basah, tidak perlu membasuh rambut setiap hari bagi menghalang keguguran rambut dan elakkan mengikat rambut dengan ketat kerana ianya akan menyebabkan keguguran rambut yang extreme. Ayuh lihat senarai syampu untuk hijabista; 

10 Syampu untuk Hijabista

Syampu sesuai untuk rambut berminyak – elak rambut lebih berbau
Safi
Semak Safi Shayla Oily Scalp Control Shampoo (320g) harga dibawah:

Menggunakan kebaikan arang buluh, syampu ini akan menyedut segala kotoran dan minyak serta mendetoks kulit kepala supaya tidak berpeluh dengan banyak. Habbatus  Sauda dan Citrus pula akan memastikan rambut di bahagian dalam akan kekal segar serta berbau harum sehingga 24 jam.

Syampu ini juga akan menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala dan rambut juga tidak kelihatan ‘sticky’ akibat berminyak.

Syampu untuk kelemumur khas buat wanita berhijab
Sunsilk
sunsilk kelemumur hijab recharge
Semak Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo (320ml) harga dibawah:
add_circle Haruman bertahan sehingga 48 jam
add_circle Buatkan rambut tidak mudah putus / gugur

Anda pasti sudah mengetahui tentang wujudnya syampu untuk wanita berhijab daripadda Sunsilk ini bukan? Direka khas buat masalah rambut wanita berhijab, syampu ini menawarkan pembaikan bagi masalah rambut kelemumur anda. 

Dengan menggunakan teknologi Fragrance Release Pearl, syampu ini diperkaya dengan ekstrak buah fig dan akar ginseng yang mengeluarkan bauan segar sepanjang hari. Rambut anda akan kekal segar dan wangi ketika berhijab tak kira cuaca!

Syampu untuk kulit kepala berbau dan wangian tahan lama
Herbal Essences
Semak Herbal Essences White Strawberry & Sweet Mint Shampoo (400ml) harga dibawah:

Ingin syampu yang segar dan tahan lama? Gunakan syampu ini yang berfungsing untuk detoks peluh yang menempel di kulit kepala. Dinobatkan yang pertama di dalam senarai syampu paling wangi dan tahan lama di website womenshealthmag, syampu Herbal Essences ini menjanjikan haruman buah strawberi dan kesegaran pudina sepanjang masa. 

Dengan teknologi Bio-Renew yang membersih kulit kepala dengan mendalam, syampu ini juga amat sesuai untuk wanita berhijab yang mempunyai masalah kulit kepala berbau.

Syampu sesuai untuk rambut kering dari drugstore
Pantene Pro-V
Semak Pantene Micellar Moist Shampoo Detox & Mosturize (300ml) harga dibawah:

Syampu ini amat sesuai jika anda mempunyai rambut yang kering namun kulit kepala yang cepat berminyak dan kegatalan. Salah satu penyebab kulit kepala anda mudah berminyak dan gatal adalah kerana memakai hijab seharian. 

Syampu istimewa ini diperkaya dengan micellar water yang akan detoksifikasi kulit kepala anda sementara ekstrak bunga Waterlily akan melembapkan setiap helaian rambut anda. Cubalah sekarang!

Syampu sesuai untuk rambut berbuah – lindungi rambut lebih sempurna
Schwarzkopf
Semak Schwarzkopf Extra Care Purify & Protect Shampoo (400ml) harga dibawah:

Rambut berbuah sebenarnya terjadi apabila rambut yang basah dikumpulkan dan diikat. Hasilnya, segala lembapan dan minyak terkumpul lalu membentuk bijian kecil yang menyerupai telur kutu. Syampu dari Swarzkopf ini sebenarya direka untuk melindungi rambut dari minyak dan pencemaran udara dari luar. 

Tambahan buat yang berhijab, syampu seperti inilah yang sesuai untuk anda kerana selalu menutupi rambut menyebabkan kulit kepala anda tidak dapat bernafas dengan baik. Gunakan syampu ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Syampu melebatkan rambut, sesuai untuk rambut nipis dan leper
Petal Fresh
Semak Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo (355ml) harga dibawah:

Dengan rumusan biotin complex dan kafein, bahan terkenal dalam membantu melebatkan rambut, syampu ini dapat memulihkan kembali rambut anda. Bukan itu sahaja, syampu ini diperkuatkan lagi dengan protein shake Vitamin B untuk meningkatkan jumlah protein supaya mempercepatkan kadar penumbuhan rambut

Rambut akan kelihatan tebal dan menawan setelah menggunakan syampu ini selepas beberapa kali.

Syampu untuk rambut gugur dengan haruman segar buahan
My Home Lab
Semak My Home Lab Shampoo Santan (250ml) harga dibawah:

Produk lokal ini diperbuat daripada santan dan minyak kelapa asli, pati Oren dan pati Rosemary. Jika anda mempunyai rambut yang alami masalah keguguran dan sering bertudung ketika cuaca panas dan lembap, syampu ini sesuai untuk anda. Ianya mampu untuk menyuburkan kulit kepala, mengawal minyak, merawat kelemumur, menguatkan rambut, menyegarkan dan melegakan stress di kulit kepala anda. 

Diperbuat daripada Vitamin E dan Pro Vitamin B5, syampu ini akan memastikan rambut anda kekal segar dan tidak berbau walaupun berhijab sepanjang hari.

Syampu organik sesuai untuk hijabi dengan haruman lavender
Moist Diane
Semak Moist Diane Botanical Organic Lavender Shampoo (480ml) harga dibawah:

Syampu ini diperbuat daripada bahan organik bunga lavender, minyak Moroccan Argan dan Shea Butter untuk membersih rambut dan kulit kepala secara mendalam tanpa menghilangkan minyak semulajadi pada rambut. Sifat Shea Butter yang mempunyai kuasa penyembuhan dan anti-radang, menjadikan syampu ini sesuai untuk kulit kepala sensitif. 

Juga melegakan ketegangan saraf di rambut kerana kerap diikat atau disanggul, aroma syampu ini akan meningkatkan kualiti tidur anda.

Syampu muslim 3-dalam-1 yang halal dan terbaik
Aura Hijab
Semak Aura Hijab Shampoo (200ml) harga dibawah:

Jika anda telah mencuba banyak syampu dan produk penjagaan rambut yang lain dan masih belum minima kerosakannya, cubalah syampu ini. Diperkaya dengan Habatus Sauda, buah keras, daun bidara dan minyak zaitun, ianya terbaik untuk anda yang memakai hijab.

AuraHijab akan menghapus masalah rambut gugur, menipis, kusam, kelemumur, gatal-gatal di kulit kepala dan menghilangkan bau masam yang terjadi akibat memakai tudung terlalu lama.

Syampu hebat untuk rambut rosak – jenama popular dikalangan hairstylist
Olaplex
Semak Olaplex No. 4 Bond Maintenance Shampoo (250ml) harga dibawah:

Jika anda inginkan rambut yang sihat, tidak rosak, bermaya dan bervolume, inilah penyelesaiannya. Olaplex telah digunakan oleh kebanyakan hairdresser di serata dunia dan telah menjadi produk holy grail mereka. Syampu ini membaiki kutikel rambut anda yang lemah kerana faktor-faktor seperti mewarnakan rambut, menggunakan alat pengering rambut berhaba tinggi dan juga tidak menggunakan produk penjagaan rambut ekstra.

Sesuai untuk rambut yang frizzy dan kering yang ekstreme, syampu ini memberi lembapan dan rambut mudah diurus. Rambut anda akan berkilau dan tidak akan mudah putus, gugur, dan kusut.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article