Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
laptop murah bawah 1000

10 Laptop Murah Bawah RM1000 Terbaik 2025

Kini laptop korang boleh bantu selesaikan kerja dengan lebih mudah.

Jom lihat senarai jenama laptop bawah RM1000 dan laptop paling bagus yang sesuai untuk korang dari jenama yang dipercayai seperti Acer, Asus dan Lenovo.

Kemajuan teknologi kini membolehkan kita bekerja di mana sahaja asalkan ada peralatan yang sesuai seperti komputer atau laptop yang bagus atau laptop terkini.

Terdapat banyak jenis laptop yang berkualiti di pasaran dan korang jangan pening pasal bajet kerana ada juga laptop baru yang dijual murah.

Sebelum korang beli laptop, korang perlu tahu keperluan spesifikasi atau spec brand laptop terbaik dan terkini kerana kalau korang nak gunakannya hanya untuk belajar, korang perlu cari laptop sesuai untuk student.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 10 Laptop Murah Bawah RM1000 Terbaik

Laptop murah bawah RM1,000 terbaik secara keseluruhan
BYONE Laptop Fingerprint Unlock Intel Celeron J4115
BYONE Laptop Fingerprint Unlock Intel Celeron J4115
From
RM739.90
Check BYONE Laptop Fingerprint Unlock Intel Celeron J4115 price below:
add_circle Paparan skrin 15.6 inci
add_circle Menyokong pengenalan cap jari
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tidak sesuai untuk kerja berat
  • OS: Windows 10 Pro
  • Grafik: HD Graphics 500
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SSD
  • Skrin: 15.6 inch
  • Processor: Intel Celeron J4115 (Quad core)

Sebab menjadi pilihan utama:

Laptop yang sangat nipis ini, model Intel® Celeron® J4115, mempunyai skrin 15.6 inci dengan resolusi 1920x1080 yang jelas.

Walaupun bukan dari jenama yang terkenal, ia masih dilengkapi dengan Intel® HD Graphics 500 dengan kelajuan 2.5GHz, penyimpanan 256GB SSD dan RAM 8GB. 

Ciri-ciri:

Boleh dikatakan korang akan dapat sebuah paparan skrin yang berkualiti dan jelas, serta akan kurang mengalami lagging dengan RAM yang besar.

Tambahan lagi, laptop ini memiliki pengesanan cap jari, speaker stereo terbina, modul Bluetooth BT4.2, port headphone 3.5mm, 2 port USB dan paparan video HDMI.

Memang sesuai untuk korang yang mahu menggunakan laptop yang memiliki kesemua kemudahan asas bagi memudahkan tugasan harian.

Jangan risau, korang juga boleh bekerja selama 4 hingga 6 jam tanpa perlu menyambungkannya kepada charger kerana laptop ini dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh yang tahan lama.

Paling best ciri keselematan laptop ini menggunakan cap jari, memang terasa canggih dan seperti menggunakan laptop pada harga yang lebih tinggi.

Review:

"Berbaloi dengan harga, sesuai untuk buat kerja office yang ringan-ringan atau kerja sekolah anak. Tapi cepat panas."

Laptop kecil refurbished murah
ASUS Chromebook C100P
Asus
ASUS Chromebook C100P
From
RM395.00
Check ASUS Chromebook C100P price below:
add_circle Kecil dan ringan
add_circle Paparan IPS 10.1 inci
add_circle Sistem operasi Chrome OS mudah digunakan
remove_circle Prestasi terhad untuk aplikasi berat
  • OS: Chrome OS
  • Grafik: Intel HD Graphics
  • RAM: 4GB LPDDR3
  • Storan: 16GB eMMC / 32GB eMMC
  • Skrin: 10.1 inci HD, 1280 x 800, IPS
  • CPU: Intel Celeron

ASUS Chromebook C100P adalah pilihan laptop kecil refurbished yang sangat sesuai untuk mereka yang mencari peranti kompak dengan prestasi yang cukup baik untuk kegunaan harian.

Dikuasakan dengan pemproses Intel Celeron dan 4GB RAM LPDDR3, Chromebook ini mampu menjalankan tugas-tugas asas seperti melayari web, menulis dokumen dan mengakses aplikasi Google dengan lancar.

Paparan 10.1 inci HD dengan teknologi IPS memberikan visual yang terang dan jelas, menjadikannya ideal untuk aktiviti santai atau kerja ringan.

Penyimpanan 16GB atau 32GB eMMC cukup untuk menyimpan fail penting, sementara port USB Type-C dan USB Type-A memudahkan sambungan ke peranti lain.

Sistem operasi Chrome OS memberikan pengalaman pengguna yang intuitif dan mudah.

Dengan badan aluminium yang ringan dan tahan lasak, Chromebook ini mudah dibawa ke mana sahaja.

Walaupun merupakan peranti refurbished, ia telah diperbaharui dan diuji untuk memastikan fungsinya berada pada tahap terbaik.

Ditambah pula dengan jaminan 3 bulan, ini menjadikannya pilihan yang baik kalau korang mencari laptop kecil refurbished yang berpatutan dan boleh dipercayai.

Laptop untuk autocad murah
NEC INTEL CORE i5 4th
NEC INTEL CORE i5 4th
From
RM679.00
Check NEC INTEL CORE i5 4th price below:
add_circle Pemprosesan intel core i5
add_circle Pelbagai saiz storan dalaman
add_circle Paparan skrin 15.6 inci
remove_circle Tiada touchscreen
remove_circle Tidak ada backlight pada keyboard
  • OS: Windows 10 Pro
  • Grafik: Intel HD3000 Graphic
  • RAM: up to 16GB
  • Storage: up to 512GB SSD
  • Skrin: 15.6 inch
  • Processor: Intel® Core™ i5

NEC INTEL CORE i5 menawarkan kombinasi terbaik antara prestasi tinggi, kecekapan, dan daya tahan menjadikannya pilihan terbaik untuk para profesional.

Dengan harga yang berpatutan, laptop ini memenuhi keperluan pengguna yang mencari laptop murah yang boleh menjalankan AutoCAD untuk kerja. 

Laptop terbaik ini dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i5 yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas multitask dengan lancar. 

Memori sehingga 16GB RAM pula memberikannya prestasi yang responsif. 

Sementara itu, storan SSD sehingga 512GB memberikan ruang penyimpanan yang besar.

Dengan gabungan kedua-dua specs ini korang boleh mengakses data-data dalam laptop dengan pantas.

Selain itu, laptop ini turut dilengkapi dengan paparan skrin 15.6 inci Full HD yang menghasilkan visual yang tajam dan jelas. 

Grafik Intel HD3000 Graphic pula boleh memberikan prestasi grafik yang baik untuk tugasan menggunakan AutoCAD.

Laptop murah dengan prosesor terbaik
Lenovo Thinkpad L540 INTEL CORE i5
Lenovo
Lenovo Thinkpad L540 INTEL CORE i5
From
RM550.00
Check Lenovo Thinkpad L540 INTEL CORE i5 price below:
add_circle Saiz skrin besar (15 inci)
add_circle Saiz RAM yang besar
add_circle Pemproses berkualiti
remove_circle Kurang sesuai untuk gaming
  • OS: Windows 10 Pro
  • Grafik: Intel HD Graphics 4600 (GPU 2GB)
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SSD
  • Skrin: 15.5 inch
  • Processor: Intel Core i5-4200U 2.50ghz

Lenovo Thinkpad L540 adalah pilihan yang baik untuk korang yang mencari laptop Lenovo murah untuk buat kerja pejabat yang tidak rumit.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-4200U 2.50GHz, ia menawarkan prestasi yang memadai untuk pelbagai tugas dan menjalankan aplikasi dengan lancar.

Selain itu, RAM 8GB dan storan SSD 256GB memastikan masa memuat yang pantas dan ruang yang mencukupi untuk fail serta program penting.

Dengan skrin 15.6-inci, digabungkan dengan Intel HD Graphics 4600, ia memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan, terutamanya dengan resolusi HD Ready 720p.

Tambahan lagi, dilengkapi dengan Windows 10 Pro yang sudah dipasang, jadi korang boleh terus gunakan laptop ini tanpa masalah perisian.

Pembelian laptop ini disertakan juga dengan jaminan pembekal selama 3 bulan untuk isu perkakasan (tidak termasuk kerosakan fizikal).

Laptop murah dan berkualiti
Asus Intel(R) 2GB 250GB Laptop
asus_intel
From
RM320.00
Check Asus Intel(R) 2GB 250GB Laptop price below:
add_circle Ada WiFi dan webcam
add_circle Pemproses Intel Celeron
remove_circle Size RAM kecil
  • OS: Window 7 Pro
  • Grafik: Intel HD Graphics
  • RAM: 2GB
  • Storage: HDD: 250GB / SSD 256GB
  • Skrin: 10 inci
  • Processor: Intel(R) N455

Dapatkan laptop Asus ini dalam warna hitam yang elegan dengan skrin 10 inci yang menggunakan grafik Intel HD Graphics yang berkualiti.

Kualiti paparan skrin laptop ini tidak akan terjejas walaupun hanya dilengkapi dengan RAM 2GB, dan masih boleh menonton filem atau video dalam kualiti HD.

Dengan pilihan penyimpanan 250GB HDD atau 256GB SSD, ia memenuhi keperluan penyimpanan korang baik untuk urusan kerja atau urusan peribadi.

Ciri-ciri lain termasuk dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti WIFI, webcam, VGA, 3x USB Slot, LAN, dan Sound Jack untuk memudahkan korang membuat sebarang sambungan.

Jangan risau, walaupun saiz ram agak kecil ia mampu mengendalikan tugas-tugas harian dengan lancar dengan pemproses Intel.

Laptop paling murah
Acer Chromebook C740
Acer Chromebook C740
From
RM199.00
Check Acer Chromebook C740 price below:
add_circle Reka bentuk padat dan ringan
add_circle Pemproses Intel Celeron
add_circle Ada WiFi dan webcam
add_circle Portable
remove_circle Size RAM dan storan dalaman kecil
  • OS: Chrome OS + Google Play Store
  • Grafik: Intel HD Graphics
  • RAM:4 GB DDR3L RAM
  • Storage: 16GB EMMC SSD
  • Skrin: 11 6inch
  • Processor: Intel Celeron 3205U Dual-core 1.50 GHz

Acer Chromebook C740 adalah sebuah laptop yang padat dan ringan yang sesuai untuk pengguna yang mencari laptop murah on-the-go.

Dilengkapi dengan Pemproses Intel Celeron 3205U, memberikan prestasi yang lancar untuk tugas harian. 

Dengan 4GB RAM DDR3L dan 16GB EMMC SSD, laptop ini menawarkan penyimpanan yang pantas dan responsif untuk fail dan aplikasi korang.

Chromebook ini dilengkapi dengan WiFi untuk sambungan ke internet dengan mudah.

Turut juga dilengkapi dengan webcam untuk panggilan video dan mesyuarat dalam talian.

Skrin 11.6 inci memberikan paparan yang jelas untuk tujuan kerja ataupun menonton video. 

Menariknya, turut menawarkan pilihan sambungan yang mudah, termasuk port USB 2.0 dan USB 3.0, serta output HDMI untuk menyambungkan ke paparan luaran.

Acer Chromebook C740 berjalan dengan sistem operasi Chrome OS, yang secara automatik memuat turun dan memasang kemas kini keselamatan dan perisian.

Laptop murah dengan backlit keyboard
Avita Magus N4020 12.2 2-In-1 Detachable Laptop
laptop avita
From
RM999.00
Check Avita Magus N4020 12.2 2-In-1 Detachable Laptop price below:
add_circle Touch screen
add_circle Ada micro SD card slot
add_circle Ada built-in mic
remove_circle Size RAM dan storage kecil
  • Os: Windows 10
  • Grafik: Intel HD Graphics 500
  • RAM: 4GB LP DDR4 2400Mhz
  • Storage: 64GB eMMC
  • Skrin: 12.2 inci
  • Processor: Intel Celeron N4020 Dual-Core


Laptop Avita Magus ini memiliki skrin sentuh 12.2 inci, IPSTouch Screen dan Grafik Intel® HD Graphics 500 untuk prestasi yang mantap.

Sesuai untuk jadikan laptop ini sebagai laptop kerja ataupun untuk kegunaan peribadi kerana mempunyai RAM 4GB yang standard untuk kebanyakkan laptop murah di pasaran.

Korang juga akan mendapat storan 64GB dan ditambah dengan reka bentuk yang ringan dan kompak yang membolehkan ia berfungsi sebagai tablet apabila dipisahkan dari keyboard.

Agak style bila korang dapat tukarkan laptop ini menjadi tablet dalam masa sama masih mengekalkan kebolehan penuh penggunaan sebuah laptop.

Turut dilengkapi ciri lain seperti kamera hadapan yang berkualiti dan USB-C yang memudahkan korang membuat sambungan ke peranti lain.

Paling penting, bateri laptop ini boleh tahan hingga 8 jam dan mudah dibawa ke mana-mana dengan berat hanya 1.41kg.

Laptop murah bawah RM1000 untuk student
JOI Classmate 10
JOI Classmate 10
From
RM799.00
Check JOI Classmate 10 price below:
add_circle Sesuai untuk tugas harian
add_circle Reka bentuk kompak
add_circle Kualiti gambar jelas dan tajam
add_circle Portable
remove_circle Kurang sesuai untuk tugasan berat
remove_circle Kualiti grafik rendah
  • OS: Windows 10 Pro
  • Grafik: Intel HD Graphics 600
  • RAM:4GB
  • Storage: 128GB eMMC
  • Skrin: 11.6 inch
  • Processor: Intel®️ Celeron®️ Processor N4020

JOI Classmate 10 adalah sebuah laptop murah yang berkualiti tinggi dan direka khas untuk memenuhi penggunaan harian korang. 

Dengan reka bentuk yang compact dan ciri-ciri yang berkuasa, laptop ini menawarkan pengalaman terbaik dalam kelasnya.

Dikuasakan oleh pemproses Intel® Celeron® N4020, JOI Classmate 10 menyediakan prestasi yang baik untuk tugas harian.

Ciri ini akan membolehkan korang melayari web, membuat tugasan menerusi Microsoft Office, dan menonton video. 

Paparan skrin HD 11.6 inci dengan resolusi 1366x768 memberikan kualiti gambar yang jelas dan tajam. 

Dengan 4GB RAM dan storan eMMC 128GB, korang mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpan segala jenis dokumen penting.

Selain itu, laptop Joi Classmate 10 mempunyai kamera depan 1.0MP yang membolehkan korang melakukan perbualan video dengan jelas.

Dari segi bateri pula, korang tidak perlu risau kerana dilengkapi dengan bateri 4,000mAh yang tahan lama. 

Dengan harga yang berpatutan, JOI Classmate 10 adalah pilihan terbaik bagi student yang mencari laptop berkualiti tinggi dari jenama yang dipercayai.

Laptop gaming murah bawah RM1000
HP ProBook 450 G3
HP
HP Probook 450
From
RM999.00
Check HP ProBook 450 G3 price below:
add_circle Harga murah
add_circle Bahan binaan tahan lama
add_circle Pilihan storan dalaman pelbagai
add_circle Sesuai untuk gaming
remove_circle Grafik rendah
remove_circle Tidak sesuai multitask
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel HD Graphics 4600
  • RAM: 8GB
  • Storage: 128GB ssd 
  • Skrin: 15.6 inch
  • Processor: Core i5-4200 @ 2.5ghz

HP Probook 450 G3 dikuasakan dengan pemproses yang kuat iaitu Intel Core i5-4200M dan Grafik Intel HD. 

Laptop ini mampu melakukan tugas dengan lancar dan cekap serta boleh digunakan untuk bermain game online.

Kemasukan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB, tentunya korang akan mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan dokumen atau fail.

Yang pasti, RAM untuk laptop ini cukup untuk korang lakukan tugas harian dengan baik.

Selain itu, paparan skrin 15.6-inci mampu menghasilkan visual yang jelas, menjadikannya sesuai untuk kerja ataupun bermain game.

Pilihan connectivity termasuk WiFi dan Bluetooth yang terbina didalamnya membolehkan korang kekal terhubung secara tanpa wayar. 

Laptop ini juga mempunyai output VGA dan HDMI untuk disambungkan ke projektor. 

Menariknya, turut dilengkapi dengan Windows 10 dan Microsoft Office yang telah di install dalamnya. 

Reka bentuk yang elegan dan kualiti binaan yang tahan lama menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai untuk pelajar atau yang sudah bekerja yang gemar bermain game.


Tips Penjagaan Laptop

Disebabkan senarai laptop ini dalam kategori harga laptop murah, maka amat penting untuk korang memberi penjagaan terbaik agar boleh pakai lama.

Berikut adalah beberapa tips penjagaan laptop yang boleh membantu memanjangkan jangka hayat laptop korang:

Bersihkan secara berkala

Bersihkan skrin dan papan kekunci laptop secara kerap untuk mengelakkan habuk dan kotoran yang boleh merosakkan komponen.

Gunakan kain microfiber yang lembut untuk mengelap skrin, dan pastikan tiada cecair yang masuk ke dalam papan kekunci.

Jauhkan dari makanan dan minuman

Elakkan makan dan minum berhampiran laptop bagi mengelakkan tumpahan yang boleh merosakkan peranti.

Sedikit cecair yang tumpah boleh menyebabkan masalah besar pada komponen dalaman.

Gunakan pelindung laptop

Gunakan beg atau sarung laptop yang berkualiti bagi melindungi peranti daripada hentakan atau calar ketika membawanya ke mana-mana.

Jangan guna atas permukaan lembut

Elakkan meletakkan laptop di atas permukaan lembut seperti bantal atau tilam yang boleh menghalang pengudaraan, menyebabkan laptop menjadi terlalu panas.

Gunakan laptop di atas meja atau permukaan keras.

Jaga bateri dengan baik

Elakkan mengecas laptop secara berlebihan.

Jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, simpan bateri pada kadar cas sekitar 50%.

Mengecas penuh dan menggunakan bateri hingga kosong secara berterusan boleh memendekkan jangka hayat bateri.

Kemas kini perisian secara berkala

Pastikan sistem operasi dan antivirus laptop sentiasa dikemas kini untuk melindungi peranti daripada virus atau malware yang boleh menyebabkan kerosakan.

Elakkan dari suhu yang melampau

Jangan biarkan laptop dalam kereta yang panas atau di tempat yang sejuk melampau.

Suhu yang ekstrem boleh menjejaskan komponen dalaman laptop.

Dengan penjagaan yang betul, laptop korang boleh bertahan lebih lama dan berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang panjang.


Tips Dan Cara Beli Laptop Murah

Bila timbul perkataan 'murah' pasti ada yang memikir kualiti yang tidak bagus lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan teknologi. 

Jangan fikir macam sebab ada sesetengah barangan teknologi memiliki spek yang tidak melebih sesuai dengan penggunaan sederhana.

Jadi, harga yang diberikan tidak tinggi kerana spek yang digunakan tidak seperti laptop canggih yang lain.

Cuma perlu pertimbangkan beberapa perkara apabila membeli laptop murah. Antaranya:

Warranty period - Elakkan membeli laptop yang mempunyai jangka hayat jaminan bawah dari 3 bulan.

Ini kerana kebiasaanya laptop secondhand paling kurang ada 1 tahun waranti atau 3 bulan.

Processor - Sebaiknya pilih laptop yang menggunakan processor Core i3 ke atas jika pembelian laptop secondhand kerana merupakan spek pertengahan.

Boleh upgrade - Pastikan laptop boleh upgrade bahagian RAM dan terdapat slot RAM tambahan yang kosong untuk upgrade pada masa akan datang.

Jangan risau, jom tonton video dibawah kalau korang masih keliru. Semoga bermanfaat!


Apakah Cara Melihat Spek Laptop Yang Betul?

Bila kita nak beli laptop baru, penting untuk kita buat keputusan yang bijak berdasarkan keperluan dan keinginan korang. 

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada prestasi keseluruhan laptop, memahami spesifikasi adalah sangat penting. 

Jadi jom kita tengok spesifikasi utama yang perlu dipertimbangkan ketika membeli laptop dan untuk membuat pilihan yang tepat.

1. Pemproses:

Pemproses, juga dikenali sebagai "otak" laptop yang memainkan peranan penting dalam prestasinya. 

Cari pemproses moden daripada jenama yang terkenal seperti Intel atau AMD. 

Selain itu, bandingkan juga jumlah teras dan clock speed kerana jumlah yang lebih tinggi.

Ini kerana bagi memastikan keupayaan multitask yang lebih baik dan pemprosesan yang lebih pantas.

2. RAM:

Random Access Memory (RAM) menentukan keupayaan laptop untuk menangani pelbagai tugas secara serentak. 

Pilih laptop dengan RAM yang mencukupi, seperti 8GB atau 16GB, untuk multitask yang lancar dan tanpa lagging.

3. Storan dalaman:

Pilihan storan laptop termasuk Cakera Keras (HDD) dan Cakera Pepejal (SSD). 

HDD menawarkan lebih banyak ruang storan dengan kos yang lebih rendah, manakala SSD memberikan laptop korang recovery period dan akses data yang lebih pantas. 

Lihat keperluan penyimpanan korang dan pilih yang sesuai dengan penggunaan korang.

4. Paparan skrin:

Paparan skrin adalah salah satu aspek penting untuk kepuasan penggunaan laptop

Cari paparan dengan resolusi tinggi, seperti Full HD (1920 x 1080) atau lebih tinggi, untuk visual yang jelas dan pengalaman tontonan yang menyeluruh. 

Pertimbangkan juga saiz skrin untuk kepuasan tontonan korang.

5. Grafik:

Kapasiti grafik adalah penting kalau korang merancang untuk menggunakan laptop untuk bermain game, melakukan kerja reka bentuk grafik, atau penyuntingan video. 

Integrated graphic sesuai untuk tugas harian, manakala dedicated grafik card menawarkan prestasi yang lebih baik untuk aplikasi yang mencabar.

6. Hayat Bateri:

Pertimbangkan hayat bateri laptop, terutama kalau korang perlu menggunakannya di luar rumah. 

Cari laptop dengan bateri tahan lama supaya korang boleh menggunakan laptop di luar kawasan dalam tempoh yang lama.

7. Sistem Operasi:

Tentukan sistem operasi yang paling sesuai dengan keperluan korang, seperti Windows, macOS, atau Linux. 

Pertimbangkan keserasian dengan keperluan software yang korang kerap guna.

Memahami spesifikasi laptop adalah penting untuk mencari peranti yang memenuhi keperluan korang. 

Dengan melihat semua spesifikasi yang penting, korang dapat membuat keputusan yang bijak dan berbaloi. 


Artikel Berkaitan

End of Article