Bagi memudahkan anda memilih iPad mana yang paling sesuai untuk anda, kami senaraikan model iPad terkini dan harga iPad yang berbaloi untuk anda miliki.
Bagi yang tidak tahu, iPad dan tablet merupakan alat peranti teknologi yang berbeza.
Keistimewaan dan jenis tablet ini sangat membantu anda memudahkan kerja harian.
Untuk pengetahuan anda, iPad merupakan tablet dari jenama Apple yang menggunakan sistem iOS manakala tablet menggunakan sistem Android, Windows, atau OS tertentu.
Kini, ada banyak pilihan iPad yang anda boleh pilih, dari iPad besar hingga ke iPad mini.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 6 iPad Terbaik dan Berbaloi

- Cipset: Apple M3
- OS: iPadOS 18.3.2 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 11" Liquid Retina IPS LCD, 500 nits
- Kamera: 12MP belakang, 12MP depan Ultra Wide
- Berat: 460g
- Ports: USB-C 3.1 Gen2, DisplayPort, magnetic connector
Sebab menjadi pilihan utama:
iPad Air (M3) 7th Gen jadi pilihan utama kerana gabungan prestasi mantap, paparan cantik, dan harga berbaloi.
Cip M3 membolehkan multitugas dan gaming lancar, manakala skrin Liquid Retina 11 inci memberi warna terang dan jelas.
Dengan spesifikasi hebat pada harga mampu milik, inilah iPad all-in-one terbaik.
Ciri-ciri:
Dilengkapi cip Apple M3 yang sangat pantas, skrin Liquid Retina 11 inci yang cantik, kamera 12MP depan dan belakang, sambungan Wi-Fi 6E dan 5G, serta storan hingga 1TB.
Sama ada untuk belajar, bekerja, bermain, atau berkarya, iPad ini mampu memenuhi semua keperluan dengan lancar.
Tambahan pula, sokongan Apple Pencil Pro dan Magic Keyboard menjadikannya lebih fleksibel untuk pelbagai jenis pengguna.
Walaupun ia merupakan model yang lebih kurang sama dengan iPad Air terdahulu, iaitu iPad Air generasi ke-6, dengan kehadiran cipset M3 ini ia menjadikan pembelian iPad Air 7th Gen lebih berbaloi dan relevan.
Dengan harga yang lebih mampu milik berbanding model Pro, ia adalah pilihan iPad yang sukar ditolak untuk sesiapa yang mahu prestasi terbaik tanpa berbelanja lebih.
Review:
"Dah guna iPad Air M3 ni dan memang puas hati! Ringan, sangat laju untuk multitask, dan skrin dia cantik gila. Apple Pencil Pro pun rasa smooth je bila lukis. Panggilan video clear, bateri tahan lama, dan connection Wi-Fi dia memang padu. Berbaloi gila dengan harga dia!"

- Cipset: Apple M2, octa-core (4x3.49 GHz performance, 4 efficiency)
- OS: iPadOS 16.1 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
- RAM: 8GB atau 16GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB, 1TB, 2TB
- Paparan: 12.9" Liquid Retina XDR mini-LED, 120Hz, HDR10, Dolby Vision
- Kamera: 12MP + 10MP belakang, 12MP depan, TOF LiDAR
- Berat: 682g (Wi-Fi), 685g (5G)
- Ports: USB-C 4 (Thunderbolt 3), DisplayPort, magnetic connector
iPad Pro generasi ke-6 ini dilengkapi dengan chipset dari Apple iaitu M2 yang dikatakan merupakan antara chipset terbaik dari Apple.
Mampu memberi kelajuan terhadap CPU sebanyak 18 peratus, lebih 38 peratus kuasa terhadap GPU dan menambah kelajuan terhadap Neural Engine sebanyak 40 peratus.
Memang boleh dikategorikan sebuah iPad dengan prestasi yang mengagumkan.
Saiz paparan skrin pada iPad ini adalah sebesar 11 inci, dengan dilengkapi Liquid Retina IPS LCD.Â
Untuk yang gemar melakukan kerja design atau editing pada tablet, iPad Pro 6th Gen ini antara yang terbaik dari segi kejelasan paparan.Â
Apa yang menarik, iPad Pro ini menawarkan saiz storan dalaman sehingga 2T.Â
Untuk anda yang mahukan iPad untuk digunakan bagi tujuan kerja, anda boleh cadangkan boss anda untuk hadiahkan iPad ini kepada anda.
Kami cadangkan je!

- Cipset: Apple M4, hingga 10-core CPU
- OS: iPadOS 17.5.1 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
- RAM: 8GB atau 16GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB, 2TB
- Paparan: 13" Ultra Retina OLED, 120Hz
- Kamera: 12MP belakang, 12MP depan Ultra Wide
- Berat: 579g (Wi-Fi), 582g (5G)
- Ports: USB-C 4 (Thunderbolt), magnetic connector
iPad Pro (M4) 7th Gen boleh dianggap sebagai iPad gaming terbaik yang ada di pasaran sekarang.
Dengan cip Apple M4 dan GPU 10 teras, ditambah teknologi AI yang mampu meningkatkan prestasi pemproses, ia boleh menjalankan game triple-A dengan lancar dan dengan grafik memukau.
Skrin Ultra Retina XDR OLED 120Hz memastikan gerakan dalam permainan kelihatan lancar dan responsif, manakala bateri tahan lama membolehkan sesi gaming tanpa gangguan.
Sementara itu, sambungan Wi-Fi 6E dan 5G memastikan anda kekal online tanpa lag.
Dengan audio stereo 4 pembesar suara, pengalaman gaming jadi lebih imersif.
Senang cerita, ini merupakan iPad yang bukan sahaja untuk kerja dan kreativiti, tetapi juga untuk gamer serius yang mahukan prestasi maksimum di hujung jari.

- Cipset: Apple A16 Bionic (4 nm)
- OS: iPadOS 18.3.2 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
- RAM: 6GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB
- Paparan: 11" Liquid Retina IPS LCD, 500 nits
- Kamera: 12MP belakang (wide), 12MP depan (ultrawide)
- Berat: 477g (Wi-Fi) / 481g (LTE)
- Ports: USB Type-C 2.0, DisplayPort, magnetic connector
iPad 11th Gen (A16) sesuai digelar iPad terbaik untuk pelajar yang terkini kerana ia menawarkan gabungan prestasi, paparan cantik, dan sambungan moden pada harga yang lebih mampu milik berbanding model iPad yang lain.
iPad mini pun lebih mahal dari iPad base model ni!
Dengan cip A16 yang pantas, ia sesuai untuk gaming ringan, suntingan gambar, belajar, dan hiburan.
Paparan Liquid Retina 11 inci memberikan anda pengalaman visual yang menyeronokkan, manakala kamera Center Stage memastikan panggilan video sentiasa fokus.
Selain itu, ada juga sokongan Apple Pencil dan Magic Keyboard yang menambah nilai untuk pelajar atau profesional dalam bidang kreatif.
Jika anda cari iPad yang berbaloi, praktikal, sesuai untuk pelajar dan moden tanpa berbelanja lebih, ini adalah pilihan yang sukar ditolak.

- Cipset: Apple M2
- OS: iPadOS 17.4 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 11" Liquid Retina IPS LCD, 500 nits
- Kamera: 12MP belakang, 12MP depan Ultra Wide
- Berat: 462g
- Ports: USB-C 3.1 Gen2, DisplayPort, magnetic connector
iPad Air (M2) 6th Gen ialah pilihan yang sangat sesuai sebagai iPad untuk kerja-kerja design, terutama dengan sokongan Apple Pencil Pro dan cip Apple M2 yang berkuasa.
Paparan Liquid Retina 11 inci dengan warna P3 wide colour dan tahap kecerahan tinggi menjadikan setiap lukisan kelihatan lebih hidup dan tepat.
iPadOS juga membantu melancarkan kerja kreatif dengan ciri seperti multitugas, Stage Manager, dan sokongan aplikasi seni popular.
Dengan storan hingga 1TB, anda boleh menyimpan ribuan lakaran dan projek tanpa risau kehabisan ruang simpanan.
Secara ringkas, ini adalah iPad yang ideal untuk pelukis digital, pereka grafik, dan anda yang gemar berkarya di mana-mana.

- Cipset: Apple A17 Pro (3 nm)
- OS: iPadOS 18 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB
- Paparan: 8.3" Liquid Retina IPS LCD, 500 nits
- Kamera: 12MP belakang, 12MP depan Ultra Wide
- Berat: 293g (Wi-Fi), 297g (Wi-Fi + Cellular)
- Ports: USB Type-C 3.1 Gen2, DisplayPort
iPad mini generasi ke-7 ini boleh dianggap sebagai iPad mini terbaik untuk pelajar kerana saiznya yang kompak, ringan hanya 293g, tetapi berkuasa tinggi dengan cip A17 Pro.
Ia mudah dibawa ke kelas atau kafe, sesuai untuk mencatat nota dengan Apple Pencil Pro, membaca e-buku, atau membuat tugasan.
Skrin Liquid Retina 8.3 inci dengan warna P3 wide colour menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, manakala sambungan Wi-Fi 6E dan 5G memastikan pelajar kekal berhubung di mana saja.
Tambahan lagi, kamera Center Stage memang sesuai untuk kelas online, dan storan hingga 512GB memadai untuk anda menyimpan segala dokumen sepanjang tempoh belajar.
Walapun saiz bateri sekadar 5078 mAh, ia masih memadai untuk penggunaan yang tidak terlalu berat sepanjang hari.
iPad mini generasi ke-7 ini adalah pakej lengkap untuk belajar yang mahukan sebuah iPad mini yang boleh dipercayai.
Nak Beli Laptop atau iPad untuk Pelajar?
Kalau fokus pada tugasan yang hanya memerlukan anda menaip, buat slide, dan guna software spesifik (seperti Microsoft Excel versi penuh), laptop lebih sesuai.
Tapi kalau banyak guna untuk nota digital, baca PDF, buat lakaran, atau suka guna Apple Pencil, iPad (terutamanya iPad Air atau iPad Pro) adalah pilihan terbaik.
iPad juga lebih ringan dan mudah dibawa ke kelas. Pilih ikut cara belajar dan bajet anda.
Beza iPad dan Tablet
-
iPad guna sistem iPadOS; tablet Android guna pelbagai sistem (contoh One UI, MIUI).
-
iPad hanya dibuat oleh Apple; tablet pula dari pelbagai jenama (Samsung, Huawei, Lenovo).
-
App Store iPad lebih stabil, banyak aplikasi dioptimumkan; Play Store tablet kadang-kadang kurang dioptimumkan.
-
iPad sokong aksesori rasmi seperti Apple Pencil, Magic Keyboard; tablet sokong stylus & keyboard jenama sendiri.
-
iPad dapat kemas kini software lebih lama & panjang; tablet Android kadang-kadang berhenti update lebih awal.
-
Harga iPad biasanya lebih premium; tablet pula ada pilihan bajet hingga flagship.
Bagaimana nak Pilih iPad Terbaik?
Fikir dulu bajet, apa yang anda nak buat seperti untuk belajar, kerja, gaming, atau melukis.
Selain itui, pilih juga saiz skrin yang selesa.
Kalau nak ringan dan mudah bawa, pilih iPad mini. Tapi kalau untuk kerja kreatif, pilih iPad Pro atau iPad Air.
iPad Manakah yang Tahan Paling Lama?
iPad Pro (M4) paling tahan lama sebab cip paling baru (logically), sokongan perisian lebih panjang, dan kualiti binaan premium.
Ia boleh bertahan hingga 5–6 tahun dengan mengekalkan prestasi yang mantap.
Berapa GB yang Diperlukan untuk iPad?
128GB dah memadai kalau untuk belajar, browsing, atau kerja ringan.
Kalau suka simpan gambar, video, atau buat kerja editing, lebih baik ambil 256GB atau 512GB supaya storan simpanan tak cepat penuh.
Bilakah Masa yang Terbaik untuk Beli iPad Dengan Harga Murah?
Masa terbaik biasanya waktu jualan besar seperti 11.11, Black Friday, atau jualan hujung tahun dan awal tahun.
Selain itu, selepas Apple melancarkan model baru, model lama pun biasanya turun harga.
Jadi anda boleh perhatikan timing ini untuk beli iPad pada harga diskaun.
Model iPad yang Mana yang Paling Popular?
iPad Air sangat popular sebab ia ada keseimbangan antara prestasi, rekaan nipis, dan harga berpatutan.
Ramai pelajar dan profesional pilih model ini sebab ia fleksibel untuk pelbagai kegunaan.