Kelengkapan Rumah

12 Kunci Mangga/Padlock Terbaik 2026 (Paling Selamat)

12 kunci mangga terbaik di Malaysia: pilihan utama Anti Theft Siren Alarm Lock dari RM9.57 di Shopee (disemak 1 Okt 2026), untuk rumah, motor dan pejabat.


Editor · Updated 1 Oct 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Kunci Mangga/Padlock Terbaik 2026 (Paling Selamat)

Jawapan ringkas: pilihan terbaik kami ialah Anti Theft Siren Alarm Lock 110 DBA Padlock, RM9.57 di Shopee Malaysia, kerana ada penggera keselamatan tambahan pada harga murah. Untuk tahap keselamatan tertinggi, ABUS 80TI/50 Titalium (dari RM234 untuk set 2 keping) tahan cubaan dipotong dan digerudi; kalau bajet ketat, AGASS Safety Extra Stainless-Steel Padlock (dari RM6.56) sudah memadai untuk pagar atau almari ringkas. Harga disemak 1 Oktober 2026.

Perlindungan keselamatan merupakan antara aspek terpenting dalam menjaga keselamatan diri atau barang berharga.

Kandungan

Bukan apa, dimana-mana boleh berlaku kes kecurian kenderaan atau pecah rumah. 

Ini semua disebabkan mangga kunci keselamatan digunakan kurang berkualiti sehingga mudah bagi pencuri untuk melakukan kerja mereka.

Oleh itu pemilihan jenama padlock terbaik atau kunci mangga elok yang berkualiti perlu dititik beratkan.

Jom kita lihat senarai jenama kunci mangga terbaik dan jenama padlock terbaik supaya rasa lebih selamat.

Bagaimana Kami Pilih: Panduan Memilih Kunci Mangga

Kami bandingkan harga Shopee Malaysia terkini, bahan badan dan shackle, serta sejauh mana setiap kunci tahan dipotong atau digerudi sebelum memasukkannya ke senarai ini.

Bahan Badan dan Shackle

Keluli pejal atau titalium lebih tahan gerudi dan potongan berbanding zink aloi atau plastik. Badan tembaga sesuai untuk kegunaan harian tetapi kurang sesuai untuk keselamatan tinggi.

Ciri Anti-Potong dan Anti-Gerudi

Padlock untuk motosikal atau pagar luar memerlukan shackle tertutup (closed shackle) dan lapisan kalis cuaca supaya tidak mudah berkarat atau dipotong gergaji.

Kegunaan: Rumah, Motor atau Pejabat

Saiz dan jenis kunci berbeza mengikut kegunaan: kunci kecil bernombor sesuai untuk bagasi, padlock 50mm ke atas untuk pagar dan grill, dan padlock bertaraf komersial untuk stor atau pejabat.

Harga Berbanding Tahap Keselamatan

Padlock bawah RM30 memadai untuk kegunaan ringan seperti basikal atau almari, manakala padlock RM150 ke atas seperti Abloy atau Finland Shield direka untuk menahan serangan fizikal yang lebih serius.


Senarai 12 Kunci Mangga Terbaik

Terbaik untuk Bajet Rendah: AGASS Safety Extra Stainless-Steel Padlock (40mm)

kunci mangga
Bajet Rendah 1 daripada 12
AGASS Safety Extra Stainless-Steel Padlock (40mm)
Dari RM6.56
Kuat & tahan lama
Tahan karat
Jenama kurang terkenal
1 lagi
Kalis cuaca

Mangga jenama Agass ini dibina dari bahan keluli dan luaran bersalut chrome untuk tahan karat dan kalis cuaca.

Mempunyai reka bentuk cakera wafer khas dan 20 kombinasi kunci. Silinder dalam mangga tidak mempunyai bahagian spring-loaded, mengurangkan kemungkinan dibuka secara paksa, dan shackle keluli tahan lasak daripada digerudi atau digergaji.

Walaupun harganya murah di bawah RM10, mangga ini tetap kuat, tahan lama dan anti berkarat. Setiap pembelian disertakan tiga anak kunci.

Terbaik untuk Tahan Potong Gerudi: ABUS GENUINE 80TI/50

ABUS GENUINE 80TI/50
Tahan Potong Gerudi 2 daripada 12
ABUS GENUINE 80TI/50
ABUS
Dari RM234
TITALIUM aluminium aloi
NANO PROTECT coating
Harga mahal
1 lagi
Tahan lasak

Jika anda mencari kunci mangga atau padlock yang tahan potong dan gerudi, ABUS 80TI/50 ini layak dipertimbangkan.

Jenama Abus ini memberikan jaminan keselamatan tinggi kerana penggunaan bahan TITALIUM aluminium aloi yang kuat dan ringan, serta disaluti NANO PROTECT coating supaya tahan karat.

Harga disemak kami pada 1 Oktober 2026: RM234 untuk satu set 2 mangga yang menggunakan kunci sama (keyed-alike), bersama kunci berganda.

Terbaik untuk Keseluruhan Terbaik: Anti Theft Siren Alarm Lock 110 DBA Padlock

Keseluruhan Terbaik 3 daripada 12
Anti Theft Siren Alarm Lock 110 DBA Padlock
Dari RM9.57
Badan mangga yang kukuh
Mudah digunakan
Bunyi penggera terlalu kuat
2 lagi
Sistem penggera yang boleh diaktifkan
Sistem penggera tidak berfungsi jika bateri habis

Sebab menjadi pilihan utama:

Padlock ini direka khusus dengan penggera keselamatan 110 DBA yang berbunyi kuat sebaik shackle cuba dibuka secara paksa, menjadikannya pilihan terbaik kami untuk kegunaan harian pada harga murah. 

Ciri-ciri:

Anda boleh guna mangga ini sebagai kunci keselamatan untuk kunci motor, almari atau pagar.

Badan mangga dan pengeluli kunci diperbuat dari tembaga supaya tahan lama. Padlock ini juga kalis air (water resistant) dan sistem penggera boleh dinyahaktifkan jika tidak diperlukan.

Terbaik untuk Luar Rumah dan Motor: Tri-Circle Heavy Duty Weatherproof Padlock / Weather Resistant Padlock Mangga Pintu Outdoor

Tri-Circle Heavy Duty Weatherproof Padlock : Weather Resistant Padlock Mangga Pintu Outdoor
Luar Rumah dan Motor 4 daripada 12
Tri-Circle Heavy Duty Weatherproof Padlock / Weather Resistant Padlock Mangga Pintu Outdoor
Dari RM15.58
Jenama yang dikenali
Material yang kukuh
Warna gelap
3 lagi
Kalis air dan cuaca
Tahan Karat
Sesuai untuk pelbagai kegunaan

Kunci jenama Tri-Circle adalah antara kunci mangga yang menjadi pilihan ramai berikutan harga yang berpatutan dan kualiti yang boleh dikatakan terbaik.

Mangga ini boleh digunakan untuk mengunci rumah, bilik, luaran dan dalaman rumah atau dijadikan mangga motor. Badan mangga diperbuat daripada tembaga dan bersalut getah supaya kukuh, kalis cuaca dan kalis air.

Warnanya agak gelap, jadi sedikit sukar dilihat pada waktu malam atau tempat kurang cahaya. Produk ini mempunyai tiga pilihan saiz: 38, 50 dan 63mm.

Terbaik untuk Keselamatan Komersial: Padlock Finland Shield

Padlock Finland Shield
Keselamatan Komersial 5 daripada 12
Padlock Finland Shield
Dari RM169
Ciri keselamatan yang terbaik
Badan yang kukuh
Harga mahal
2 lagi
Kalis potong, gerudi, dan asid
Sesuai untuk pelbagai kegunaan

Kalau anda biasa dengar jenama Abloy yang terkenal sebagai mangga yang kukuh dan mempunyai ciri keselamatan tinggi, disini ada pesaing yang mungkin setanding dengannya iaitu Finland Shield.

Mangga ini turut diperakui oleh sebuah syarikat insurans iaitu Kurnia Insurans. Ia didatangkan dengan set 1 mangga dan 4 anak kunci.

Mempunyai enam ciri keselamatan: Anti Pry, Anti Drill, Anti Rust, Anti Saw, Anti Cut dan Anti Acid. Pengeluar turut menyediakan warranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Terbaik untuk Keselamatan Premium: Abloy PL/PLM Series Padlock

Abloy PL:PLM Series
Keselamatan Premium 6 daripada 12
Abloy PL/PLM Series Padlock
Dari RM377.85
Sistem keselamatan tahap tinggi
Tahan lasak
Harga mahal
3 lagi
Kunci tidak boleh ditiru
Warranty sepanjang hayat
Kunci boleh dipesan dari pengeluar sekiranya hilang

Satu lagi mangga lock jenis premium yang lebih dikenali dengan ciri keselamatan tertinggi setanding dengan harga iaitu Abloy PL/PLM series.

Siri mangga Abloy ini didatangkan dengan pelbagai variasi model mengikut jenis. Harga disemak kami pada 1 Oktober 2026 untuk varian PL330/25 (chrome) di Shopee Malaysia ialah RM377.85.

Kunci mangga Abloy menjadi pilihan para rider untuk mengelakkan motosikal mereka dari dicuri, dan juga sesuai untuk grill rumah.

Rekaan kunci Abloy tidak mudah untuk ditiru dan sistem kunci hanya beroperasi dari kunci asli sahaja. Pengeluar memberi warranty sepanjang hayat kepada pengguna.

Terbaik untuk Pintu Rumah: ST GUCHI SGPL-100N Padlock 50mm / Mangga Rumah

ST GUCHI SGPL-100N Padlock 50mm
Pintu Rumah 7 daripada 12
ST GUCHI SGPL-100N Padlock 50mm / Mangga Rumah
Partnership with
Dari RM66
Harga lebih murah
Menggunakan bahan kukuh
Tidak sesuai mengunci motor
2 lagi
Tahan lasak
Sistem penguncian berkualiti tinggi

Biarpun mangga St Guchi antara yang termurah di pasaran, tapi tak bermakna ia tidak berkualiti seperti mangga yang berharga ratusan ringgit. 

Jenama ini lebih memfokuskan kepada mangga pintu rumah dan grill kerana tahan lasak dari dipotong dan diketuk.

Manakala bahagian shackle kunci ini diperbuat daripada keluli aloi bagi memastikan anti gergaji.

Bahagian keselamatan mangga ini juga diperkuat dengan sistem penguncian double ball bearing bagi memastikan kekuatan tegangan dan kilasan yang tinggi

Malah, mangga ini diperbuat daripada bahan tembaga yang kukuh dan tahan karat. 

Jangan risau jika kunci hilang kerana setiap pembelian disertakan dengan 4 anak kunci.

Terbaik untuk Bagasi Tanpa Kunci: Yale YP2 Combination lock

Yale YP2 Combination Lock
Bagasi Tanpa Kunci 8 daripada 12
Yale YP2 Combination lock
Yale
Dari RM27.44
Ringan dan mudah dibawa
Tidak perlu risau sekiranya kehilangan kunci
Hanya sesuai untuk ruang dalam rumah
1 lagi
Reka bentuk dan warna yang menarik

Mangga jenis ini merupakan mangga bersaiz kecil bernombor dengan rekaan warna menarik, sesuai digunakan untuk mengunci bagasi ketika melancong.

Untuk saiz kecil, jenis nombor lebih sesuai berbanding kunci konvensional kerana risiko menghilangkan anak kunci lebih tinggi. Badan mangga diperbuat dari zink aloi manakala shackle diperbuat dari keluli.

Pengguna perlu menggabungkan tiga nombor yang ditetapkan sendiri untuk membuka kunci, dan nombor boleh ditetapkan semula jika terlupa.

Terbaik untuk Nilai Anti-Potong: ARMOR APL-99 Anti-Cut Padlock 50mm

ARMOR APL-99 Anti-Cut Padlock
Nilai Anti-Potong 9 daripada 12
ARMOR APL-99 Anti-Cut Padlock 50mm
ARMOR
Dari RM23.70
Keluli dikeraskan, tahan potong dan gergaji
Harga berpatutan
Tiada ciri bluetooth atau cap jari
1 lagi
Rating 5 bintang dengan jualan sebenar di Shopee

Padlock Anytek yang lama kami gantikan kerana sudah tidak dijual di Shopee Malaysia (disemak 1 Oktober 2026). Gantinya, ARMOR APL-99 ialah padlock keluli dikeraskan (hardened steel) bersaiz 50mm yang direka khusus anti-potong.

Lebih tahan daripada gergaji atau pemutus bolt berbanding mangga zink aloi biasa. Sesuai untuk pagar, grill atau pintu stor yang terdedah kepada percubaan pecah masuk secara fizikal.

Tidak mempunyai ciri bluetooth atau cap jari seperti padlock elektronik, jadi lebih sesuai untuk pembeli yang mahu keselamatan fizikal mudah tanpa bateri untuk diselenggara.

Terbaik untuk Kunci Pagar: Solex Brass Laminated Padlocks LM40 / LM50 40MM & 50MM

SOLEX BRASS LAMINATED PADLOCKS LM40 : LM50 40MM & 50MM
Kunci Pagar 10 daripada 12
Solex Brass Laminated Padlocks LM40 / LM50 40MM & 50MM
Partnership with
Dari RM31
Harga murah
Sesuai untuk pelbagai kegunaan
Terdapat banyak produk tiruan di pasaran
1 lagi
Menggunakan bahan kukuh dan berkualiti

Badan mangga ini diperbuat dengan keluli berlamina yang dilindungi dengan nikel bagi memastikan badan mangg kukuh dan berkualiti tinggi.

Manakala, shackle mangga ini diperbuat daripada keluli yang disalut dengan chrome.

Mangga ini menggunakan sistem penguncian berganda sebagai perlindungan maksimum.

mangga ini sesuai untuk kegunaan industri, komersial, residensi dan pelbagai kegunaan lain.

Cuma anda perlu berhati-hati apabila membuat pembelian kerana terdapat banyak produk tiruan.

Terbaik untuk Kunci Motosikal: Solfili (Solcar) Pad lock

Solfili (Solcar) Pad lock
Kunci Motosikal 11 daripada 12
Solfili (Solcar) Pad lock
Dari RM48
Kukuh dan berkualiti tinggi
Reka bentuk shackle tidak mudah dipotong
Ruangan shackle sempit
2 lagi
Tahan lasak
Sesuai untuk pelbagai kegunaan

Walaupun Solcar telah menukar nama baru kepada Solfili, ia masih produk yang sama dan mengekalkan kualiti sedia ada.

Lebih dikenali sebagai kunci untuk motosikal, tetapi produk ini mampu digunakan untuk tujuan lain termasuk mengunci pintu rumah. Reka bentuk shackle yang dilindungi menyukarkan pemotongan dan gerudi, serta kalis cuaca.

Jika digunakan untuk motosikal, disarankan mengunci bahagian sprocket atau piring brek. Setiap pembelian disertakan mangga berukuran 62x138mm dan tiga anak kunci.

Terbaik untuk Pintu Grill: T-REX Grill Door Lock

T-REX Grill Door Lock
Pintu Grill 12 daripada 12
T-REX Grill Door Lock
Dari RM79.90
Sukar dipecahkan
Ketinggian lock boleh dilaras
Hanya boleh digunakan untuk mengunci grill atau pagar rumah
1 lagi
Mudah digunakan

Berbeza dengan padlock jenis tradisional kerana padlock jenis ini direka dengan bentuk empat segi. Hampir keseluruhan bahagian ditutup agar tidak mudah dirosakkan dengan serangan fizikal.

Ketinggian padlock ini boleh dilaras mengikut kesesuaian grill rumah anda. Caranya mudah: tutup bahagian tempat letak mangga di grill, tolak shackle dengan jari untuk menguncinya, dan pusing kunci untuk membukanya.


Soalan lazim tentang kunci mangga terbaik

Berikut soalan yang kerap ditanya pembaca kami tentang padlock dan kunci mangga.

Apakah Jenis-Jenis Padlock?

Mungkin ada yang beranggapan padlock atau kunci mangga tidak mempunyai jenis yang berbeza.

Asalkan boleh dikunci, sudah memadai tapi sebenarnya terdapat beberapa jenis.

Jadi, anda perlu memilih jenis padlock atau kunci mangga mengikut kesesuaian penggunaan.

Jom kita lihat liima jenis padlock yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian kita menurut sebuah laman sesawang.

Ini antara jenis-jenis padlock anda perlu tahu sebelum beli.

  • Combination Padlock

Kebiasaannya padlock jenis ini tidak menggunakan kunci dan hanya menggunakan gabungan nombor untuk membuka atau menguncinya semula.

Jadi, kunci ini boleh dibuka dengan gabungan kod nombor yang telah ditetapkan oleh pengguna sahaja.

Kunci mangga ini boleh menukar kod nombor jika pengguna terlupa atau ingin nombor kod yang baru.

Cuma cara tukar perlu rujuk kertas manual yang telah disediakan sewaktu pembelian.

  • Weatherproof Padlock

Padlock jenis ini bukan sahaja mempunyai ketahanan daripada serangan tetapi mempunyai ketahanan dari keadaan cuaca.

Senang cerita tahan lasak jadi sangat sesuai untuk kegunaan luar rumah tapi sekiranya ingin buat kunci rumah, tidak menjadi masalah.

Kebiasaannya padlock ini menggunakan bahan lapisan plastik dan mempunyai penutup di bahagian kunci bagi mengelakkan mangga daripada mudah berkarat.

Pembuatan mangga ini juga menggunakan material yang kukuh bagi memastikan ketahanan dalam pelbagai cuaca.

  • Closed Shackle Padlock

Shackle padlock ini dibuat secara tertutup bagi menyukarkan pencuri untuk memotong padlock menggunakan pemotong seperti gergaji atau apa sahaja alatan untuk mengumpil mangga.

Padlock jenis ini juga adalah padlock yang sangat disaran oleh kebanyakan syarikat insurans.

Selalunya terdapat tempoh warranty lebih dari 5 tahun.

  • Long Shackle Padlock

Jenis shackle yang panjang adalah bertujuan untuk mengunci barang yang lebih panjang.

Sesuai untuk rantai besi, grill kedai atau mengunci dua buah rim tayar bahagian depan basikal.

  • Discus Padlock

Padlock ini mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti Close Shackle dimana ia memberi perlindungan daripada alat pemotong.

Cuma apa yang membezakannya adalah reka bentuk yang lebih bulat. 

Padlock jenis ini sesuai untuk kegunaan luar dan kebiasaannya digunakan di industri atau premis perniagaan

Apa pun, pastikan anda pilih padlock atau jenama padlock terbaik bagi memastikan harta benda anda dalam keadaan selamat.


Apakah Padlock Untuk Rumah?

Padlock atau kunci mangga adalah alat keselamatan mudah yang digunakan untuk mengunci pintu, pagar, dan barangan lain bagi melindungi kediaman daripada diceroboh.

Antara jenis padlock rumah yang popular ialah padlock berkunci U-shaped, knob lock, dan padlock berkod. Setiap jenis ini mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri.

Padlock berkunci U-shaped menggunakan kunci logam untuk membuka mangga. Ia mudah didapati dan harga berpatutan.

Bagaimanapun, kunci boleh hilang dan mudah disalin atau copy oleh orang lain.

Oleh itu, padlock ini kurang sesuai untuk pintu utama rumah dan hanya untuk mengunci pintu pagar atau grill.

Selain itu, knob locks pula jenis kunci pintu yang paling biasa digunakan untuk kebanyakan pintu dalam rumah.

Ini kerana silinder kunci terletak dalam pemegang pintu itu sendiri dan bukannya pintu.

Padlock berkod menggunakan kombinasi nombor untuk membukanya, mengelakkan risiko kehilangan kunci.

Kod perlu diingat dan kerap ditukar bagi menjamin keselamatan.

Semasa membeli padlock rumah, pastikan ia dibuat daripada bahan tahan lasak seperti keluli atau aloi khas.

Saiz dan reka bentuk hendaklah sesuai untuk pintu atau pagar.

Padlock yang baik dapat melindungi harta benda dan menjamin ketenangan fikiran penghuni.

Namun, langkah berjaga seperti memasang alarm keselamatan dan outdoor kamera juga perlu bagi perlindungan menyeluruh premis.


Apakah Padlock Untuk Office?

Di pejabat, padlock atau kunci mangga digunakan untuk mengunci kabinet fail, laci, pintu stor, locker pekerja dan memastikan barang pejabat selamat dari kecurian.

Terdapat beberapa jenis mangga yang sesuai untuk kegunaan pejabat. Antaranya termasuklah cam lock, padlock kod kombinasi, dan padlock elektronik. 

Cam lock menggunakan kunci logam untuk membuka kunci. Ia sesuai untuk mengunci laci pejabat atau locker. Biasanya diperbuat dari keluli atau aloi tahan karat.

Namun pengguna perlu menjaga kunci logamnya dengan teliti supaya tidak hilang. Jika hilang, keseluruhan padlock terpaksa diganti.

Padlock kod berkombinasi pula dibuka dengan memasukkan kombinasi angka pada papan kunci. Ia tidak memerlukan kunci fizikal. 

Cukup hafal kombinasinya sahaja. Ia sesuai untuk pintu utama yang kerap dilalui. Ada yang direka kalis air untuk diletak di luar pejabat.

Padlock elektronik paling canggih pula menggunakan kad akses, pin nombor, aplikasi telefon pintar, Bluetooth atau cap jari untuk unlock. 

Saiz padlock juga perlu sesuai dengan kegunaan. 30mm-50mm padlock sesuai untuk laci dan kabinet fail. 60mm-80mm pula lebih sesuai untuk pintu stor yang lebih besar.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation