Rumah yang bersih adalah cerminan kepada peribadi penghuninya, tetapi kami faham tidak semua orang enjoy melakukan tugasan membersihkan rumah.
Dengan vakum robotik, anda tidak perlu lagi bersusah payah menyapu mahupun mengemop lantai rumah secara manual.
Robot vacuum cleaner adalah pembersih hampagas yang berfungsi secara robotik, dalam erti kata lain, tanpa memerlukan tenaga manusia.
Ia berfungsi secara automatik dan mampu membersihkan lantai dan permaidani dengan menyapu dan menyedut habuk serta rambut halus dengan berkesan.
Selain itu, ia juga mempunyai fungsi mengemop.
Robot vacuum turut mempunyai fungsi mengemop seperti mop konvensional yang biasa anda pakai, tetapi vakum robotik lebih efisien dan mudah digunakan.
Jika anda sedang mencari vacuum robot terbaik, jom lihat jenama robot vacuum terbaik di bawah ini untuk anda pertimbangkan.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Robot Vacuum Cleaner Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Samu Giken 3 in 1 Robotic Vacuum Cleaner ini direka untuk memastikan rumah anda bersih tanpa anda perlu bersusah payah.
Ciri-ciri:
Vacuum robot ini menggabungkan fungsi menyapu, menyedut, dan mengemop dalam satu mesin yang berkuasa.
Menampilkan sistem pembersihan 360°, ia dengan mudah dapat membersihkan kotoran, habuk, dan kesan kotoran di kawasan seluas 200㎡.
Dengan enam berus sisi di kedua-dua belah, vakum ini cekap mengumpul serpihan debu dari semua sudut, sementara daya sedutan 1200PA yang cekap memastikan kotoran yang paling degil dapat dibersihkan.
Sementara itu, kain besar di bahagian bawah berkesan menghilangkan kesan air dan habuk halus, menjadikan lantai anda bersinar bersih.
Vacuum robot ini secara automatik akan menukar arah apabila menemui halangan dan direka untuk membersihkan kawasan bawah katil, sofa, dan kawasan yang sukar dicapai.
Dilengkapi dengan bateri lithium 3.7V / 2000mAH, vakum ini boleh beroperasi selama 70 minit secara berterusan semasa bateri penuh, menjadikannya sesuai untuk sesi pembersihan penuh di rumah.
Walaupun kuasa sedutannya, ia beroperasi dengan senyap pada tahap bunyi di bawah 40dB, memastikan suasana yang tenang tanpa bunyi bising vacuum.
Review:
"Puas hati beli vacuum cleaner ni, harga murah dan kuasa sedut habuknya pun ok. Cuma perlu hidupkan vacuum 2- 3 dah kali dapat kurangkan habuk dalam rumah."
Robot vacuum ini memiliki teknologi anti-falling dan anti-collision bagi memastikan tiada risiko kerosakan berlaku akibat jatuh atau pelanggaran.
Kuasa sedutan >13000pa juga sangat tinggi untuk menyedut habuk dan sis kotoran makanan di lantai serta karpet.
Mampu beroperasi selama 65 minit maksima dan meliputi 8m2 kawasan secara berkala.
Menariknya lagi, memiliki 4 sistem pembersihan iaitu auto/zigzag iaitu kaedah mengubah arah vakum jika bertentang dengan halangan, edge cleaning bagi menyedut habuk terperangkap di celahan perabot.
Malah pada bahagian tepi dinding, spot cleaning membersih kawasan yang kotor dan full go cleaning untuk pembersihan secara berkala.
Saiz berat robot vacuum ini cukup ringan dengan sekadar 1.9kg dan apa yang memudahkan lagi ia didatangi bersama remote control.
Bajet terhad? Boleh dapatkan robot vacuum Liectroux model V3SPro yang dilengkapi dengan sambungan wi-fi untuk memudahkan pengguna mengawal gerak-geri vakum hanya dari telefon pintar.
Alat ini cukup kuat untuk membersihkan rumah dengan kuasa sedutan 4000Pa.
Selain zarah habuk yang halus, ia juga mampu menarik rambut dan sisa makanan yang mengotori karpet kesayangan anda.
Tangki sampah juga besar iaitu isipadu 600ml dilengkapi penapis HEPA untuk kawalan kebersihan manakala tangki air untuk fungsi mop pula ialah 200ml.
Yang penting, ia tidak berbunyi terlalu bising dan tidak akan terjatuh dari tangga atau terlanggar perabot atau dinding ketika beroperasi.
Antara mod yang tersedia pada robot vacuum ini ialah mod pembersihan setempat dan mod pembersihan kawasan penjuru serta zigzag.
Direka dengan ciri Intelligent Path Planning, robot vacuum terbaik dari Xiaomi akan membersihkan lantai dan sebarang permukaan secara zigzag dengan lebih efisen.
Oleh kerana alat ini boleh dikawal dengan aplikasi, anda boleh menyusun jadual waktu pembersihan, jadi rumah dijamin bersih tanpa habuk walaupun ketika anda tiada di rumah.
Menariknya lagi, saiznya yang nipis (8cm) memudahkan ia masuk ke bawah sofa, katil dan almari agar habuk yang terkumpul di kawasan-kawasan sempit tersebut juga dapat disedut.
Bekas habuk dan tangki air robot vacuum and mop ini juga mudah ditanggalkan dan dibersihkan.
Bagi anda yang mempunyai bajet lebih, disarankan untuk dapatkan robot vacuum ILIFE yang boleh digunakan untuk membersihkan rumah yang mempunyai banyak tingkat.
Ini kerana ia boleh dikawal dengan aplikasi telefon dan disertai dengan ciri pemetaan (mapping) dan boleh mengingat hingga 3 peta lantai.
Selain itu, anda boleh tetapkan di aplikasi kawasan lantai mana yang tidak boleh dijejak oleh robot vacuum, contohnya kawasan karpet ruang tamu ketika ia dalam fungsi mop.
Pengguna juga boleh arahkan robot ini bersihkan lantai walaupun ketika anda di tempat kerja.
Turut direka dengan ciri Automatic Recharge di mana robot vacuum akan bergerak di tempat mengecas apabila baterinya semakin lemah dan akan kembali meneruskan tugas sebaik saja bateri penuh.
Dengan sensor pintar anti-perlanggaran pula, robot vacuum ini akan mengelak kawasan halangan seperti tangga dan perabot.
Anda yang ada bayi yang baru merangkak wajib menggunakan robot vacuum yang lengkap dengan fungsi mop ini untuk memudahkan aktiviti membersihkan lantai daripada sebarang kotoran.
Barulah tak bahaya untuk si comel menjelajah seisi rumah kan. Ini kerana ia mampu menyedut kotoran dengan kuasa sedutan 2850PA yang juga mampu menyedut duit syiling!
Selain itu, anti-collision sensor dan pengesan jurang (cliff detection) juga merupakan antara ciri terbaik pada robot vacuum Tenka Ryohin yang menggunakan kuasa 15W.
Dengan teknologi Gyro-Pathing pula, alat ini akan meningkatkan keberkesanan kerja-kerja pembersihan sehingga 60%.
Paling penting, ia beroperasi tanpa menghasilkan bunyi yang bising, kurang dari 55dB, jadi penggunaan alat ini tidak mengganggu waktu tidur keluarga anda.
Robot vacuum Roborock memang berbaloi walaupun mahal kerana ia mampu menyedut semua kotoran, serpihan, bulu haiwan dan rambut manusia yang gugur dan bergumpal.
Paling bagus, alat ini boleh juga digunakan untuk mengemop lantai yang kotor atau air yang tumpah.
Mop pada robot vacuum pula disertakan dengan Auto Mop Washing di mana anda tak perlu bersihkan mop yang telah digunakan secara manual.
Rumah anda jenis bertingkat? Usah risau, ia mampu menukar arah secara automatik ketika berhadapan dengan rintangan seperti kawasan tangga.
Sesuai untuk semua jenis permukaan rata seperti kayu dan menyedut bulu halus dari karpet.
Robot vacuum Midea ini bukan sahaja cekap menyedut habuk pada pelbagai permukaan lantai seperti mozek dan marmar, malah ia juga boleh membersihkan kotoran pada karpet.
Ini kerana alat ini mampu memanjat objek halangan di atas lantai sehingga 21mm seperti karpet tebal, buku,atau wayar kabel.
Tiada apa yang rumit tentang alat ini kerana apabila baterinya mula lemah, secara automatik ia akan kembali ke charging base untuk dicas semula.
Paling terbaik apabila ia beroperasi dalam keadaan senyap agar tidak akan mengganggu penghuni rumah lain yang sedang tidur.
Kapasiti bekas habuknya yang cukup besar 800ml pula memudahkan kerja suri rumah sebab tak perlu dibuang dengan kerap.
Yeedi k650 Robot Vacuum ini pula mempunyai bateri berkuasa 2,600mAh dimana dapat digunakan selama 130 minit yang bersamaan dengan 2 jam 10 minit tanpa henti.
Tak perlu susah-susah cas robot ini kerana jika baterinya lemah, ia akan segera kembali ke charging dock untuk dicas automatik.
Selain boleh mengemop, vakum ini juga boleh menyedut bulu kucing gugur, sisa makanan seperti kacang, bijirin dan lada di atas karpet.
Mempunyai berus silikon yang tidak akan menggumpalkan bulu haiwan yang telah disedut agar vakum boleh terus berfungsi tanpa tersekat.
Pengguna boleh arahkan vakum robot untuk mula bekerja menerusi app atau kawalan suara Google Home Assistant.
Selain itu, ciri sensor Anti-Drop dan Anti-collision juga menarik perhatian.
Vakum tak terjatuh walaupun berada berdekatan tangga.
Anda tentu mahukan robot vacuum yang mempunyai teknologi terkini yang mampu melakukan tugas dalam apa jua keadaan di rumah.
ECOVACS Deebot X2 Omni ini mempunyai ciri-ciri canggih seperti sistem pembersihan kendiri dan juga bateri tahan lama yang akan membuatkan anda lebih relax di rumah.
Deebot X2 Omni ini juga mampu membersihkan kawasan seluas 200m2 (2152 kaki persegi) dengan bateri tahan lamanya (6400mA), dua kali lebih luas dari robot vacuum yang biasa.
Dengan reka bentuk segi empat dan dilengkapi mopping pads, robot vacuum ini boleh mencapai jarak 30mm hampir dengan ruang penjuru, memastikan setiap debu halus dapat dibersihkan.
Tambahan lagi, Deebot X2 Omni juga dilengkapi 200mm roller brush yang akan memastikan tahap setiap proses pembersihan lebih efisen.
Untuk tugas mengemop pula, sistem OZMO Turbo 2.0 Rotating Mopping akan memastikan lantai anda kembali bersih, sehingga tidak terlihat kotoran degil yang melekat.
Apa yang menarik, mop pada robot vacuum ini tidak akan terkena pada bahagian karpet kerana sensor yang ada akan memastikan mop pads tersebut diangkat semasa melalui kawasan karpet.
Jadi robot vacuum ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai rumah besar dengan jadual kerja yang padat, serta mempunyai haiwan peliharaan.
Bagi anda yang sibuk tetapi ingin rumah sentiasa bersih, kami syorkan Jallen Gabor A8 Intelligent Dry Wet Mop Cleaner ini.
Dengan daya sedutan kuat sehingga 1800Pa, vakum robotik tanpa wayar ini mampu membersihkan jubin, lantai kayu, dan karpet yang tidak tebal dengan mudah.
Sensor pintar dan keupayaan bergerak sendiri memastikan peralihan lancar pada permukaan yang berbeza tanpa bantuan.
Selain itu, reka bentuk profil rendah dengan hanya setinggi 68mm membolehkannya bergerak dengan mudah di bawah sofa dan katil, memastikan tiada habuk tertinggal.
Dilengkapi dengan bateri li-ion 3000mAh yang kuat, ia menawarkan masa pembersihan yang mengagumkan sehingga 120 minit.
Memang senang nak bersihkan lantai rumah anda selepas ini dan tidak perlu lagi anda bersusah payah membersihkan lantai secara manual dengan robot vacuum ini.
Philips FC8710 SmartPro Compact Robot Vacuum Cleaner direka dengan teknologi Sistem Pengesanan Pintar yang canggih, robot vakum ini boleh beroperasi secara optimum menggunakan 18 sensor dan sensor habuk untuk membersihkan setiap sudut rumah anda dengan teliti.
Reka bentuknya yang ultra-slim membolehkannya dengan mudah meluncur ke bawah perabot-perabot, memastikan tiada kawasan yang terlepas.
Dengan bateri Li-Ion yang kuat memberikan sehingga 130 minit masa operasi dan operasi senyap pada tahap bunyi 58 dB, vakum ini cekap dan tidak mengganggu.
Vakum ini juga menampilkan empat mod pembersihan dan boleh memanjat pada ketinggian 13 mm, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis lantai keras.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tetapan berjadual 24-jam yang mudah dan alat kawalan jauh untuk operasi yang senang.
Kapasiti tangki habuk 0.25 L adalah ideal untuk menjaga rumah yang kemas, dan unit ini termasuk adaptor kuasa AC, berus sisi, penapis, dan stesen pangkalan.
Anda ada kolam renang sendiri dan mahu bersihkannya sendiri? Jangan risau sebab sekarang dah ada Pembersih Kolam Renang Robotik Tanpa Wayar.
Vacuum robot ini direka dengan motor berkembar yang kuat yang mampu menyedut serpihan seperti daun, pasir, dan batu kelikir dengan mudah, memastikan kolam anda sentiasa bersih.
Reka bentuk tanpa wayar pula memudahkan ia bekerja dengan cekap, memberikan anda kebebasan sepenuhnya semasa membersihkan kolam.
Selain itu, ia mempunyai sistem kawalan permukaan di mana ia menyesuaikan diri dengan lancar pada pelbagai jenis permukaan kolam, mendaki sehingga 18° untuk pembersihan menyeluruh.
Dilengkapi dengan dua pengikis bebas, ia menggosok dasar kolam untuk pembersihan yang lebih mendalam.
Untuk bateri pula, ia dilengkapi bateri 5200mAh yang terbina di dalam, manakala tempoh pengecasan semula hanya dalam 3-4 jam.
Paling penting, kalau bateri penuh anda boleh guna vacuum kolam renang ini sehingga 120 minit atau 2 jam tanpa henti.
Inilah vacuum robot 3 dalam 1 yang boleh lakukan pelbagai tugas pembersihan seperti menyapu, menyedut dan mengemop lantai anda dengan efisien.
Robot canggih ini dilengkapi dengan dok multifungsi yang secara automatik membersihkan tong sampah dan mop, memastikan peranti anda sentiasa bersedia untuk sesi pembersihan seterusnya.
Dengan kuasa sedutan maksimum 8,000Pa, ia dengan mudah menyedut kotoran, habuk, dan serpihan, meninggalkan rumah anda bersih.
Sementara itu, ia turut mempunyai kemudahan jadual pembersihan automatik yang membolehkan ia berfungsi melalui Aplikasi Airbot yang tersedia di Google Playstore dan Apple Store.
Selain itu, vacuum robot ini turut mempunyai teknologi pemetaan Laser LDS, membolehkan anda menetapkan zon larangan untuk mengelakkan vacuum robot ini lalu ke kawasan yang bersepah seperti set mainan atau blok Lego anak-anak anda.
Robot vacuum vs vacuum biasa vs cordless vacuum
Walaupun mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menyedut habuk bagi memudahkan kerja-kerja membersihkan lantai rumah, namun robot vacuum, vacuum biasa dan vacuum cordless tetap mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri.
-
Robot vaccum
Robot vacuum merupakan penyedut hampagas yang sesuai digunakan oleh anda yang sering sibuk sehingga tiada masa untuk membersihkan rumah dengan rapi.
Ini kerana robot vacuum mampu menyedut habuk secara automatik tanpa wayar kerana ia direka dengan sensor yang membantu alat ini untuk bergerak sendiri tanpa halangan.
Jadi, sementara ia bekerja membersihkan rumah, anda boleh siapkan kerja rumah lain.
Ia juga berfungsi dengan menggunakan sistem pengecasan bateri, jadi apabila dah dicas penuh, memang senang nak bersihkan lantai dan karpet rumah sehingga bebas debu 100%!
-
Vacuum biasa
Vacuum biasa pula pembersih vakum yang hanya akan berfungsi apabila ia disambung pada sambungan elektrik menggunakan wayar.
Vakum ini lazimnya dijual dengan harga lebih murah namun penggunaannya lebih terhad kerana anda hanya boleh menggunakannya jika disambung dengan arus elektrik.
-
Cordless vacuum
Manakala cordless vacuum pula ialah vakum tanpa wayar kerana ia boleh dicas.
Jadi, apabila baterinya penuh, anda boleh membersihkan habuk di setiap penjuru rumah tanpa perlu risau tentang wayar berselirat.
Keburukan Vakum Robot
Walaupun vakum robot menawarkan kemudahan untuk membersihkan rumah, terdapat beberapa keburukan yang perlu dipertimbangkan.
Pertama, harganya yang mahal menjadikannya pilihan yang kurang menarik berbanding vakum biasa, terutama model yang lebih canggih.
Selain itu, penyelenggaraan vakum robot boleh menjadi rumit kerana anda masih perlu membersihkan bekas debu, sensor, dan kadang-kadang menyelesaikan masalah teknikal.
Vakum robot juga mungkin tidak sesuai untuk semua jenis permukaan, seperti karpet tebal atau permukaan kasar, dan kadang-kadang sukar untuk mencapai kawasan bucu atau bawah perabot rendah.
Kapasiti bekas debu yang terhad memerlukan pengosongan yang lebih kerap, terutamanya untuk rumah yang besar atau banyak habuk.
Selain itu, teknologi yang digunakan dalam vakum robot juga boleh menjadi masalah jika terdapat gangguan pada sensor atau sambungan Wi-Fi, yang boleh menjejaskan tahap keberkesanannya.
Tambahan lagi, pergerakan vakum robot adalah terhad, menjadikannya sukar untuk membersihkan seluruh rumah dengan sempurna, terutama di kawasan tangga atau ruang yang sempit.
Anda mungkin perlu menyusun semula perabot atau mengalihkan halangan kecil seperti kabel untuk memastikan vakum robot berfungsi tanpa sebarang rintangan.
Akhir sekali, bunyi bising yang dihasilkan oleh vakum robot semasa beroperasi boleh mengganggu aktiviti harian, terutamanya jika anda bekerja atau berehat di rumah.