Travel

9 Beg Galas Travel/ Travel Backpack Terbaik Malaysia 2026

Jika anda mencari beg galas travel yang bagus, di sini kami senaraikan travel backpack brand yang anda boleh dapatkan mengikut bajet anda.


Editor · Updated 2 Feb 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Beg Galas Travel/ Travel Backpack Terbaik Malaysia 2026

Tiap kali musim cuti, memang masa terbaik untuk bercuti bersama rakan atau solo trip

Kelengkapan penting yang wajib ada untuk melancong adalah beg galas yang bagus dan tahan lasak. 

Kandungan

Bila ada beg galas travel atau beg galas belakang travel, barulah mudah kita nak bawa barang-barang yang penting.

Terdapat pelbagai jenama beg travel backpack dan juga travel backpack Malaysia dalam pelbagai saiz sesuai untuk pengembaraan jarak dekat atau jauh. 

Jom kita lihat pilihan beg galas untuk travel di bawah dan pilih mana-mana backpack brand Malaysia yang terbaik.


9 Senarai Beg Galas Travel Terbaik Di Malaysia

MAH Young Tour Waterproof Travel Backpack Laptop Bag
Beg galas travel terbaik secara keseluruhan 1 daripada 9
MAH Young Tour Waterproof Travel Backpack Laptop Bag
Dari RM159
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk lelaki dan wanita
Kalis air dan tahan haus
Tiada port USB
3 lagi
3 lapisan tali bahu
Boleh muat laptop 17 inci
Berat beg hanya 0.78kg

Sebab menjadi pilihan:

Design beg cantik, ringan dan tak nampak besar. Dari luar macam beg biasa tapi dalam waterproof dan boleh hindari pencuri.

Zip sisi yang unik membolehkan anda mencapai barang di bahagian bawah beg dengan mudah.

Ciri-ciri:

Reka bentuk drawcord dengan label jenama 3D diperbuat daripada bahan polyester yang kalis air dan tahan lasak, amat sesuai untuk melancong.

Poket berkapasiti ringan dan padat boleh menyimpan majalah, telefon mudah alih, power bank, tablet dan sebagainya.

Dilengkapi 3 lapisan tali bahu yang bernafas dan ringan untuk mengurangkan lenguh pada bahu.

Tali bahu boleh dilaraskan dan reka bentuk tetulang segi tiga menjadikan tali bahu lebih kuat dan tahan lama.

Ruang dalaman yang besar dengan compartment buku nota, padding pelindung laptop untuk melindungi peranti semasa bergerak dan zip tersembunyi.

Zip di bahagian belakang memudahkan anda mencapai barang tanpa perlu membuka beg dari atas.

Terdapat juga poket tersembunyi di belakang untuk menyimpan barangan berharga seperti dompet dan passport.

Poket sisi pula sesuai menyimpan payung dan botol air sepanjang perjalanan.

Saiz agak besar dan mampu memuatkan barang keperluan sama ada untuk melancong atau ke pejabat.

Review:

“Kalis air pada bahagian dalam dan luar. Muat banyak barang. Sangat sesuai untuk pelajar. Ia adalah beg 2 dalam 1. Boleh dibawa ke kelas dan juga digunakan sebagai beg melancong untuk trip singkat, pulang ke rumah atau jalan-jalan.”

Arctic Hunter i-Crusaderz Backpack Waterproof Business Travel
Beg galas travel untuk lelaki 2 daripada 9
Arctic Hunter i-Crusaderz Backpack Waterproof Business Travel
Dari RM149.40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kalis air
Span tambahan pada bahagian laptop
Mahal
3 lagi
Port USB dan tali bagasi
Mengelakkan sakit belakang
Mesra peluh dan tidak berbau

Arctic Hunter merupakan antara jenama beg galas paling terkenal di Malaysia.

Diperbuat daripada fabrik Oxford Jacquard kalis air berkualiti tinggi dan mempunyai lapisan bertekstur kulit.

Hadir dalam corak patchwork yang menarik dan reka bentuk profesionalnya sangat sesuai digunakan oleh pelajar universiti atau mereka yang bekerja.

Reka bentuk ergonomik untuk elakkan sakit belakang, tali bahu boleh dilaras mengikut badan dan lapisan tambahan untuk melindungi laptop atau tablet.

Dengan ciri shockproof, beg ini mengurangkan tekanan jika terjatuh atau terhempas.

Permukaan beg juga kalis percikan air dan dilengkapi port USB 2.0 pantas untuk menyambungkan powerbank dengan telefon pintar.

Selain itu, terdapat poket botol minuman pada kedua-dua sisi dan poket dalam teratur untuk barangan keperluan seperti iPad, buku dan dokumen.

Tali bahu yang ringan tetapi tahan berat membuatkan Arctic Hunter sesuai dibawa ke mana sahaja sama ada melancong, corporate trip atau bekerja.

Belikan satu sebagai hadiah untuk hari lahir kawan baik lelaki, adik lelaki atau suami tersayang!

Werocker Premium Travel Laptop Backpack WR9169
Beg galas travel cabin 3 daripada 9
Werocker Premium Travel Laptop Backpack WR9169
Dari RM300
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada compartment basah dan kering
Kalis air dan pemegang atas besar
Tidak sesuai untuk hiking
4 lagi
Ada port usb
Banyak pocket untuk simpan barang
Banyak pilihan warna
Berat

Bagi mereka yang belum mempunyai luggage untuk travel atau business trip, beli je backpack ni.

Saiznya seperti bagasi 24 inci dan boleh buka 180° senang nak susun baju dan barang.

Beg galas untuk travel nampak premium, tahan lama dan boleh dimuatkan di dalam kabin.

Belakang beg diperbuat dari kapas penyerap kejutan 3D, boleh muat komputer riba 15 inci, ada mesh pocket dan port usb untuk mengecas telefon pintar.

Boleh extend compartment utama dan pelbagai ruangan kecil untuk penyimpanan lebih teratur.

Datang dengan compartment pemisah basah dan kering, jadi tak perlu bawa plastik tambahan atau risau pakaian basah.

Werocker Travel Easy Backpack Women
Beg galas travel untuk wanita 4 daripada 9
Werocker Travel Easy Backpack Women
Dari RM139.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada USB port
Ada pocket khas untuk kasut atau selipar
Tiada pemegang sisi dan cangkuk
2 lagi
Kalis air
Ada slot untuk letak pada bagasi

Beg galas travel yang hadir dalam pelbagai warna cantik yang pasti membuatkan perempuan jatuh cinta! 

Saiznya seperti luggage 18 inci dan size standard backpack biasa.

Beg galas belakang perempuan yang mempunyai banyak compartment dan boleh muat pakaian untuk 4 hari trip atau camping.

Material jenis kalis air, ada port USB, pocket belakang anti kecurian untuk tablet atau iPad dan pad belakang tebal yang tidak melenguhkan bahu jika berjalan lama.

Tambah lagi, ada compartment basah kering dan slot yang memudahkan anda letak beg pada pemegang bagasi.

MARK RYDEN Travel Backpack Men Laptop Bagpack (17-inci)
Bag travel tahan lasak 5 daripada 9
MARK RYDEN Travel Backpack Men Laptop Bagpack (17-inci)
Dari RM149
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada quick card slot dan wisel
Kalis air
Mahal
5 lagi
Pad belakang jenis breathable
Built-in USB extension cable
Strap dada boleh laras
Tempat letak botol kecil
Berat

Beg galas Mark Ryden nampak slim dan premium dalam warna hitam dengan zip YKK dan perincian ‘Mark Ryyden’ yang jelas kelihatan.

Dari segi binaan, beg diperbuat daripada poliester kalis air Oxford bersalut PU dengan lapisan seperti sutera dan tali bahu yang selesa digalas. 

Bahagian dalamannya besar, boleh dibuka seperti suitcase, ada compartment untuk laptop dan ruang yang lebih kecil untuk meletakkan tablet atau buku nota. 

Ia juga mempunyai port pengecas USB dan poket mesh untuk menyimpan aksesori atau telefon pintar.

Selain itu, bahagian luarnya menampilkan poket sisi kecil tambahan dan poket atas akses cepat yang sesuai untuk menyimpan barang-barang kecil semasa dalam perjalanan.

Sesuai untuk travel naik bas atau kapal terbang dan agak besar sedikit kalau nak bawa pergi pejabat.

Decathlon Quechua HikingTrekking Backpack (20L)
Beg galas kecil 6 daripada 9
Decathlon Quechua Hiking/Trekking Backpack (20L)
Dari RM79
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ada tali tambahan di belakang
Ringan
Tidak kalis air
2 lagi
Tahan lasak
Boleh muat laptop 15 inci

Bukan sahaja lelaki, malah wanita bertubuh kecil juga boleh menggalas beg Decathlon kerana ia ringan dan tidak terlalu lebar.

Selain itu, mempunyai dua pad berspan tebal di bahagian belakang untuk keselesaan dan aliran udara.

Diperbuat daripada fabrik kalis rintangan yang tidak mudah koyak dan bahagian dalamnya sangat besar sehingga anda boleh memuatkan laptop.  

Terdapat poket tepi letak botol kiri kanan, satu kecil berzip dan tali tambahan di belakang untuk kestabilan semasa membawa beg.

Akses mudah ke poket luar dengan meletakkan beg secara mendatar semasa mendaki.

Walaupun beg galas murah, ia tahan lasak dan sesuai untuk bekerja, rider atau mereka yang gemar melakukan aktiviti outdoor.

Menurut seorang pembeli, dia menggalas beg ini semasa ride sejauh 650km selama 8 jam dan bahunya tidak sakit berbanding beg jenama lain.

Quechua HikingTrekking Backpack (30L)
Beg galas belakang 7 daripada 9
Quechua Hiking/Trekking Backpack (30L)
Dari RM69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Murah
Mempunyai cangkuk dan sokongan belakang
Kurang sesuai untuk hujan lebat
1 lagi
Terdapat poket untuk flask dan pemegang bendera

Saiz beg galas yang tidak terlalu besar dan boleh memuatkan jaket, makanan dan pakaian untuk perjalanan 2 hingga 3 hari.

Namun, bentuk beg galas belakang travel jenis memanjang dan tirus. 

Jadi, kalau nak letak pakaian perlu lipat kecil untuk tidak nampak bulky ketika digalas.

Selain itu, fabrik kalis rintangan dan ada 4 pad untuk pengudaraan belakang serta tali untuk pinggang.

Paling penting, terdapat tali elastik untuk membawa atau mengeringkan jaket / selimut anda. 

Selesa untuk dipakai lama dan disarankan untuk lelaki tinggi bawah 170 cm.

Columbia Backpack3158CL Adventure 50L Hiking Travel Bag
Beg galas travel kalis air 8 daripada 9
Columbia Backpack3158CL Adventure 50L Hiking Travel Bag
Dari RM109
Lihat harga di Shopee Malaysia
Banyak poket kecil di luar beg
Ada poket komputer dan dompet kecil
Sukar dapat di pasaran
1 lagi
Ada pelindung hujan

Beg galas columbia berukuran 58 x 35 x 23 cm dan mempunyai kapasiti 50L.

Dengan bahagian dalamannya yang cukup besar, anda boleh menyimpan baju kotor, peralatan perkhemahan dan sebagainya.

Ciri-cirinya yang lain termasuk mempunyai poket botol di sisi beg, tali dada boleh laras, sokongan belakang, padding pinggang dan zip.

Beg ini juga kalis air dan ada pelindung hujan yang boleh melindungi keseluruhan beg semasa hujan lebat.

Sama ada anda melakukan aktiviti jungle trekking, mendaki atau berkhemah, beg galas Columbia boleh menjadi pilihan beg galas yang bagus.

GS Warbase 40L  60L Waterproof Travel Camping Hiking Backpack
Beg galas travel murah 9 daripada 9
GS Warbase 40L / 60L Waterproof Travel Camping Hiking Backpack
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Compartment yang luas
Banyak poket
Beg mudah koyak jika terlebih muatan
2 lagi
Kalis air dan breathable
Mengurangkan tekanan bahu

Ruang beg besar dan boleh menyimpan pelbagai barangan tanpa perlu guna beg tambahan. 

Beg ini bukan sahaja selesa untuk dibawa, tetapi juga mempunyai tali bahu boleh laras, tali pada bahagian pinggang dan dada. 

Terdapat span pada tali bahu yang boleh mengurangkan rasa lenguh jika membawa beg terlalu lama.

Diperbuat daripada fabrik nilon kalis air yang berkualiti tinggi, ringan, dan breathable.

Tali pada bahagian belakang pula membolehkan anda membawa khemah, botol air atau tikar.

Sesuai digunakan ketika hiking, mengembara, berbasikal, berkhemah dan lain-lain.

Walaupun murah, beg ini menerima banyak respons positif daripada pengguna dan dijual dalam pilihan saiz 40 L dan 60L.


Cara Mengemas Beg Galas Untuk Travel

Ikuti je tips di bawah untuk membantu anda mengemas beg travel galas sebelum melancong:

1. Kemas barang mengikut kategori

Kategorikan barang keperluan mengikut jenis seperti pakaian, keperluan mandi, dokumen, elektronik, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain.

Jadi, anda lagi mudah untuk mengambil barang-barang tersebut semasa melancong.

2. Bawa pakaian dan barangan perlu sahaja

Elakkan membawa barang berlebihan yang boleh menyebabkan beg galas berat. 

Pilih pakaian yang ringkas, mudah kering dan bawa pakaian dalam secukupnya.

3. Poket luar untuk barang keperluan segera

Letakkan barang yang kerap dikeluarkan seperti botol minuman, kamera, kad dan lain-lain di poket luar yang mudah dicapai.

Bahagian paling bawah pula letakkan barang berat dan pastikan jaket mudah dicapai.

4. Dokumen penting di tempat selamat

Pastikan anda letak barang berharga seperti passport, tiket penerbangan, dan dompet di dalam beg kecil atau poket zip dalaman supaya tidak hilang atau basah.

Jangan lupa sediakan senarai semak untuk elakkan tertinggal barang penting.

Jom lihat video di bawah:



Bagaimana Untuk Memilih Beg Galas Travel Yang Sesuai

Jangan keliru dalam memilih backpack travel Malaysia, ikuti je tips yang kami berikan di bawah:

1. Pertimbangkan tujuan perjalanan

Destinasi melancong dan aktiviti dirancang perlu diambil kira. 

Jika anda perlukan beg galas untuk aktiviti lasak seperti mendaki, beli beg galas dengan banyak kompartmen dan tali bahu padded lebih selesa digunakan.

2. Saiz dan berat beg

Pastikan saiz dan berat beg galas yang dipilih sesuai untuk jangka masa melancong.

Saiz 40L ke atas biasanya mencukupi untuk trip 5-7 hari.

Pastikan berat kosong beg tidak melebihi 2kg supaya tidak membebankan semasa diisi penuh nanti.

3. Bahan tahan lasak

Pilih bahan canvas, nylon atau polyester yang tahan lasak untuk mengelakkan beg galas terkoyak dan jangan lupa cari beg galas yang kalis air.

4. Reka bentuk ergonomik

Cari beg galas dengan reka bentuk ergonomik untuk keselesaan bahu dan belakang. 

Tali bahu dan pinggang perlu padded dan boleh laras.

5. Kompartmen berasingan

Pilih beg galas dengan kompartmen atau poket pelbagai saiz di dalam dan luaran untuk menyimpan barang dengan teratur.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation